CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 17, 2008

INI BUKAN BERGADUH!



Hangat memang hangat. Sudah lama saya tidak rasakan suasana tegang yang melibatkan SAYA, seorang kawan dari Kosovo, juga seorang LAWYER.

Semua ini berlaku ketika dalam kelas tutorial dan peguam lelaki itu adalah tutor saya. Kerana beberapa pendapatnya yang saya tidak dapat lagi bertoleransi. Maka saya harus katakan: I’m sorry sir, ini soal prinsip, no tolerance!

Apa katanya?

Kisah bermula apabila kami berbincang tentang status Islam di Malaysia serta beberapa kes yang mempersoalkan status Islam. Ada satu kes seorang pekerja perempuan berpurdah yang bekerja dengan kerajaan dibuang kerja kerana memakai purdah.

Lalu dia katakan, lebih kurang begini, memang sepatutnya kena buang kerja. Purdah itu bukannya wajib. Lagipun kalau pakai seakan-akan mengancam keselamatan negara. Takut jika dia itu teroris sebab tidak dapat kenal muka dia. Lagi-lagi dia katakan, hijab itu hanya sekadar security, tak lebih daripada itu.

Apa saya harus berdiam?

(perdebatan berlaku dalam bahasa inggeris, saya translatekan sedikit-sedikit)

“ Sir, bagaimana saya katakan ini adalah freedom of religion dalam artikel 11. Kalau si Singh boleh pergi kerja pakai turban dia tu, kenapa wanita tu kena buang kerja sebab pakai purdah. Itu hak kebebasan perempuan tu nak amalkan agama dia. Mengapa perlu disekat?"

Dia masih hendak tekankan point purdah itu tidak wajib. Maaf sir, argument sir tidak kuat.

“ Sir, kalaulah katakan turban tu semacam wajib untuk agama si Singh berbanding purdah atau serban dalam islam, apa kita harus treat Islam sama dengan agama lain? Mana kelebihan yang diberikan Islam sebagai agama rasmi kepada Malaysia, artikel 3?”

Lawyer itu jawab:

“ Memang dalam Islam ada perbezaan pendapat mengikut mazhab tentang aurat, tetapi untuk keselamatan, barat telah pandang aurat perempuan Islam dengan satu standard. Bukannya mereka faham perbezaan mazhab kita.”

Saya lagi tidak senang telinga, darah saya semakin mendidih. Saya cuba kawal.

“ Sir, kita kena ada prinsip dalam beragama. Forget about western. Kenapa takut dengan mereka ketika kita nak amalkan agama kita. Kepada siapa kita harus takut, dengan Allah atau dengan barat!”

Saya memandang ‘jemaah’ pelajar lelaki di sebelah, mereka ramai. Kami hanya bertiga sahaja perempuan. Percaya atau tidak, tiada seorang pun antara lelaki itu yang bersuara. Diam. Diam sahaja. Bahkan kesemua mereka memandang saya dan kawan berdebat di situ.

Tutor saya jawab:

“ Maaf kalau saya katakan, kadang-kadang orang yang pakai tudung labuh lebih buruk dari yang tidak pakai tudung.”

Saya dan kawan berpandangan. Saya hanya mampu beristighfar. Aduhai marah, adakah ini tempat yang betul untuk aku gunakan kau?

Kawan saya sambut.

“ I’m sorry sir, that is only your judgment. Ini tidak ada kena mengena dengan bab aurat yang Allah tetapkan. Itu masalah sifat peribadi seseorang. Apa yang nak disalahkan dengan aurat yang ditetapkan.”

Saya tahu bahawa lawyer itu sudah lari dari point. Dia cuba mencari kelemahan yang boleh ditimbulkan. Lalu dia bagi contoh Iran. Katanya, Iran itu nampak sahaja orangnya kuat beragama tetapi banyak juga berlaku korupsi dalam kerajaan mereka.

Huh, sir, inikah bukti yang sir guna dalam mahkamah. Maaf, pastinya kes akan kalah.

Saya membalas:

“ The blame on who?” Tegas saya soalkan. Saya mahu dia menjawab. Adakah kepada Islam?

“ I don’t mean to blame others, tapi inilah munafik yang sebenarnya.” Jawabnya dalam gugup dapat saya rasakan.

Astaghfirullah. Apa hak kita hendak menuduh seseorang itu munafik. Allah sahaja yang tahu. Ini baru sekitar bab kebebasan berpakaian mengikut agama. Apa yang lebih menggeramkan saya, dia katakan bahawa tiada langsung artikel dalam perlembagaan yang menghalang seseorang untuk murtad. Ya, persilakan murtad!

Ini bukan tempatnya untuk saya diam. Jemaah lelaki dari tadi seperti patung hidup. Saya amat menanti antara mereka bersuara untuk membela. Tolonglah, jangan kata bahawa ‘anda semua ini takut’. Lelaki bukan sama macam perempuan, takut itu logiknya untuk perempuan, itu pun harus kena pada tempatnya.

Saya cuba patahkan hujahnya. Memang mulanya saya tidak yakin kerana dia seorang lawyer. Dia mungkin sudah lebih faham tentang artikel perlembagaan persekutuan. Tetapi, satu sahaja yang saya pegang yang membuatkan saya yakin dan lebih berani:

“ Sebijak mana dan setinggi mana pun status seseorang, dia mungkin tidak tahu tahu apa yang saya tahu, dan saya mungkin tidak tahu apa yang dia tahu. Dan saya ambil ini sebagai dia mungkin tidak tahu apa yang saya tahu. Jadi, bercakaplah! jangan takut!”

“ Sir, dalam kes Lina Joy, salah seorang hakim telah mentafsirkan bahawa freedom of religion tidak termasuk kebebasan untuk murtad. Jadi walau tiada artikel atau klausa khas menyebutkannya, inilah tugas hakim untuk menafsirkan artikel yang agak umum seperti artikel 11.”

“ That’s other matter.” Itu sahaja jawabnya, selepas itu dia tukar point. Hah, saya yakin, dia sudah hilang hujah. Maaf sir, bukan niat saya untuk berdebat, tetapi demi Islam, sesiapa pun harus bertegas dalam hal ini. Setelah itu kelas berakhir walaupun masih banyak hujah yang beratur dalam kepala saya. Saya bukan suka-suka hendak bersuara begini.

Saya hanya mahu menyedarkan dia dan jika ada pendengar di dalam kelas itu agar tidak mudah ikut telunjuk barat, inilah yang membuatkan umat Islam nampak lembik. Saya mahu sangat agar mereka ini melihat sesuatu dengan kaca mata seorang muslim. Huh, liberalisme memang menyusahkan apabila sudah beranak dalam kepala seseorang. Bukan senang hendak dibersihkan.

Habis sahaja kelas, seorang pelajar lelaki menghampiri saya.

“ Kak, bergaduh ya dalam kelas tadi.”

Awak rasa siapa betul?”

“ Akaklah yang betul. Tadi time jawab hujah akak, nampak sangat dia sengaja pusing kot lain.”

“ Habis tu, kenapa diam dalam kelas tadi?”

“ Saya takut nampak melawan dengan tutor”

Saya hampir pengsan dengan jawapannya. Izzah, sabar sahajalah.

“ Dengar ni, orang Islam kena kuat pegang prinsip, kalau benda itu salah, kena cakap, jangan takut!”

Dia hanya tunduk. Tergulut-gulut di situ. Saya berlalu dan tinggalkannya. Fikir-fikirkanlah wahai lelaki, kalian adalah ketua kami, jika inilah lelaki yang tinggal..saya sudah hilang kata untuk mengeluh..