CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 6, 2007

BOLEH JADI HAKIM?


Alhamdulillah, agak lama juga saya tak sempat hendak melawat blog sendiri. Musim peeperiksaan akhir semester kali ini agak menuntut saya untuk lebih focus pada ulangkaji. Apatahlagi semester ini ada 8paper yang harus saya duduki. 3 paper untuk Civil Law, 3 paper Syariah Law, 2 paper Compulsory Course. Sementara ini hanya tinggal 1 lagi paper pada hari Sabtu ini iaitu Contract Law. Mudah-mudahan ada rezeki saya dalam ibadah menuntut ilmu ini.


Untuk entri kali ini saya agak berminat untuk berkongsi pendapat tentang isu yang agak panas sekarang. Kebetulan isu ini menjadi salah satu topik penting dalam subjek syariah yang saya ambil dan yang paling menariknya, ia menjadi salah satu soalan final baru-baru ini. Untunglah bagi siapa yang ambil peduli! (“,)

NAMPAKNYA SAYA BOLEHLAH JADI HAKIM

Terlintas juga saya ayat begini dalam kepala saya baru-baru ini. Apatahlagi Tun Fairuz sudah bersara sebagai ketua hakim Negara. Lihatlah, sudah berpuluh tahun orang lelaki jadi hakim, bila pula perempuan nak duduk di kerusi hakim di putrajaya ? inilah masanya..

Andai saya adalah daripada golongan liberalisme, sekularisme atau feminisme, mungkin saya bermati-matian berebut untuk jadi hakim wanita. Sengaja saya tidak meletakkan golongan kafir kerana mereka ini memang sudah langsung tidak berpegang dengan I’tikad islam. Tapi yang separuh-separuh islam ini yang cuba masuk islam secara separuh dan membuat ‘kitab’ sendiri yang lebih sesuai pada zaman sekarang

TERUKNYA WANITA DULU

Jika kita lihat hikmah perutusan Rasulullah kepada seluruh umat manusia sebagai seorang rasul, secara jelas dan terangnya kita dapat melihat kedudukan wanita telah diangkat setaraf dengan lelaki. Jika dahulu, wanita ibarat barang dagangan yang boleh dijual- beli, menjadi barang gadaian, barang untuk lunas hutang, barang untuk tebusan, sehingga menjadi satu aib bagi sesebuah keluarga yang dianugerahkan bayi perempuan.

Teringat saya akan suatu kisah pada zaman jahiliyyah. Sepasang suami isteri dianugerahkan anak perempuan yang sangat comel berkulit putih kemerahan. Bermata bulat dan irisnya bewarna coklat berkaca dengan lentik bulu mata yang pekat hitam.Mereka bertahan untuk membesarkan anak mereka sehinggalah umur anaknya 3 tahun dan akibat tidak tahan dengan cemuhan masyarakat sekeliling, si ayah bertekad untuk membunuh anaknya. Dan pada suatu hari..

“ayah sedang buat apa?” ayahnya hanya diam. Dilihat ayahnya tekun menggali tanah. Anaknya masih berlari-lari mengelilingi ayahnya sambil terkinja-kinja ketawa. Sempat lagi si anak bermain sorok-sorok di belakang ayahnya sedang ayahnya masih terus memperdalamkan tanah.

Dan satu ketika, si anak datang membuang sisa tanah yang terlekat pada janggut ayahnya sambil menghulurkan senyum yang paling indah. Tiba-tiba hati ayah amat terusik dan terus bergenang air mata. Namun, untuk mengelakkan rasa simpati yang semakin menguasai diri, dia tanpa belas menghumban anaknya yang baru mengusap janggutnya ke dalam tanah dan lekas-lekas ditimbusnya sehinggalah jerit tangis si anak hilang tenggelam .

Jadi, sehingga begitu taraf wanita direndahkan. Namun kita syukur sekarang, kita sudah dapat melihat majoriti wanita yang berkhidmat untuk masyarakat, sebagai pendidik, doktor, peguam, tidak kurang ada juga yang menjawat jawatan sebagai pengarah bagi satu syarikat. Jika dilihat dari segi taraf pendidikan, wanita sudah mula mempelopori ¾ daripada jumlah pelajar di univesiti. Begitu islam memuliakan wanita.

BOLEHKAH WANITA JADI HAKIM

Soalan yang agak klise tetapi saya percaya ianya akan terus akan dibahaskan pada abad-abad yang akan datang. Maka, mari pandang pada kaca mata Islam, bukannya kita tiada panduan untuk kita rujuk, bukannya kita tiada ilmuan islam agung untuk kita bahaskan dengan hujah-hujah mereka.

Apa pula kata Al-Tanzil?

“ lelaki adalah pemimpin kepada wanita, kerana Allah telah melebihkan mereka daripada sebahagian lain, kerana mereka telah menafkahkan sebahagian kekayan mereka”

Perkataan qawwamun telah digunakan untuk merujuk kepada lelaki adalah pemimpim dalam keluarga. Allah melantik kaum adam kerana kelebihan fizikal dan keteguhan hati untuk mendepani segala cabaran yang hebat. Bukan bererti wanita dikatakan lemah tetapi, hakikat yang tidak dapat ditolak bahawa wanita tidak mampu menguruskan hal rumahtangga seorang diri apatahlagi apabila ia menuntut kepada keupayaan fizikal yang tinggi. Lebih-lebih lagi, untuk wanita mendepani segala macam bahaya dalam masyarakat yang kadang-kadang boleh melemahkan wanita sekiranya wanita diangkat menjadi pemimpin. Mainan emosi yang pelbagai yang telah dianugerahkan Allah boleh menggugat kewibawaan wanita ketika menjadi ketua kepada orang bawahan.

Apa pula kata hadith?

“ tidak akan beruntung sesuatu kaum itu apabila pemimpinnya adalah seorang wanita” ( HR Bukhari)

Sebab wurud hadis ini adalah apabila Rasulullah mendengar tentang penyerahan kuasa Parsi kepada puteri Kisra yang bernama Buran untuk memerintah Parsi. Maka terus Rasulullah bersabda seperti riwayat hadith di atas. Jadi kita dapat melihat bagaimana Rasulullah memandang hukum mengangkat wanita sebagai pemimpin.
Adakah ini bermakna Rasulullah merendahkan wanita? Bukan tetapi biarlah tanggungjawab sebesar begini dipikul oleh lelaki sementara wanita menjadi pembantu kerana secara fitrahnya pada wanita itu terdapat fitnah-fitnah yang tidak dapat dielakkan. Begitu Rasulullah ingin memelihara kesuciaan diri seorang wanita dan kemaslahatan umum.

Apa pula kata sejarah Islam?

Boleh kita lihat sejak dari zaman Rasulullah sehinggalah zaman keruntuhan kerajaan Abassiyah, belum pernah seorang wanita dilantik menjadi pemimpin untuk suatu institusi yang besar dan penting seperti pemimpin Negara,atau menjadi Qadhi.

Cuma pernah suatu ketika di Mesir telah berkuasa seorang ratu yang bernama Syajaratuddur dari dinasti Mamalik yang tunduk pada Khalifah Abasiyyah ketika di bawah Khalifah Al-Muntashir Billah iaitu saat Sultan Malikus Salih meninggal dunia dan pemerintahan diserahkan kepada Syajaratuddur. Namun setelah mendengar peristiwa ini, khalifah terus mengirim surat kepadanya dan bertanyakan, adakah di Mesir sudah tidak ada lelaki? Jika benar tiada maka akan kukirim lelaki dari Baghdad untuk menjadi pemimpin di Mesir. Maka setelah itu Syajaratuddur terus berundur diri dan menyerahkan permerintahan kepada Emir Ezzedin yang selepas itu menikahinya.

Maka, jelas dalam perjalanan sejarah Islam tiada rujukan yang mengisahkan mana-mana wanita diangkat menjadi pemimpin.

Apa pula kata ilmuan Islam?

1) Mengikut Jumhur ulama’ (syafiah, hanbali, malikiah) adalah haram melantik wanita menjadi hakim.

2) Pendapat Hanafiah adalah harus melantik hakim wanita kecuali dalam pengadilan hudud dan qisas. Hal ini kerana tidak boleh melantik seseorang untuk menjadi hakim yang lemah penyaksian mereka dalam hukum hudud dan qisas.

3) Pendapat Syaz Ibnu Jarir Attabari dan Ibnu Hizam dan mazhab Zahiri mengharuskan wanita menjadi hakim dalam apa jua perkara.

KESIMPULAN

Kita diberi pilihan untuk beramal dengan mana-mana pendapat tetapi tidak harus taqlid. Haruslah kita tahu hujah-hujah yang rajih untuk kita aplikasikan dalam sistem undang-undang Negara kita dengan mengutamakan pandangan Islam ke atasnya.

Jadi bagi pendapat saya, andailah Malaysia akhirnya membenarkan wanita untuk menjadi ketua hakim, perlulah disyaratkan pula bahawa wanita itu tidak boleh berkahwin. Cuba anda bayangkan, apa akan berlaku sekiranya wanita itu mengandung, ditambah pula alahan yang teruk dan emosi yang sangat ‘vulnerable’, kemudiannya setelah bersalin perlu berkurung dalam pantang selama 2bulan. Itu untuk wanita biasa, tetapi yang jenis lemah badannya, barangkali boleh cuti sehingga setengah tahun.

Jadi, adakah kes-kes yang bertimbun harus ditangguhkan sehingga wanita itu pulih seperti biasa? Maka banyaklah pihak yang teraniaya tidak mendapat pengadilan sedangkan kehadiran ketua hakim itu adalah menjadi syarat utama untuk memberi penghakiman. Kalau mungkin pun berlaku, kita boleh menerima wanita menjadi pembantu hakim-hakim lelaki bukan menjadi ketua atau kita sekarang sesuai untuk beramal dengan pendapat hanafiah?

Persoalannya, bersediakah wanita untuk tidak berkahwin sedangkan hal itu menjadi sunnah Rasulullah dan perkahwinan itu menjadi separuh kepada sempurnanya agama seseorang kerana hanya semata-mata ingin mengejar untuk menjadi hakim?

2 Pendapat:

Raihan Mustafa KamaL said...

Teringat pula lecture Ustaz Ghazali dan memang itulah antara point2 yang saya gunakan ketika menjawab soalan Final Exam " Islamic Legal System I (Arabic)"

Sememangnya persoalan "Wajarkah hakim seorang wanita?" memang heboh diperkatakan.

Prof Dr Zaleha, Dekan Fakulti Undang-Undang Ahmad Ibrahim pun ada menyatakan pendapatnya dalam Majalah Al-Islam dalam keluaran lepas(Oktober 2007 jika tak silap).

Antara point yang saya fikirkan releven utk dikongsi ialah:-

1) Jika seorang wanita (lecturer) boleh mendidik seorang hakim syar'i takkan dia tak boleh menjadi seorang hakim?

2) Status Hakim sekarang dengan hakim dulu(semasa zaman Rasullulah)adalah berbeza. Ini kerana mengikut Administration of Islamic Law(Federal territories) Act 1993 s 46(2)(a)dan (b) menyatakan ruang lingkup kuasa di bawah Mahkamah Syariah hanyalah perkara-pperkara yang melibatkan undang-undang keluarga, harta dan sewaktu dengannya. Mahkamah juga tidak boleh mengenakan hukuman lebih daripada, penjara 3 tahun, denda RM 5000 atau 6 kali rotan.

Dan ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang Islam di Malaysia tidak menggunakan hukum Hudud.

Maka, menurut Prof, kita bolehlah mengikut pendapat Hanafiah di dalam membenarkan wanita menjadi hakim kecuali di dalam hukum hudud dan qisas.

Pihak Jumhur berpegang pada dalil " Arrijalu qowwamuna 'ala nisa". Mereka menta'wilkan ayat ini, bahawa lelaki adalah ketua dalam segala hal dan keadaan.

Pihak Hanafiah juga berpegang dengan dalil yang sama, cuma dita'wilkan bahawa, maksud ayat ini ialah seorang lelaki adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan bukan dalam perkara-perkara lain. Sedangkan wanita juga diberikan hak menjadi saksi kecuali di dalam kes qisas dan hudud.

Dan saya rasa, ini ada benarnya. Cuma mungkin kebanyakan daripada hakim kita dikatakan bermazhab Shafie dan agak payah untuk menerima pendapat mazhab lain.

Mungkin ada baiknya, hakim-hakim syariah melihat situasi sekarang.

Mengenai soal wanita tak perlu berkahwin untuk jadi hakim, saya kurang bersetuju sedikit.

Teringat saya pata pepatah, " Sehebat-hebat pemimpin ialah seorang wanita yang tidak menggunakan emosi dan hawanya dalam membuat keputusan"

====================
*ta'wil = interprated

Anonymous said...

kepada raihan mustafa..

bagus jugak pendapat awak tu pasal nak lantik wanita jadi hakim.tapi sya rasa pendapat yang pertama tu lebih kuat kalau ada nabi dari golongan wanita..ye la kan ke nabi Muhammad tu Siti Aminah yang lahirkan? tentu Siti Aminah lebih layak jadi nabi.??ibu susunya pula halimatus saadiah.sapa ajarkan jual beli pula? Siti khadijah..

kalau sekiranya wanita boleh menjawat jawatan hakim dek kerana perubahan masa, tentu nanti akan ada kitab Qur'an versi malaysia..kan ke sekarng dah ramai yang tuduh Qur'an x relevan? kita sebagai seorng muslim mesti mengutamakan qur'an dan sunnah.klu bukan siapa lagi?dalam khutbah wida nabi bersabda"tarak tu fi kum amraini in tamasaktum bihima lan tadillu abada al kitabu wa sunnati". pada akhir hayat bagind menyebut" al yauma akmaltu lakum dinakum wa atmamtu lakumul nikmati wa radhitu lakumul islama dina" jadi jangan gunakan perubahan zaman untuk mengubah atau menggubal hukum Allah.

kalau sekirnya negara kita malaysia tak mahu gunakan hudud seklipun, jangn campur setengah2.bukan sekadr takkan berkesan,tak berkat,payah untuk dituruti,merugikan,malah merosakkan hukum islam yg suci.bezakan hukum sivil dan hukum islam.cuma sekarang ni malaysia tak gunakan pun sebenarnya hukum islam sebab hukum islam sendiri dikuasai oleh hukum sivil..

begitu terdesakkah kita rakyat malaysia sampai terpaksa taklid padamazhab hanafi? apa syarat untuk kita dibolehkan taklid? jangan mudah2 taklid sebab dah ramai rakyat malaysia yang amalkan mazhab campur semua.nah.. hasilnya rakyat semakin x jelas dengan hukum islam. bila kita nampak celanya masyarakat dalam berpakaian,kita marah.kita kata itu bukan ajaran islam.bila masyarakat x tahu hukum kita marah kita kata mereka x mahu belajar.kita x pernah nak kata yang masyarakat malaysia ni perlu diperkenalkan dengan islam yang mendalam. baru kenal mazhab syafie, belajar teori mazhab hambali, baca kitab hanafi, kawan dengan orang maliki dah nak keluarkan fatwa.dah nak jadi qadhi,hakim,..masalah hukum dalam mazhab lain camna?hujah imam2 dalam mengeluarkan fatwa kena juga ambil kira.mereka bukan mudah2 keluarkan fatwa kan?..

pendapat tentang wanita nak jadi hakim x perlu berkahwin agak praktikal.itu juga tanggungjawab wanita kan?jangan ketepikan tanggungjawb utama sebab nak jadi hakim.erm..secara teori memang benar sorang wanita bekerjaya mampu untuk berjaya.. berapa ramai wanita yang membuat keputusan dalam hidupnya x pernah dipengaruhi emosi?..

seorang graduanita perundangan islam menyarankan agar hakim syariah menerima ketua hakim negara dari kalangan wanita.siapa yang nanti akan mempertahankan agar kerajaan malaysia menggunakan hukum Allah sepenuhnya?tentu akan lahir seorang perintis dari agama hindu..

hukum hudud dan kisas di bawah kuasa mahkamah syariah.mahkamah syariah pula di bawah kuasa perundangan negara.ketua hakim negara tak boleh campur tangan dalam masalah hudud dan kisas ke nanti? atau pun kita terus x nak hukum Allah tertegak di muka bumi? perhati sket dalil dalam 'harta warisan' ada dalil untuk orang yang melupakan hukum Allah dan mengikut hukum 'tangan' mereka sendiri.

perasan tak sejarah merakamkan saidina omar tanam anak dia? tu sejarah yang jelas kan?ada sejarah sejelas tu yang menceritakan seorng ibu tanam anaknya dlam tanah? sya percaya dalm menjatuhkan hukum, seorang hakim perlu untuk mengenepikan soal hati.di sinilah hikmahnya kenapa Allah jadikan lelaki itu lebih kering hatinya dari wanita.

kesepakatan ulama itu yang utama..khilaf yng lebih mudah dari jumhur pula rukhsah.Islam itu mudah tapi jangan dipermudahkan..

kita tetap nak buat percubaan wanita menjdi ketua..byk yang berjaya di berbagai peringkat tapi dato' dr Masyitah tetap silap mengeluarkan fatwa.Di Amarika Syarikat pula seorang wanita nak jadi imam solat Jumaat sampai solat di dalam gereja..lepas ni apa pula?..wanita kahwin empat? alasannya nanti wanita yang lahirkan anak, bukan lelaki.

ok.sya nak bukak kitab balik nak cari dalil..
kang kite taiplagi ek!..

salam hormat dari ostat pendek..