CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 30, 2009

PADAH BERDOA DENGAN SYARAT!

" Itulah, kamu doa letak syarat, mana tak frust macam ni."

Dua orang siswi aktivis dakwah terkebil-kebil di hadapan saya. Mereka datang mahu menghambur kekecewaan yang meraja gara-gara keputusan peperiksaan semester lalu yang tidak berapa menjadi.

" Ya Allah Ya Tuhanku, aku telah banyak beribadah kepadaMu, melakukan kerja dakwahMu, mengorbankan waktu dan tenaga untukMu. Oleh itu, aku sangat-sangat harapkan agar kau balaslah dengan memberikan kecemerlangan kepadaku dalam pelajaran."

Sudah! Kita pula yang memberi arahan supaya Allah membalasnya dalam KONTEKS pelajaran. Ini sekadar contoh ‘balasan’ yang kita minta Allah istijab dengan HANYA cara itu. Tidak salah meminta. Pintalah, pasti Allah kabulkan. Cumanya! Ya, cumanya sikap demand kita dalam berdoa menyebabkan kita menanggung kekecewaan yang keterlaluan dengan persangkaan buruk kepada Allah bahawa Dia tidak menunaikan janjiNya.

BERDOALAH TANPA SYARAT.

Biarlah Dia yang menentukan dengan cara apa Dia akan membalas kebaikan-kebaikan itu. Jangan meletakkan pensyaratan bahawa segala pengorbanan yang kita lakukan untukNya terutama buat para daei, adalah dengan pertimbangan kita mesti diluluskan dengan DEAN LIST sebagai bukti ayat Al-Qur’an :

“ Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu.”

“ Allah kata, kalau kita tolong agama Dia, Dia akan tolong kita balik. Awat dalam exam, rasa blank saja. Result makin lama makin down. Kenapa Allah tak tolong pun?.”Rungutan seorang siswi aktivis dakwah. Beliau sedang kecundang dalam mengendalikan keyakinan bahawa Allah tidak akan menyalahi janjiNya.

Jelas sekali! masalah awalnya adalah dengan niat. Beramal bukan kerana cinta, tetapi menantikan balasan yang bersyarat. Semestinya tidak langsung menjadi kesalahan untuk membuat sesuatu amal dengan mengharapkan balasan baik daripada Allah. Tetapi ia lebih Allah hargai andai kita membuat sesuatu amal dengan segala bentuk pengorbanan yang susah-susah kita lakukan adalah kerana kita tahu, kita lakukan demi CINTA yang tak terungkapkan buat Dia. Ini tanda tingkat ikhlas yang paling tinggi.

Kalaulah boleh didengar suara rintih Rabiatul Adawiyah :

“ Aku melakukan semua ini bukan kerana mengharap syurgaMu, bukan kerana takut dengan nerakaMu. Tetapi semata-mata aku sangat mencintaiMu. Sungguh, tiada apa yang aku harapkan balasan dariMu. Hanyalah kerana jiwaku terlalu mencintaiMu.”

Sangat indah andai ini yang terungkap dari bibir kekasih kita bukan. Semuanya demi cinta yang membesar buat kita. Hanya kerana cinta tanpa perlu balasan. Indahnya!

JANGAN MENGAJAR TUHAN ITU DAN INI

“ inilah bahayanya. Sekarang bila kamu tak dapat score, kamu cepat hilang harapan. Sebab kamu fikir, kebaikan itu Allah akan balas ikut apa yang kamu minta. Jangan mengajar Tuhan hendak buat itu dan ini. Entah-entah Allah hendak bagi yang lebih baik. Dengan cara apa, bila dan apa benda tu, kita nantikan saja. Tapi ia PASTI!”

Letih juga mahu memujuk jiwa murung yang hanya kehilangan sedikit nikmat dunia. Kadang-kadang begitulah kita. Dalam Allah menghilangkan sedikit-demi sedikit nikmat dunia yang kita selesa dengannya dahulu, sebenarnya dalam diam Dia telah gantikan nikmat akhirat yang kita tidak sedari. Dia cuba mengubah selera kita dalam memandang nikmat apa yang membawa ke syurga.

Berapa ramai yang mahu menghargainya!

Di sini, sedikit pemfokusan kepada peserta tarbiyah. Berapa ramai yang ‘menghilang’ gara-gara teruji dengan ‘pointer’ yang terjejas. Dengan hukuman, semuanya berpunca daripada komitmen dalam tarbiyah. Sungguh malang pengadilan yang dilakukan. Rata-rata kes yang terkumpul dalam rekod ‘kehilangan’ para daei adalah berpunca daripada BERDOA DENGAN SYARAT.

“ Ya Allah, aku korbankan waktu datang Usrah hanya demiMu. Mudah-mudahan, Kau permudahkanlah aku menjawab peperiksaan esok, Ameen.”

Sekilas pandang doa sebegini nampak rona-rona ‘keikhlasannya’. Namun, rupanya punya syarat buat Allah. Dengar sini. Saya bercakap melalui pengalaman melalui perubahan nikmat yang Allah paksakan kepada saya. Doa yang sebegini kadang-kadang lekas mengecewakan kita apabila tiada pengabulan daripada Allah secara express. Apabila syarat yang diminta tidak dipenuhi, bagaikan terasa Allah tidak mahu menolong kita. Saat itu, dengan kedangkalan akal yang digayuti para syaitan, kita mulalah merasakan pengorbanan yang mulanya DEMIMU adalah sia-sia.

Tanyalah hati. Jika ia salah, maka ia hanya pengalaman saya dan beberapa individu. Secara pengalaman juga, Dia sungguh tidak memungkiri janji. Banyak sekali peristiwa ‘pertolongan’ yang saya tidak sangka-sangkakan akan berlaku. Bahkan lebih besar daripada syarat yang kita letakkan. Biarlah ia menjadi ‘simpanan’ cerita saya yang akan saya bongkarkan nanti-nanti. Apa yang penting, mulai sekarang lupakan syarat dalam berdoa, serta yakinlah Allah tidak akan sia-siakan pengorbanan kita. Tidak akan sia-siakan.

8 Pendapat:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Doa dengan syarat bahkan mengungkit amalan di dalam berdoa adalah benda yang disyariatkan, silala membaca kisah Ashabul Kahfi. Mereka bertawassul dengan amal-amal solah yang pernah mereka lakukan.

antamuSlim said...

Para ulama sepakat memperbolehkan tawassul terhadap Allah SWT dengan perantaraan perbuatan amal soleh, sebagaimana orang yang solat, puasa, membaca al-Qur’an, kemudian mereka bertawassul terhadap amalannya tadi. Seperti hadis yang sangat populer diriwayatkan dalam kitab-kitab sahih yang menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam goa, yang pertama bertawassul kepada Allah SWT atas amal baiknya terhadap kedua orang tuanya, yang kedua bertawassul kepada Allah SWT atas perbuatannya yang selalu menjahui perbuatan tercela walaupun ada kesempatan untuk melakukannya dan yang ketiga bertawassul kepada Allah SWT atas perbuatannya yang mampu menjaga amanah terhadap harta orang lain dan mengembalikannya dengan benar, maka Allah SWT memberikan jalan keluar bagi mereka bertiga..

Cuma kita bimbang dengan gejala parada'ie yang futur di jalan dakwah. Dalam konteks pelajar, cgpa sangat memainkn peranan penting dlm keputusan orang-orang yang tertinggal ini. Ianya seperti satu doktrin mungkin dari keturunan kia melayu yang sentiasa mengharapkan balasan, jika dapat suka bukan main, malah jika tak dapat terus 'down', menyendiri, ibadah ditinggalkan kerana tidak yakin pada tuhan.

Mungkin memang terkait masalah niat sejak dari mula, berdakwah hanya supaya akhirnya boleh dijadikan tawassul untuk urusan keduniaannya. Atas urusan akhirat, tiba2 tawassulnya hilang.

Anonymous said...

dari satu sudut memg mcm xberadab. tp..ana boleh terima bertawassul trhdp amalan dlm brdoa..
yg pntg ikhlas..kita ykn msa beramal tu kta ikhlas, dn kta ykn masa brdoa tu kta ikhlas..wallahu'alam.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Masalah sebenarnya ialah

a) Ikhlas

b) Sala faham dan tidak beradab dalam berdoa.

-Ikhlas- apabila berda'wah niat ikhlas kerana Allah, Insya-allah, ia mampu menjadi tawassul kita dengan Allah dalam berdoa, tapi kalau dari awal sudah tidak ikhlas, nescaya amal itu tidak menjadi amal soleh, bila sudah tidak menjadi amal soleh, maka bagaimana mahu bertawassul dengannya.

Adab berdoa- kita mesti memahami Allah swt dengan kebijaksanaannya akan memberikan yang terbaik. Terbaik di sisi Allah mungkin tak sama dengan apa yang difikirkan oleh kita.

Ada beberapa cara Allah maqbulkan doa kita

-Maqbulkan apa yang kita minta di dunia
- Gantikan apa yang kita minta dengan sesuatu yang lebih baik
- Tangguhkan hingga ke hari qiamat.

Ia satu ujian kepada kita sama ada kita beriman bahawa Allah Maha mengkabulkan doa atau tidak.

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam wbt

jazakumullah atas pandangan yang responsif. Isu bertawassul dalam berdoa pastinya tidak salah. Allah bahkan sangat merindui rintihan doa hambaNya yang mahu meminta apa sahaja daripadanya.

cumanya,tulisan ini lebih difokuskan kepada mereka yang LEKAS KECEWA apabila balasan berupa pertolongan Allah yang diharapkan belum dimakbulkan.kerana itu saya menasihati agar jangan meletakkan syarat dalam berdoa supaya mereka ini tidak bersangka buruk dengan janji Allah.

ia banyak sangat terjadi. hanya kerana pengorbanan yang dilakukan dengan harapan Allah akan membantunya dalam pelajaran sebagai balasan, banyak daei kita yang terkandas apabila tidak sabar menanti pertolongan Allah.

padahal, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dibalasnya kepada individu tersebut. mana tahu, ia bukan dari sudut pelajaran, bahkan sesuatu yang kita tidak jangka pemberian yang lebih hebat. Allah kan Maha Hebat?

Ini soal keyakinan kepada sifat Allah yang masih belum selesai. masih lagi berlegar-legar dalam muwassofat salimun aqidah. tidak yakin dengan DIA YANG TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI JANJI.

Tips asas: BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. BERSANGKA BAIKLAH!

NuRizZ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam ..

jazakallah khair kathir melawat blog ana dan drop comment..

benar,itulah bagaimana tarbiyah mengajar kita mengenal erti kepuasan hidup.Puasnya hidup bukan kerna nikmat nya dunia,tapi puasnya kehidupan ini bila mampu memberi khidmat di jalan Nya..

dan tentang artikel tulisan anda yg mungkin seakan kesinambungan kepada artikel ana di blog ana,kadang2 kita susah nak lari daripada tiadanya keikhlasan dalam beramal.

lihat kembali dalam rukun arkanul baiah..pertamanya al fahmu,dan kemudiannya al ikhlas x silap saya.benar?betapa pentingnya ikhlas itu dalam beramal.ikhlas yg memang dah x mengharapkan apa2 lagi hanya menanti redha Dia..apa2 yg dibuat x mengharapkan Dia membalasnya dalam bentuk material,keputusan atau lain2,lagikan pula mengharap balasan manusia..tapi hanya menanti redha Allah..cuma itu dan tidak lebih.

tetapi kita diajarkan untuk bertawasul tetapi perlu juga disertakan dengan keikhlasan pada Nya..

hidup kita diajar tentang action n rewad.surah al-lail salah satu contoh action n reward..tapi action n reward yg kita nak kan tu bukan macam di dunia,yg boleh dilihat oleh mata kasar.tapi action n reward 2 adalah redha atau tidak nya Allah pada kita..di dunia ini atau yg lg pnting di akhirat kelak..

benar dan benar lagi kadang2 kita x sedar yg bantuan Allah itu menjengah kita..tetapi tanpa usaha kita sendiri,Allah x kanbantu..inilah salahnya kita letakkan konsep beramal dan ibadah.ibadah itu dilihat pada kerja2 dakwah.hanya pada doa..doa untuk dapatkan result yg mantap..tapi usaha tiada.Allah berikan kita segala ujian untuk lihat siapa yg paling baik amalannya.exam juga adalah satu ujia..Dia mahu lihat kalau hamba Nya benar2 faham atau tidak bahawa diri ini juga perlu berusaha untuk dapat kan bantuan dari Allah.macam nak buat pinjaman rumah atau kereta atau perniagaan..kita sendiri perlu ada atleast 30 pratus drpd jumlah modal yg ingin digunakan baru dapat buat pinjaman.dan lagi pulak perlu ada cagaran dan macam2 lagi..kita namppak pada konsep tu,tapi sukar nak faham pada konsep usaha dan doa.
.belajar juga satu ibadah.kalau kita niatkan hanya untuk Allah..maka perlu juga kita letakkan usaha kita pada itu..

"tarbiyyah 1st tapi study bukan tempat ke -2"

kita conothi setidak nya model2 yg kita nampak di depan mata.murabbi2 kita yg berjaya dan hebat2..contohnya,murabbi ana seorang engineer dgn pgkt Ir..sy tidk tahu,smpailah ada orng lain yg britahu..dn stiap kali liqo dia benar2 tekankan tntg kpntingn belajar dan tumpukn prhatian,usaha sungguh2 dan tips2 belajar yg lain kpada ana n 2 orng yg lain(sbb kami je studnt dlm 2..yg lain semua engineer.kami je still bdk2:) )...tapi dia x prnah pun brcakap untuk kurangkan usaha da`wah..sebab bnda ni sbnrnye brjalan seiring.study dan da`wah x kan lari..cuma kita sahaja perlu pandai bahagikan masa..perlu pandai merancang..

dan jika kita ada mad'u,maka kita terapkan perkara yg sama dan tunjukkan contoh dari diri kita sendiri..action speaks louder than words..

kalau lah kita faham konsep sebenar usaha dan doa serta tawakal...kita faham erti pengorbanan dan beramal..maka x kan kita ada perasaan prasangka pada Tuhan..kerna sebenarnya Dia dah rancangkan yang terbaik untuk kita.kdg2 yg kita x ska baik untuk kita 2:216

mungkin untuk failed itu lagi baik untuk kita daripada lulus..siapa tahu..macam yg trjaid pd saya dalam konteks berbeza dimana jurusan undg2 yg sy nk ambil sgt dtnggalkan kerna ats alasan yg cukup pelik..dn disini sy kini menuntut jurusan yg tdk prnh sy fikirkn,tp disinilh juga sy knal trbiyyah..Allah da aturkn yg trbaik untuk kita.cuma kita je x nk sdr..dn bila da sdr,mngkin disitulh skuntum senyuman dn air mata akn muncul tnda malu kepada Nya kerna pernah berprasangka pada Pencipta...

wallahua'lam..
semoga bermanfaat.

Saliza said...

Dalam mencerahkan isu yang diutarakan oleh pengarang, saya lebih suka untuk mengambil pendekatan ‘cara tidak menghalalkan niat’.

Sememangnya tawassul dibolehkan ketika berdoa sebagaimana yang dilalukan oelh ashabul kahfi. Tetapi dalam konteks kita mengharapkan sesuatu yang telah sahih dijanjikan oleh Allah, saya cadangkan kita buat timbang tara dengan kisah ashabul kahfi sendiri sebagai perbandingan. Kalau boleh saya katakan disini, indikasi situasi kita hari ini belum cukup dhorurah sebagaimana yang dialami oleh para pemuda ashabul kahfi.

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan perkara lain yang kita minta sebagai imbalan itu tidak penting, tapi jika dirujuk kembali kepada kisah ashabul kahfi, situasi mereka terlalu mendesak sehingga tidak ada jalan lain untuk melepaskan diri dari dalam gua selain memohon pertolongan Allah dengan tawwasul menjadi wasilah. Namun hari ini,imbalan yang kita para da’ei harapkan sebagai balasan nyata berbeza kerana kita masih ada jalan lain sebagai ikhtiar disamping doa.

Tidak ada ruang untuk meninggalkan medan tarbiyah atas alasan result menurun. Ulama2 besar spt imam Assyatibi pernah mengatakan an-nazaru ilal ma’alat al-af’al wal aqwal aslun mu’tabarun syar’un! (melihat kepada risiko kata2 dan perbuatan, itulah tuntutan yang mu’tabar dari segi syara’) kalau mahu diambil ibbrah dari kata2 ini, jangan sesuka hati mahu menyalahkan Allah yang kononnya tidak meghulurkan bantuan setelah kita berkorban demi agamanya, sedangkan setiap apa yang Allah turunkan itu harus ada penyebabnya. Sebanyak mana yang kita usahakan, sebanyak itulah yang kita layak perolehi dari pandanagan Allah.

Dlam konteks yang lebih ringan, seorang da’ei merangkap pelajar sewajibnya mampu menyusun kehidupan. Tidak salah untuk hadir usrah satu malam sebelum peperiksaan, tapi kalau kita tahu jadual usrah adalh malam sebelum peperiksaan…apalah salahnya kita mengulangkaji lebih awal. Kerana itulah, rasulullah itu sifatnya Al-fathonah. Rasulullah bijak menguruskan perihal dakwah, dalam masa yang sama baginda mengimbanginya dengan urusan duniawi lain seperti menguruskan perniagaan ketika hayat Saidatina khadijah, menguruskan negara, malah masih mampu menjadi suami yang penuh dengan suri teladan, dan harus di ingat…rasulullah tidak pernah meminta untuk dijadikan utusan. Mungkin kita tidak ada mukjizat seperti rasulullah tapi sekurang2nya ada ibbrah dan mesej yang boleh kita cedok dan sebarkan.

Puncanya mudah…result menurun selepas sibuk dengan tarbiyyah. Tapi dalam diam isu ini bersangkut rapat dengan akidah sebagaimana yang disebutkan oleh pengarang. Kembalikan perbincangan kita ke akar umbi sebagaimana 3 persoalan yang dilontarkan oleh Abdul Karim Zaidan dalam kitab Usul Ad-dakwah:

1. Min aina ji’na (dari mana kita datang) – menyedari hakikat kejadian dan kedudukan kita selaku pengabdi.

2. Li maza ji’na (kenapa kita ada disini) – apa tugas yang sewajarnya kita jalankan merangkumi tanggungjawab sebagai khalifah serta pengabdi.

3. Ila ainal masir (kemana tujuan kita selepas ini) – meletakkan garis matlamat didunia dan akhirat.

Jika kita benar-benar sedar hakikat kejadian kita selaku makhluk, kita tidak akan menterbalikkan fungsi Allah dalam hidup kita. Hanya kembali padaNya sewaktu kita mahukan sesuatu, malah meminta persyaratan atas apa yang kita minta. Allah bukan wakil rakyat yang bekerja untuk memenuhi kehendak rakyatNya. Jika kita benar-benar mengerti skop kerja kita selaku khalifah dan makhluk malah sukarela menjadi pembantu agama, kita tidak akan sewenangnya mengeluh apa lagi meragui janji yang Allah beri andai kata kita bertemu kegagalan/kesukaran. Akhir sekali, kalau kita mengerti tugasan kita didunia ini, pasti kita tahu matlamat apa yang harus dicapai dan bagaimana untuk menggapainya.

Cara tidak menghalalkan niat. Niat kita baik untuk membantu agama, namun harus kena pada caranya. Jgn kerana kita tidak faham cara yang betul, kita jadi kecewa tanpa ada muhasabah serta usul periksa, kita mungkin tidak sedar tapi akidah adalah pertaruhannya disini… Wallahu’alam.