CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, November 23, 2008

MALU UNTUK SEKEPING GAMBAR




# mungkin fokus tulisan kali ini adalah kepada wanita, tetapi saya sangat mengalukan pembaca muslimin yang mungkin dapat berperanan#


Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa frenster para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa frenster yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlgi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

“ comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata”


Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!


Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.

36 Pendapat:

As said...

nice reminder

tqvm

Anonymous said...

salam nti.ukhti2 kite tu terlupa tu.biase la al-insan kn..insyaAllah dengan teguran yg anti bagi ni, diorg akn ingt blk...jazakillah kerana menegur...=)

Anonymous said...

Taqwa ni satu anugerah Ilahi.

Ia memandu mukmin/at untuk bertindak,

Bukan sahaja menepati syariat,

Bahkan memilih yang terbaik kesukaan Allah,

Walaupun terpaksa korban rasa dan cita,

Yang pasti akan binasa.

Inilah dia cinta,

Hanya yang berkorban akan merasa manisnya.

Jolynn said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

hurm..

secara asasnya perempuan memerlukan perhatian..

tp cara mana dia mendapatkan perhatian itu yang menjadi persoalannya..

tp dlm kes ni sy rase, lebih elok andai bergambar secara sederhana..

Kalau bley mate tu jgn bagi jelingan manje.. bahaye..

Mungkin jgak bleyh wat efek gne photoshop @ ap2 software spya gmbr 2 xde la menonjolkn sgt imej dan yg bley mybbkn panahan2 syaitan..

neway, gud reminder 4 muslimat..

NuRizZ said...

assalamu'alaikum

terima kasih atas pendapat dan komen para sahabat.

bagi saya, jika boleh elakkan dulu daripada meletakkan gambar kita di web.bukannya apa, gambar yang kita anggap biasa kadang-kadang 'tidak biasa' bagi lelaki.

kalian pun tahukan bagaimana bahayanya wanita dalam menggoncang iman lelaki. jadi, kita harus lebih waspada. risaunya, dalam kita sedang beribadat atau berdakwah, ada dosa yang sedang menggemuk apabila orang menatap gambar kita walau ia sekadar biasa-biasa. cantik itu kan subjektif bagi lelaki?

sekadar pendapat.wallahu'alam.

Unknown said...

yach.. benar sekali..

sumtym bg muslimat mayB biasa je tp d mata lelaki boleh mengundang pelbagai tafsiran..

teringat, walau melihat tumit kaki pun lelaki boleh menafsir macam²..

neway awk mmg bgus berhujah..

Nurul Amiza Mat Adam said...

salam ukhuwah,
saya ternanti2 peringatan seperti ini.

tidak perlu kita berhujah tentang hukum wanita meletakkan gambar di internet dgn panjang lebar, tetapi cukup dengan memikirkan kembali apakah niat sbenar meletakkan gmbar2 tersebut dan rasa malu yang bagaikan sudah tiada pada diri muslimah lately.

jika niat agar teman2 lama mengenali diri, apply sahaja private photo, atau byk lg cara lain boleh digunakan selari dgn teknologi yg semakin berkembang, mustahil tdk tahu..

buat semua muslimah,

Bersyukurlah dgn kecantikan anugerah Tuhan ini dgn menjaganya walau dialam maya, jgnlah jdkan diri sbg fitnah.

syukran ya ukhti utk entri kali ini.maaf jika komen terlalu pnjang^^.

nohas said...

Salam ziarah.
Terima kasih atas peringatan & nasihat. Kadang2 niat tidak menghalalkan cara..

Perasaan malu sepatutnya jadi perhiasan bagi wanita..

NuRizZ said...

Assalamu'alaikum Amiza,

jazakillah atas pandangan ukhti yang amat membantu

takpe panjang-panjang, yang penting panjang berisi.

salam taaruf ukhti kareemah =)

Unknown said...

salam.ni izzah aikol ke?tumpang lalu, lompat dari blog eja

Anonymous said...

Assalamualaikum...

sy suke entry ni..sblm ni xprnh terpikir pn psl letak2 gmbr kt internet ni..bagus teguran ni sbb rsnye msh ramai lg yg lalai atau alpa dgn keghairahan nk letak gmbr msg2 di alam siber ni (sy pn mcmtu jgk ms jahil dlu2..hehheh!)..msg2 berlumba nk ltk gmbr2 yg cun2, yg kiut2..mayb ade yg nafikn, tp percayalah, mst ade terselit jgk perasaan mahu dipuji tu..

dan btl ble nuriz ckp psl mereka yg berniqab tu sbb sy pn pernah tgk page2/ blog2 yg cmtu..sy jg berniqab, tp ble tgk posing2 mereka, sy rs semcm..sbb kenapa mst ltk gmbr anda berniqab dgn lirikan mata yg manja? bgsla klu da berniqab ato ade niat nk berniqab, tp rsnye xperlu posing2 mcmtu, sbb sy yg perempuan pn ter'kesima dgn mata tu, inikan pula lelaki2 yg melihat gmbr2 tersebut..jgn la kte jatuhkn martabat niqab tu..sedih..kte berniqab ni bkn utk ditayang2 pd org, nk tnjk cntk ke x kte berniqab..pasti niat kte berniqab krn Allah S.W.T., nk ikut sunnah, btl x?

ni pendapat sy la..mane2 yg silap, sila btau..hehehe!

Anonymous said...

Nukilan yang baik. Semoga artikel ini boleh dibaca dan dihayati oleh semua orang islam.

Anonymous said...

malu tak bertempat.

kalau buka aurat tu patut la juga malu. setakat posting gambar kat internet takde nas yg kata tak boleh..

isteri saya pun berkenalan dengan saya melalui internet. kalau saya tak pernah nampak wajah dia kat internet, confirm saya tak email mula mula dulu..

wahtever

NuRizZ said...

Assalamu'alaikum.

secara keseluruhan, saya rumuskan ada dua pandangan para pembaca tentang isu letak gambar di internet. ada yang positif dengan pendapat saya, ada juga yang negatif.

cuma,bagi saya prinsip, tidak boleh ditolak ansur. apatahlagi prinsip yang berkait dengan moral agama.

sdra anonimus.
saya pernah berdepan dengan pelbagai jenis sifat lelaki. pertamanya, tahniah kerana bertemu jodoh di internet. itu telah Allah tetapkan cara pertemuan jodoh sdra sejak sdra menginap di luh mahfuz lagi. tahniah sekali lagi.

cuma ada satu cerita untuk sdra.
saya dulu punya frenster, dan saya juga tidak 'malu bertempat' meletak gambar-gambar saya. iyelah, nak bagi orang tengok dan kenal siapa tuan punya badan. hanya gambar biasa, tiada yang posing pun.

tetapi apa yang berlaku? seorang lelaki secara anonimus menghantar emel khas tentang keperluan seorang wanita bertudung litup untuk meletak gambar sendiri di internet. secara telus dia menyampaikan logik dan moralitinya dan dengan halus dia menghubungkan dengan nilai agama. satu teguran yang penuh hikmah. dan saya menerimanya dengan terbuka!

mungkin pandangan lelaki itu dengan sdra berbeza dalam isu ini.tetapi pandangannya lebih saya hormati kerana tahap sensiviti agamanya tinggi. tetapi sebagai wanita muslimah, kerap-kerap saya datangkan bayangan, adakah jika para isteri rasulullah dan para sahabiah nabi hidup di zaman sekarang, adakah mereka dengan relanya mempamerkan wajah dan diri mereka untuk dikomersialkan di internet. saya tidak fikir dua kali. tentu jawapannya sesungguhnya mereka tidak akan lakukan itu.

jadi ia bukanlah malu tak bertempat jika seorang muslimah itu sangat menjaga dirinya walau untuk sekeping gambar. sdra, dalam hadith diriwayatkan, sifat malu rasulullah itu lebih-lebih lagi dari anak dara sunti. nah! malu untuk sekeping gambar itu masih lagikah malu tak bertempat?

nampaknya dunia sekarang sudah mula terbalik. eh, bukan sudah mula, sudah lama rasanya. seorang wanita yang segan untuk mempamerkan gambarnya buat tontonan umum dikatakan 'MALU TAK BERTEMPAT' tetapi yang tanpa segan menonjolkan gambarnya dikatakan 'TAK PERLU MALU'.

inilah dunia yang telah menempah kehancuran apabila barat sudah mula berjaya menyerang pemikiran manusia! yang baik dikatakan buruk.

wallhua'alam.

Unknown said...

barakallahu fiiki

Anonymous said...

salam
untuk perkara ni, setuju dengan nurul amiza..

maka skrg menjadi tugas setiap muslim la nak bagitahu yang masih tidak tahu..DAKWAH

cuba dekati mereka yang masih tidak mengerti..jgn sampai kerana kita mereka semakin jauh..uslub dakwah itu luas, jaga niat, sabar dan yakin dengan Allah

wallahuaalam

Hanisah Ishak M.D said...

salam.
syukran ya ukhti.

ya betul, manusia itu tahu, tapi kadang2 terlupa. krn itu perlu saling di ingatkan.

Anonymous said...

Salam singgah. =)

Sejuk hati saya membaca entri ini kerana mengetahui bahawa masih ada perempuan seperti saudari di luar sana.

Walaupun saya belum tentu bersetuju dengan pandangan saudari, tetapi sekurang-kurangnya sdri mempunyai prinsip dan pegangan, dan hal-hal seperti ini memang terbuka kepada pandangan yang berbeza. (Bukankah perbezaan pendapat itu hikmah?)

Buat, Anonymous, saya kurang bersetuju dengan dakwaan anda tentang tiadanya nas mengenai hal ini. Cuba rujuk surah Al Ahzab ayat 33:

"...Janganlah kamu (perempuan) bertabarruj (berhias untuk dipamerkan) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu."

Tentu saja, ayat ini terbuka kepada penafsiran -- boleh secara luas, boleh juga secara tegas -- kerana hukum meletakkan gambar di internet bukanlah satu hukum yang ada dalil qatie.

Allahua'lam.

Anonymous said...

salam,

mujur aku terbaca blog ni.
aku ingat pempuan zaman sekarang dah takde malu letak gambar posing bodoh kat friendster.
dalam otak aku ni dah cop pempuan zaman sekarang bodoh sebab tak pandai jage diri or maruah diri.
sori geng aku kasar sikit sebab nak bagi korang terase sikit.
boleh aku cakap, 98% pempuan dara zaman sekarang sudah disentuh lelaki sebelum kawen.
memang akal pendek pempuan ni.
kepada tuan punye blog, ko perjuang lah ape patut pempuan zaman sekarang ni buat. jangan loyar buruk sudah la.hahaha
aku chow dulu..

"seribut kemaafan dariku"
salam..

NuRizZ said...

assalamu'alaikum,

satu penyataan matematika yang langsung tidak tepat untuk sdra katakan 98% perempuan sudah tiada dara. tidak patut sdra generalize semua perempuan semudah-mudahnya. lebih membimbangkan seandainya sdra jatuh kepada jenayah qazaf tanpa sedari.(boleh rujuk alkitab kalau tidak faham)

hanya satu kesalahan kecil, tidak bermakna seseorang itu melakukan dosa besar. jika sdra ada pandangan 'kurang tepat' kepada perempuan. saya juga punya satu pandangan yang lebih2 lagi pada kaum lelaki. sehingga pengalaman yang saya lihat di depan mata telah menjadikan saya agak 'elergi' dengan mereka ini.

tetapi,kita harus adil. tidak semua. mmang masih banyak mereka yang luhur budi, masih tahu jaga diri. masih punya adab dengan manusia. masih tahu menghamba pada Tuhan.

maaf sdra. jika ada perkara yang sdra rasa 'loyar buruk', saya tidak susah-susah mengerjakan blog ini untuk itu.sekadar mahu menjentik jiwa yang masih peduli.

wallahu'alam

NuRizZ said...

assalamu'alaikum,

satu penyataan matematika yang langsung tidak tepat untuk sdra katakan 98% perempuan sudah tiada dara. tidak patut sdra generalize semua perempuan semudah-mudahnya. lebih membimbangkan seandainya sdra jatuh kepada jenayah qazaf tanpa sedari.(boleh rujuk alkitab kalau tidak faham)

hanya satu kesalahan kecil, tidak bermakna seseorang itu melakukan dosa besar. jika sdra ada pandangan 'kurang tepat' kepada perempuan. saya juga punya satu pandangan yang lebih2 lagi pada kaum lelaki. sehingga pengalaman yang saya lihat di depan mata telah menjadikan saya agak 'elergi' dengan mereka ini.

tetapi,kita harus adil. tidak semua. mmang masih banyak mereka yang luhur budi, masih tahu jaga diri. masih punya adab dengan manusia. masih tahu menghamba pada Tuhan.

maaf sdra. jika ada perkara yang sdra rasa 'loyar buruk', saya tidak susah-susah mengerjakan blog ini untuk itu.sekadar mahu menjentik jiwa yang masih peduli.

wallahu'alam

Jolynn said...

Saya tarik balik komen saya yang terdahulu (dah delete dah...)

Malu ini bukan kerana tidak bertempat tetapi malu kerana maruah muslimah yang tinggi nilainya.

Perempuan merupakan fitnah kepada lelaki dan lelaki juga merupakan fitnah kepada perempuan. Tapi fitnah perempuan terhadap lelaki adalah lebih besar. Fitnah dalam konteks ini bermaksud godaan.

Seorang akhi dulu telah menanya saya, "Tidakkah anti terasa maruah anti tercalar sekiranya semua lelaki memandang anti?"

Memang betul katanya. Kata-katanya memang menusuk perasaan (atau saya yang terasa lebih?) tapi yang pasti, ini adalah untuk kebaikan saya juga, insyaAllah.

Dan Kak Izzah, tahniah saya ucapkan kerana kepandaian dan kehemahan kak Izzah bila berhujah. =)

I believe that you will be an influential lawyer in the future, insyaAllah. I wish I am like you. And I hope to meet you soon, insyaAllah. =)

NuRizZ said...

TO ADELITA

jazakillah ukhti. ini sekadar kelebihan yang awak nampak. padahal kelemahan pada diri akak terlalulah banyak.

apa yang baik akak tulis, semuanya ilham Allah. akak cuma perantara. dan yang tidak baik itu kerana makrifah akak belum memadai. tidak semua pendapat akak betul. teguran dari pembaca sangat-sangat diharapkan. sama-sama belajar. sama-sama mengingatkan.

ini saja medium untuk akak berkomunikasi dengan masyarakat luar. mereka yang akak tidak kenal siapa. tetapi akak yakin, aqidah syahadah ini bisa menyentuh hati mereka.bisa akak menuntut ilmu juga dari mereka. biar di alam maya. andai punya rezeki, Allah pertemukan dengan orang seperti ukhti, seperti mereka juga. mereka yang inginkan kebaikan.

herm, realy hope 2 see you 2. asyik nampak ur words saja. nak juga jumpa orangnya.=)

Jolynn said...

Betul tu. Medium internet memang sesuai untul reach out to more people. =)

InsyaAllah. Moga dipermudahkan Allah. Amiin... =)

pencinta bahasa said...

salam.saya bersyukur dapat jumpa blog akak.skrg ni ssh sy nk cari tmpt utk saya dapatkan rujukan.yg ade pun klas agama je.semoga saya dpt manfaatkan nasihat dari akak.well,nice to meet u. =D

Haikal Reza Nawwarah said...

Alhamdulillah...
sesungguhnya Tuhan tidak pernah meniggalkan hamba-hambaNya keseorangan.

Sebuah makalah yg baik utk peringatan muslimin/at.

Pengalaman ana sendiri menggunakan friendster sendiri membuktikan hakikatnya.

Bagai kadang2 ana sendiri malu utk melihat...
namun, naluri lelaki mmg berbeza...
walau sekadar sekeping gambar..
kesannya boleh menjadi menakutkan.
Apatah lagi kalau ia membawa diri menjarak taqwa pada Tuhan.

Setiap kita harus sedar...
kecintaan pada dunia....
ketakutan pada mati...
adalah kunci utama yg merosakkan diri...
Untuk pengurus blog ini... semoga yg Tuhan yg empunya diri melimpahkan kekuatan utk terus berdakwah...

NuRizZ said...

Jazakallah haikal nawwarah atas doanya.
juga kepada sahabat-sahabat lain yang meninggalkan jejaknya di ruang komen ini.

berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat. inilah peringatannya buat mereka yang terlupa. peringatan untuk malu untuk sekeping gambar.

yang penting hati kita kena selalu terbuka untuk terima kebaikan. jika tidak, apabila diingatkan macam mana pun, hati masih tidak sensitif dan tiada perubahan yang berlaku.

wallahu'alam.

WanitaMustanir said...

Assalamualaikum wbt ukhti Nurizz,

terima kasih atas posting ini..

Ana teringat satu msg frenster yg telah dihntr personal kepada ana..

Tajuknya : teguran untuk enti

Aslmkm Ukhti..

Ana minta maaf sekiranya membuat enti terase,sbb ana perlu tegur sikt.Ada baiknya kalau enti letak photo2 yg mengandungi gambar enti kt bhg "private".Sbb,pd asalnya mmg kte diperintah utk menunduk pandangan,

“Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya" (An-Nur: 30).

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (An-Nur: 31).

namun jgnlah sampai kite memberi peluang kpd org lain utk melihat kite..tambahan lagi kalau perempuan,lagi la..

Msg ini ana kongsi bukanlah utk menunjuk, tetapi sbg peringatan ana sebagai wanita mustanir dan juga wanita Muslimah..

Apa yang memalukan ana, msg ini dihntr oleh seorang muslimin.. Jadi, apa tunggu lagi wahai wanita2 yang beriman kepada Hari akhirat??

Wallahua'lam.

WanitaMustanir said...

Satu lagi ana nak ingatkan, jika saudari2 ingin juga menunjukkan gmbr antum kpd shbt2 antum, why not hntr personally via emel??

Bknnya apa, even 'private photo' org blh ceroboh kita punya photo tu..

Sekadar mengingati..

Wallahua'lam

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam,

jazakillah ukhti atas perkongsian pengalaman. sangat bemanfaat. jangan lelah untuk menasihati diri dan muslimat yang lain.

alhamdulillah, saban hari kita melihat ramai wanita yang berubah ke arah kebaikan. namun tidak kurang juga memilih jalan yang salah walaupun pada asalnya mereka sudah berada pada jalan yang benar.

apabila pagi kita beriman, tidak bererti petangnya kita akan beriman. takut juga ana.kerana itu, kita harus cari suasana yang dapat mengingatkan kita ke arah akhirat.

insyaAllah, walaupun ana tidak mengenali ukhti secara peribadi. ana yakin, matlamat yang sama tetap terus mempertautkan hati kita.

chayok ukhti ya!=)

Anonymous said...

salam...saya ade seorg rakan yg baru berniqab...x sampai setahun mungkin(slps dia bjaya sambg ijazah ke UIA).sy bru je view smula frenster dia...sgt bnyk gmbr(tentunya berniqab)...hmpir semua gmbr ade komen dr rakan2...mostly lelaki(sbb dia sdh b'pakwe n matanye mmg menawan,wpun sy ppuan apalg pd lelaki).until 1 gambar dia n 1 shbtnye(ppuan),ade komen ini:"2-2 cntik,sdp dihenjut,kalo nk s_k_ sila YM je ye".(hrp phm ape yg sy tulis).sy amat tkejut!mgkn rkn sy ni x perasan komen tsbut,dia x delete lg.sy adlh rknnye smsa kami sama2 sekolah rendah dlu,jd skrg kurang rapat sbb jrg jumpa...sy akan YM dia ttg komen tsebut.tp ape tindakan tbaik sy utk bgtau dia ttg gmbr?thanx utk post ni...sy dh delete gmbr yg memperaga muka sdiri...salam

NuRizZ said...

assalamu'alaikum sdri.
alhamdulillah sdri punya niat untuk saling menasihati. berkenaan soalan sdri ttg teman sdr yg berniqab itu, ana cadangkan sdri post mesej ke frensternya tentang entri yang ana tulis. itu jika sdri rasakan ianya sesuai.

bagi pendapat ana, insyaAllah ianya sesuai. kita sama-sama doakan agar hatinya tersentuh dengan teguran melalui tulisan ini. jika ia masih tak berkesan, mungkin boleh hati ke hati dengan teman sdri dengan menulis emel jika tidak dapat berjumpa. tapi pastikan ia disampaikan deengan penuh hikmah agar ia tak lari pula dri kita.

cuma mahu diingatkan, jangan terlalu mengharap seseorang itu akan terus berubah setelah kita baru sekali menegurnya. yang penting kita jangan putus asa. insyaAllah keikhlasan kita akan dipermudahkan Allah.

MASYITAH MD.HASSAN said...

apa pendapat ukhti plak ttg muslimin yang letak gambarnya dengan pst yang pelbagai?mohon perkongsian ilmu..:)

eslamicqueen said...

salam'alayk.
kak izzah, mntk copy artikel nie ye..nak post dlm blog.boleh?
syukran.

Anonymous said...

sokong sangat2 dengan pendapat nazlin....