CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 17, 2008

INI BUKAN BERGADUH!



Hangat memang hangat. Sudah lama saya tidak rasakan suasana tegang yang melibatkan SAYA, seorang kawan dari Kosovo, juga seorang LAWYER.

Semua ini berlaku ketika dalam kelas tutorial dan peguam lelaki itu adalah tutor saya. Kerana beberapa pendapatnya yang saya tidak dapat lagi bertoleransi. Maka saya harus katakan: I’m sorry sir, ini soal prinsip, no tolerance!

Apa katanya?

Kisah bermula apabila kami berbincang tentang status Islam di Malaysia serta beberapa kes yang mempersoalkan status Islam. Ada satu kes seorang pekerja perempuan berpurdah yang bekerja dengan kerajaan dibuang kerja kerana memakai purdah.

Lalu dia katakan, lebih kurang begini, memang sepatutnya kena buang kerja. Purdah itu bukannya wajib. Lagipun kalau pakai seakan-akan mengancam keselamatan negara. Takut jika dia itu teroris sebab tidak dapat kenal muka dia. Lagi-lagi dia katakan, hijab itu hanya sekadar security, tak lebih daripada itu.

Apa saya harus berdiam?

(perdebatan berlaku dalam bahasa inggeris, saya translatekan sedikit-sedikit)

“ Sir, bagaimana saya katakan ini adalah freedom of religion dalam artikel 11. Kalau si Singh boleh pergi kerja pakai turban dia tu, kenapa wanita tu kena buang kerja sebab pakai purdah. Itu hak kebebasan perempuan tu nak amalkan agama dia. Mengapa perlu disekat?"

Dia masih hendak tekankan point purdah itu tidak wajib. Maaf sir, argument sir tidak kuat.

“ Sir, kalaulah katakan turban tu semacam wajib untuk agama si Singh berbanding purdah atau serban dalam islam, apa kita harus treat Islam sama dengan agama lain? Mana kelebihan yang diberikan Islam sebagai agama rasmi kepada Malaysia, artikel 3?”

Lawyer itu jawab:

“ Memang dalam Islam ada perbezaan pendapat mengikut mazhab tentang aurat, tetapi untuk keselamatan, barat telah pandang aurat perempuan Islam dengan satu standard. Bukannya mereka faham perbezaan mazhab kita.”

Saya lagi tidak senang telinga, darah saya semakin mendidih. Saya cuba kawal.

“ Sir, kita kena ada prinsip dalam beragama. Forget about western. Kenapa takut dengan mereka ketika kita nak amalkan agama kita. Kepada siapa kita harus takut, dengan Allah atau dengan barat!”

Saya memandang ‘jemaah’ pelajar lelaki di sebelah, mereka ramai. Kami hanya bertiga sahaja perempuan. Percaya atau tidak, tiada seorang pun antara lelaki itu yang bersuara. Diam. Diam sahaja. Bahkan kesemua mereka memandang saya dan kawan berdebat di situ.

Tutor saya jawab:

“ Maaf kalau saya katakan, kadang-kadang orang yang pakai tudung labuh lebih buruk dari yang tidak pakai tudung.”

Saya dan kawan berpandangan. Saya hanya mampu beristighfar. Aduhai marah, adakah ini tempat yang betul untuk aku gunakan kau?

Kawan saya sambut.

“ I’m sorry sir, that is only your judgment. Ini tidak ada kena mengena dengan bab aurat yang Allah tetapkan. Itu masalah sifat peribadi seseorang. Apa yang nak disalahkan dengan aurat yang ditetapkan.”

Saya tahu bahawa lawyer itu sudah lari dari point. Dia cuba mencari kelemahan yang boleh ditimbulkan. Lalu dia bagi contoh Iran. Katanya, Iran itu nampak sahaja orangnya kuat beragama tetapi banyak juga berlaku korupsi dalam kerajaan mereka.

Huh, sir, inikah bukti yang sir guna dalam mahkamah. Maaf, pastinya kes akan kalah.

Saya membalas:

“ The blame on who?” Tegas saya soalkan. Saya mahu dia menjawab. Adakah kepada Islam?

“ I don’t mean to blame others, tapi inilah munafik yang sebenarnya.” Jawabnya dalam gugup dapat saya rasakan.

Astaghfirullah. Apa hak kita hendak menuduh seseorang itu munafik. Allah sahaja yang tahu. Ini baru sekitar bab kebebasan berpakaian mengikut agama. Apa yang lebih menggeramkan saya, dia katakan bahawa tiada langsung artikel dalam perlembagaan yang menghalang seseorang untuk murtad. Ya, persilakan murtad!

Ini bukan tempatnya untuk saya diam. Jemaah lelaki dari tadi seperti patung hidup. Saya amat menanti antara mereka bersuara untuk membela. Tolonglah, jangan kata bahawa ‘anda semua ini takut’. Lelaki bukan sama macam perempuan, takut itu logiknya untuk perempuan, itu pun harus kena pada tempatnya.

Saya cuba patahkan hujahnya. Memang mulanya saya tidak yakin kerana dia seorang lawyer. Dia mungkin sudah lebih faham tentang artikel perlembagaan persekutuan. Tetapi, satu sahaja yang saya pegang yang membuatkan saya yakin dan lebih berani:

“ Sebijak mana dan setinggi mana pun status seseorang, dia mungkin tidak tahu tahu apa yang saya tahu, dan saya mungkin tidak tahu apa yang dia tahu. Dan saya ambil ini sebagai dia mungkin tidak tahu apa yang saya tahu. Jadi, bercakaplah! jangan takut!”

“ Sir, dalam kes Lina Joy, salah seorang hakim telah mentafsirkan bahawa freedom of religion tidak termasuk kebebasan untuk murtad. Jadi walau tiada artikel atau klausa khas menyebutkannya, inilah tugas hakim untuk menafsirkan artikel yang agak umum seperti artikel 11.”

“ That’s other matter.” Itu sahaja jawabnya, selepas itu dia tukar point. Hah, saya yakin, dia sudah hilang hujah. Maaf sir, bukan niat saya untuk berdebat, tetapi demi Islam, sesiapa pun harus bertegas dalam hal ini. Setelah itu kelas berakhir walaupun masih banyak hujah yang beratur dalam kepala saya. Saya bukan suka-suka hendak bersuara begini.

Saya hanya mahu menyedarkan dia dan jika ada pendengar di dalam kelas itu agar tidak mudah ikut telunjuk barat, inilah yang membuatkan umat Islam nampak lembik. Saya mahu sangat agar mereka ini melihat sesuatu dengan kaca mata seorang muslim. Huh, liberalisme memang menyusahkan apabila sudah beranak dalam kepala seseorang. Bukan senang hendak dibersihkan.

Habis sahaja kelas, seorang pelajar lelaki menghampiri saya.

“ Kak, bergaduh ya dalam kelas tadi.”

Awak rasa siapa betul?”

“ Akaklah yang betul. Tadi time jawab hujah akak, nampak sangat dia sengaja pusing kot lain.”

“ Habis tu, kenapa diam dalam kelas tadi?”

“ Saya takut nampak melawan dengan tutor”

Saya hampir pengsan dengan jawapannya. Izzah, sabar sahajalah.

“ Dengar ni, orang Islam kena kuat pegang prinsip, kalau benda itu salah, kena cakap, jangan takut!”

Dia hanya tunduk. Tergulut-gulut di situ. Saya berlalu dan tinggalkannya. Fikir-fikirkanlah wahai lelaki, kalian adalah ketua kami, jika inilah lelaki yang tinggal..saya sudah hilang kata untuk mengeluh..

26 Pendapat:

MieJida said...
This comment has been removed by the author.
MieJida said...

salam izzah.
atas beberapa alasan, now i'm on my way to wear niqab. inshaALLAH.
doakan kita kuat macam izzah ye..

:: wa kaana dzalika 'alallahi yaseera ::

p/s: izzah, cerpen aqidi n masiri tu izzah tulis eh.. ada dipublish tak. tersentuh sgt dgn citer tu.

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam

alhamdulillah,smg dipermudahkan.
cerpen mana 2?bukan saya tulis,baca kat mana?

MieJida said...

cuba bukak bubbly177.blogdrive.com. dia ada paste cerpen tu. dia kata nukilan lailatulmawardah, ukhti uia. awak la kot. huhu. or maybe tajuk dia lain tapi hasil tulisan izzah jugak.

Anonymous said...

Yes, yes. If the punjabi can wear a turbine, why can't I practise my religious freedom and kill infidels the way I like it.

Very nice argument.

By the way, stop using the internet. It's invented by infidels. Have you no principles?

NuRizZ said...

assalamua'alaikum.

freedom always has it limitation.killing infidels is one thing that no such free, except we comply with the conditions.

anyway,exploitation of internet to preach is one of istihsan that islam is not to rigid on this.ahaks, western never realize their invention may kill them by our magic words!

thats my principle. =) do u agree?

NuRizZ said...

SALAM'ALAYK Sajidah..

owh, saya dah buka dah blognye..
a'ah, tu cerpen yang saya buat. kalau di blog saya, saya letak tajuk 'TIBALAH MASA UNTUK BERBUKA'. Patutlah tak perasan.

anyway, jazkillah, moga istiqamah dalam bekerja di jalan ini ya!=)
psst..sajidah,perkara y baik jangan ditangguh2kan=)hehe

Anonymous said...

wah.izzah,
mantap!
x sabar mun nak tgk
klahiran sorg lawyer
yg lain dr yg lain
bbp thun je lagi!
spt ap yg izzah cita2kan!
mun guna anonymous je
psl da x ingt psword
huhu

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam mun.

hehe,
insyaAllah, itulah impian.
tapi tak nak iz saja, kita sama2 ya.
baru dapat gegar mahkamah nnti.
jom jihad ni!
(,")

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

hal yang sama terjadi pagi tadi dalam kelas Method Of Dakwah, malang sekali gadis-gadis Islam di dalam kelas itu turut ketawa terkekeh-kekeh apabila lawak-lawak menghina ditujukan kpd mrk yg berpurdah, sabar ada hadnya hinga saya terpaksa bersuara membantah.

boleh baca pengalam hitam itu diblog saya

Husaini said...

Salam.

Izzah, kuatkan semangat. Izzah lambang kekuatan siswi2 uia yg ingin berpurdah. saya sedari, semakin lama semakin ramai rakan pelajar yg berpurdah. Alhamdulillah.

Pegangla Islam sekuat mungkin ibarat menggigit dengan gigi geraham. Jangan luntur semangat. Berjuang terus berjuang!

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing"

Ikmal said...

salam...
tersentuh hati bila membacanya..
moga2 kita dapat memperjuangkan Islam dgn sepenuh hati..
Insya Allah..takbir!!!

NuRizZ said...

Assalamu'alaikum.

terima kasih atas sokonan pembaca dan sahabat2 y membaca tulisan saya. keterharuan saya dengan doa supaya kalian akan terus mendokong kemuliaan Islam biar di mana kita berada.

harus ingat, Islam hidup dalam hati dan diri seorang muslim. jadi apabila diri seorang muslim itu dipermainkan dan dihina, apa lagi yang kita tunggu? kalau bukan kita siapa yang nak bela Islam?

kepada sdr masri,
jazakallah, pangkat atau status seseorang sudah tidak patut dihormati jika dia sendiri mempersendakan Islam. jika kita perlu bersuara dan kelihatan kasar, kita lakukan kerana Allah! itulah ertinya cinta dan benci itu kerana Allah.

sdr husaini,
insyaaLLAH, semangat itu sentiasa subur dengan sokongan sahabt2. bukanlah bererti kerana saya berniqab, saya terlalu membela orang berniqab.bak kata hasan albanna:
" jika di bumi itu walau ada seorang muslim maka itu adalah tanah kita, maka kita harus membela islam di situ"

ah, apatah lagi bumi uia, yang keseluruh penuntutnya adalah Islam. adakah kita boleh berdiam diri.

buat sahabat2 y baru berniqab, ahlan wasahlan saya ucapkan. hanya mahu dipesan, bukan berniqab bererti kita terbatas untuk bersuara, bahkan kerana niqablah mengajar kita untuk terus berprinsip dan mempertahankan prinsip!

emansipasi dalam keterbatasan. jangan biar 'mereka' berfikir bahawa wanita berniqab ini lemah dan tunduk dengan kata orang, tetapi kehadapanlah supaya 'mereka' lebih berjaga2 apabila mencabar kita.

wallahu'alam..
nahnu fuqara' ilallah..
salam ramadhan.

everjihad said...

Salam ya ukhti..

nak tanye la. sy mmg da lame sangat simpan hasrat nak berniqab. pantang tgk org pakai, rasa tak tertahan. jeles sangat2..sebab dorang mampu nak buat.

skrg ni sy tengah mengumpul kekuatan menuju mampu.
cuma saya tertanya la..
kalau dekat kolej kita belajar tu tak dibenarkan berpurdah, mcmanana ye?perlu kita pertahankan habis2an ke? ataupun mengalah n bukak?

lagi pulak, tahun dpn, INsyaAllah saya akan belajar ke Canada. lagilah..it's my big dream to wear it. lg nmpk mcm mustahil, semakin besar hati saya nak pakai.

kenapa nak pkai, wlau pasti ada y mempertikaikan, katanya bukan wajib.

kalau sy, sy akn ckp, sy nk pakai sbb nak muka saya berseri di hari kiamat nanti.sbb itulah salah satu kelebihan n fadhilat pakai niqab.

saya suka nak quote kata-kata saidina umar r.a

"Tegakkanlah islam dalam dirimu,
nescaya islam akan tertegak di atas muka bumi mu.."

ini mmg kata-kata perangsang bagi seorang dai'e.
wallhua'alam.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

betulke ada hadis kata muka berseri di akhirat jika pakai niqab, setahu saya saya xpernah jmpa sepanjang perbahasan ulama sama ada wajib atau sunat pakai niqab.

so kalau orang tanya sbb apa pakai, katalah ulama ada kata wajib, ada kata sunat, isteri2 nabi saw pun pakai niqab sdgkan mrk lbih terpelihara drpd kita.

NuRizZ said...

assalamu'alaikum everjihad,

soalan sdri agak personal untuk saya jawab di sini. saya sebolehnya mahu mngelakkan untuk bicara lebih detail pasal sebab berniqab di dalam blog kerana saya pakai pun atas beberapa sebab peribadi.

tetapi tidak bermakna saya tidak mahu berkongsi pengalaman dan ilmu tentang berniqab. jika sdri selesa, saya jemput sdri untuk terus menghubungi saya di emel saya:

zinnera_111@yahoo.com

saya senang dengan cara ini. lebih bebas untuk kita berbincang.

jemput ya.=)

NuRizZ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

teruskan perjuangan anda.=)

Fahd Razy

Anonymous said...

salam
mabruk 'alaik!!
teruskan perjuangan
jangan takut utk menegakkan yg haq!
innalahama'ana

NuRizZ said...

assalamu'alaikum fahd razy n hajar.

InsyaAllah, sama-sama kita ya.
mohon doa kalian.

ramadhan kareem!

Admin said...

Salam izzah,

Sekadar pertanyaan dari akak.Betul2 ikhlas akak bertanya..

Izzah bercita-cita untuk jadi peguam syarie..al hamdulilah.Akak doakan cita-cita Izzah tercapai.

Berkenaan etika pemakaian peguam sivil dan syarie di dalam mahkamah- niqab sama sekali memang tidak dibenarkan.

Mana satu pilihan izzah:

1) Pilih niqab

2) pilih kerjaya

Pun begitu..kalau ada kekuatan..masih boleh jadi peguam conveyancing.Duduk di pejabat dan niqab masih boleh dipakai (kalau dengan majikan yang memahami)

Cumanya,akak berharap Izzah bersedia untuk menghadapi kenyataan prejudis kerjaya terhadap seorang niqabi.

Just a 2 cent from a practicing lawyer and a muslimah too.

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam akak..

soalan akak sudah beberapa kali tenggelam timbul dalam fikiran saya. sebenarnya, cabaran ini juga sudah saya hadapi ketika ada present case di kuliyyah. jika nak diikutkan, memang undang-undangnya tak boleh pakai niqab time present case, tetapi, bagi saya, selagi mana identiti saya dikenali dan percakapan saya jelas ketika bicara, saya berpendapat bhwa tak perlu untuk menanggalkan niqab.

setakat ni saya ada juga masuk mahkamah untuk hearing, mulanya memang diingatkan agar dibuka niqab,tapi saya saja time tu nak pakai juga sekiranya ia diizinkan dengan budi bicara hakim.

alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku. saya terus pakai niqab sehinggalah akhir perbicaraan.
mungkin waktu tu nasib menyebelahi saya.

berkenaan dengan soalan niqab atau kerjaya. ia satu yang peribadi untuk saya kongsikan di sini.insyaAllah, penjelasannya saya akan panjangkan ke emel akak ya.

jazakillah akak.=

Anonymous said...

aslmkm ukhty..
pertahankan pendapat ukhty...
ingatlah..awal datangnya islam itu terasa asing...tapi jangan pernah putus asa...perjuangan itu xpernah mudah...

masih ingat perjuangan nabi muhammad..???!!ada yg mudah k..??xde kn..banyak sedih..banyak duka..banyak air mata..banyak darah...banyak pengorbana..
semangat ya..buktikan yg halal tu pasti lebih baik...
insyaallah...

Ar-Rijal said...

salam

saya pernah melewati entry ini.
anda berpegang pada fakta dan kejelasan yang benar.walaupun hanya belajar sedikit ilmu undang2 untuk satu semester(kerna peliknya saya student geology),setiap apa yang kita perkatakan perlu ada sandaran dan perlulah kukuh.

dan disini juga berlaku pada saya dan kawan saya.tapi dalam konteks berbeza dimana lecturer nya adalah bukan seorang Muslim..perbincangan dalam konteks rasionaliti pelacuran...

tidak pelik untuk kita katakan ianya berlaku di Malaysia juga.di IPTA di dalam negara yang pemimpinnya gah melaungkan mereka pemimpin melayu Islam dan cendekiawan bangga menamakan diri mereka sebagai cendekiawan Islam moden..

perjelasan terhadap perkara ini mudah...ilmu dan kefahaman bukan lah satu perkara yang sama.kefahaman yang jelas membawa kita menambahkan ilmu yang ada..dan ilmu sewajarnya membawa kepada sebuah kefahaman.tetapi bilamana shahwat dan nafsu menguasai akal dan menolak hukum Tuhan kononnya atas tiket akal mereka maha hebat,maka nafsu menguasai ilmu dan membunuh kefahaman.bukankah dalam arkanul baiah itu al-fahmu diletakkan sebagai perkara paling asas..

pada dasarnya,pemakaian purdah juga adalah perkara khilafiyah yang diperdebatkan.tapi jangan silap maksud saya.saya menyokong pemakaian purdah dan niqab..tetapi wajar bagi peguam itu mengetahui,base perbincangan adalah berkaitan kebebasan beragama.kebebasan kita mengamalkan agama yang kita anuti..

undang2 ciptaan manusia ini tidak sempurna.tak kan pernah sempurna.kerna itu maka terbuktilah loophole dalam setiap undang2 yang ditulis..

lihat sahaja pada sistem yang dibina.sosialis,komunisme,kapitalisme..semuanya runtuh.asas nya dibina sistem itu untuk mengemudi ummat manusia dalam penyelesaian masalah..

tetapi masalah baru yang timbul..

kerna bukankah Allah telah ciptakan sistem yang unggul.ya'ni sistem Islam itu sendiri..

dan bilamana cendekiawan yang katanya cendekiawan Islam moden ini bergerak atas nafsu yang menguasai akal,maka mereka tak mampu melihat sistem yang telah Allah wahyukan..mereka tidak mengkaji dengan teliti..setiap ayat alquran bukanlah cerita..tetapi hukum..

contoh: dalam surah maryam diceritakan bahwa selepas maryam melahirkan isa a.s di bawah pohon tamar,maryam kepenatan.lalu Allah wahyukan supaya digoncang pohon tamar.

logiknya,orang lepas bersalin amat lemah.pohon tamar amat besar.berdayakah seorang maryam yang kelemahan menggoncang pohon tamar sampai jatuh buahnya??

pengertiannya disini.biar lemah manapun kita,Allah arahkan kita untuk berusaha.baru Allah bantu..

jadi apa yang kita boleh ambil??

Ar-Rijal said...

cont...


sebenrnya,cendekiawan2 yang kita 'sayangi' ini telah berusaha tetapi usaha tanpa panduan dan wahyu.hanya menggunakan akal merekailmu mereka.seorang maryam sebenarnya tahu yang pohon tamar punya buah yang mampu kembalikan tenaganya..tetapi maryam itu menunggu firman Tuhan nya.dia dipandu oleh wahyu walaupun dia punya akal yang sihat.

dan sewajarnya mereka faham bahawa ilmu itu bukanlah sesuatu yang putus.ia nya akan berubah dan bertambah.kerna ilmu manusia ini sangat kecil..

maka sewajarnya apa yang ingin dilakukan itu dipandu..berdasarkan kefahaman yang jelas..barulah ilmu yang ada digunakan..

Allah sudah nyatakan dalam surah albaqarah mula2 lagi bahwa al quran ini adalah "hudan" ya;ni petunjuk..bagi orang2 bertaqwa..maka kajilah siapa orang bertaqwa itu..pastinya kefahaman yang jelas ada pada orang bertaqwa itu.bukan hanya ada ilmu sahaja.

makanya kalau dia tidak mahu dipandu.sombong konon nya Al Quran itu tak relevan,angkuh mengatakan bahawa sistem Islam itu sistem padang pasir.maka sebenarnya mereka mengeji diri mereka sendiri.kerna mereka juga menggunakan sistem Islam dalam ekonomi dan macam2 lagi..dan mereka mengeji diri mereka sendiri kerna sistem yang mereka cipta dan agungkan telah lama nampak cacatnya..

cacatnya kerna buruknya sistem itu..

sedangkan martabat dunia Islam runtuh bukanlah silap sistem nya.bukanlah silap jalan nya..

yang silap adalah ummat nya.

ummat yang mula menjauh dari Tuhan tapi mulut masih bangga mengatakan diri mereka ummat Tuhan..

lemahnya ummat ini sebgaimana kata2 umar r.a dalam pembukaan kota Palestina :

kami adalah satu ummat yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam.kalau kami kita mnejauhkan diri kita dari Islam,maka Allah akan menghinakan kita..

dan apa yang perlu kita bawa sekarang,sebagaimana kata anda bahwa jalan masih panjang untuk mencapai ustaziyatul alam,tetap,jalan ini perlu kita redah..bawakanlah kefahaman kepada mad'u yang ada.

lagipun,untuk sampai tangga yang terakhir,tangga yang pertama kita perlu panjat dahulu,bukan??

semoga bermanfaat.sekalilagi saya bukan pelajar dalam jurursan undang2,atau falsafah.tapi cuba untuk merungkai permasalahan dalam kaca mata yang mudah difahami.senang saya katakan,ini semua adalah masalah dalam kehidupan manusia.maka lihatlah masalah itu sebagaimana kita mengenal manusia(ma'rifatul insan).tulisan saya agak panjang.tapi mungkin boleh menjawap persoalan yang terbuku di kepala.

wallahua'lam

tajul rijal annuar
cetusanminda.wordpress.com
langkah-arrijal.blogspot.com

Ar-Rijal said...

saya juga ingin mengaju soalan.agak terkeluar dari tajuk..

bolehkah untuk ambil degree in law di UIA.maksud saya,selepas saya tamat degree in applied geology,saya ingi mengambil jurusan perundangan di UIA.genggam satu lagi ijazah dalam jurusan perundangan..

niat di hati dulu selepas spm ingin belajar undang2.jadi lawyer.sebenarnya,dapat tawaran untuk sambung pengajian di AIKOL(ahmad Ibrahim Kulliyyah Of Law)..dan juga tawaran di tempat lain dalam jurusan undang2..tapi akal yang mabuk cinta manusia,saya pilih jalan yang lain.dan sebenarnya amat bersyukur.kerna aturan Allah itu membenarkan saya kenal tarbiyah di bumi sarawak ini.

tapi,semangat untuk belajar undang2 tak pernah padam.dan kalau boleh ingin ambil di AIKOL juga.mungkin secara separuh masa.jadi bagaimana?boleh kah atau tidak??masih ada jalan kah??

(sebenarnya jalan masih jauh untuk tamatkan pengajian.tapi perlu merancang lebih awal bukan..)