CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 6, 2007

AMPUNKAN SAYA IBU!

Ini kisah benar! Memang benar-benar berlaku pada sahabat saya. Aturan ceritanya pendek namun, ibrahnya maha hebat. Moga ada teladan yang dapat kita jadikan iktibar.

Begini mulanya.
Satu malam saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya. Terus sahaja tanpa salam, terdengar suaranya tersedu-sedan menangis di hujung telefon. Beberapa kali saya bertanya kenapa,barulah dia dapat mengatur kata. Itupan masih dalam esak yang tertahan-tahan.

“Iz, Sal ada sesuatu yang nak cerita. Sal harap sangat cerita ini dapat Iz sebarkan. Tolong sangat Iz. Sepertinya, sahabat saya itu dalam keresahan yang amat.

“Ok Sal, Sal luahkan semuanya pada Iz ok..”

Saya akan aturkan ceritanya. Sahabat saya ini tinggal di sebuah kolej IPTA di kawasan Lembah Klang. Kerap juga ibu bapanya mengunjunginya di kolej kerana boleh dikatakan perjalanan ke kolej hanya lebih kurang satu jam. Biasanya,dia akan menunggu ibunya di astaka kolej pada jam yang dijanjikan. Kata sahabat saya ini, setiap kali ibunya berjanji ingin melawatnya pada jam-jam tertentu, pastinya lewat sehingga 3,4 jam. Kadang-kadang, dia berasa ‘bengang’ dengan sikap ibunya itu kerana menyebabkannya membuang masa begitu lama menunggu. Namun, pada minggu ini, dia berniat dalam hati untuk tidak lagi menunggu seperti biasa. Dia mahu kali ini, ibunya pula rasakan betapa sakitnya menunggu lama-lama.

Namun, Allah itu Maha Mendengar setiap bisikan hati kita. Entah bagaimana, hatinya terasa tidak sedap dan dia terus bersiap untuk menunggu ibunya seperti selalu. Cuma pada petang itu, terdapat seorang mak cik yang lebih kurang sebaya ibunya di astaka yang sama. Dia kemudian duduk bersebelahan dengan mak cik tersebut. Lebih kurang 10 minit menyepi, tiba-tiba dia ditegur.

“Anak, anak ni tunggu siapa?”
“Tunggu ibu saya mak cik”

Anehnya, secara tiba-tiba mak cik itu menekup tangannya dengan hujung tudungnya ke muka. Ada air mata yang mengalir. Sahabat saya itu memandang sekeliling andai ada sesuatu yang menyedihkan yang dipandang mak cik tersebut. Tiada!

“Maafkan saya, kenapa mak cik menangis?”

“Mak cik sedang menunggu anak mak cik, sudah satu jam mak cik di sini, tapi dia masih tidak tutun-turun lagi..” Air mata mak cik itu terus laju mengalir.

“Mungkin anak mak cik tidak tahu mak cik dah sampai agaknya.. ke perpustakaan ke..” Sahabat saya cuba memujuk dengan bersangka baik.

“Baru tadi kawannya memberitahu yang dia sedang membasuh pakaian,dan dia tahu mak cik dah sampai’’

Sahabat saya menjadi kelu seketika. Kalau sudah tahu ibu sudah sampai, mengapa tidak boleh tinggalkan sekejap pakaian itu. Mak cik tadi masih terus menahan sendu.

“Baik anak ni tunggu ibu, mak cik beginilah setiap kali menjenguknya, pasti mak cik yang menunggunya.”

Sahabat saya hanya menunduk. Bergenang sudah kelopak matanya. Andailah mak cik ini tahu..

“Mak cik cukup terasa dengan sikapnya tidak mengendahkan kedatangan mak cik,tidak macam anak, menjaga hati ibu..”
Mak cik itu memandang sayu sahabat saya. Lantas terus dipeluknya sahabat saya itu. Terus sahaja pecah genangan air mata sahabat saya itu.

Terdengar suara ibu sahabat saya menyapa. Melihat jam di tangan,baru sepuluh minit lebih.

“Ibu! Maafkan Sal ibu..”

Sehingga ibu sahabat saya pulang, mak cik itu terus menanti.

itulah aturan Allah! Masihkah ada syurga untuk kita andai hati ibu dilukai. Pengorbanan apakah yang dapat kita bandingkan dengan pengorbanan seorang ibu? Cukuplah andai kita kembali renung, jerih perih ibu mengandungkan dan melahirkan kita, sehingga akhir hayat tak terbalas jasa ibu. Terima kasih ibu.

4 Pendapat:

nurFiRdAuS said...

salam iz...
syahdu btol cerpen iz 2.....
sebak nk mnitis aer mate,huhu...bgsla iz wat citer cani,bg k'insafan kt org....
xnk jd ank derhaka!!!!
na'uzubillah....
k iz,truskan p'juangan anda wahai sahabatku,smg berjaya....

danialle said...

subhanallah, thanks for this touching story. you wrote it very well girl.

NuRizZ said...

syukran..ni cter sebenar,saya cuma sampaikan..mudah-mudahan kita sama2 menjadi anak yang terbaik untuk ibu bapa kita.

Anonymous said...

rindu ibu sya..dah setahun sya x jumpa..nak raya pulak tu..x sama sekadar suara ibu di telinga..muhammad..