CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, January 8, 2009

DR.WAHAN DIPERLUKAN !!



Saya memandang classlist di tangan. Sengaja saya sambungkan kontrak kerja saya sebagai ‘part timer’ di UIA sebagai fasilitator untuk sistem halaqah di sana.

Sekali lagi saya perbaharui niat.

Niat : Mahu menjentik jiwa-jiwa yang mahu kenal ISLAM. Mahu jawab depan Allah saya ada alasan nak beli syurga nanti. Mahu cakap depan Allah, saya bukan duduk saja-saja simpan ilmu. Takut nanti terkebil-kebil apabila Allah tanya hendak bawa ke mana ilmu semua itu. Lagi takut kalau Allah bandingkan dengan orang Palestin yang tebus darah pejuang agama. Saya ini hanya tebus apa. Tenaga dan masa pun saya masih jimat-jimat takut habis tidak cukup untuk berehat.

Hati : haish, nak berehat lagikah wahai badan?

Saya jalan ke bilik ustaz di CCAC ( Bahagian yang menguruskan halaqah UIA). Ada seorang ajnabi sedang berbincang dengan ustaz. Saya pandang lagi classlist. Entah kenapa saya mahu tukar kumpulan. Hanya kerana 4 nama yang asing menggugat keyakinan saya.

Hajat tersampai. Sebab kenapa saya mahu menukar kumpulan itulah biarlah rahsia. Cuma ketika berbincang dengan ustaz, tiba-tiba hati saya dicubit-cubit. Hati saya jenuh mencebik-cebik. Bukan tidak sedar apa yang berlaku tetapi tidak sampai mahu memberi perubahan.

“ Ni, student master yang apply nak jadi part timer semua nak pilih hari jumaat untuk buat halaqah. Tengok major dalam Qur’an Sunnah. Tapi Suruh berkorban hujung minggu sedikit untuk tarbiyyah students pun tak mahu. Baru minta sedikit waktu dia. Belum minta tenaga atau darah untuk Islam.”

Wahan-wahan. Sedikit-sedikit kau serang manusia ya.

“ Cuba tengok apa jadi kat palestin. Ni, orang kafir tu faham sejarah lebih dari kita faham sejarah. Kalau kita dok laung Khaibar-khaibar, mereka juga bukan sekadar laung khaibar tu. Tengok apa yang mereka buat kat Palestin sekarang. Tu baru sejarah. Mereka faham hadith lebih dari kita faham hadith. Tak lekang kat mulut orang Islam dok sebut-sebut, seseorang itu tak sempurna imannya kalau dia tak cintakan saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.

Tapi yang dok guna hadis tu siapa? Bila Seorang penganut kafir dijentik ,menyerbu semua serang Islam. Ni, beratur mayat orang Islam kat Palestin berapa ramai yang berani nak berdiri depan tank Israel tebus nyawa? Mana kasih sayang? Nak letak duit seringgit dalam tabung pun masih takut nanti mati kelaparan tak cukup bajet.”

Saya menelan air liur. Bukan saya tak tahu. Bukan saya tak sedar semua ini. Tapi tiada momentum untuk menggerak daya tubuh. Menjana semangat berapi-api.


Saya kitari bilik ustaz. Ada banyak kitab-kitab tersusun di rak. Juga sedikit bersepah katanya banyak fail-fail fasi yang belum dituntut.

Saya mahu membuka mulut. Saya matikan semula. Dicelah lagi.

“ Tahu strategi perang?”

“ Eh, saya?”

“ Tahu?”

Saya diam. Sedikit geleng.

“ Kalau musuh attack, kita defend. Musuh attack lagi, kita defend. Sampai bila boleh bertahan. Lama-lama lembikla sebab dah tak larat. Mana strategi? Patutnya, musuh attck kita defend. Lepas tu attack balik. Kita tengok Israel dok attack palestin. Kita kat sini dok pekik-pekik pertahankan Palestin. Israel tambah lagi bom. Kali ni bagi fosforus putih. Hangus habis semua orang palestin. Apa kita buat? lagi kuat kita laung pertahankan Palestin. Mana team attack? Melemahkan musuh adalah dengan menyibukkan mereka dengan serangan kita."

Hah, mengajar saya tentang perang pula. Tetapi hati saya lebih terkinja-kinja. Wajah ustaz berkerut-kerut melampiaskan rasa tidak puas hatinya.

“ Macam mana Israel attack kita?”

“ Err, erm, dia lancar perang kat Palestin.”

“ Bukan, cara lagi bijak. Cara mereka sibukkan kita?”

Ustaz cuba memandu saya. Rasa macam betul sahaja jawapan yang saya sudah beri itu.

“ Ha, dia buat MLM juga. Kalau kat Malaysia lainla cara dia attack. Sejarah mereka tak de kat sini. Buat apa nak buat perang. Apa mereka buat? Nah, ada team penyebar virus Wahan menjangkiti masyarakat. Lagi bahaya. Kalau serang dengan perang, takpe juga mati syahid. Ni kalau serang dengan wahan, mati semua macam pelesit. Tu, awak jejak saja keluar sikit dari UIA, mangsa-mangsa virus WAHAN tengah tenat diserang.”

Wahan.wahan. suatu ketika saya terbaca tentang wahan. Minta jauh Ya Allah. Menjauhlah Wahan.

Sabda Rasulullah : “ Suatu waktu di akhir zaman orang kafir menyerbu orang Islam seperti binatang buas menghurung bangkai. Sahabat lalu bertanya : apakah kerana jumlah kami sedikit ya Rasulullah? Baginda menjawab : tidak, bilangan kamu terlalu banyak tetapi ibarat buih-buih di lautan. Sahabat bertanya lagi : kenapa sampai begitu ya Rasulullah?” Baginda menjawab : kerana penyakit wahn iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.”- mafhum hadith –

“ Erm, fahamkan? Macam mana? Dah tahu nak attack balik?”

Saya mendongak. Sekarang saya faham. Tugas saya adalah pada Wahan!

8 Pendapat:

Jolynn said...

Sedihnya banyak dari ummah kita yang berpecah belah. Our Muslim community is not so united now... Huhu...

Banyak dari mereka juga tertipu dengan daya tarik dunia... =(

NuRizZ said...

tu la..

tapi demo untuk pertahankan palestin tanggungjawab kita juga. cuma perlu fikir juga cara lain macam mana nak attack israel balik. dalam masa yang sama, kita rawat penyakit wahan tu.

tu contoh serangan yang kita tak sedar. aish, banyak kerja ni jadi orang Islam. siapa yang boleh duduk-duduk saja tu, perlu dijentik kesedarannya. jom berkerja!

shahadah said...

salam izz...
agak2 izz lah..cmner nak merawat enyakit wahan tu? baru2 ni dalam berita..malaysia dapat top ten dalam ranking hiburan..maknenya malaysia ni suka sgt hiburan..wallhualam..hati, hati..susah benar untuk menjaganya..

Matematis Muda said...

izin buat pautan ke entri ini
buat renungan bersama

Anonymous said...

mempunyai rasa peduli pd ummat yang kian tenat mmg sgt terpuji. tp sekedar punyai rs peduli...xkn pernah xmemadai...

jgn tgg2 lg, makin lma kita tgg makin byk krugian yg xkn dpt terbayarkn, masanya sudah tiba untuk kita mggugah umat yg sedang nyenyak...bermula dgn diri kita sndiri...

"ibda binnafsi"_MaTa AiR sYurgA

NuRizZ said...

jazakumullah semua.

ada yang bertanya setelah membaca blog ini.

macam mana nak jadi Dr. Wahan? dengan masyarakat yang sudah kemaruk hedonism macam ni.ada ruang lagikah?

ha, kembalilah pada sejarah. jom faham sejarah lebih daripada orang yahudi faham. macam mana dulu Rasulullah boleh ubah jahiliyah sampai lahirnya para sahabat dan tabiin yang kaya segalanya.

kaji sejarah. korek sejarah. ada banyak lagi kita ketinggalan. strategi dah tersiap nabi ajar, tinggal kita perlu ubah sedikit, kemudian kerjakan!

erm, lagi satu, daei sekarang banyak sangat nak berehat rasanya. tanda kita masih belum lagi bergerak adalah makin ramai mangsa wahan yang tersenarai.

wallahu'alam

Nafsah Dulajis said...

tegakkan islam di dirimu, akan tertegaklah islam di bumimu!

firdhaus hassan said...

salam- kawan2 mpr 2006, tarikh hantar karya untuk antologi mpr 2006 tamat pada 27 nie. jom hantar karya kepada saya ye