CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 24, 2008

SLOT 2: TAMRIN

“Err, macam mana nak score dalam exam? Tak consistentla dalam study”

“Akak, macam mana eh nak semangat dalam apa-apa kerja yang kita buat? Kadang-kadang tu macam hangat-hangat tahi ayam je..”

“Erm, tak taula kenapa macam orang tak mau kawan dengan saya..saya buat salah apa kat diorang.”

“Tension aku, banyak kerja nak kena buat, tapi satu apa pun tak settle lagi..aish, mula la nak sakit kepala nih”

“Enti, ana rasa macam ana dah jauhla dari Allah, hati ni rasa macam keras kematu dah, kadang-kadang ana geram dengan diri sendiri, kenapa ana tak boleh jadi macam enti dan akhwat yang lain.”

******************************************

Cukuplah setakat beberapa dialog di atas melambangkan aduan-aduan normal yang biasa kita alami. Eheh, jangan bohong ya, saya juga student seperti anda. Jujur saya katakan antaranya juga adalah apa yang pernah saya lalui dan menjadi keserabutan dalam kepala saya mencari apa puncanya.

Boleh saja saya menjawab sebagai ustazah. Datangkan ayat Al-Qur’an dan hadith berlambak-lambak. Lalu saya akan juarai kategori pendakwah yang banyak hafal dalil. Wah, cukupkah setakat tu? Tengok-tengok, orang yang saya nasihatkan langsung tak berubah. Mana quwwatul taksir?

Jangan disalah faham pula, bukan maksud saya dalil-dalil itu sudah lapuk. Jauh dan jauh sekali. Bahkan ayat-ayat itu yang paling mujarab sebagai penawar segala penyakit rohani. Tetapi jangan dilupa, dakwah nabi itu lebih banyak dari tempias akhlaknya yang mencerminkan sifat Al-Qur’an. Lihat juga hadith-hadith nabi, kebanyakannya adalah pendek-pendek, tidak panjang-panjang. Jadi jelas sekali, dakwah nabi itu dari hikmah dan teladan. Tidak guna panjang cakapnya, namun kata-katanya tiada kesan pada pendengar. Kerana apa? Cuba lihat, adakah akhlaknya adalah pantulan dari kata-katanya?

Maka di sini saya akan bagi solusinya.Saya bukanlah penyelesai masalah, sekadar pencadang penyelesaian yang saya perolehinya dalam slot tarbiyyah ketika tamrin. Baiklah, anda muslim bukan? Tentunya, tentu juga saya. Sekarang, sebutkan apa ciri-ciri muslim pada diri anda. Paling kurang tiga. Ciri-ciri yang dikenali pada diri anda oleh kawan-kawan anda. Ahaks, boleh?

Sekarang saya akan bantu anda dengan menyenaraikan 10 muwassafot muslim yang benar- benar muslim. Dan kesepuluh-sepuluh muwasoffat inilah yang menjadi matlamat tarbiyyah supaya dapat melahirkan produk-produk muslim yang original bukannya cetak rompak. Baru dua tiga kali pakai, sudah harus dicampak ke tong sampah.

1) Salimun ‘aqidah – akidah yang mantap

2) Saheehul ‘ibadah – ibadah yang sahih

3) Mateenul khuluq – kekuatan akhlak

4) Musaqaf fikri – pembangunan fikrah

5) Quwwatul jismi – kekuatan jasmani

6) Harisz ‘ala waqti – menjaga waktu

7) Munazhom fi shu’uni – pengurusan hidup yang teratur

8) Qaadirun ‘ala kasbi – berusaha sendiri tanpa mengharap orang lain

9) Mujaahid linafsihi- bersungguh-sungguh melawan nafsu

10) Nafi’ lighoirihi- memberi manfaat

Untuk entri kali ini, saya hanya akan kupas beberapa muwassofat dahulu. Saya percaya, bagi anda yang biasa mengikut tarbiyyah, tidaklah terlalu susah untuk anda memahaminya. Cumanya, belum terpenuhi kesemua muwassofat pada diri kita, dan di sini kita sama-sama menuju ke arah itu.

KEMANTAPAN AKIDAH

Nampak ringan saja. Ya lah, mengucap dua kalimah syahadah, siapa yang tidak tahu. Sehari paling kurang 10 kali kita menyebutnya. Wah, saya dah muslim. Maksudnya, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Benar, kita sudah seorang muslim pada nama. Tapi muslimkah kita apabila azan berkumandang kita masih berlengah berborak-borak dengan kawan ataupun melekat di hadapan laptop main games atau sibuk dengan chating? Muslimkah kita apabila senyap-senyap anda dan dia berjumpa bermain-main mata, senyum-senyum sampai senget-senget mulut? Muslimkah kita apabila seorang rakan mengajak ke majlis ilmu, lalu anda menolak atas alasan sibuk, tetapi malas sebenarnya? Muslimkah kita jika yang singkat lagi ketat hingga Nampak pusat berkulat menjadi pakaian kita?

Jelasnya jika mengutamakan seruan selain seruan Allah maka kita telah menTuhankan seruan tersebut. Kawan tu Tuhan aku, games tu pun Tuhan aku, my paktuwe dan maktuwe tu pun Tuhan aku, study tu pun lagilah tuhan aku. Yang barat lagi sesat itu Tuhan aku..Huish, dalam tak sedar banyaknya Tuhan kita..naudzubillah.

Aii, mana syahadah yang 10 kali kita lafazkan? Tiada Tuhan selain Allah..part pertama dalam syahadah pun kita sudah fail. Suka-suka kita mencari thagut yang lain untuk diutamakan selain Allah. Inikah aqidah kita? Belum lagi kita test part kedua dalam syahadah, aku bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah. Sunnah baca bismillah sebelum memulakan apa-apa pekerjaan menjadi kepayahan untuk kita laksanakan. Bukan tak hafal tapi lupa. Kenapa lupa, sebab tak biasa, kenapa tak biasa, sebab malas. Kenapa malas, aishh, tanyala nafsu.. nafsu sudah jadi Tuhan dalam diri. Ikutlah kata nafsu. Apa susah..ini belum lagi tanya sunnah nabi yang banyak lagi.

Maka di sinilah kita harus mulakan, akidah..akidah. Paling basic tetapi kebanyakan antara kita gagal dalam ujian pertama untuk bergelar muslim yang solid.kerana itu, hadirnya tarbiyyah, untuk kita kupas, untuk kita dalami, apa ertinya lafaz syahadah dan sejauh mana ia memakaikan kita dengan pakaian jenama Islam. Kita tidak mahu sekadar akidah kosong. Macam tin yang kosong, ketuk pun masih lagi berbunyi kerana ruang kosong yang tidak terisi.

Ibaratnya yang kosong inilah memberi ruang pada syaitan memanggil konco-konconya untuk berpesta. Tapi kita mahu, akidah yang mantap, biar ruang itu terisi sepenuhnya dengan Tauhid. Biar mata, hati, akal kita hanya Nampak Allah di mana-mana. Nampak jerih Rasul mentarbiyyah umat. Biar syaitan berpeluh mencari ruang, dan akhirnya mengeluh menapak pergi.

SAHEEHUL ‘IBADAH

Aisyah r.a berkata : Rasulullah saw bersabda, “ barangsiapa mendatangkan hal yang baru dalam urusan agama kami yang tidak termasuk bahagian darinya, maka ia tertolak.” ( HR Bukhari dan Muslim)

Jika kita katakan akidah adalah tiangnya rumah maka ibadah adalah batu-batu binaan rumah tersebut. Bukan binaan batu yang longgar sehingga boleh meruntuhkan rumah biar tiangnya sudah teguh, tetapi kita mahukan susunan binaan batu yang kukuh yang menjadi pelengkap binaan sebuah rumah itu. Jadi, di sinilah kita perlukan ibadah yang sahih. Ibadah yang sememangnya tertulis dalam Al-Qur’an, ibadah yang benar-benar menjadi sunnah nabi. Ibadah yang kita yakin ianya dipersetujui nas-nas yang diterima sebagai sumber hukum dalam Islam. Bukan sekadar taqleed semata-mata.

Biasa saja kita merasakan bahawa sudah banyak ibadah yang kita lakukan, tetapi kita masih melakukan dosa, ataupun kita rasakan tiada langsung peningkatan iman. Mengaku atau tidak, ketika kita sedang solatlah barang yang kita cari 10 tahun yang lalu kita tahu di mata tempatnya, ataupun, waktu solatlah kita sibuk mengira bajet hari ini.

“ Tadi makan pagi 3.00, makan tengah hari sudah 4.00,nampaknya kena makan burger je lah malam ni”

Wah, waktu inilah kita hendak mengira.Sedar-sedar sudah habis 4 rakaat dan bagi salam. Baca doa dua tiga baris, kita terus berlalu. Beginikah muslim yang boleh harap? Pernah dengar lagi satu kisah dalam hadith 40 juga tentang seorang lelaki yang bermusafir, rambutnya kusut masai dan badannya penuh debu menadah tangannya berdoa pada Allah. Sedangkan, makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, bagaimana mungkin Allah akan mengabulkan doanya?

Begitulah yang kadang berlaku dalam diri kita. Bersungguh-sungguh lakukan ibadah tapi banyaknya ibadah kita ini macam angin yang lalu, tidak memberi kesan pada iman.Maka, sekali lagi sama-sama kita check balik ibadah kita kalau benar kita mahukan title muslim yang benar-benar muslim. Bertiangkan akidah yang mantap dan dikukuhkan lagi dengan ibadah-ibadah yang sahih. insyaAllah

p/s : mungkin saya akan huraikan setiap muwassofat secara bersiri. Untuk ikhwah dan akhwat yang request untuk saya kongsikannya dalam bentuk penulisan, maaf atas kelewatan sebab ada masalah internet.

3 Pendapat:

Naeem said...

salaam,good elaboration,
bile nak tambah the other 8?ana kurang ingat 10 muwasofat itu.

Anonymous said...

Thanks for writing this.

Anonymous said...

quoted

"Boleh saja saya menjawab sebagai ustazah. Datangkan ayat Al-Qur’an dan hadith berlambak-lambak. Lalu saya akan juarai kategori pendakwah yang banyak hafal dalil. Wah, cukupkah setakat tu? Tengok-tengok, orang yang saya nasihatkan langsung tak berubah".

sy nak tanya, bukan ke di luar kuasa manusia untuk seseorang tu berubah? menasihatkan pasti boleh, tapi pintu hatinya adakah kuncinya pada yang menasihati?

kalau yg menasihatkan dah cukup baik akhlak, perkataannya tak panjang, & akhlaknya hebat, tapi yg mendengar nasihat masih tak terusik untuk lakukan perubahan, ape pandangan kakak?

dan mcm mana dgn ayat "Innalaha la yughoiyiruu maa bianfusihim...." ila akhr