CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 24, 2008

SLOT 2: TAMRIN

“Err, macam mana nak score dalam exam? Tak consistentla dalam study”

“Akak, macam mana eh nak semangat dalam apa-apa kerja yang kita buat? Kadang-kadang tu macam hangat-hangat tahi ayam je..”

“Erm, tak taula kenapa macam orang tak mau kawan dengan saya..saya buat salah apa kat diorang.”

“Tension aku, banyak kerja nak kena buat, tapi satu apa pun tak settle lagi..aish, mula la nak sakit kepala nih”

“Enti, ana rasa macam ana dah jauhla dari Allah, hati ni rasa macam keras kematu dah, kadang-kadang ana geram dengan diri sendiri, kenapa ana tak boleh jadi macam enti dan akhwat yang lain.”

******************************************

Cukuplah setakat beberapa dialog di atas melambangkan aduan-aduan normal yang biasa kita alami. Eheh, jangan bohong ya, saya juga student seperti anda. Jujur saya katakan antaranya juga adalah apa yang pernah saya lalui dan menjadi keserabutan dalam kepala saya mencari apa puncanya.

Boleh saja saya menjawab sebagai ustazah. Datangkan ayat Al-Qur’an dan hadith berlambak-lambak. Lalu saya akan juarai kategori pendakwah yang banyak hafal dalil. Wah, cukupkah setakat tu? Tengok-tengok, orang yang saya nasihatkan langsung tak berubah. Mana quwwatul taksir?

Jangan disalah faham pula, bukan maksud saya dalil-dalil itu sudah lapuk. Jauh dan jauh sekali. Bahkan ayat-ayat itu yang paling mujarab sebagai penawar segala penyakit rohani. Tetapi jangan dilupa, dakwah nabi itu lebih banyak dari tempias akhlaknya yang mencerminkan sifat Al-Qur’an. Lihat juga hadith-hadith nabi, kebanyakannya adalah pendek-pendek, tidak panjang-panjang. Jadi jelas sekali, dakwah nabi itu dari hikmah dan teladan. Tidak guna panjang cakapnya, namun kata-katanya tiada kesan pada pendengar. Kerana apa? Cuba lihat, adakah akhlaknya adalah pantulan dari kata-katanya?

Maka di sini saya akan bagi solusinya.Saya bukanlah penyelesai masalah, sekadar pencadang penyelesaian yang saya perolehinya dalam slot tarbiyyah ketika tamrin. Baiklah, anda muslim bukan? Tentunya, tentu juga saya. Sekarang, sebutkan apa ciri-ciri muslim pada diri anda. Paling kurang tiga. Ciri-ciri yang dikenali pada diri anda oleh kawan-kawan anda. Ahaks, boleh?

Sekarang saya akan bantu anda dengan menyenaraikan 10 muwassafot muslim yang benar- benar muslim. Dan kesepuluh-sepuluh muwasoffat inilah yang menjadi matlamat tarbiyyah supaya dapat melahirkan produk-produk muslim yang original bukannya cetak rompak. Baru dua tiga kali pakai, sudah harus dicampak ke tong sampah.

1) Salimun ‘aqidah – akidah yang mantap

2) Saheehul ‘ibadah – ibadah yang sahih

3) Mateenul khuluq – kekuatan akhlak

4) Musaqaf fikri – pembangunan fikrah

5) Quwwatul jismi – kekuatan jasmani

6) Harisz ‘ala waqti – menjaga waktu

7) Munazhom fi shu’uni – pengurusan hidup yang teratur

8) Qaadirun ‘ala kasbi – berusaha sendiri tanpa mengharap orang lain

9) Mujaahid linafsihi- bersungguh-sungguh melawan nafsu

10) Nafi’ lighoirihi- memberi manfaat

Untuk entri kali ini, saya hanya akan kupas beberapa muwassofat dahulu. Saya percaya, bagi anda yang biasa mengikut tarbiyyah, tidaklah terlalu susah untuk anda memahaminya. Cumanya, belum terpenuhi kesemua muwassofat pada diri kita, dan di sini kita sama-sama menuju ke arah itu.

KEMANTAPAN AKIDAH

Nampak ringan saja. Ya lah, mengucap dua kalimah syahadah, siapa yang tidak tahu. Sehari paling kurang 10 kali kita menyebutnya. Wah, saya dah muslim. Maksudnya, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Benar, kita sudah seorang muslim pada nama. Tapi muslimkah kita apabila azan berkumandang kita masih berlengah berborak-borak dengan kawan ataupun melekat di hadapan laptop main games atau sibuk dengan chating? Muslimkah kita apabila senyap-senyap anda dan dia berjumpa bermain-main mata, senyum-senyum sampai senget-senget mulut? Muslimkah kita apabila seorang rakan mengajak ke majlis ilmu, lalu anda menolak atas alasan sibuk, tetapi malas sebenarnya? Muslimkah kita jika yang singkat lagi ketat hingga Nampak pusat berkulat menjadi pakaian kita?

Jelasnya jika mengutamakan seruan selain seruan Allah maka kita telah menTuhankan seruan tersebut. Kawan tu Tuhan aku, games tu pun Tuhan aku, my paktuwe dan maktuwe tu pun Tuhan aku, study tu pun lagilah tuhan aku. Yang barat lagi sesat itu Tuhan aku..Huish, dalam tak sedar banyaknya Tuhan kita..naudzubillah.

Aii, mana syahadah yang 10 kali kita lafazkan? Tiada Tuhan selain Allah..part pertama dalam syahadah pun kita sudah fail. Suka-suka kita mencari thagut yang lain untuk diutamakan selain Allah. Inikah aqidah kita? Belum lagi kita test part kedua dalam syahadah, aku bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah. Sunnah baca bismillah sebelum memulakan apa-apa pekerjaan menjadi kepayahan untuk kita laksanakan. Bukan tak hafal tapi lupa. Kenapa lupa, sebab tak biasa, kenapa tak biasa, sebab malas. Kenapa malas, aishh, tanyala nafsu.. nafsu sudah jadi Tuhan dalam diri. Ikutlah kata nafsu. Apa susah..ini belum lagi tanya sunnah nabi yang banyak lagi.

Maka di sinilah kita harus mulakan, akidah..akidah. Paling basic tetapi kebanyakan antara kita gagal dalam ujian pertama untuk bergelar muslim yang solid.kerana itu, hadirnya tarbiyyah, untuk kita kupas, untuk kita dalami, apa ertinya lafaz syahadah dan sejauh mana ia memakaikan kita dengan pakaian jenama Islam. Kita tidak mahu sekadar akidah kosong. Macam tin yang kosong, ketuk pun masih lagi berbunyi kerana ruang kosong yang tidak terisi.

Ibaratnya yang kosong inilah memberi ruang pada syaitan memanggil konco-konconya untuk berpesta. Tapi kita mahu, akidah yang mantap, biar ruang itu terisi sepenuhnya dengan Tauhid. Biar mata, hati, akal kita hanya Nampak Allah di mana-mana. Nampak jerih Rasul mentarbiyyah umat. Biar syaitan berpeluh mencari ruang, dan akhirnya mengeluh menapak pergi.

SAHEEHUL ‘IBADAH

Aisyah r.a berkata : Rasulullah saw bersabda, “ barangsiapa mendatangkan hal yang baru dalam urusan agama kami yang tidak termasuk bahagian darinya, maka ia tertolak.” ( HR Bukhari dan Muslim)

Jika kita katakan akidah adalah tiangnya rumah maka ibadah adalah batu-batu binaan rumah tersebut. Bukan binaan batu yang longgar sehingga boleh meruntuhkan rumah biar tiangnya sudah teguh, tetapi kita mahukan susunan binaan batu yang kukuh yang menjadi pelengkap binaan sebuah rumah itu. Jadi, di sinilah kita perlukan ibadah yang sahih. Ibadah yang sememangnya tertulis dalam Al-Qur’an, ibadah yang benar-benar menjadi sunnah nabi. Ibadah yang kita yakin ianya dipersetujui nas-nas yang diterima sebagai sumber hukum dalam Islam. Bukan sekadar taqleed semata-mata.

Biasa saja kita merasakan bahawa sudah banyak ibadah yang kita lakukan, tetapi kita masih melakukan dosa, ataupun kita rasakan tiada langsung peningkatan iman. Mengaku atau tidak, ketika kita sedang solatlah barang yang kita cari 10 tahun yang lalu kita tahu di mata tempatnya, ataupun, waktu solatlah kita sibuk mengira bajet hari ini.

“ Tadi makan pagi 3.00, makan tengah hari sudah 4.00,nampaknya kena makan burger je lah malam ni”

Wah, waktu inilah kita hendak mengira.Sedar-sedar sudah habis 4 rakaat dan bagi salam. Baca doa dua tiga baris, kita terus berlalu. Beginikah muslim yang boleh harap? Pernah dengar lagi satu kisah dalam hadith 40 juga tentang seorang lelaki yang bermusafir, rambutnya kusut masai dan badannya penuh debu menadah tangannya berdoa pada Allah. Sedangkan, makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, bagaimana mungkin Allah akan mengabulkan doanya?

Begitulah yang kadang berlaku dalam diri kita. Bersungguh-sungguh lakukan ibadah tapi banyaknya ibadah kita ini macam angin yang lalu, tidak memberi kesan pada iman.Maka, sekali lagi sama-sama kita check balik ibadah kita kalau benar kita mahukan title muslim yang benar-benar muslim. Bertiangkan akidah yang mantap dan dikukuhkan lagi dengan ibadah-ibadah yang sahih. insyaAllah

p/s : mungkin saya akan huraikan setiap muwassofat secara bersiri. Untuk ikhwah dan akhwat yang request untuk saya kongsikannya dalam bentuk penulisan, maaf atas kelewatan sebab ada masalah internet.

Thursday, April 17, 2008

PROFILE SYUHADA'

( Pembukaan tamrin dengan profail syuhada'. sebuah kisah benar yang ditulis oleh Zainab Al-Ghazali sebelum beliau syahid. InsyaAllah, kalian boleh dapatkan novelnya, Hari-hari Dalam Hidupku untuk lebih menelusuri fikrah dan perjuangan hidup As-Shahidah Zainab Al-Ghazali. Berikut saya cuma qoute beberapa siri penyeksaan yang dialami beliau sepanjang dipenjarakan. Bukan setakat apa yang saya tulis di sini, bahkan banyak penyiksaan yang lebih dahsyat daripada ini.)

**********************************

“ aku melihat satu rombongan unta. Setiap unta-unta itu membawa hudj ( tempat duduk) yang seakan-akan dibuat daripada nur. Di setiap hujd itu duduk empat orang lelaki dengan wajah yang bersinar-sinar. Rombongan perjalanan unta itu panjang dan tidak terhingga banyaknya. Aku merasakan seolah-olah aku berdiri di belakang seorang lelaki yang besar dan perkasa, yang mengepalai rombongan perjalanan ini. Hatiku meragui, apakah itu Rasulullah s.a.w?

“ Engkau benar, Zainab. Kau bersama Muhammad, hamba Allah dan RasulNya,” jawab Baginda secara tiba-tiba.

“saya! Ya Rasulullah, apakah betul saya bersama Muhammad, hamba Allah dan RasulNya,” tanyaku kehairanan.

“Kamu hai Zainab, hai bint Ghazali betul-betul bersama Muhammad, hamba Allah, dan RasulNya.

***************************************

“ kemudian dia keluar. Tidak lama kemudian dia kembali bersama Sofwat Ar-robbi dan seorang askar, lalu mereka mencampakku ke lantai dengan kejamnya. Aku tidak sedar bagaimana mereka mengikat tangan dan menggantungku di atas sebatang kayu, tidak ubah seperti tukang sembelih. Aku disebat dengan ganasnya oleh tukang-tukang sebat yang terlatih sudah melakukan kejahatan semacam ini.

“ aku dapati diriku berlumuran darah. Aku mengetuk pintu untuk meminta pertolongan supaya mereka memberiku sesuatu untuk menahan darah yang keluar bercucuran. Aku meminta supaya dipanggilkan doctor tetapi jawapannya adalah maki hamun.”

“ Ya Allah, Ya Allah,” sedang tongkat-tongkat sebatan seolah-olah mengoyak-ngoyak dagingku.alangkah peritnya. Hati dan perasaanku hanya bergantung pada Allah sehinggalah aku tidak sedarkan diri. Aku terbaring seperti mayat yang terdampar di atas bumi”

“ tidak! tidak! Mana Tuhanmu? Panggilllah dia untuk melepaskan kamu dari tanganku. Cuba kau panggil Jamal Abdul Naseer, kau akan lihat apa yang terjadi,” teriak Shams Badran.

************************************

“ pintu penjara air dibuka. Aku lihat di belakang pintu itu ada penahan air daripada besi yang tingginya lebih semeter. Sofwat menyuruh aku membuka pakaian dan melompat ke penahan air itu. Aku terpegun oleh rasa ketakutan dan tidak sanggup bergerak walau selangkah.”

“ aku sama sekali tidak akan membuka pakaianku”

“ kau mesti turun ke dalam air itu dengan memakai sehelai pakaian sahaja."

“ aku akan koyak-koyakkan jilbab itu”

“ kamu sekarang berada di neraka jahannam Jamal Abdul naseer. Bila kau memanggil Tuhan, tiada seorang pun akan menolongmu, tetapi jika kau memanggil Jamal Abdul Naseer! Pintu syurga akan terbuka buatmu. Itulah syurga Jamal Abdul Naseer. Faham?

***********************************

“ lantas dia memberikan tugas kepada dua orang askar itu. mereka diarahkan untuk melakukan perkara yang paling keji, durjana dan sungguh memalukan iaitu merogolku.

“awas, jangan cuba menghampiri aku walaupun selangkah! Kalau kamu hampiri, aku akan bunuh! Kubunuh! Kubunuh! Faham tak? Kataku dengan segala kekuatan yang dikurniakan Allah kepadaku.

Walaupun begitu dia tetap menghampiriku dengan bebrapa langkah. Tanpa disedari, kedua tanganku mencekik lehernya dan aku memekik sekuat hati, “ Bismillah, Allahu Akbar.” Aku menggigit lehernya dengan sekuat-kuatnya. Tiba-tiba dia terlepas dari genggamanku dan jatuh terjelepok di tapak kakiku dalam keadaan tidak berdaya.

****************************************

“ Bilik no24 adalah penjara yang ditengahnya terdapat api yang menyala-nyala. Setiap sudutnya ada empat orang askar yang berdiri dengan tangan masing-masing memegang tongkat seperti lidah ular yang akan mematuk.

“ Seorang askar mengait aku dengan tongkatnya dan memerintahkan aku supaya pergi di tepi api yang sedang marak itu. Apabila aku mendekati api yang sedang marak itu, aku dikawal oleh askar yang kedua. Api itu terus berkobar-kobar mengeluarkan bahangnya. Lidahnya seoalah-olah menjilat tubuhku. Lebih kurang 2jam aku berada dalam bahangan api. Kedua-dua deraan itu benar-benar menyeksa jiwaku…sungguh perit sekali..

“ Aku melihat dua orang jurugambar dengan kamera masing-masing. Mereka menyuruhku meletakkan betis di atas betis dan meletakkan sebatang rokok di mulutku untuk diambil gambar.

“ Mustahil aku memegang rokok! Tidak di tanganku atau di mulutku!" Jawabku.

Lantas mereka mengajukan pistol di belakang dan di kepalaku sambil mengugutku supaya memegang rokok, tetapi aku tetap menolak. Aku mengucap dua kalimah syahadah.

“ buatlah sesuka hatimu. Aku tidak akan menurut perintahmu,” kataku lagi.

*******************************************

“ kamu dikatakan hendak membunuh Jamal Abdul Naseer bukan?” katanya lagi.

“ orang yang sibuk dengan dakwah kepada agama Allah dan untuk mengembalikan umat islam kepada kehidupan kemanusiaan tidak memperdulikan perkara yang remeh-temeh seperti ini. Suatu hari nanti, apabila umat Islam kembali kepada agamanya dan bangkit semula kepada hakikat hidup yang sebenarnya, perkara sebegini akan berakhir. Secara natural, umat akan meninggalkan arus terkutuk yang menyembah syaitan dalam berbagai bentuk dan menyesatkan ini. Arus tersebut telah menghanyutkan umat ini seperti buih-buih dibawa banjir,” jawabku.

*******************************************

Aku bertanya kepada ikhwan tentang hukuman yang telah dijatuhkan kepada Sayyid Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan Ikhwanul Muslimin yang lain.

“ mereka adalah para syuhada’ fi sabilillah,” jawab mereka.

Fahamlah aku bahawa semuanya dihukum gantung

“ wahai tuhanku, terimalah jihad kami di jalan daulah Islam yang akan melaksanakan hukum al-Qur’an dan As-Sunnah InsyaAllah. Doaku penuh mengharap.

“ bagaimana kamu ya ukhti Zainab?”

***************************************

Saturday, April 12, 2008

KALAU BUKAN KERANA...

antara syariatullah dan sunnatullah
ia tak mungkin dipisahkan

“Maaf, saya tak dapat pergilah, nak kena tolong kakak kat rumah, lagipun sekarang ni pecah rumah.maaf ya, tolong kirim salam kat kak aisyah k.”

Sahabat saya reply. Alahai, nak ajak siapa lagi ya.

Setelah beberapa sahabat yang saya sms, akhirnya seorang uhkti menyatakan persetujuannya untuk sama-sama ke tamrin kefahaman Islam. Syukur Illahi. Kalau diikut rasa malas dan sakit saya yang tidak menentu, saya tidak perlu bersusah payah menaiki teksi, kemudian naik komuter selama sejam, kemudian tukar pula menaiki putra di KL Sentral ke stesen Damai untuk ke Surau Ansar. Tambah pula dengan keadaan hujan lebat yang lebih membataskan pergerakan saya.

Izzah, ingat..nak dapat yang berharga, perlu pijak duri-duri, perlu berhempas melawan ombak, perlu puas menghukum diri dengan keletihan dan kesakitan. Itu motivasi saya apabila ada syaitan yang memujuk-mujuk agar bermanja diri merehatkan tubuh di rumah. Sesekali watak Fahri dalam Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman terlayar-layar dalam ingatan ketika dia mahu talaqi bersama Syeikh Utsman. Apabila membaca biar ada amalnya bukan?

“Hey, kau kan baru habis exam, tengok kawan-kawan kau, dah seronok rehat-rehat tengok TV, tidur tak bangun-bangun”.kerja siapa lagi kalau bukan syaitan!

Sebelum berangkat, saya teragak-agak sama ada ingin membawa ubat bersama atau tidak. Erm, Cuma 2 malam. Tak perlu rasanya. Alhamdulillah, apabila sampai di stesen Damai, saya dijemput seorang ukhti dengan kereta. Itupun kerana hujan. Jika tidak, dia tidak perlu bersusah payah menjemput saya. Lagi puas berjalan kerana lagi bertambah sebab saya untuk berasa letih. Pelik bukan mengapa begini ayat saya?

Tiada sebab untuk saya berkata letih sekiranya saya belum puas meletihkan diri dengan tulang 4 kerat saya.

Seperti yang saya sangka, sakit saya mula menjadi, saya semakin sukar untuk bangun dan bergerak. Apabila ingin menoleh, bagai terasa otak di dalam berlaga dengan tempurung kepala. Sakit kepala makin menyengat bagai dihurung tebuan..Tumpuan saya pada slot malam itu hampir terganggu. Ya Allah, aku ke sini ingin menuntut ilmuMu, maka redakanlah sakitku agar aku dapat apa yan aku inginkan. Itu saja doa saya. mungkin kerana saya berasak-asak dalam tren tadi dan banyak bergerak mengundang migraine kembali. Memang ini satu kelemahan fizikal saya.

Mujur ada sahabat-sahabat yang berselang-seli mengurut saya. Kasihan mereka. Kerana saya mereka perlu membuang masa mengurut saya. Sedangkan lebih banyak ibadah khusus yang mungkin mereka rancang untuk diri mereka. Tambah pula esok harus bangun sepertiga malam untuk meraih tahajud. Kami diberi beberapa potong ayat untuk kami hayati sebelum tahajud esok. Mudah-mudahan, hati akan bersama dalam sujud tahajud dengan memahami maksud-maksud ayat yang akan dibacakan.

Esoknya, sekali lagi saya berasa iri kerana tidak dapat menyertai akhawat untuk riadhah. Saya masih tidak dapat bergerak banyak, cuma hanya mampu duduk di kerusi melihat mereka bermain satu game yang unik. Mungkin! Jika dulu kita kenali dengan baling selipar tetapi game yang ini lebih kurang sahaja. Cumanya satu grup harus menjadi HAMAS, satu lagi harus menjadi Zionis.

Grup HAMAS perlu mendirikan semula kayu-kayu yang dirobohkan supaya dapat berdiri elok, erm, ibaratnya seperti mendirikan Masjid Aqsa. Manakala grup Zionis perlu menyerang grup HAMAS bagi menghalang mereka daripada membina ‘masjid’ tersebut. Yang menariknya lagi, setiap ahli grup dibeberikan bungkusan air kosong sebagai bom. Siapa yang kena harus quit dari perang! Basah habis pakaian akhwat semua!

Hampir tertawa juga saya melihat akhwat yang bersungguh memainkan watak mereka. Yang zionis memang Zionis. Degil dan cuba mencari helah. Tak kalah juga yang HAMAS tanpa peduli akan serangan Zionis bersemangat membina ‘masjid’. Saya kerjanya melihat dan menjaga laptop untuk memutarkan lagu jihad untuk lebih menghidupkan suasana. Jadilah, tak dapat rasa nak berjihad di palestin, jihad dalam game pun masih mampu menjentik semangat kami untuk memburu syahid. Mana tau satu hari nanti!

Slot tarbiyyah dari Ustaz Emran lebih menghidupkan hati saya. Munkgin sakit kepala saya tidak begitu menjadi-jadi, cuma sesekali ia memberi isyarat akan menyerang kembali. Terasa rohani saya benar-benar terisi setelah lama kosong selama menjamu hati dengan ilmu-ilmu dunia. Inilah masanya untuk saya santapkan rohani yang gersang dengan nur. Datanglah cahaya, menetaplah cahaya, kerana hati ini memang untuk cahaya!

“izzah, tiada soalan ke? Dok senyum saja dari tadi..camna nak jadi lawyer kalau dok senyum ja masuk court nanti?” ustaz menegur selepas habis ceramah.

Aish, macam mana ustaz tahu saya senyum..urmm..kebetulan saya sebenarnya sedang mengatur ayat untuk bertanya tetapi buntu nak mengeluarkan kata. Ustaz kemudian beralih pada ukhti yang lain. Kemudian kembali balik bertanya saya mengharap pertanyaan daripada saya. Saya cuba. Berbelit juga saya mengatur kata.aish..

“ni yang payah ni kalau bagi lawyer cakap, memang susahla ana nak jawab, pusing sana-pusing sini”. Akhawat yang lain ada yang tertawa.

Itulah ustaz, pantang kalau suruh saya bercakap, takut terpanjang cakapnya nanti.hehe. Setelah selesai Zohor, kami berpindah ke tingkat atas masjid untuk 2 slot terakhir. Mungkin slot ini lebih realistic di mana inilah masanya untuk kami meluah rasa dan masalah yang membeku dalam hati kepada murabbi. Macam-macam rupanya masalah akhawat ini di sebalik ketenangan dan senyuman mereka. Dari masalah keluarga sehinggalah masalah jodoh, kami sama-sama kongsi. Saya sendiri entah mengapa menjadi kaku untuk meluah rasa. Namun ada seorang ukhti yamg mengetahui dilemma saya dan cuba bertanya bagi pihak dia sekaligus diri saya. Syukran ukhti.

Agak membantu, tetapi hati saya masih belum terbuka untuk memikirkanya dengan lebih lanjut. Syukran Mak Cik Zah. Jika ada masa ana akan terus hati ke hati dengan mak cik. Mungkin saya masih berasa segan untuk berkongsi hal peribadi secara terang-terangan.

Jam 5, tamrin berakhir. Rancangnya mahu ke bookfair di PWTC, tetapi saya harus membatalkannya dengan sahabat saya kerana kesihatan yang kurang elok. Saya becadang untuk bermalam di rumah adik di UM dan akan ke PWTC esoknya. Maafkan ana enti..ana akut lebih menyusahkan enti kalau kita terus ke bookfair nanti. ana tak sihat dan kali ini ana kalah dengan penyakit letih. Untuk memujuk hatinya, saya memberinya buku yang saya bawa bersama untuk bacaannya di rumah. Boleh kan enti?

Di rumah adik, saya tidak lama dapat bersembang dengan adik, saya terlena awal sambil mengulang membaaca Ayat-Ayat Cinta. Walaupun sudah bebarapa kali membacanya, saya terpanggil-panggil untuk mengutip semangat fahri agar hidup dalam jiwa saya agar saya tak mudah kalah dengan pujukan hati untuk bermalas-malasan.

Esok harinya, kepala saya lebih segar. Saya mengatur list buku-buku yang ingin dibeli. Saya buka dompet. Erm, macam perlu tekan duit lagi ni. Tak mengapalah, berbelanja lebih sikit untuk ilmu, tak rugi mana pun. Terbayang-bayang nanti akan sebuah mini library yang akan saya khaskan apabila saya sudah punya rumah sendiri. Maka dari sekarang saya harus berulat buku. Tapi jangan sekadar ulat, biar ulat yang mampu memberi benang.

“ kamu tahu mana buku ni, memang ada promosi kat luar ke?” Tanya cashier gerai Galeri Ilmu pada saya. Mungkin dia hairan apabila melihat saya membeli buku pertama Ustaz Hasrizal sebanyak 4 buah yang baru saja keluar di pasaran

“ saya membacanya di blog, lagi pun ni ada kawan yang pesan, ramai yang kata best” sekadar saya membalas. Sementara menunggu adik, saya duduk membelek-belek buku Ustaz Hasrizal yang lebih dikenali dengan Saifulislam ini,ya judulnya.. aku terima nikahnya..

Satu muka ke satu muka, ke satu muka ke satu muka, saya jadi ghairah untuk meneruskannya. Lama-lama tumpuan saya berangkai dari satu bab ke satu bab yang tak mungkin saya hentikan.. Saya telah bertemu dengan selera saya! Bukan sekadar cerita cinta dan nikah, bahkan ia merangkul seluruh generasi hamba di muka bumi untuk menjadi manusia agar hidup untuk memberi.

Sebuah tulisan yang ditulis oleh hati bukan sekadar pena. Sebuah tulisan yang menyedarkan saya bahawa hidup bukan untuk hak tetapi tanggungjawabyang harus dipenuhi. Sebuah sentuhan seorang suami, ayah juga seorang anak mengatur hikmah untuk direnung oleh mereka yang berakal. Syukran ustaz. Memang sewajarnya ceramah-ceramah ustaz di UIA wajib saya hadiri. Saifulislam, bukan sekadar memberi, tetapi mengesankan!

“akak, buku ni!”.

Saya hampir terjerit gembira. Satu lagi buku tulisan Zainab Ghazali iaitu Hari-hari Dalam Hidupku sudah lama saya cari untuk milikinya sendiri. Buat pembakar semangat saya untuk terus hidup dalam dakwah dan tarbiyyah, untuk saya nyalakan sumbu-sumbu mujahadah nafsi dalam diri, bagi booster saya untuk lebih berani bertindak kerana benar.

Juga saya bertemu dengan buku dari Indonesia, ‘nikmatnya pacaran setelah nikah’, buat menghapus dan mengontangkan keteringinan saya untuk bercinta sebelum bernikah. Juga menjadi bahan untuk saya memimpin mutarabbiyah agar menjauhi penyakit cinta ana-enti yang mengajak kita untuk menderhakai Allah.

Alhamdulillah. Sempat juga saya membeli buku Faisal Tehrani untuk menambah koleksi, juga buku terbaru Fauziah Ashari pesanan daripada sahabat saya. Beruntung lagi saya apabila saya terus dapat bersemuka dengan kedua-dua penulis ini. Cumnaya agak tak terjawab saya apabila Faisal Tehrani bertanya, mengapa dah lama sepi tak nampak karya saya di media? urmm..tiada jawapan! kalau sibuk, banyak manusia lain yang lebih sibuk. Begitulah, kadang-kadang ada perkara yang tiada jawapannya. Ia hanya berlaku dan ya lah hanya berlaku!

Untuk adik-adik, saya lebih memilih untuk membeli buku-buku latihan pelajaran mereka dan CD Muhammad Utusan terakhir , sebuah animasi mendidik jiwa buat mereka. Harap-harapnya, mereka lebih cepat mengingati sirah Rasulullah melalui animasi sebegini. Itulah sunatullah kanak-kanak, akan lebih tertarik jika medium pengajaran lebih berwarna dan bergerak dengan latar dialog yang mudah difahami. Mungkin ini yang harus dipraktikkan dalam sistem pendidikan Negara kita?

Erm..saya hentikan di sini dahulu. Idea-idea lain sudah beratur menanti giliran. Inilah akibatnya apabila sudah habis exam..banyak isu yang berputar memohon untuk diketengahkan. Mungkin selepas ini saya akan buat entri khas tentang pengisian tamrin yang saya hadiri. Ia memang perlu, semoga terjawab di akhirat akan apa yang saya lakukan dengan ilmu yang diperolehi. Ini nikmat yang harus dikongsi bukan harus disimpan menjadi pekasam lantas hilang dikikis dosa.. urmm…

Monday, April 7, 2008

IT’S CRIME GREET WILDERS!

A WANTED CRIMINAL!


(P/S : tulisan kali ini agak berbaur isu perundangan, tetapi ada sesuatu yang harus anda ambil peduli. undang-undang untuk semua, bukan hanya untuk mereka yang ada dalam bidang ini)

jazakallah! (",)

boikot barangan Belanda harus jadi pilihan yang terakhir untuk menunjukkan bantahan kita kepada mereka” – Yusuf Qaradhawi-

Saya membaca ini dari salah satu blog yang kebetulan saya tersinggah. Asalnya saya mahu mencari bahan untuk menulis entri terbaru pada blog saya tentang isu ini, tetapi saya terpanggil dengan penyataan ulama’ mu’asir dari Mesir ini. Agak menghairankan!

Saya amati entri tersebut dan akhirnya saya faham. Anda boleh baca di web islamonline untuk lebih tahu. Cumanya, saya terfikir-fikir, kalau boikot barangan Belanda perlu menjadi pilihan yang terakhir, apa lagi pilihan yang kita ada sebelum itu bagi mengajar si penjenayah Greet Wilders?

MENGAPA TIDAK DENGAN UNDANG-UNDANG?

Saya cuba membawa anda untuk memandang dari sudut perundangan. Sebelum itu, saya mengalami kesulitan dalam menterjemahkan beberapa terma undang-undang dalam bahasa inggeris dan Latin ke bahasa melayu kerana tak semua terma itu yang sesuai untuk diterjemahkan. Agak sukar juga untuk saya menemukan dengan artikel undang-undang antarabangsa dalam bahasa melayu. Namun, saya cuba sampaikan sebaik mungkin.

  • “ Freedom of Speech and freedom of expression are individual rights but must subject to some restrictions” –

Restrictions:

  • Blasphemy is illegal in several Western and Muslim countries (freedom of religion as well as speech could be given here)

-United Nation of Human Rights-

Greet Wilders mengatakan ianya adalah freedom of speech yang termasuk dalam hak kebebasan individu untuk bersuara dan memberi pendapat.

“Ya, saya hanya menyuarakan pendapat tentang Keganasan Agama Islam dan rasa ketidak puashatian saya terhadap ajaran Qur’an yang menganjur penganutnya untuk berbunuh-bunuhan. Ya, hanya menghina Tuhan orang Islam yang menyatakan hanya penganut agama Islam sahaja yang benar dan penganut agama lain harus diperangi.

Greet Wilders, nama sahaja ahli parlimen Belanda yang membuat undang-undang, jika perbuatan jenayahnya masih dianggap freedom of speech, saya sendiri tidak tahu, bagaimana dia memahami undang-undang negaranya sendiri serta undang-undang antarabangsa yang harus diambil tahu oleh lawmaker sepertinya.

Atau dia sendiri tidak tahu apa itu Blasphemy?

Encik Wilders, Blasphemy atau dengan kata lain adalah menghina dan mencaci Tuhan adalah illegal dan merupakan satu jenayah. Seluruh dunia bersetuju bahawa filem fitna secara terang-teranagan menghina dan mencaci Allah sebagai Tuhan segala keganasan. Yang memburukkan dan merendah-rendahkan Allah sebagai Tuhan segala kemusnahan dan jenayah di muka bumi. Nah, apakah ini belum lagi dikatakan Blasphemy atau kita perlu ajar Encik Wilders dengan menghina sembahannya pula sehinggalah dia sendiri faham apa itu blasphemy?

Cuba baca yang ini pula :

11. The Assembly reaffirms that hate speech against persons, whether on religious grounds or otherwise, should be penalised by law in accordance with the General Policy Recommendation No. 7 on national legislation to combat racism and racial discrimination produced by the European Commission against Racism and Intolerance. For speech to qualify as hate speech in this sense, it is necessary that it is directed against a person or a specific group of persons. National law should penalise statements that call for a person or a group of persons to be subjected to hatred, discrimination or violence on grounds of their religion.

. 14. The Assembly considers that, as far as it is necessary in a democratic society in accordance with Article 10, paragraph 2 of the European Convention on Human Rights, national law should only penalise expressions about religious matters which intentionally and severely disturb public order and call for public violence.

- Parliamentary Assembly of Council of Europe -

Kedua-dua provisi di atas telah dicadangkan oleh Majlis Undang-Undang Eropah untuk menghukum penjenayah yang menghina dan dan memburukkan agama lain. Provisi di atas dengan secara jelas menyatakan ekspresi individu dengan menghina seorang atau sekumpulan orang berdasarkan agamanya patut dihukum!

Encik Wilders, bukankah Negara anda termasuk dalam negara-negara EU?

Nah, ini undang-undang negara anda sendiri!

Saya juga terjumpa beberapa provisi dalam undang-undang Negara Belanda berkenaan dengan Press Freedom Law dalam memaparkan apa-apa informasi umum di media. Secara nyata dan jelas, undang-undang Negara belanda mengharamkan apa-apa publikasi samada dalam bentuk penulisan, video ataupun filem yang menyentuh isu-isu cencorship atau isu-isu sensitif bagi sekumpulan orang. Pengharaman terhadap Blasphemy juga secara terang-terangan termaktub dalam undang-undang Belanda dan pelakunya wajib diajar dengan hukuman!

(saya tidak dapat sertakan provisi tersebut kerana terlupa untuk copy dari web tersebut, boleh lihat dari web Parliamentary Assembly Council of Europe. )

APA TINDAKAN SETERUSNYA?

Anda ingat bukan isu penghinaan terhadap Rasulullah yang dilakukan oleh Denmark?

Rentetan daripada itu, President Yemen, Mujawar, memohon United Nation of Human Right untuk gazette undang –undang yang mengiktirafkan bahawa menghina agama lain merupakan satu jenayah yang membawa kepada hukuman yang lebih berat.

Lalu pada 27.Mac .2008, Pemimpin-pemimpin Saudi telah mengemukakan resolusi undang-undang berkenaan Combating defamation of Religion dan dua provisi telah disusun khas untuk perhatian United Nation of Human Right.

· 8. Urges States to take actions to prohibit the dissemination, including through political institutions and organizations, of racist and xenophobic ideas and material aimed at any religion or its followers that constitute incitement to racial and religious hatred, hostility or violence;

· 9. Also urges States to provide, within their respective legal and constitutional systems, adequate protection against acts of hatred, discrimination, intimidation and coercion resulting from the defamation of any religion, to take all possible measures to promote tolerance and respect for all religions and their value systems and to complement legal systems with intellectual and moral strategies to combat religion

Jadi, pendapat peribadi saya dan saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama kita menggesa pimpinan Negara agar bersatu dengan Negara-negara Islam yang lain untuk menggesa United Nation of Human Right untuk gazette resolusi ini dan sekaligus mewartakan sebagai undang-undang yang binding untuk seluruh Negara.

Kita tidak nafikan bahawa pihak OIC telah pun menyatakan bantahan mereka terhadap filem ini, cumanya saya melihat, usaha untuk menjalankan kempen gesaan untuk mewartakan resolusi Combating defamation of religion tidak dibesar-besarkan. Atau mungkin kebanyakan antara kita tidak mengetahui tentang kewujudan resolusi ini.

Kita punya senjata yang lebih cepat dan kuat dalam menghukum Greet Wilders dan Belanda iaitu dengan undang-undang. Menjalankan kempen boikot belum tentu dapat memberi kesan pada ekonomi Negara belanda kerana sokongan Negara-negara barat yang lain masih dapat meneguhkan mereka. Namun, ianya tidaklah salah, malahan boleh dilakukan seiring dengan kempen undang-undang ini.

Akhir sekali, saya agak tertarik dengan beberapa feedback dari beberapa individu tentang filem fitna ini :

“ penghinaan terhadap Al-Qur’an terhadap filem fitna merupakan satu platform yang baik untuk memperkenalkan kembali Islam. Sebagaimana berlakunya penghinaan terhadap Rasulullah dalam juxtoposition kartun yang dilakukan oleh Denmark, maka di sinilah bermulanya usaha untuk memperkenalkan kepada dunia kemuliaan Rasulullah”

Jadi, ayuh kita serang media dengan lambakan filem dan tulisan yang memurnikan kembali ajaran sebenar Al-Qur’an!

p/s : saya mengalu-alukan komen atau sebarang pembetulan terhadap tulisan saya terutama mengenai provisions yang saya bold kan. maklumlah, saya belum mengetahui sepenuhnya tentang international law. sekadar apa yang saya perolehi dan saya fahami yang dapat saya kongsikan bersama.