CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 5, 2007

JOM TUKAR STREAM



GLOSARI

LLB : Ijazah sarjana undang-undang

LLB_S : Ijazah sarjana undang-undang syariah

LLM : Master in Law

MCL : Master in Comparative Law

Chambering : Latihan guaman dalam kamar mahkamah

Litigation lawyer : Peguam dalam mahkamah


Nampaknya saya harus tangguhkan dahulu entry saya mengenai public speaking kerana ada satu isu yang saya harus kupas untuk perkongsian bersama anda semua. Ya, mengenai permohonon pertukaran stream ke LLB terpaksa ditutup! Ramai sungguh pelajar yang ingin drop subjek syariah! Saya memandangnya sebagai satu fenomena yang biasa di fakulti ini, cuma ada beberapa alasan dan sebab fenomena ini yang saya rasakan kurang biasa.

Sebetulnya, ada beberapa pelajar yang langsung terfikir untuk menukar stream apabila mengetahui yang mereka boleh meneruskan hasrat mereka dalam bidang guaman syariah tanpa perlu mengambil LLB_S !

Ayuh! Saya ingin jelaskan bagaimana prosesnya.

STUDY PLAN LLB GRADUATE

Boleh dikatakan mereka adalah daripada golongan pelajar yang paling ramai. Mereka perlu melengkapkan pengajian mereka dalam tempoh 4tahun ( insyaAllah tanpa mengulang). Kemudian dikehendaki chambering selama 9 bulan setelahnya sekiranya mereka berhajat untuk menjadi litigation lawyer Setelah itu, mereka boleh mengambil LLM, atau MCL. Ini bermakna, dalam tempoh 5tahun, mereka ini sudah berpeluang mengambil master dan siap dengan chambering sekali.

Kesimpulannya di sini, pelajar LLB lebih beruntung dari segi penjimatan tempoh studi dan dapat pula mula mencari kerja awal atau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd dan menghabiskannya dalam usia awal 30an. Dengan syarat sekiranya mereka mampu melakukannya secara berterusan setelah habis setiap peringkat tahap pengajian.

STUDY PLAN LLB_S GRADUATE

Mungkin ini antara kumpulan pelajar yang sedikit (tidaklah terlalu sedikit). Perjalanan awal pengajian mereka adalah lebih kurang seperti pelajar LLB bagi tempoh 4 tahun pertama , cuma mereka harus belajar beberapa subjek Islamic law dalam Bahasa Arab berbanding pelajar LLB yang belajar dalam Bahasa Inggeris dalam subjek yang sama. Setelah mendapat LLB degree, mereka harus menyambung pengajian selama setahun untuk mendapat LLB_S degree. Maka, kesemuanya adalah 5tahun tempoh pengajian.

Dalam tempoh ini, mereka tidak dibenarkan chambering sehinggalah tamat tempoh setahun. Setelah selesai, barulah dibolehkan chambering untuk menjadi peguam syariah dan mengambil LLM atau MCL. Bezanya di sini adalah,tempoh pengajian mereka adalah lebih panjang sebelum mereka dapat mula mencari pekerjaan secara formal atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu, untungnya mereka adalah, mereka ini berjaya memperoleh ‘double degree’ atau 2 ijazah dalam tempoh 5 tahun. Cuma terpaksalah ‘tua’ di UIA dahulu. Itu belum sambung master lagi.

STUDY PLAN LLB/ DSLP GRADUATE

Bagaimana pula untuk yang ini? Study plan ini adalah untuk 2 golongan pelajar. Pertama, bagi mereka yang ingin menghabiskan segera tempoh pengajian dengan hanya mengambil LLB degree, tetapi bercita-cita untuk menjadi peguam syariah tanpa perlu mengambil LLB_S. setelah 4tahun mereka terus boleh membuat chambering sekali dengan DSLP (Peringkat kelayakan untuk menjadi peguam syariah). Kedua, untuk mereka yang tidak merancang untuk menjadi peguam syariah pada mulanya, namun setelah mendapat LLB degree mereka ingin menukar ‘cita rasa’.

Maka, ditawarkan DSLP untuk memenuhi permintaan mereka. Apatahlagi, pengajian dalam DSLP ini adalah dalam Bahasa Malaysia (lebih mudah untuk difahami) dan hanya perlu menghadiri kelas hanya pada hari Sabtu. Sedangkan untuk LLB_S graduate perlu menghadiri kelas pada hari isnin hingga jumaat secara penuh! Maka, lebih jimat tempoh pengajian dan masih boleh menjadi peguam syariah seperti pelajar LLB_S graduate! Tidak perlu berlama-lama menghabiskan usia hanya untuk ijazah.

MENGAPA PERLU JALAN PINTAS?

Kebanyakan pelajar jarang mempertimbangkan keputusan mereka dengan akal yang hidup dan hati yang sedar. Ramai yang melihat keputusan yang bakal dibuat dari sudut keuntungan dunia sahaja. Mengapa tidak mencari keuntungan dunia dan akhirat sekali? Bukannya tiada!
Tanya diri sendiri akan persoalan-persoalan ini :

1) Mengapa perlu belajar undang-undang?
2) Apakah rancangan masa depan dalam bidang undang-undang?
3) Untuk siapa menuntut ilmu undang-undang?
4) Apakah yang ingin dicapai dalam hidup?

Pertamanya, jika kita lakukan sesuatu, biarlah semata-mata kerana Allah. Hanya satu-satunya tujuan yang amat perlu diutamakan. Apatahlagi dalam menuntut ilmu kerana percayalah segala ilmu yang kita kutip ini adalah milik Allah, bukan milik sesiapa. Jadi, mengapa perlu merasa rugi untuk mengutip ilmu syariah dalam bahasa yang paling mulia, iaitu bahasa Al-Qur’an, bahasa syurga dan penghuninya, juga bahasa para malaikat. Apa yang mendukacitakan apabila mereka yang sudah lama bersekolah arab sanggup mengorbankannya atas dasar ingin cepat habis studi dan mengambil DSLP untuk menjadi peguam syariah.

Apa yang saya fikirkan, cukupkah untuk memahami ilmu undang-undang syariah hanya menghadiri kelas seminggu sekali? Belajar pula dalam bahasa malaysia? Sedangkan ilmu syariah itu asal bahasanya adalah Bahasa Arab, lebih tepat dan lebih terperinci. Ulama-ulama yang dahulu yang berpuluh-puluh tahun menuntut ilmu syariah pun masih belum sempurna ilmu-ilmunya. Bagaimana pula untuk dibandingkan dengan kita? Sekurang-kurangnya, hargailah peluang untuk belajar ilmu syariah dalam bahasa Al-Qur’an.

Sekiranya anda memandang pada kehidupan dunia yang terlalu hampir penghujungnya, maka saya alu-alukan untuk anda ‘membuang’ syariah . namun, jika niat anda menuntut ilmu itu adalah untuk pakej dunia dan akhirat, saya mendoakan agar Allah sentiasa menetapkan anda dalam jalanNya.

Allah itu Maha Adil. Put your trust in Him (",)

p/s: tulisan kali ini mungkin lebih kepada sesiapa yang berada dalam jurusan undang-undang. Terutama untuk sahabat-sahabat yang berfikiran untuk mengambil jalan pintas untuk berada dalam bidang guaman syariah . Namun, untuk anda yang bukan daripada jurusan ini, anda juga boleh memberi pendapat sekiranya ada sahabat anda yang sedang dilema. Allah sentiasa bersam orang yang inginkan kebaikan.

3 Pendapat:

Raihan Mustafa KamaL said...

Izzah dan pembaca sekalian,
Untuk pengetahuan, sekarang ini pihak kuliyyah (AIKOL) sedang dalam proses untuk menjadikan para pelajar program LLB_S boleh menyambung master mereka terus dalam masa 6 bulan. Insyallah, jika tiada aral melintang, akan wujud skim ini.By the time mereka graduate dari UIA, mereka akan dapat Degree LLB, Degree LLS dan LLM.(4+1+6 bulan)

Rasanya jika isu mahu habiskan phD dalam umur 30 tahun, tidak akan jadi masalah lagi.

Raihan Mustafa KamaL said...

Izzah,
LLB Honours bukan LLB.
LLBS Honours bukan LLBS.
Kan ada beza...

Aini Murni said...

Masa akak first year, former dean ada bagitau batch akak yang LLBS tu dlm usaha untuk disama levelkan dengan DSLP... cuma tak pasti bila ianya akan di endorsekan.. Mungkin lama lagi atau mungkin tak lama lagi... Siapa yang rajin jadi committee law soc ni, cuba2 la risik.. Akak tak aktif langsung lawsoc...

pada pendapat akak... Ilmu tu tak sama dengan produk... Ada orang ada banyak ilmu tapi, takde produk untuk dijual bagi mendapatkan duit. Ada orang ilmunya sedikit, tapi pandai digunakan dan banyak produk... Maka boleh la buat duit... :D

Iz... ada masa datang la bilik akak eh... Sebelum tu sms la dulu. Mana la tau akak ada luar kampus.