CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 3, 2010

SHOW YOUR CONCERN!

Yang dihormati,

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan

JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.


Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:


Acara: Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum

Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.

Masa: 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)

Tarikh: 4 Jun, 2010


QUNUT NAZILAH

A SIMPLE EFFORT
BUT THE MOST UNDEFEATED WEAPON!

Cara :
1) baca setiap waktu solat
2) selepas ruku' rakaat akhir

Wednesday, June 2, 2010

JELAS atau Kabur?

KENYATAAN MEDIA

- Isu Permohonan Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie -

Berhubung isu yang mana pada Jumaat minggu lalu, Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh telah membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.


PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

1. PGSM dengan TEGAS menyatakan bahawa Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 JELAS memperuntukkan bahawa hanya pemohon yang beragama Islam sahaja yang layak untuk memohon dan diterima sebagai Peguam Syarie di Wilayah Persekutuan. Ini adalah peraturan yang dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.

2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kelulusan Yang DiPertuan Agong BERKUASA menurut Seksyen 59 (2), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 untuk membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan bagi prosedur, kelayakan, fee dan lain-lain berkenaan Peguam Syarie. Syarat-syarat yang terdapat dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan tersebut telah diluluskan oleh YDPA dan telah pun diwartakan sebagai kaedah atau peraturan, dan telah dilaksanakan.

3. Syarat Islam untuk permohonan sebagai Peguam Syarie juga TERDAPAT di negeri-negeri lain - seperti Kedah, Kelantan, Melaka, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Johor mensyaratkan pemohon mestilah bermazhab ahli sunnah wal-jamaah. Hanya Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sahaja tidak mensyaratkan Islam secara khusus, tetapi pemohon mestilah berkemahiran dalam Hukum Syarak dan lulus ujian atau temuduga Peguam Syarie.

4. PRINSIP dan amalan Peguam Syarie di Mahkamah Syariah adalah berasaskan kepada prinsip ‘Wakalah bi al-Khusumah.’ Wakil ialah orang yang menerima urusan atau perkara yang diwakilkan, dan menjadi tanggungjawabnya untuk membereskan segala urusan yang diwakilkan ke atasnya. Al-Wakil juga adalah salah satu daripada nama Allah yang bererti pelindung. Ulamak mensyaratkan seseorang wakil mestilah seorang yang ahli dalam bidang atau urusan yang diwakilkan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud – “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya.” Ulamak Hanafi mensyaratkan wakil hendaklah bersungguh-sungguh dan tahu tentang tugas yang dinyatakan. Ulamak Maliki tidak mengharuskan orang Islam melantik orang bukan Islam menjadi wakil untuk urusan jual beli (muamalat) atau membuat tempahan barang (as-Salam), untuk mengelakkan dari melakukan perkara yang dilarang oleh agama.

5. PERANAN UTAMA Peguam Syarie di Mahkamah Syariah bukan sahaja membantu anak guam, tetapi juga membantu Mahkamah dan Hakim Syarie – iaitu dalam soal dakwaan, keterangan, bukti, hujah, qarinah, ikrar, khidmat nasihat kepada anak guam tentang hukum-hakam Islam dan soal prosiding mahkamah, pendamai/mediator, membuat rayuan dll. Peguam perlu berhujah dengan dalil-dalil dari sumber Hukum Syarak iaitu al-Quran dan al-Sunnah, al-Ijma’, al-Qiyas, amalan para sahabat, serta pandangan ulama’ mu’tabar. Kebanyakan rujukan dalil dan nas terdapat di dalam kitab mu’tabar yang menggunakan bahasa’ Arab. Menyerahkan tugas Peguam Syarie ini kepada bukan Islam boleh mencemarkan kesucian Islam dan boleh menyebabkan salah tafsiran terhadap Hukum Syarak serta mengelirukan masyarakat.

6. Membenarkan bukan Islam menjadi Peguam Syarie boleh membuka ruang kepada kes-kes percubaan keluar agama dan menghina agama Islam.

7. Mahkamah Syariah menjadi hak eksklusif orang Islam, kerana undang-undang yang terpakai di Mahkamah Syariah hanya melibatkan pertikaian orang-orang Islam sahaja. Maka pihak yang mewakili orang-orang yang bertikai ini juga mestilah orang Islam sahaja.

PGSM dengan ini MENGGESA :-

1. Negeri-negeri yang tidak meletakkan syarat ISLAM dalam Kaedah atau Peraturan Peguam Syarie SEGERA berbuat demikian.

2. Mufti-Mufti Negeri mengeluarkan FATWA RASMI di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri bahawa hanya orang ISLAM sahaja boleh menjadi Peguam Syarie.

3. Victoria Jayaseele Martin mempertimbangkan semula permohonan semakan beliau dan adalah lebih baik permohonan tersebut di DITARIK BALIK, demi keharmonian Islam dan agama-agama lain di negara ini.

Sekian untuk siaran.

Terima kasih.

“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”

http://peguamsyarie.org/?p=1356

P/S : Ini adalah pandangan dari sudut perundangan yang diuntut oleh bebrapa pihak. isu ini boleh dilihat daripada beberapa sudut. Dalam hidup ini, banyak pilihan yang dibolehkan, namun, pilihlah yang paling aula antara yang dibolehkan. seruan untuk orang Islam dalami fiqh awlawiyat sangat disarankan, terutama mereka yang berada di bidang syariah dan berada di saf dakwah.