CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, February 22, 2009

HISH, BETUL KE BLOGGER MACAM TU??


Saya membuka sebuah lama blog pengunjung blog saya. Ada suatu kelainan yang membuatkan saya tersekat untuk membaca isi- isi tulisan dalam blog tersebut. Entah bagaimana , lidah saya seakan meluncur laju memuji-muji blog tersebut. Sekadar kagum.

Ha Izzah, kebetulan suka blogging kan. erm.. macam mana kita nak tau orang tu macam apa yang dia tulis?”

Ah, rupanya ada mata dan ada telinga yang mendengar monolog kecil saya. Suasana dalam ’Office Law Society agak sunyi. Hanya tinggal kami berdua. Untuk soalan itu saya sedikit terdiam. Bukan tiada jawapan, tetapi sedang mencari jawapan. Memang ianya pernah terlintas dalam fikiran saya. Apakah pemilik blog itu seperti apa yang ditulisnya. Kalau ya, bagaimana kita hendak tahu?

Bingung juga. Perlukah untuk kita tahu apa sebenarnya ‘akhlak’ pemilik blog untuk dibandingkan dengan tulisannya? Begini. Saya memandang dari dua sudut. Pertama, dari kaca mata seorang pembaca blog, akan apa yang sepatutnya dia harus fikirkan. Kedua, dari kaca mata penulis dan pemilik tersebut, akan apa liabilti yang akan ditanggungmya. Ianya harus berbeza!

Baiklah. Saya cuba menyusun pandangan. Tapi ia bukan dalil qat’i. sekadar zonni dari seorang ‘saya’ yang bukan mujtahid.

LIHATLAH APA YANG DIKATA…

…..jangan lihat orang yang berkata. Itu prinsip saya apabila menjadi pembaca blog. Lihatlah apa yang dikata atau ditulisnya, usah lihat orang yang berkata atau orang yang menulis. Ya, memang benar, pernah juga saya ’terserempak’ dengan pemilik-pemilik blog’ yang tidak berakhlak seperti apa yang ditulisnya. Tidak perlu pergi jauh, walau saya sendiri juga bukanlah yang sempurna seperti apa yang saya tintakan di blog saya. Ah, manusia, keterlupaan dan tidak perasan itu menyebabkan hilang kepercayaan orang pada apa yang kita tulis.

Namun harus ingat duhai pembaca blog! Jika setiap kali kita ’set mind’ untuk melihat siapakah penulis blog ketika membaca blog seseorang, mungkin anda tidak akan dapat mereguk hikmah apa ilmu yang diperturunkan di blognya. Apatahlagi, jika kita memang kenal ’siapa sebenarnya’ penulis blog tersebut. Atau sekiranya kita tidak pernah mengenalinya, namun frasa :
” Ah, macamlah orangnya macam apa yang ditulis. Tulisan saja lebih selalunya”
akan membataskan penerimaan kita terhadap apa yang ditulis seseorang.

Percayalah! Ada juga mereka yang berfikiran begini. Dalam minda mereka sudah mereka pakukan frasa ini sehingga tidak tertanggal-tanggal. Sehinggalah mungkin mereka bertemu sendiri pemilik blog yang benar-benar seperti apa yang ditulisnya. Tetapi, yang fitrah tetap fitrah bukan. Bagi saya, ada satu petanda untuk kita rasai ’akhlak’ sebuah tulisan yang terbias daripada akhlak penulisnya.

Hanya tulisan yang ’ber’ iman akan menyentuh iman. Jika kalian membaca dengan hati, kalian pasti merasakannya. Jika sekadar membaca dengan mata, mungkin ia dirasakan sekali lalu dan tiada apa-apa. insyaAllah, berkat sebuah tulisan itu datangnya dari berkat Allah kepada penulisnya. Simptomnya adalah, mungkin ada mata yang bergenang ketika membaca tulisan tersebut, mungkin ada jiwa yang bergetar saat mengikuti baris-baris tulisannya, mungkin juga sentuhan tulisan penulis tersebut bisa membuat seseorang berubah kepada yang lebih baik. Itulah barakah yang terfitrah dari tulisannya.


....KALIAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN...

....wahai penulis blog. Ini amarannya untuk saya. Saya akan mengulang lagi bagaimana akhlak penulis blog akan terbias kepada tulisannya. Andai kita menulis dengan iman, maka iman itu akan mengalir pada segenap baris-baris ayat yang kita tintakan. Iman tidak boleh ditipu. Bukan kuasa kita meletakkan iman itu pada sebuah tulisan. Tetapi ia akan hadir dengan apa yang telah ada dalam hati. Tulisan yang ’ber’iman itulah yang akan menyentuh iman yang lain. Itulah sebuah tulisan yang ’berakhlak’. Yang menghidupkan iman yang lain.

Kadang-kadang, kita ini bersungguh-sungguh menulis. Mencari bait-bait kata yang dapat menyentuh jiwa. Menghampar dalil-dalil sebagai penyokong hujah. Tulisannya tidak kurang panjang juga. Ada juga antara penulis blog ini punya motto ’madah-madah islami’ sebagai trademark setiap tulisannya. Gayanya seperti seorang yang sangat islamis. Tetapi, hanya kerana tiada keberkatan pada tulisannya, yang sebenarnya jika diamati punya seni tulisan yang sangat baik, tulisannya bagai terasa kontang dan kering. Hanya sekadar ilmu yang menyapa seperti angin lalu, kemudian pergi begitu sahaja.

Hukumannya tidak tertangguh. Penulis yang berlagak baik dengan tulisannya, tidak sukar untuk Allah untuk membongkarkan apa akhlak sebenarnya. Ini kerana, apa yang kita tuliskan punya liabiliti. Bukan senang-senang hendak tulis. Bukan seronok-seronok ada blog sendiri. Dalam islam tiada apa yang main-main. Semuanya harus serius. Satu dua ayat yang ditulis pasti masuk akaun. Ya, kita tidak sempurna. Kadang-kadang kita terlupa apa yang kita sudah tuliskan sehingga ia menjadi fitnah pada diri sendiri.

Tetapi, setelah itu harus lebih hati-hati. Lebih perhatikan akhlak yang dibawa. Apatahlagi, ramai yang mengenali anda sebagai penulis blog. Bukan setakat satu blog, ada juga yang menulis di laman blog-blog popular yang lain. Lihat! Tanggungan kita begitu berat. Rujuk sendiri Surah As-Saff : 2. ayat itu saya tujukan untuk diri saya. Kalau kita tulis tentang ikhtilat, harus buktikan dengan iman! Kalau kita kata tentang bahaya lidah, harus buktikan juga dengan iman! Kalau kita katakan tentang infak, harus buktikan dengan iman! Apatahlagi kalau kita hebat menulis tentang dakwah, itu kerja para nabi. Lebih-lebih lagi wajib kita buktikan dengan iman.

Tetapi hendak buktikan bagaimana? Kita sendiri tahu apa yang kita lakukan. Kita boleh menipu pembaca, tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri. Apatahlagi Allah. Banyak antara kita ini mahu membuktikan yang kita ini baik di hadapan manusia. Padahal terlupa pula hendak buktikan ‘baik’ di depan Allah yang bahkan setiap perkatan yang terdetik hati dapat dibacaNya. Apalagi kalau akhlak yang kita cuba sembunyikan.

Jadi sekarang apa yang kita harus lakukan wahai penulis blog? Sekarang, sila buka dan baca kembali entri-entri yang ditulis. Buat check and balance tentang akhlak yang dibawa samada sejajar dengan apa yang ditulis. Jangan delete entri tersebut jika dirasakan bertentangan dengan peribadi kita! Jadikan tulisan kita sebagai Reminder untuk lebih menjaga akhlak. Juga sebagai motivasi untuk lebih perbaiki diri. Ingat, jika kita mahu tulisan kita terkesan oleh pembaca, kita harus memberi kesan dengan iman yang sentiasa ditingkatkan .
- dari saya yang mahu juga menasihati diri-

18 Pendapat:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Ustaz Fadhlan dalam kuliahnya tentang da'wah bertanya: bagaimana tentang seorang daie yang cakap tidak serupa bikin, perlukah dia berhenti berda'wah kerana dia tidak melakukan apa yang dia seru, bukankah itu bertentangan dengan al-Quran.

Ustaz menerangkan, sebenarnya jika kita banyak bercakap tentang kebaikan, lama kelamaan kita akan buat apa yang kita cakap kerana apa yang kita cakap akan sering terngiang-ngiang di telinga kita.

zahrana said...

salam...isu yg berat walaupun tajukny disampaikan dalam konotasi seolah "mengumpat"...

seseorang yang sangat qarib pernah berkata...sesuatu yg dtg dr hati pasti akn smpi ke hati, e2lh tanda kita seiman dan seperjuangan. biar apa pun medium yg dijadikan perantara...keikhlasan hati adalh wadah dakwah sejati...bukan sedakar menjadikn medan dakwah sebagai tmpt untuk menempa nama.

Anonymous said...

adus kedebuk..kena lagi sebijik....toing....teme kace kerana menginatkan....terkesan x?

NuRizZ said...

assalamu'alaikum.

hah? konotosi mengumpat? tanpa disedari. ianya bukan kepada umpatan sekadar menegur diri sendiri yang turut terlibat dalam permasalahan begini. juga untuk mengingatkan blogger yang lain. agarnya, reputasi blogger terpelihara.

bukannya apa, kita syok menulis, sedangkan di belakang orang tahu siapa diri kita dan hilang sudah hormat pada apa yang kita katakan.

wallahua'alam.
dari saya yang mahu menasihati diri.

zahrana said...

Subhanallah...benarlah ape yang tercatat dlm AlQuran, masakan kita dibiarkan mengaku beriman sedangkan kita tidak di uji.

hidup manusia takkan pernah sunyi dpd dugaan, krn ibtila'adalah sunnatullah yg tlh dijanjikan. Apalagi dlm urusan kebaikan... urusan dakwah, atau menjadi sorg blogger scara spesifiknya,lebih2 Allah nak uji untuk melihat kesungguhan kita...apakah kita mampu memberi teladan melalui penulisan, dan menjadi muslim model yg layak diteladani.
Andai sj kita mengerti bhw Ibtila' blh juga dimaknai dgn:
1.Al-in'am (pemberian:nikmat),
2.Al-ihsan (kebaikan),
3.Al-ijtihad (kesungguhan),
4.Al-ikhtibar (ujian),

(Seni Menikmati ujian-Hani Saad Gunaim)

kita akn merasa gembira dgn apa yg Allah kurniakan waimma ketika senang mahupun susah, samada ujian e2 hadir dlm bentuk musibah,godaan,rezeki mahupun bakat penulisan...
hadapilah sebaik mungkin, krn apabila mehnah berjaya direntangi...martabat iman akn tersanggakan, maka jadilah kita...penulis yg beriman, dan tulisan kita jg...menjadi tulisan yg beriman, sebagaimana yg tlh djelaskn dlm entri.

penulisan adalh medium dakwah sejak zaman berzaman, byk kitab2 yg telah dihasilkan oleh ilmuwan2 islam, yg sebahagiannya masih merentas zaman dan digunakan sehingga kini, dan blogging hnylh teknik baru hasil perkembangan teknologi yg pesat. Jadi sebagai penulis generasi baru, jgn cemari reputasi medium ini dgn kerenah yg bukan2, kerana jika e2 berlaku....
sesungguh kita berada dlm kerugian, setiap individu da'ie seumpama intan berlian yg terlalu berharga untuk dibiarkan berhabuk. kalau dibiarkan berhabuk...kurang berserilah cahayanya.

Dari sy yg juga mahu menasihati diri. jazakillah...

Anonymous said...

Salam.
good article.

Ada org, ada ilmu..caranya disampaikan secara 'inderectly' bg mngelakkan perasaan riak.

Org membaca, pasti memuji.

Tp, mungkin saudari memilih utk menyampaikan dgn cara ini,
jadi,
harapnya saudari spt apa yg saudari tulis :) insyaALLAH.

-nasihat utk diri sendiri juga-

Anonymous said...

diduni ni ada yg tersurat..n ada jgk yg tersirat.ada yg nampak oleh mata,n ada jgk yg xmampi kita lihat. seperti kiash org yg telah membunuh 100 orang.klu kita perhatikan, layakkah dia ke syurga??tapi kita xtau bagaimana usaha dia untuk tidak membunuh n berusaha menuju ALLAH.

selalunya xsama apa yg kita lihat n yg kita dengar dgn apa yg sebenarnya terjadi...kita lihat seseorang tu bermaksiat, tapi kita xpernah tau apa yg ALLAH sembunyikn untuk orangtu atas kejadian tu..
kita perhatikan seakan2 orang tu xbertobat,tapi perlu kita tau..tobat menurut orng2 fiqh berbeza dgn tobat orang tasauf/sufi.tobat menurut orang2 fiqh adalah meninggalkan perbuatan dosa yg tlah dilakukan n x akan mengulanginya. sedangkan orng2 sufi berkata"jika engkau berdosa.,maka bertobatlah..jika engkau melakukannya lagi, maka bertobatlah..jika engkau berdosa lagi..maka bertobatlah..jika engkau berdosa lagi..maka bertobatlah..sehingga tobat itu benar2 menancap dalam didadamu".
berhati hatilah dalam berkata..,disebabkan kata2 kita yg hanya "menurut apa yg kita lihat", kita telah membuat seorang hamba ALLAH dipandang buruk.sedangkan kita xpernah tau apa yg ALLAH sembunyikan untuknya...kita yg xpernah menghadapi sprti apa yg dia hadapi, xkn pernah tau apa yg telah dia lakukan n bagaimana usahanya untuk mnuju jln ALLAH.bukankah ALLAH menguji hambaNYA sesuai dgn kemampuan hambaNYA.mungkin jika anda berada diposisinya, boleh jadi anda telah bunuh diri sebab putus asa dari jalan ALLAH..
wallahu'alam..

Anonymous said...

apa pun..berhati hatilah dlm enggunakan kata..ramai yg berkata.."kata2 yg disampaikan tu jauh lebih besar berbanding apa yg terjadi. jika kita mengirim wang,xkn mungkin sampainya dgn bertambah.tapi jika kata2 yg dikirimkan..ianya past bertambah..bahkan lebih buruk dari apa yg sebenarnya..hati hati dgn hati..berdakwahlah dgn hikmah...dengan HIKMAH..

~me~ said...

Salam untuk semua.
Sekadar nak kata,if we are too busy judging people(which is not even our area to begin with) we then have no time to love them.
My view is that bila I baca blog adalah dengan niat I dapat sesuatu yang bermanfaat darinya.Dan blog saudari banyak mengajar saya. Terima kasih dan semoga Allah memberkati dan mengabulkan doa dan hajat di hati saudari.Ameen.

[Ab.ngah] said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

AssaLamu'aLaikum ..

To whom may it concern about repent (Bertaubat)..

Saya prcaya bahawa taubat mmerlukan keazaman yg kuat utk meninggalkan sesuatu kesalahan/dosa agar kita TIDAK MENGULANGINYA KEMBALI.
Maaf, sejujurnya saya kurang arif makna taubat mnurut ahli sufi @ ahli Fiqh tetapi saya prcaya, taubat itu bkn prkara prmainan kata2 kpd Tuhan yg apabila kita berjanji utk tidak akan mengulanginya kmbali tetapi trnyata keesokan harinya kita masih lagi berusaha utk mengulangi ksalahan yang sama..

Kita sbg manusia yg amat lemah dlm pnilaian trhadap sesuatu yg berlaku smemangnya (Logically/normal) akan mnilai org lain brdasarkan apa yg dilakukan oleh manusia lain trhadap dirinya/org sekelilingnya. Sbg cntoh, Jika seseorg itu mngatakan "Aku brtaubat dari melakuakn zina" ttapi pd keesokan harinya dia mmbuat/mengulagi prkara yg mghampirkn dirinya ke arah zina & akhirnya kmbali trjerumus dlm lembah kemaksiatan sprti sblmnya.. Sewajarnya manusia yg mnilai berkata "Hm.. Dari dulu ckp nak taubat tp bila brhadapan dgn prempuan, x habis2 bagi sms yg menggoda ke arah maksiat.. Cakap aje lah tu.." (Maafkanlah mreka)

ALLAH SWT menguji hamba-NYA sesuai dgn kmampuannya .. :-) Anda adlh anda dan kami adalah kami. Kita punya dugaan N ujian yg brbeza. Tidak adil jika anda katakan "Kalau awk brada d tmpt saya, awak akan bunuh diri".. Apa mksudnya? you prsonally indirectly want to show the whole world that u hebat? terlau tabah N Penyabar yg tiada ..--dgn 'mrendahkan' org lain jika mereka brada d tmpat anda ..?? :-)
Terpulang..

Hukum Ibtila' itu sunnatullah..

"Ya ALLAH SWT.. Aku mohon kpd-MU, Demi ujian getir yg kau datangkan kpdku dlm keadaan aku tiada apa2 prsediaan,.. Aku mohon kau kuatkanlah tangan ini agar brpegang teguh pada tali-MU.. Amin."

..Perjuangan itu pahit krn syurga itu manis .. Sama2 kita berusaha .. mnasihati .. Muslim itu harus bersatu padu, Islam agama prpaduan, bukan Agama pecah belah, brcerai berai ..

=Bangkit Dari Kejahilan= ..

Anonymous said...

AssaLamu'aLaikum ..

Dek krn kekangan masa d UIA awal pagi ni, saya trlupa utk mengakhiri kata2 dgn ucapan 'Maaf' sekiranya tulisan saya awal pagi td ada menyinggung hati mana2 pihak .. :-)

Saya prcaya, org yg berilmu itu suka dnasihati & akan berusaha keras utk mncapai redha ALLAH SWT..

Peringatan utk diri saya juga yg ingin brtaubat tetapi sekarang sedang berusaha utk mengukuhkan 'lantai2' taubat yg akan saya brdiri d atasnya dgn istiqomah kelak.Saya punya niat dan saya tahu, ianya x mudah ..krn itulah saya prlu prsiapkn diri dgn ilmu2 agar taubat ini mnjadi taubat nasuha...taubat yg sejati, bkn main2..

Saya yakin, taubat itu x mudah. ya, kita harus brkorban :-) utk mndapatkan sesuatu pastinya kita akan khilangan sesuatu tp dlm hal ini, saya rela khilangan kata2, brdiam diri (uzlah)... dari khilangan tanda arah dlm mncari "D mana Rabb aku'??

Kita, jika kita menyifatkan taubat/amalan kita itu 'ikhlas', tidak ada putus asa d prtengahan jalan jika kita diuji.. :-) krn kita tahu, 2 semua sunnatullah.. Jika kita mlarikan diri dari masalah (meninggalkan masalah) prcayalah, masalah itu akan beranak pinak dan akan mghancurkan diri kita sndiri dan jg org lain.. Ianya zalim..!

.. org zalim bkn shaja akn mrosakkan diri org lain ttapi dia jg akn mmbinasakan diri mreka sndiri tnpa mreka sedari (Na'uzubillah..)

Kpada yg sedang diuji, saya tidak nafikan taubat dan 'Taqarrub' pd ALLAH SWT adalah jln trbaik utk mncari jln ktenagan/peyelesaian.. Malah, itu jglah mnjadi resepi diri ini dlm mnikmati ujian-NYA :-) ALHAMDULILLAH.. Smakin ramai yg sayang ..

Utk Istiqomah dlm brtaubat, Kita sama2 brusaha, Kata2 yg mggunakn nama ALLAH SWT bukan ayat main2 yg blh diputar belitkan... ALLAH SWT MAHA ADIL.., Bimbang nnti kata2 anda trbelit pd leher anda sendiri .. (Na'uzubillah)

Jika anda trsedar, bangun dari mimpi2 yg melalaikan.. Org yg selalu brmimpi tidak mampu brfikir optimis. Apa yg difikirkannya (tindak balas) biasanya hanya pd jgka wktu yg pendek. selebihnya hanya 'angan2 mat jenin'.. kata2 indah yg brlalu bgitu shaja.. alangkah ruginya..

Wahai pnulis2 blog yg jg seorg Dai'e, bangkitlah .. Dekatkn diri pd Rabb mu, Jauhi sgala hal yg mmbuatkan dirimu 'layak' utk mndapat 'hijab' apabila brhadapan dgn Tuhan mu.. Jgn brlaku zalim kpda manusia .. dan 'manusia yang tidak berdosa'... :-)

PS : Tulisan Nurizz mmg realistik, saya prcaya jika sayalah 'Penulis blog' yg dmaksudkan, pstinya akn rasa 'trpukul' dgn kata2 itu.. tapi jika saya punya 'hijab', rasanya saya mmilih 'ego' utk mnunjukkan saya adalah seorg yg 'benar' dlm tulisan saya .. :-)
"hanya utk org2 yg berfikir.."

AssaLamu'aLaikum ..

Farah Imani said...

salam ziarah..rase begitu terkesan..
saya yang baru bertatih dlm dunia blog saya ini ditulis atas dasar peringatan terutama sekali utk diri sendiri.dan semoga dimanfaatkan oleh org yg membacanya insyaAllah..

ingin sekali bersahabat dgn ukhti nie..saya minat bhgn perundangan..
insyaAllah kalau ada rezeki saya nak sambung law pula lepas ijazah nanti..

salam ukhuwah..

~ZuLhAiRi~ said...

assalamu'alaikum...

Menarik dan memang dekat dekat realiti hari ini...

Betul...seseorang penulis jika ditulis dengan ahti yang ikhlas kerana Allah...biiznillah akan menyetap hati2 yang lain...:)

tetapi...pada masa yang sama...jika hanya berharap hati si penulis saja yang ikhlas...tetapi hati si pembaca tidak mahu di ikhlaskan...x jadi juga bukan..:)

begini...mungkin tulisan itu tidak dari hati yang ikhlas...tetapi jika si pembaca itu betul2 mengikhlaskan diri utk membaca dan menerima ilmu2 yang disampaikan...insyaAllah...tulisan itu akan terkesan juga dihati pembaca td..:)

ana mengerti sepenuhnya apa yg cuba disampaikan...utk menegur blogger2 yg mungkin hipokrit itu...apa pun...ikhlaskanlah hati ketika meneguk ilmu2 Allah...tidak kiralah walau si penyampai itu si pemabuk atau si perompak...jika yg disampaikan itu betul dan syarie...ikhlaskan hati...juga pada blogger2 sekalian termasuk ana sendiri...ikhlaskan hati ketika menulis...:)...wallahu'alam..

NuRizZ said...

Assalamu'alaikum
sekarang baru ana berkesempatan untuk respon beberapa komen daripada sahabat semua. kebelakangan ini, kesibukan yang melampau dan juga kondisi kesihatan tidak mengizinkan ana untuk menurunkan kata-kata di sini.

alhamdulillah. ana terpanggil melihat kesungguhan kalian berkongsi pendapat dan ilmu dan juga didapati beberapa luahan. jazakumullah.

buat salafi.
iya, memang benar ada bezanya taubat dari fiqh dan ahli sufi. namun, molek kiranya kedua-dua mafhum taubat ini kita pegang bersama-sama dan seiringan supaya ianya balance. tidaklah nanti, dosa itu kerap2 diulang kerana terlalu sgt membayangkan Allah itu maha Pengampun. harus diingat juga Allah itu Maha Pengazab, dengan ingatan yang sebegini mungkin ia dapat memotivasikan agar dosa itu tidak diulang lagi. boleh? kita seimbangkannya ya.

buat anonymus( lebih senang kalau leak nickname atau nama sebenar)
.ana setuju dengan pandangan sdri, kupasan yang panjang yang ada benarnya. boleh juga menjadi jawapan apa yang salafi cuba sampaikan.

buat pengunjung yang lain,
seribu keterharuan kerana sudi meluangkan masa untuk meninggalkan komen yang berbekas sebagai ilmu yang perlu dikongsikan. cumanya, segala pujian itu ana kembalikan pada Allah yang lebih berhak untuk menerimanya. andailah kalian mengenali ana, hanya sekadar makhluk yang juga melakukan dosa dan masih lagi merangkak mencari yang terbaik di mata Allah.

wallahu'alam

NuRizZ said...
This comment has been removed by the author.
NuRizZ said...

oh ya untuk farah amani.
minat perundangan ya? Alhamdulillah. bidang ini agak mencabar tetapi kalau kita bijak mengambil peluang banyak perkara yang kita boleh sumbangkan untuk Islam melaluinya.

kalau sdri senang, boleh hubungi ana melalui emel atau YM. jom terus bersahabat!=)

Anonymous said...

assalam alaik.
"walau pun yang menyampaikan kebenaran itu adalah seorang pencuri sekali pun, aku tetap akan menerima kebenaran itu..walau pun kata-kata hikmah itu keluar dari mulut seorang yahudi, aku pasti mengambilnya. sebab itu adalah mutiara orang-orang islam yang hilang"