CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 29, 2008

rasa..raSA..RASA..


Saya lekas terlelap. Sedikit-sedikit terlelap. Pantang ada tenggang waktu. Pastinya ini adalah semester yang paling memenatkan. Ini jugalah alasan yang saya guna sehingga blog ini terbiar sebulan tidak di update. Jika boleh tumbuh lalang, pasti sudah penuh agaknya.


Kelas saya bermula jam 8. Setiap hari. Boleh kata tengah malam baru saya pulang ke bilik. Hampir setiap malam ada kelas . Jika ada malam yang kosong, aktiviti dakwah sudah siap-siap mengisi jadual saya. Hujung minggu, jangan dikata, sabtu dan ahad sudah fully booked. Jadual menulis menambahkan lagi kepadatan waktu saya. 3 bulan sahaja tempoh untuk menyiapkan penulisan setebal 300 muka surat. Kadang-kadang, terlintas di kepala, bagaimanalah orang yang lebih banyak komitmen daripada saya mengatur jadualnya. Semua dapat. Tiada yang tercicir. Saya cuma mohon Allah ekstrakan stamina saya. Supaya saya tiada sebab untuk letih.

Hingga satu malam, hati saya seakan menyerah. Saya diberi banyak tugas yang terlalu menuntut perhatian saya. Saya ini, orangnya susah menggeleng. Kepala saya sudah tepu. Tiada ruang walau sekecil syiling 5 sen untuk berfikir. Emosi saya sudah sendat. Tertekan. Yang saya dapat lakukan waktu itu hanya menangis bagai empangan pecah. Jika ada bahu untuk saya menangis, mungkin habis basah bajunya. Waktu itu, saya hanya perlukan teman untuk hamburkan ketegangan hati. Cukup untuk mendengar apa yang saya ingin katakan.

Satu persoalan yang memburu fikiran saya, UNTUK APA YANG SAYA SUSAH-SUSAH LAKUKAN SELAMA INI? APA YANG SAYA DAPAT? Saya mahu lepaskan semuanya. Mahu jadi orang yang di cafĂ© sembang-sembang dengan kawan. Mahu jadi orang yang asyik terbaring atas katil baca novel. Mahu jadi lekat dengan laptop tengok cerita Jepun dan Korea. Mahu keluar jalan-jalan di shopping complex ‘happy-happy’ dengan kawan-kawan. Mahu menghadap internet untuk chatting dan layan frenster. Itukan lebih bahagia. Lebih senang jiwa. Otak pun tiada penat-penat hendak fikir itu ini. Ya, malam itu saya tekad yang itu. Saya sudah letih. Tidak tahukah mereka saya hanya ada dua kaki dan dua tangan? Waktu saya hanya 24 jam? Saya hanya ada satu otak hendak fikir seribu perkara? Berlambak assignment dan tutorial belum disentuh. Saya hanya diri yang satu. Bukan boleh dibahagi dua. Nurul ‘izzah hanya ada seorang.

Salam buzy tak sekarang?”. Mesej sent. Saya mengirim mesej. Setelah beberapa saat.

“ Tak. Kenapa?”

Saya hanya biarkan tanpa balas. Menganggu pula tengah-tengah malam begini. Tidak lama setelah itu hp bergetar. Saya jawab.tidak usah tungu lama, saya sudah larikan air mata meluahkan segala rasa. Sedikit demi sedikit terkupas keping-keping beban yang menyelaput hati.

“ Nak tanya sikit boleh?”. Saya diam. Ya, tanyalah.

“ Dok pulun buat dakwah sana-sini, letih sampai tak sempat nak rehat. Ada rasa tak CINTA Allah tu dalam hati?

Khali. Saya kelu. Memang tiada jawapan.

“ Iz, Tanya hati tu betul-betul, apa yang nak dikejar sebenarnya dengan buat ibadah, dakwah tu? Kalau cinta Allah tu tak dapat rasa. Kita masuk syurga bukan sebab belambak amalan kita himpun. Masuk syurga sebab Allah sayang kat kita. Bila Allah sayang, Allah bagi rahmat. Tu yang sebenarnya. Bawalah segunung ibadah, tapi jika RASA Allah tu hidup dalam hati kita pun kita tak dapat, jangan cakap banyakla”

Sungguh. Nasihat ini keras. Dia seorang yang keras dalam menasihati. Kerana itu saya suka mendengar nasihat darinya. Jenis saya, saya tidak suka orang menasihati saya secara lembut. Hati saya jarang tersentuh. Biar ia keras dan jujur, yang penting ia dapat tembus ke dasar hati.

Ni dengar ni, pengemis yang dok tepi jalan, tapi jiwanya, matanya asyik nampak Allah kat mana-mana, lebih baik dari pendakwah yang hati kosong, tapi amalan melimpah. Tak pun, lagi baik, pemancing ikan yang sedang memancing, lalu dia mengagumi setiap kejadian alam yang dilihatnya sampai berbuah-buah cintanya pada Allah. Tapi kita? Dapat apa?"

Air mata saya sudah kering. Tinggal sendu yang berbekas. Benar. Dia betul-betul menyedarkan saya.

“ itula iz, memang banyak antara daei kita ni, buat kerja saja banyak, tetapi, berapa banyak yang amalan dia tu sampai kepada Allah. Kebanyakan kita lupa nak cari permata yang itu, yang hanya satu-satunya menjadi kunci keramat untuk membuka pintu syurga. Cari yang itu dulu. Tenangkan diri. cari yang itu dulu."

Tidak lama. Penghujung bicara, dia melunakkan nasihatnya sedikit sekadar penyejuk hati. Juga secebis humor sebagai usikan telinga yang membuatkan saya tersenyum. Cuma, saya yang jadi hilang kata. Mungkin sekali tepat mengena pada saya. Salam bersambut. Suaranya hilang di talian.

Mata saya asyik memandang syiling. Terngiang-ngiang lagi RASA. RASA..CINTA..RASA..ALLAH..DI MANA ALLAH DALAM HATI..

" dan katakanlah bahawa Aku lebih dekat dari urat lehermu.." Saya meraba urat leher. Di mana Allah?
Entah bila saya terlelap. RASAILAH..

10 Pendapat:

Anonymous said...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Zan Hassan said...
This comment has been removed by the author.
Zan Hassan said...

Islam itu cantik bila digariskan rukun iman,islam,dan ihsan...bagaimana kita tahu Allah cinta kan kita??kita boleh rasa ke???atau kita je yang syok2 sendiri...seorang dai harus kuat bekerja...dia rasa Allah mencintainya bila dia terus kuat bekerja untuk Islam tidak berhenti sehingga nafasnya terhenti..lihat junjungan mulia adakah baginda mencari cinta Allah semata2 atau baginda menyelamatkan manusia daripada jahiliyah..baginda buat dua2:)

Anonymous said...

"Wahai yang bersemangat lemah,
Sesungguhnya jalan ini (jalan Allah),
Padanya Nuh menjadi tua,
Yahya dibunuh,
Zakaria digergaji,
Ibrahim dilemparkan ke api yang membara,
Dan Muhammad SAW disiksa,
Dan ANDA,
menginginkan Islam yang mudah,
yang mendatangi kedua kakimu..."


Hmm just pemikiran cetek ana...

-Kalaula da'wah tu tak perlu, tak payahla Nabi penat-penat sebarkan Islam dulu. Lagipun Nabi kan memang dah tau Allah sayang dia, kenapa plak dia nak jalankan da'wah? Ukhti, da'wah bukan sekadar untuk diri kita, tapi untuk orang lain jugak. Jangan nak masuk syurga sorang-sorang ja. Silap-silap nanti, orang yang kita biarkan tulah yang akan tarik kita sebab kita tak sampaikan da'wah kat mereka
-Frankly speaking, pemikiran ni la yang menyebabkan da'wah Islam menjadi lembab.

Wallahua'lam....

NuRizZ said...

terima kasih atas komen beberapa pengunjung..
memang ini yang saya harapkan..saya tidak menolak langsung bahawa jalan dakwah bukan jalan yang mudah tetapi bukan bererti saya memilih jalan y mudah,sekadar saya hamparkan luahan rasa kebanyakan daei n beberapa luahan sahabat y lain.

apa yang saya cuba sampaikan melalui tulisan ini, seorang bekerja di jalan dakwah harus dapat merasakan cinta Allah 2 wujud. saya pernah membaca satu buku tulisan amru khalid mengatakan bahawa, ada dua tanda ikhlas dalam diri seseorang, salah satunya adalah dia tidak akan berasa lelah atau letih apabila membuat suatu amalan. ini bererti apabila dia beramal atau bekerja di jalan Allah, dia ihklas, dan apabila ikhlas, tanda cinta Allah tu dah wujud dalam dirinya sebab dia buat segala-galanya untuk Allah. biarlah terpaksa berkorban nyawa, semata-mata kerana cinta.

apa yang saya harapkan pemahaman melalui tulisan ini adalah untuk para daei menyuburkan keikhlasan ketika bekerja di jalan Allah, supaya tidak lekas merungut atau letih, akhirnya menjadi futur. kerana gagal mencapai ikhlas dalam berdakwah itulah menjadi punca kepada dakwah y bergerak, tetapi tidak efektif pada diri dan ummah.

sdr zan hassan,
saya tidak berniat membawa pemikiran y sebegini, hanya satu cetusan rasa untuk kalian fikirkan, sejauh mana ikhlas seorang daei itu bekerja di jalan dakwah untuk mendapai cinta Nya.
agar sampai ke nafas y terakhir kita masih tetap di jalan para nabi.

sekali lagi, mohon tidak salah faham.

dari saya y lemah.

NuRizZ said...

maafkan saya, jawapan saya juga ditujukan untuk anonymous n pembaca y lain.
wallahu'alam

Anonymous said...

Salam 'alaik...

InsyaAllah, ikhlas hanya Allah yang tau...Lelah perkara biasa dalam apa kerja sekalipun:) Jangan mudah kalah dengan pujukan jiwa untuk berehat. Umat memerlukan para da'ie yang mantap macam nti.

Moga tsabat di jalan Allah & moga pertolongan Allah sentiasa mengiringi langkah kita semua...Amennnn...

p/s: Thanks for viewing this post, it's really helpful for me to recheck my responsible as a khalifah...

Zainie Khalili said...

assalamualaikum...
Jika kita x rasa pahitnya perjuangan, jgn harap kita akan dapat rasa kemanisan syurga Allah... fikir-fikirkan...

Anonymous said...

bandingkan..
para pejuang yang menginkari arahan ketika berperang bersama baginda rasullullah..tak setiakah mereka??tak cukupkah pada perkiraan mereka Allah sentiasa disisi..Cukup!!tapi mereka tetap ingkar kerana kurangnya rasa cinta dan keyakinan dengan Allah dan rasul!!rasa cinta yang hanya zahir pada permukaan hati yang mengaku sanggup berjihad dalam jalan menegakkan agama dan kelangsungan dakwah..tapi sebaliknya jauh didasar lubuk hati kosong dalam igatan syahdu kepada yang maha penyayang..!!

bandingkan..
bagaimana pula halnya dengan pemuda kampung yang asal usulnya tiada siapa yang ambil peduli..yang kerjanya hanya sebagai seorang pengembala, tiada pangkat, tiada nama,yang kononnya tiada tempat di hati kalian untuk duduk bersama dalam satu saf(kerana tidak langsung di uji dalam perjalanan dakwah) tapi di arah oleh baginda rasul kepada sahabat supaya mencari pemuda itu.. untuk apa?? hanyasanya sekadar untuk disampaikan salam baginda kepada pemuda itu dan disuruh pula kepada para sahabat supaya dapatlah kiranya pemuda itu mendoakan kesejahteraan mereka..

fikirkan..
dimanakah duduknya kita dalam jasad si hamba ini..

wahai saudaraku hassan,
jangan sesekali diperbandingkan tahap cinta seseorang hamba kepada penciptanya dengan diri seorang saudaranya yang lain..tiada istilah 'syok2 sendiri' dalam seseorang hamba yang menerima cinta dari maha pencinta.. percaya, cinta allah hadir dalam jiwa yang diangkatNya dari kalangan kekasihNya yang terpilih.

kepada sekalian saudaraku yang dirimu masih gigih berjuang dalam perjalanan dakwah ini, bersangka baiklah kalian kepada saudara kita yang lain..yang mana pada tanggapan kalian,tiadalah guna islam mereka ini selagi mana mereka tiada dapat menghadirkan diri dalam jalan dakwah yang 'memonjol' sebagaimana yang kalian lakukan sekarang.janganlah sesekali langsung merasakan kitalah yang terbaik di sisi allah dengan nikmat berada dalam jalan seorang pendakwah ini..

KITA SEMUANYA SAMA, HANYA IMAN YANG DAPAT MEMBEZAKANNYA...
-013579-

NuRizZ said...

assalamu'alaikum..
tulisan berupa kesedaran yang mengena.

Jika seorang hamba Allah yang berpegang kedua-dua ayat ini:

"tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu selain semata-mata untuk beribadat kepadaKu"

" tidak sama- orang yang berjihad di jalan Allah dan duduk-duduk sahaja"

maka pastilah dia bukan sekadar memahami bahawa hidup ini untuk beribadat supaya dapat mengggemukkan iman, bahkan iman yang di dalam hati itu meronta-ronta tidak duduk diam untuk menyampaikan kalam Allah walau satu ayat.

inilah hamba yang Allah hendakkan. dalam mencari cinta Allah, harus seiring dengan dakwah agar kita tidak akan dipersoalkan Allah akan di manakah kita ketika si fulan dan si fulan bermaksiat di hadapan matamu?

jika jawapan kita adalah, ya Allah, aku hanya mahu beribadat kepadaMu"

bagaimana pula setelah itu jika Allah katakan:
" tidakkah kamu mengetahui bahawa aku pernah menawarkankan kamu perniagaan yang paling menguntungkan?
" iaitu engkau beriman kepadaKu dan RasulKu serta berjihad di jalanKu dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik jika engkau mengetahui."

adakah setelah itu, kita masih lagi mahu katakan bahawa aku hanya mahu sesungguhnya beribadah kepadaMu ya Allah?

wallahu'alam