CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 11, 2007

MENGAPA MESTI UPSR DAN PMR?


Dua malam sebelum ini, dalam Buletin Utama, TV3 ada menyiarkan usul pemansuhan UPSR dan PMR yang kini menjadi isu perbincangan di Kementerian Pelajaran. Juga dipaparkan bancian untuk isu ini bagi melihat reaksi masyarakat Malaysia mengenainya. Sudah tentunya saya antara yang paling tidak setuju dengan usul yang saya rasakan tidak matang dan tidak releven untuk masa sekarang. Mengapa mesti sibuk membincangkan isu pemansuhan UPSR dan PMR ini? Sedangkan banyak lagi isu lain yang menuntut perhatian dan masa pihak kerajaan untuk dibincangkan. Andai benar ingin melakukan apa-apa pemansuhan, mengapa tidak dimansuhkan sahaja rancangan-rancangan realiti TV yang semakin bercambah di kaca televisyen? Atau mansuhkan filem dan drama yang mempunyai mesej yang tidak sihat yang sering ditayangkan di TV? Bukannya tiada akhbar dan majalah yang prihatin melaporkan tentang masalah kerosakan akhlak remaja sekarang disebabkan pengaruh media massa, namun kelihatan pihak kerajaan seperti tidak ambil serius untuk melakukan tindakan dan perubahan dalam undang-undang Negara bagi menangani masalah ini.

Satu lagi, mengapa tidak dibincangkan isu untuk memansuhkan sahaja pemberian lesen kepada kelab-kelab malam juga pusat pelacuran kepada pemiliknya? Adakah isu ini lebih remeh di pandangan mata kerajaan daripada isu pemansuhan UPSR dan PMR itu sendiri? Saya berasa kesal kerana selaku pengemudi pemerintahan Negara, mereka masih gagal untuk menimbang kesan di sebalik keputusan bagi suatu permasalahan. Tidakkah dengan memansuhkan kedua-dua peperiksaan besar itu menyebabkan kita sukar untuk menilai prestasi para pelajar? Sekiranya prestasi para pelajar dapat diukur daripada awal, tidakkah ia dapat membantu pihak kementerian untuk melakukan apa-apa tindakan atau perubahan yang memberikan kebaikan kepada para pelajar? Jika mereka merancang untuk membuat modul pembelajaran baru selaras dengan pemansuhan ini, tidakkah ia seperti membuang masa semua pihak? Sedangkan Negara amat memerlukan perubahan undang-undang baru berkenaan dengan masalah jenayah yang semakin meningkat dan mengancam keselamatan setiap warganegara. Juga tidak kurang pentingnya isu –isu agama yang berkaitan dengan permasalahan akidah dan akhlak masyarakat Islam yang semakin membimbangkan. Adakah kesemua ini tidak penting untuk diselesaikan?

Kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara, jadi saya rasa tulisan saya kali ini tidak melanggar mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Di dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 10(1)(a): Diberikan hak untuk bersuara kecuali tidak melanggar peruntukan di bawah Artikel 152 iaitu mempersoalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, juga Artikel 153 iaitu hak keistimewaan masyarakat Melayu dan masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak, dan Artikel 181, iaitu kedudukan Raja-raja Melayu.
P/S : Saya rasa lebih baik kerajaan menumpukan perhatian dengan membincangkan bagaimana cara untuk menguatkuasakan undang-undang Islam. Sampi bila ingin menanti?

1 Pendapat:

Azree MH said...

Hurm. Rasanya janga disalah pemansuhan UPSR dan PMR itu kerana memang nampak kebaikan perkara itu di sudut pendidikan.

Yang hal lain tu memang perlu dibincangkan juga. Tetapi bukankah setiap menteri punya tugas masing-masing? Jadi, dari situlah nampak menteri2 lain itu tidak nampak akan hal buruk yang berlaku di bawah tanggungjawab tugasan mereka. Nampak benarlah menteri tak buat kerja! ataupun takut untuk menjalankan tugas.