CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 28, 2007

AF'AL QUR'AN

Ribuan kemaafan kerana lama membiarkan blog ini tanpa update. sebetulnya saya ingin menulis entri yang agak sempurna, namun kerana terlalu banyak workload dan komitmen tugasan luar menyebabkan saya harus menangguhkan masa untuk menulis.
Tetapi, saya ambil waktu yang sekejap ini sementara menunggu lecture yang seterusnya untuk berkongsi sedikit perkara yang baru saya pelajari..(ermm, mungkin saya yang baru tahu rasanya). Sekurang-kurangnya, tidaklah lama blog ini sepi.(",)
Anda pernah dengar tentang Af'al Qur'an?
Mungkin kita pernah mengalami 'state of agony' ataupun dilemma ketika hendak membuat apa-apa keputusan. apatahlagi, kita dihadapkan dengan pilihan yang kita rasakan kedua-duanya ada kebaikan dan bermanfaat pada kita. Tetapi, di sebalik kedua-dua pilihan kita, sebenarnya ada yang terbaik di antaranya. jadi, bagaimana kita dapat melihat dan memilih yang terbaik?
Jom Af'al Qur'an !
Misalnya pada suatu hari anda diajak oleh kawan anda untuk menghadiri satu gathering alumni sekolah, tetapi, anda dalam dilemma untuk menyertainya ataupun tidak disebabkan anda ada komitmen lain.
Jika ini yang anda rasakan, ambilah Al-Qur'an yang bertafsir dan bacalah 3 kali Al-Fatihah secara tartil sebelum membuka Al-Qur'an tersebut. Setelah itu, terus sahaja buka mana-mana muka surat dan pandanglah sekali lalu pada ayat-ayat kedua-dua muka surat yang anda buka. Kemudian amati dan renungilah terjemahan ayat-ayat tersebut. Sementara itu, letaklah tangan di dada supaya Allah datangkan ilham kepada kita untuk kita membuat keputusan.
Sekiranya ayat-ayat yang kita baca itu banyak menceritakan ancaman dan azab Allah, adalah lebih baik untuk anda tidak sertai gathering tersebut. Namun, sekiranya ayat-ayat yang anda baca itu banyak menceritakan nikmat-nikmat dan sesuatu yang baik-baik, mungkin ada baiknya untuk anda menyertainya. Segalanya telah tertulis dalam pengetahuan Allah.
Cara ini saya pelajarinya daripada seorang kawan di Darul Qur'an dan katanya juga, ramai kawannya di sana mengamalkan cara ini ketika ingin membuat apa-apa keputusan untuk perkara-perkara yang ringan. Beliau juga meyakinkan saya yang cara ini amat membantu kerana selagi mana kita bergantung kepada Allah, selagi itu Allah akan membantu kita.
p/s : ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu, jika anda tidak yakin dengannya, terpulanglah pada pertimbangan masing-masing. Saya juga mengamalkannya dan saya dapat rasakan sesuatu yang baik daripadanya.

Tuesday, December 18, 2007

BELANGSUNGKAWA..

Buat saudara sepupu saya yang telah kembali ke rahmatullah semalam, Abang Zaid. Arwah merupakan pelajar perubatan di UMS dan baru berusia awal 20-an. Moga rohnya di tempatkan bersama orang-orang beriman..Al-Fatihah.

juga buat saudara sepupu saya yang kini terlantar di hospital Ampuan Rahimah, Klang, Abang Zharif, setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika melakukan operasi kastam semalam. Mudah-mudahan beliau lekas sembuh.

Sunday, December 16, 2007

KERANA SYAHADAH AKU DAE'I




“ duhai sahabat, aku rindukan gerak bibirmu yang basah dengan kalam yang penuh peringatan, aku rindukan wajahmu yang bersih dan tenang yang mengingatkan aku kepada wajah ahli-ahli syurga, dan aku mengimpikan agar kita bisa berpimpinan menelusuri jalan dakwah dan tarbiyyah sehinggalah nafas yang terakhir "


EPILOG


“ saf petang nanti kita ada usrah, jangan lupa datang ya” pesan saya ketika terserempak safiya di café mahallah.

“ erm, tengoklah, ana macam banyak sikit kerja hari ni, apa-apa nanti ana inform enti balik”.
Risau juga saya kerana takut-takut saf tidak lagi datang usrah kali ini. Hampir tiga kali dia tidak hadir usrah dan setiap kali itu saya terserempaknya di café mahallah duduk-duduk bersembang dengan kawan-kawannya ketika perjalanan saya ke masjid untuk ke usrah.

Saya pujuk-ujuk hati bersangka baik. Mungkin lepas itu dia punya tugasan penting untuk disiapkan. Namun sebagai saudara seusrah, ikatan akidah yang ada ,sedikit sebanyak menjentik hati saya tentang perubahan sahabt ini. Safiya, bukan orang biasa. Alhamdulillah, latarbelakang agamanya cukup mantap. Pernah diasuh dan terdidik di sebuah sekolah agama yang terkenal dengan melahirkan pelajar-pelajar aktif berdakwah. Apatahlagi dengan penampilannya bertudung litup dan dia jugalah yang mula mengajak saya beusrah. Katanya tarbiyyah ini macam nasi, sehari tak makan tak senang perut.

Safiya!

Hinggalah suatu hari..

“ iz, ana nak keluar usrah, ni bukan tempat ana “ gemuruh darah saya mendengarnya dan saya berusaha mencari secebis ketenangan agar amarah saya tidak menguasai emosi.


TARBIYYAH DAN FUTUR

Tulisan kali ini adalah berdasarkan catatan pengalaman. Lama juga saya mengambil masa untuk menulis tentang tarbiyyah dan futur ini kerana ingin mencari hikmah yang sesuai bagi menasihati sahabt-sahabt yang sudah tergelincir daripada jalan tabiyyah, futur. Jika anda pernah berusrah, munkin anda pernah melalui situasi di atas atau pernah mendengarnya.
futurkah kita?
AWAS JIKA KITA SUDAH MENGALAMI PETANDA-PETANDA DI BAWAH!

1) Seorang sahabat mengirim mesej mengajak kita ke suatu ceramah agama atau penyampaian tazkirah, namun kita tidak mengendahkannya kerana malas ataupun dirasakan tidak penting. peliknya, kita lebih suka hadiri gathering ataupun perjumpaan yang duduk sembang-sembang,ketawa-ketawa. Lebih-lebih lagi bila berikhtilat lelaki dan perempuan.

2) Kita diajak untuk bersama-sama qiamullail berjemaah di masjid. Namun kita berasa teramat berat dan memilih untuk bersedap-sedap di atas katil.

3) Kita diajak untuk menyertai usrah dan menghulurkan bantuan dalam aktiviti dakwah, namun kita beralasan dengan banyak komitmen lain seperti study atau ‘bisnes’ yang seakanlebih menguntungkan kita.

4) Seorang sahabat mengajak kita berpuasa esok namun kita beralasan nanti sakit perut dan susah hendak study. Tetapi sebenarnya, hati ini terlalu taksub hendak makan.

5) Jika dahulu kitalah yang mengimarahkan surau dan masjid, tetapi sekarang hendak berdiri dalam satu saf untuk berjemaah sudah terasa liat untuk melakukannya. Apatahlagi suka-suka pula solat dihujung-hujung waktu kerana dapat terus tunggu waktu solat yang seterusnya

6) Jika dahulu dalam sehari kita rajin membaca al-qur’an, paling kurang satu muka. Namun lama-lama kita sudah asyik dengan buku-buku 'sampingan', komik dan main games, itukan lebih menyeronokkan kita daripada menghadap al-qur’an.

7) Apabila orang menasihati kita atau bercakap sikit tentang bab agama, kita sudah berasa mual dan tidak enak. mulanya tidak mahu jadi jumud sangat, biar nampak selamba asalkan perkara yang wajib dalam agama kita masih buat. Sudah yakinkah dengan hanya amalan wajib kita dapat masuk syurga Allah?

8) Kehidupan kita semakin tidak terurus dan menjadi lagha. Terlalu banyak ketawa dan senda gurau yang berlebihan . Jarang sekali kita mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat menasihati sahabat-sahabat.

9) apabila kita dirisik cinta si dia, kita mula menjadi lemah kerana melayan si dia. Tidak kiralah mesej mahupun telefon. Hingga nikmat ukhuwah dengan sahabat sendiri terasa pahit tetapi ukwah dengan si dia kita labelkan inilah ukhwah fillah. Cinta islamik ini saudara!

10) Kita sudah mula berasa malas dan tidak serius dalam pelajaran. Tutorial dan assignment sering diambil remeh dan hati terasa berat untuk mengulangkaji pelajaran. Kemudian, sudah mula berfikir bagaimana dapat ponteng kelas.

KEMBALILAH SAHABAT..

Kita bukanlah malaikat yang sentiasa tetap level imannya. Saya juga pernah goyah dengan ujian-ujian dunia. Namun, jika kita terus memilih untuk terus futur dan tidak mahu berubah, tiada siapa yang dapat membantu diri kita lagi.
" Ingatlah, selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah kepada kita "

p/s : tidak salah jika kita ingin berdunia-dunia sedikit, namun janganlah kita jauh terus daripada 'berakhirat-akhirat'

Sunday, December 9, 2007



Sesak juga Main Auditorium semalam gara-gara satu forum yang hangat dihebah-hebahkan seminggu yang lalu. Ya, forum, “kita semakin kejam. Kenapa?”. Saya amat tertarik dengan promosi yang dilakukan apatahlagi saya mengambilnya sebagai satu bonus kerana forum tersebut sedikit sebanyak berkaitan dengan undang-undang jenayah.

Saya mungkin terlewat kerana saya ada pertemuan yang lain pada malam itu, namun saya rasa masih belum terlambat untuk mengikuti diskusi tersebut. Antara panel yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan audien adalah bapa kepada adik Nurin Jazlin, seorang mangsa pembunuhan kejam yang pernah menggemparkan negara pada Ramadhan yang lalu. Mudah-mudahan arwah adik Nurin Jazlin berada dalam rahmatNya.

FORUM YANG GAGAL!

Saya berterima kasih kepada pihak penganjur atas inisiatif untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang dunia kekejaman yang berlaku di Malaysia sekarang. Tetapi ada satu perkara yang saya amat kesali, forum malam semalam gagal mencapai matlamatnya. Membicarakan tentang peranan polis, fungsi penjara, pengalaman dan perasaan bapa nurin bukanlah jawapan yang tepat kepada tajuk forum “kita semakin kejam. Kenapa?”
ya, tiada masalah untuk membincangkan tentang peranan polis, penjara, masyarakat sekeliling dan sebagainya. Namun jika antara yang diberikan sebagai saguhati kepada hadirin adalah sebuah majalah yang galak mendedahkan sumber-sumber seks, gambar-gambar remaja serta artis yang miskin dan fakir pakaian,malahan tidak cukup dengan tulisan-tulisan yang boleh mendorong kepada syahwat yang sedia dihuni syaitan, apalagi guna forum pada malam itu? Sedangkan punca kepada jenayah rogol dan bunuh adalah berpunca daripada sahsiah individu yang hilang sifat kemanusiaan kerana kerja media yang rakus merosakkan anak-anak muda sekarang?

Ibarat seorang yang menutup rambutnya kerana aurat tetapi betis kaki suka ditayang-tayang. Begitulah saya cuba analogikan forum pada malam itu! Apa yang saya cuba sampaikan adalah, punca yang seharusnya kita halakan adalah kerja media. Bukan kerjanya menghasut remaja untuk berpakaian bebas yang merangsang nafsu lantas mendorong jiwa manusia bertindak seperti binatang sehingga sanggup merogol dan membunuh manusia dengan kejam. Bukan juga menulis sesuatu yang mendesak syahwat mencari ruang untuk memburu mangsa yang tidak bersalah sebagai makanan nafsu mereka. Sayangnya dan teramat sayang, begitulah media mencari makan. Mengharapkan majalah mereka laris lantas dijaja maruah anak-anak muda yang bejat akhlak sebagai hidangan mata dan hati.

JANGAN CAKAP..

…nak hapuskan jenayah kalau masih beranak pinak majalah sebegini. jangan bermatian berjuang memperkenalkan death penalty kepada perogol kalau majalah hiburan murahan begini terus mendapat lesen membanjiri pasaran. Jangan sibuk-sibuk hendak perketat undang-undang bagi mengurangkan jenayah andai rancangan-rancangan perosak minda dan agama bebas ditayangkan tanpa tapisan. Mengapa sibuk hendak mengatasi masalah sedang punca kepada masalah terus-terus kita sokong!

Sebagai seorang muslim,kita seharusnya tidak redha dengan fenomena sebegini. namun, tidak ramai antara kita yang mampu untuk mengeksperesikan ‘ketidak redhaan’ kita kepada pihak yang bertanggungjawab. Cukupkah setakat redha dalam hati jika mahu suara ketidak puas hatian kita diambil kisah? Saya juga akur, usaha saya menulis kritikan ini adalah suatu usaha yang amat sedikit.
Harapan saya semoga tulisan saya mampu menjentik iman para pembaca untuk kita sama-sama berfikir apakah tindakan yang lebih berkesan untuk mempengaruhi pihak yang bertanggungjawab mengurus media agar lebih cenderung kepada Islamic view. Sungguh-sungguh saya harapkan penyatuan usaha begini.Apalagi tugas kita kalau bukan sebarkan yang makruf dan memerangi yang mungkar?

KESIMPULAN

Sedikit nasihat untuk sesiapa yang menganjur program, juga kepada sesiapa yang bekerjasama menganjur program agar tapislah dan suntiglah dahulu segala bahan yang ditawarkan. Tidak semua segala yang percuma itu harus kita terima walaupun penganjur bermurah hati menajanya. Gunalah akal yang matang serta fikrah Islam yang ada untuk melihat segala tawaran yang datang sebagai pandangan seorang ISLAM bukan seorang yang sekular ataupun liberal.

“jika kita tidak mampu memberi masin pada ikan, janganlah pula menjadi langau kepadanya ”

Saturday, December 1, 2007

DEAN LIST ATAU DEEN LIST?


Bangga bukan apabila kita dinobatkan sebagai pelajar dean list? Mana tidaknya, antara ratusan pelajar yang menuntut dalam fakulti tersebut, kita Berjaya menggondol title dean list. Apatahlagi, ianya menjadi satu tradisi di fakulti undang-undang UIA, kesemua pelajar dean list bagi setiap semester akan dianugerahkan sijil penghargaan oleh dekan di hadapan semua pelajar baru. Wah! Sudah pastinya mereka menjadi pujaan pelajar-pelajar baru ini.

DEEN LIST?

“ deen list macam mana? dapat?”

Aduh, bagaimana pula hendak mendapat deen list yang ini? Kalau orang bertanya kita bagaimana boleh dapat dean list, mungkin ada antara kita yang boleh senaraikan hampir semuka kertas tips-tips kejayaannya.

- baca topik sebelum ke kelas

- tumpu perhatian ketika lecturer mengajar

-buat note lepas habis lecture

-buat discussion dengan kawan-kawan

-aktif dalam kelas dan rajin bertanya pada yang arif

Hah, itu baru sedikit yang saya berikan. Mungkin anda yang lebih cemerlang, mampu memberikannya lebih. Menjadi seorang yang cemerlang dalam pelajaran menjadi tuntutan dalam Islam. Sehingga Rasulullah bersabda :


“ barangsiapa inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”

Begitu sekali Islam mengagungkan ilmu! Sehingga lahirnya ilmuan-ilmuan Islam yang cukup ternama dengan kesemua lapangan ilmu. Tidak kira ilmu perubatan, matematik, fizik, juga lapangan ilmu fiqh, hadith, tasawuf dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal dengan Ibnu Sina,Ibnu Rushd, Al-Farabi, Al-Biruni, Al-Razi, Al-Ghazali, Ibnu Taimiyyah,Ibnu Qayyim dan ramai lagi ilmuwan islam yang lain. Mereka ini bukan sahaja layak dinobatkan dean list tetapi juga mereka sangat unggul dalam deen list.

Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, ramai yang berkejar-kejaran ingin mendapat dean list tetapi tercicir dalam mendapat deen list. Kita bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam menghadap buku. Boleh dikatakan kita adalah tetamu tetap perpustakaan. Buku apa yang kita tidak pernah baca, hampir kesemua tulisan ‘author’ kita hafal. Tinggal lagi soalan peperiksaan tidak keluar semua topic, jika tidak segala macam ilmu dapat dimuntahkan. Wah, tahniah saya ucapkan kepada mereka ini kerana mempunyai stamina study yang begitu hebat.

NAMUN SAYANGNYA..

Mana hilangnya stamina untuk skor deen list? Jika solat lima waktu tidak pernah cukup sehari, jika Al-Qur’an sudah berhabuk terperosok di dalam almari, jika majlis agama dianggap tempat membuang masa, jika hati terasa lelah untuk membuat ibadah , maka kitalah orang yang paling gagal dalam hidup. Adakah kita fikir Tuhan yang memberikan kejayaan dalam pelajaran adalah berbeza daripada Tuhan yang kita memohon doa dalam solat?

“ janganlah kamu bersedih hati sedang kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang yang beriman”- al-tanzil-

Begitu Allah mengangkat darjat orang yang teguh imannya! Jadi, adakah janji Tuhan sebegini adalah dusta?

Apa yang lebih menyedihkan saya apabila seseorang yang mengikut tarbiyah dan usrah, masih lagi beralasan ‘hendak studi’ bagi meminta excuse untuk tidak hadir usrah. Adakah janji Allah untuk merahmati mereka yang menghadiri majlis ilmu adalah janji yang palsu juga? Adakah ada Tuhan lain yang memberi rezeki kepada mereka?

Firman Allah :

“ walau berkumpulnya seluruh umat di alam ini untuk memberi kebaikan padamu, maka ianya tidak akan berlaku melainkan dengan keizinanNya”

Mungkin ada juga yang mempersoalkan :

“dia tu tak lah alim pun, tapi asyik skor dean list je”

Anda pernah mendengar kisah Firaun? Kisah Qarun? Begudang-gudang harta dan kemegahan Allah kurniakan kepada mereka sedangkan mereka kufur dengan nikmatnya . Namun Allah masih jua melimpahkan mereka dengan harta dan kekayaan. Inilah istidraj! Nikmat yang diberikan kepada mereka untuk lebih menyesatkan lagi mereka. Nauzubillah!

Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh daripada golongan yang disesatkan dengan nikmatnya.

“dan kami pecahkan mereka di dunia menjadi beberapa golongan ; di antaranya adalah golongan yang soleh dan golongan yang sebaliknya, dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran- al-a’raf: 168

KESIMPULAN

Andai ingin dianugerahkan dean list biarlah juga kita cemerlang untuk mendapat deen list. Masih ramai mereka yang baik agamanya namun masih cemerlang dalam pelajaran. Inilah contoh nikmat yang Allah anugerahkan buat mereka yang syukur dengan pemberiannya. Namun andai anda masih belum Berjaya, berusahalah untuk memperoleh deen list kerana anda lebih Berjaya daripada mereka yang cemerlang dalam pelajaran tetapi gagal mendapat tempat dalam menempah syurgaNya!

Moga Allah juga menganugerahkan deen list kepada kita! (",)

Monday, November 19, 2007

PERLUKAH TELEFON?



“ Maaf, battery hp saya dah nak habis ni”

“ maaf, saya tengah drive, tak dapat nak cakap”

“ maaf, line maxis tak clear kat sini”

Maaf kepada sesiapa yang bukan muhrim yang menelefon saya kerana saya harus menipu dengan ayat-ayat begini. Sebetulnya saya tidak selesa menerima panggilan yang saya rasakan tidak penting daripada mana-mana lelaki. Mungkin silap saya juga kerana tidak bertegas dari awal kerana saya tidak tahu hendak mula dari mana. Jadi saya cuma berdalih-dalih begini. Mulanya saya hanya ingin memberi hint yang saya tidak suka dengan panggilan mereka, namun kelihatan, saya harus berterus terang yang saya sememangnya tidak suka menerima panggilan lelaki kecuali ianya merupakan kecemasan.

ADA BENDA NAK BINCANG

Ada yang menelefon kerana ada perkara yang ingin dibincangkan. Banyaknya tentang bab-bab agama, isu-isu hukum terkini yang dibahaskan. Memang tidak dinafikan saya agak tertarik sekiranya ada yang ingin berbahas tentang hal-hal sebegini. Cumanya, saya tidak merasakan medium telefon adalah yang paling sesuai untuk berhubung sebegini. Seboleh mungkin kita cuba elakkan daripada berhubung suara kerana masih ada emel atau blog yang saya rasakan lebih bersih. Kita lebih bebas untuk mengutarakan pendapat dan lebih mudah difahami.

Percayalah, syaitan tidak mudah mengalah! Sebijak mana kita ingin mempercantikkan alasan untuk berhubung namun kelicikan syaitan tiada tandingan. Sedikit demi sedikit dia akan pesongkan niat dan melayarkan kita dengan rasa asyik ketika berhubung suara.

janganlah kamu melembutkan suara kepada mereka yang sedia dengan penyakit pada hati”- al-tanzil-

SEKADAR BERBUAL

“ada apa telefon?”

“saje je nak sembang dengan awak”

Maaf sekali lagi. Alasan yang paling tidak munasabah jika mahu menelefon. Mungkin saya agak tidak kisah jikalau lelaki ‘ tepi jalan’ yang berkata sedemikian. Namun, apa yang agak mengecewakan saya adalah mereka yang berkopiah, berjubah dan belajar agama yang berkata begitu. Benarlah apa yang dikatakan saudara saya :

‘orang yang tahu hukum tidaklah sama dengan orang yang faham hukum’

Mari kita ingatkan kembali hadith ini :

"Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya daripada zina akan bertemu. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga, zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan, zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini dengan kemahuan, atau didustakannya!"
(HR Muslim, dari Abu Hurairah)

Telah jelas hukum bahawa setiap indera kita andai tidak dijaga akan membawa kepada zina. Sedangkan hati yang tidak mampu bersuara dan bergerak juga mampu menyumbang kepada zina. Dahulu, saya pernah mengenali seorang lelaki dan saya memilihnya untuk menjadi teman hidup. Kemudian ada seseorang yang bertanyakan kepada saya kenapa saya harus memilih dia. Jawapan saya :

“ sebab dia tak suka call dan tak suka jumpa, selebihnya sangat subjektif ”

Saya pernah ingatkan beberapa kali kepada kawan-kawan dan adik-adik saya agar jangan mudah terpengaruh dengan penampilan luar seseorang. Lihat bagaimana pergaulannya dengan perempuan. Jikalau dia berani membelakangkan hukum, kita punya akal untuk mempertimbangkan yang baik dan yang buruk. Sebetulnya, pakaian yang kita pakai harus mengingatkan bagaimana kita harus berakhlak. Jika tidak ia akan mendatangkan fitnah. Namun, nasihat saya, elok dahulu kita saling sedarkan antara satu sama lain tentang kesalahan yang tidak sedari ini. Mudah-mudahan masing-masing dapat berubah.

“ berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat untuk orang lain” – al-‘ala: 10-

KESIMPULAN

Pesan saudara saya lagi :

“ nurul,dalam hidup ini ada 2 golongan manusia,manusia biasa dan yang luar biasa.Manusia biasa ini manusia yang hidup dengan mengutamakan perasaannya daripada hukum yang dia ketahui,manusia yang kedua adalah manusia yang mengorbankan perasaan seorang manusia biasa untuk memilih jalan yang Allah redhai..terpulang pada diri nurul untuk menjadi manusia yang bagaimana..”

Mudah-mudahan Allah akan selalu menyertai kita dalam setiap perbuatan kita.

p/s : tulisan kali ini adalah ingatan untuk diri saya juga kerana saya juga sedang dalam proses perubahan. Tidak juga saya khususkan untuk muslimin tapi juga untuk muslimah.ingatlah,Tidak semua manusia yang sempurna dalam setiap perkara dan kita juga janganlah harapkan kepada kesempurnaan orang lain. Sebaliknya, saling ingat-mengingati itu yang perlu kita jadikan amalan.

Boleh rujuk entri-entri yang lebih menarik, risalah vs cinta dan sebelum mahu kahwin di http://www.studiomuslim.com/

Sunday, November 18, 2007

PUISI BERITA MINGGU

saya dedikasikan puisi ini setelah saya selami rasa duka seorang isteri yang tabah menghambakan diri kepada seorang suami kerana cinta. Namun..suaminya adalah....

PENOMAD CINTA

(buat dia yang berpindah dari wadi ketandusan)

Dia penomad cinta

Menyangkar aku dalam jeriji kesetiaan

Menghampar jagat kisah derita

Dalam keruh kolam-kolam dusta

Membunuh nyalinya sukma

Dalam hiris sembilu janji


Dia penomad cinta

Yang telah menjajahi setiap ruang hati

Memahat lirik-lirik nyanyian kecintaan

Mabuk dalam nanar rindu

Dari sumur tandus kepeduliaan


Dia penomad cinta

Yang merayu sebutir simpati

Untuk menambat nama dalam agenda hayatku

Kala jiwaku menyerah

Dia ibarat bara yang menyengat

Membakar nafas kasih

Yang mengakar dari pohon perkasihan


Duhai penomad cinta

Aku adalah perempuanmu

Yang kau pinjam senyumnya

Dan tega kau lunasi dengan jerih perpisahan


Dia penomad cinta

Yang telah kukirim wajahnya

ke pusara kenangan


-Nurul 'Izzah-
UIAM,Gombak
Berita Minggu 18.11.2007



Tuesday, November 6, 2007

BOLEH JADI HAKIM?


Alhamdulillah, agak lama juga saya tak sempat hendak melawat blog sendiri. Musim peeperiksaan akhir semester kali ini agak menuntut saya untuk lebih focus pada ulangkaji. Apatahlagi semester ini ada 8paper yang harus saya duduki. 3 paper untuk Civil Law, 3 paper Syariah Law, 2 paper Compulsory Course. Sementara ini hanya tinggal 1 lagi paper pada hari Sabtu ini iaitu Contract Law. Mudah-mudahan ada rezeki saya dalam ibadah menuntut ilmu ini.


Untuk entri kali ini saya agak berminat untuk berkongsi pendapat tentang isu yang agak panas sekarang. Kebetulan isu ini menjadi salah satu topik penting dalam subjek syariah yang saya ambil dan yang paling menariknya, ia menjadi salah satu soalan final baru-baru ini. Untunglah bagi siapa yang ambil peduli! (“,)

NAMPAKNYA SAYA BOLEHLAH JADI HAKIM

Terlintas juga saya ayat begini dalam kepala saya baru-baru ini. Apatahlagi Tun Fairuz sudah bersara sebagai ketua hakim Negara. Lihatlah, sudah berpuluh tahun orang lelaki jadi hakim, bila pula perempuan nak duduk di kerusi hakim di putrajaya ? inilah masanya..

Andai saya adalah daripada golongan liberalisme, sekularisme atau feminisme, mungkin saya bermati-matian berebut untuk jadi hakim wanita. Sengaja saya tidak meletakkan golongan kafir kerana mereka ini memang sudah langsung tidak berpegang dengan I’tikad islam. Tapi yang separuh-separuh islam ini yang cuba masuk islam secara separuh dan membuat ‘kitab’ sendiri yang lebih sesuai pada zaman sekarang

TERUKNYA WANITA DULU

Jika kita lihat hikmah perutusan Rasulullah kepada seluruh umat manusia sebagai seorang rasul, secara jelas dan terangnya kita dapat melihat kedudukan wanita telah diangkat setaraf dengan lelaki. Jika dahulu, wanita ibarat barang dagangan yang boleh dijual- beli, menjadi barang gadaian, barang untuk lunas hutang, barang untuk tebusan, sehingga menjadi satu aib bagi sesebuah keluarga yang dianugerahkan bayi perempuan.

Teringat saya akan suatu kisah pada zaman jahiliyyah. Sepasang suami isteri dianugerahkan anak perempuan yang sangat comel berkulit putih kemerahan. Bermata bulat dan irisnya bewarna coklat berkaca dengan lentik bulu mata yang pekat hitam.Mereka bertahan untuk membesarkan anak mereka sehinggalah umur anaknya 3 tahun dan akibat tidak tahan dengan cemuhan masyarakat sekeliling, si ayah bertekad untuk membunuh anaknya. Dan pada suatu hari..

“ayah sedang buat apa?” ayahnya hanya diam. Dilihat ayahnya tekun menggali tanah. Anaknya masih berlari-lari mengelilingi ayahnya sambil terkinja-kinja ketawa. Sempat lagi si anak bermain sorok-sorok di belakang ayahnya sedang ayahnya masih terus memperdalamkan tanah.

Dan satu ketika, si anak datang membuang sisa tanah yang terlekat pada janggut ayahnya sambil menghulurkan senyum yang paling indah. Tiba-tiba hati ayah amat terusik dan terus bergenang air mata. Namun, untuk mengelakkan rasa simpati yang semakin menguasai diri, dia tanpa belas menghumban anaknya yang baru mengusap janggutnya ke dalam tanah dan lekas-lekas ditimbusnya sehinggalah jerit tangis si anak hilang tenggelam .

Jadi, sehingga begitu taraf wanita direndahkan. Namun kita syukur sekarang, kita sudah dapat melihat majoriti wanita yang berkhidmat untuk masyarakat, sebagai pendidik, doktor, peguam, tidak kurang ada juga yang menjawat jawatan sebagai pengarah bagi satu syarikat. Jika dilihat dari segi taraf pendidikan, wanita sudah mula mempelopori ¾ daripada jumlah pelajar di univesiti. Begitu islam memuliakan wanita.

BOLEHKAH WANITA JADI HAKIM

Soalan yang agak klise tetapi saya percaya ianya akan terus akan dibahaskan pada abad-abad yang akan datang. Maka, mari pandang pada kaca mata Islam, bukannya kita tiada panduan untuk kita rujuk, bukannya kita tiada ilmuan islam agung untuk kita bahaskan dengan hujah-hujah mereka.

Apa pula kata Al-Tanzil?

“ lelaki adalah pemimpin kepada wanita, kerana Allah telah melebihkan mereka daripada sebahagian lain, kerana mereka telah menafkahkan sebahagian kekayan mereka”

Perkataan qawwamun telah digunakan untuk merujuk kepada lelaki adalah pemimpim dalam keluarga. Allah melantik kaum adam kerana kelebihan fizikal dan keteguhan hati untuk mendepani segala cabaran yang hebat. Bukan bererti wanita dikatakan lemah tetapi, hakikat yang tidak dapat ditolak bahawa wanita tidak mampu menguruskan hal rumahtangga seorang diri apatahlagi apabila ia menuntut kepada keupayaan fizikal yang tinggi. Lebih-lebih lagi, untuk wanita mendepani segala macam bahaya dalam masyarakat yang kadang-kadang boleh melemahkan wanita sekiranya wanita diangkat menjadi pemimpin. Mainan emosi yang pelbagai yang telah dianugerahkan Allah boleh menggugat kewibawaan wanita ketika menjadi ketua kepada orang bawahan.

Apa pula kata hadith?

“ tidak akan beruntung sesuatu kaum itu apabila pemimpinnya adalah seorang wanita” ( HR Bukhari)

Sebab wurud hadis ini adalah apabila Rasulullah mendengar tentang penyerahan kuasa Parsi kepada puteri Kisra yang bernama Buran untuk memerintah Parsi. Maka terus Rasulullah bersabda seperti riwayat hadith di atas. Jadi kita dapat melihat bagaimana Rasulullah memandang hukum mengangkat wanita sebagai pemimpin.
Adakah ini bermakna Rasulullah merendahkan wanita? Bukan tetapi biarlah tanggungjawab sebesar begini dipikul oleh lelaki sementara wanita menjadi pembantu kerana secara fitrahnya pada wanita itu terdapat fitnah-fitnah yang tidak dapat dielakkan. Begitu Rasulullah ingin memelihara kesuciaan diri seorang wanita dan kemaslahatan umum.

Apa pula kata sejarah Islam?

Boleh kita lihat sejak dari zaman Rasulullah sehinggalah zaman keruntuhan kerajaan Abassiyah, belum pernah seorang wanita dilantik menjadi pemimpin untuk suatu institusi yang besar dan penting seperti pemimpin Negara,atau menjadi Qadhi.

Cuma pernah suatu ketika di Mesir telah berkuasa seorang ratu yang bernama Syajaratuddur dari dinasti Mamalik yang tunduk pada Khalifah Abasiyyah ketika di bawah Khalifah Al-Muntashir Billah iaitu saat Sultan Malikus Salih meninggal dunia dan pemerintahan diserahkan kepada Syajaratuddur. Namun setelah mendengar peristiwa ini, khalifah terus mengirim surat kepadanya dan bertanyakan, adakah di Mesir sudah tidak ada lelaki? Jika benar tiada maka akan kukirim lelaki dari Baghdad untuk menjadi pemimpin di Mesir. Maka setelah itu Syajaratuddur terus berundur diri dan menyerahkan permerintahan kepada Emir Ezzedin yang selepas itu menikahinya.

Maka, jelas dalam perjalanan sejarah Islam tiada rujukan yang mengisahkan mana-mana wanita diangkat menjadi pemimpin.

Apa pula kata ilmuan Islam?

1) Mengikut Jumhur ulama’ (syafiah, hanbali, malikiah) adalah haram melantik wanita menjadi hakim.

2) Pendapat Hanafiah adalah harus melantik hakim wanita kecuali dalam pengadilan hudud dan qisas. Hal ini kerana tidak boleh melantik seseorang untuk menjadi hakim yang lemah penyaksian mereka dalam hukum hudud dan qisas.

3) Pendapat Syaz Ibnu Jarir Attabari dan Ibnu Hizam dan mazhab Zahiri mengharuskan wanita menjadi hakim dalam apa jua perkara.

KESIMPULAN

Kita diberi pilihan untuk beramal dengan mana-mana pendapat tetapi tidak harus taqlid. Haruslah kita tahu hujah-hujah yang rajih untuk kita aplikasikan dalam sistem undang-undang Negara kita dengan mengutamakan pandangan Islam ke atasnya.

Jadi bagi pendapat saya, andailah Malaysia akhirnya membenarkan wanita untuk menjadi ketua hakim, perlulah disyaratkan pula bahawa wanita itu tidak boleh berkahwin. Cuba anda bayangkan, apa akan berlaku sekiranya wanita itu mengandung, ditambah pula alahan yang teruk dan emosi yang sangat ‘vulnerable’, kemudiannya setelah bersalin perlu berkurung dalam pantang selama 2bulan. Itu untuk wanita biasa, tetapi yang jenis lemah badannya, barangkali boleh cuti sehingga setengah tahun.

Jadi, adakah kes-kes yang bertimbun harus ditangguhkan sehingga wanita itu pulih seperti biasa? Maka banyaklah pihak yang teraniaya tidak mendapat pengadilan sedangkan kehadiran ketua hakim itu adalah menjadi syarat utama untuk memberi penghakiman. Kalau mungkin pun berlaku, kita boleh menerima wanita menjadi pembantu hakim-hakim lelaki bukan menjadi ketua atau kita sekarang sesuai untuk beramal dengan pendapat hanafiah?

Persoalannya, bersediakah wanita untuk tidak berkahwin sedangkan hal itu menjadi sunnah Rasulullah dan perkahwinan itu menjadi separuh kepada sempurnanya agama seseorang kerana hanya semata-mata ingin mengejar untuk menjadi hakim?

Wednesday, October 31, 2007

JOM BERCINTA!



“Ya Allah, kurniakan aku cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, serta amalan-amalan yang membawa aku kepada cintaMu”
Andai benar kau ingin dicintai oleh lelaki dan perempuan soleh maka tautkanlah cintamu pada Allah, pastinya sebaik-baik teman hidup Allah hadiahkan padamu.

Bukan kepakaran saya untuk berbicara tentang cinta, apatahlagi cinta manusia. Namun fitrah insan yang Allah telah tuliskan dalam setiap perjalanan hidup anak Adam bahawa kita akan bercinta! Percayalah. Apa salahnya dengan cinta, kerana melalui cintalah, setiap pasangan akan ikhlas dalam memberi komitmen membentuk rumah tangga yang diberkati. Melahirkan zuriat yang menjadi penyejuk hati seterusnya membesar menjadi permata buat agama.
Andai sudah sirna cinta antara kita, sanggupkah lagi kita untuk mengharungi segala jerih payah bersama? Andai si isteri lumpuh tidak berdaya berkhidmat untuk suami, adakah seorang suami itu sanggup menyediakan makanan, memandikan, menghiburkan si isteri yang hanya mampu tersenyum di perbaringan? Atau pantas mencari isteri lain kerana tidak sanggup melalui kesusahan hidup? Semuanya kerana cinta. Namun, biarlah kita tinggalkan sebentar cinta ini, kerana andai cinta yang lagi satu ini kita belum selesai, bagaimana mungkin kita akan dianugerahkan pasangan hidup yang tulus mencintai kita kerana agama.
Mungkin tulisan saya kali ini lebih bersifat kerohanian yang saya cuba jalinkan dengan tazkiyyatun nafsi atau pembersihan jiwa. Tidak ramai antara kita yang berminat untuk meminjamkan mata bagi bermuhasabah sebentar melalui apa yang saya cuba titipkan kepada sahabat semua. Moga Allah sentiasa menyertai kalian.

Cintailah Allah !cintakan Allah! cinta Allah!
Bagaimana rasanya apabila kita sudah mabuk dalam cinta Allah? Subhanallah, saya bukanlah Rabiatul Adawiyah, yang segala curah rindu dendam serta kehangatan cinta hanya dpersembahkan kepada kekasihnya, Allah. Saya percaya setiap antara kita pernah merasai saat di mana terasa tangan Allah datang membelai kita dengan penuh kasih dan cinta. Mana tidaknya, saat kita sangat dan terlalu haus dahaga di tanah gersang dengan matahari sejengkal, Allah jiruskan air dingin menghambat segala bahang. Cintanya Allah pada kita! Waktu itu, pastinya basah mata kita mengucap syukur yang tak putus-putus. Khusyuk dalam solat bertambah-bertambah apabila mengingat segala perhatian Allah terhadap kita. Ya Allah, jangan tinggalkan aku!

Begitulah apa yang kita rasakan apabila Allah mengabulkan setiap permintaan dan harapan kita. Saat itu kita asyik dan leka bercinta dengan Allah. Hingga hilang sabarnya menanti saat masuknya waktu solat untuk mencurah segala rasa di hati. Rasa suka, rasa rindu, rasa duka, rasa resah. Segalanya ingin diadukan pada Allah. Siapa lagi yang lebih memahami hati ini melainkan Dia. Dia yang lebih layak untuk kita jadikan tempat bergantung harap. Segalanya adalah Dia. Apabila setiap gerak geri, kita hubungkan hati dengan Allah bagai terasa diri ini diperhati, dilindungi, dijagai dan disertai. Tidak cukup hanya dengan ini, mati rasanya hati tanpa melodi ayat-ayat Al-Qur’an menyiram segala resah gelisah. Bertadabbur hanyut dalam makna-maknanya cukup menghidupkan kembali iman yang hampir kandas.
Cukuplah hanya pada Allah kita sembahkan cinta ini. Sudah menjadi lumrah, permintaan orang yang disayangi pastinya bersusah payah kita tunaikan. Begitu juga Allah. Andai Dia merasai cinta kita, mintalah padaNya. Mintalah agar dianugerahkan seorang pencinta yang juga mencintaiNya. Terlalu mudah bagi Allah!

Monday, October 22, 2007

sEuNtAI PuISI

NUR SYAWAL

Syawal,
jejak yang makin mendekat
menjemput nafas Ramadhan
sedang hamba masih terngadah
merangkak menjilid amal

Syawal
mandala ini
belum puas kuteguk barakahnya
menghirup segenap narwastu jannah
menyusup mewangi dari laman Ar-Rayyan

Syawal
daerah perkasihan
jihat perpisahan
kala Ramadhan berlabuh ke dermaga Illahi

punya waktukah untuk merasa?


Nurul Izzah
UIAM, Gombak
Berita Minggu, 21.Okt.2007

Wednesday, October 17, 2007

MAAFKAN SAYA


emel ini saya perturunkan ke blog untuk renungan sahabat-sahabat sekalian. mungkin agak panjang, tapi setiap rentetan cerita punya hikmah yang terlalu ada untuk kita fikirkan. mungkin juga kita pernah mengalami pengalaman yang sama seperti cerita ini. yang penting bagaimana kita melihat dan mengambil pelajaran daripada pengalaman ini.


emel : KHAS BUAT DIRIMU


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..


Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. .Dan masa itulah saya kenal awak.. saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..*Mula-mula awak jual mahal..


Tapi saya tak kisah..nak beli gak.akhirnya, dipendekkan cerita.. saya pun mulalah BERCINTA..Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat.Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..gayut' malam-malam. .kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu.. Tidak terasa pun kehilangannya. .Mase bercinta memang indah.Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurau.Sikit-sikit gelak-gelak.kalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama.Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir.Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam. .Asalkan awak memahami saya..


Satu hari saya dengar ceramah.Alhamdulillah. .Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dan saya kena brubah.Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..mengingina kan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah.Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling) saya ajak awak n saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..
);
//-->

Tak guna ayat jiwang-jiwang,janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima.walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu.Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai.Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu n wajib.Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat kelak. sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:


Dan (ingatlah) ketika suatu umat mereka berkata:

"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik.Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose.Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan. .huhu~~Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple..

COUPLE\n HARAM

Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita .kita tak buat maksiat..Kita tak keluar jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang. .Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak. Siap bagi tzkirah lagi..",1]

Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah.Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study group.Pada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahu.Kadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir..Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh.Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas.."

sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya..Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati. .Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham.Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak. Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit,

"Em,boleh..duduklah . Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la.Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya. .couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatumperbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina.
selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara.Yang batil tetap sahaja batil,yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni. Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

*Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu(kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?" Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya.Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..

"Zina hati?" Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya\u003cbr\>tentang bagaimana menghampiri zina tu.

Nta boleh 'check' dalam Riyadahus salihin bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun.Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul ,meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.


"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."


"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"


"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11 Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum. .Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam.Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga.Assalamualaikum. .

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send]. Lepas tu tertera di skrin..[SENDING..] [MESSAGE SENT] Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."Takpe, dah tanggungjawab. ."Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..

surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba.

Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama..Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum.

saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu,Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "[SEND] [SENDING] [MESSAGE SENT] Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya

p/s : bertindak tak semudah berkata. apatahlagi soal hati yang amat sukar kita tafsirkan. andai sudah dijanjikan permata, mengapa masih memilih kaca. berjihadlah untuk satu yang lebih manis pada masa akan datang. namun, andai sudah dirasakan anda bertemu seseorang yang baik untuk menyempurnakan separuh agamamu, Allah akan permudahkan jalan yang halal bagimu.

Thursday, October 11, 2007

KAD RAYA UNTUK SEMUA


Melihat langit malam ini, ibarat hamparan lazuardi yang menyinari mata. Melihat juga kanak-kanak yang seronok berkejar-kejaran, mengingatkan saya pada zaman anak-anak yang amat bebas, saya tersenyum. Rindunya saya untuk jadi seperti mereka. Namun, apabila mengenangkan Ramadhan yang akan berlepas, berlayar dari pelabuhan dunia, menuntut saya untuk kembali menghitung diri. Lantas, berbahagialah bagi mereka yang memilih Ar-Rayyan sebagai haluan ke syurga.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ‘Eid Mubaarak, Salam Aidilfitri buat keluarga tercinta yang menjadi permata hati. Mak, bapak, Una, Dik yah, Syaza, Amin dan Aisyah.Buat sahabat-sahabat, Noor Azree, yang menemukan saya dengan erti hidup, Siti Hajar, yang mengajar saya nilai persahabatan. Juga tidak lupa, klik saya, Raihan, Shidah, Salwa, Nofus, Azwaa, Siti, Atikah, kalian menjadi tempat saya berkongsi cerita dan menjadi penawar saat dilanda rawan. Tidak lupa juga kak Aishah Azlan, naqibah yang banyak mendidik jiwa, k.ummu hani, penulis muda yang pemurah dengan ilmunya, teman-teman penulis MPR, dan sahabat-sahabat yang mengenali diri.

Terlalu banyak rasanya salah saya terhadap kalian dalam menjalin persahabatan ini. Ada hak yang saya tidak tunaikan, ada hati yang pernah saya lukai, ada kalam saya yang berbekas di hati. Andai ini kesempatan terakhir saya, jutaan kemaafan saya pohonkan menjelang syawal ini dan mohon agar dihalalkan segala hutang rasa. Kalian semua akan terus saya sayangi dan saya doakan kebahagian kalian dunia dan akhirat.

Salam Aidilftri,
Nurul ‘Izzah Zainol

P/s : maaf, satu sahaja kad raya yang ada.hehe. Tidak sempat untuk saya kirimkan untuk kalian semua. =)

Saturday, September 29, 2007

DI MALAM RAMADHAN



Satu malam saya rasakan yang saya sedikit jauh. Seakan ditinggalkan. Atau saya yang meninggalkan. Rasa resah mula menjenguk kerana saya tidak kembali pada tempat yang sepatutnya malam itu. Saya tahu, ini tandanya, tanda ada yang sedang merindu dan menanti dari satu daerah. Saya harus pulang!

Saya mengirim mesej kepada seseorang yang amat baru saya kenali. Entah mengapa perlu saya mencari dia untuk dijiruskan ketenangan. Hanya perkenalan yang tidak sampai setengah jam pada hari yang lalu, saya sudah jatuh cinta dengan hikmahnya berkata-kata. Penuh dengan ingatan. Fazakkir Innafa’ata zikra. Berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat.

Dia ada berpesan. Dalam beramal kita kena harus berkira. Jangan cepat cukup dan puas. Benar. Terasa saya belum cukup memberi makan pada hati. Saya cuba mencari sumber yang lain. Alhamdulilah, saya berpeluang menghadiri halaqah ilmi dan satu ceramah yang sangat menarik selepas tarawikh pada khamis yang lalu. Elok rasanya untuk saya berkongsi bersama.

KEMBALI PADA RUH

Dari mana kita datang, di situ juga kita dikembalikan. Mudah sahaja analogi yang diberikan. Bayangkan satu hari anda baru sampai di new york dan dalam keadaan terasing dan keseorangan ,anda tiba-tiba berkenalan dengan seseorang. Setelah berkenalan, rupa-rupanya anda dan dia berasal dan tinggal satu kampung. Bayangkan, dalam keadaan anda di kejauhan, anda menjadi kembali girang kerana bertemu dengan seseorang yang berasal seperti anda.
Begitu juga diri kita, jika kita sudah berasal dari Allah, jiwa kita akan hanya berasa tenang dan senang apabila kita kembali ke tempat asalnya semula. Lantas, sekiranya dirasakan jiwa terasa jauh melayang, bawalah ia kembali pulang ke tempat asalnya. Hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.Begitu pesan Allah pada orang mukmin.Begitu juga saya mengingatkan diri. Moga resah tadi berganti tenteram.

MATA ALLAH : MANA LETAKNYA?

sebaik-baik pakaian adalah pakaian dalam solat”

Sebaik mana diri kita di pandangan manusia, belum tentu kita cukup baik di pandangan Allah jika kita terlalu menjaga kemuliaan diri di pandangan orang, sedang kemuliaan diri di pandangan Allah terabai. Adakah yang menilai amalan kita adalah manusia? Yang menentukan layaknya syurga dan neraka bukannya Allah?

Kerana itu juga saya sering mengingatkan diri, agar berhati-hati ketika beramal kerana takut amalan yang disangka pahala, layaknya menjadi dosa yang menggemuk. Begitu juga supaya jangan mudah terpengaruh dengan penampilan luaran seseorang. Boleh dikatakan, ketika di umur awal 20-an begini, kita kerap dirisik cinta lelaki. Ada yang membawa imej sebagai pendakwah. Ber ‘ana enti’ ketika berhubung dan kerap pula memberi tazkirah pada mulanya. Namun, tidak lekang pula untuk berhubung suara melalui telefon?

Tegas saya mengingatkan,

“ jika ingin memilih, bukan memilih pada pakaian berkopiah, berserban dan berjubah, bukan juga memilih pada kerapnya dia ke masjid, bukan pada akrabnya dengan Al-Qur’an, kalau kredit asyik kena top up kerana letih bergayut dan ber’sms’.

Tuhan, memang ada yang saya jumpa begitu. Tidak kurang juga bagi yang perempuan.Bahkan penting sekali untuk lihat pada muamalahnya dengan perempuan. Apabila dalam hal ini dia boleh membelakangkan Allah dengan memilih untuk berhubung dengan perempuan dengan imejnya sebagai seorang ustaz, saya boleh katakan, bersihkanlah hubungan atau untuk lebih selamat, berhenti sahajalah berhubung. Kerana Di mana letaknya pandangan Allah pada diri kita? Bukanlah saya ingin menghukum seseorang tetapi kita juga hak untuk menilai untuk kebaikan kita.

Apa yang saya boleh simpulkan untuk ingatan diri saya juga, agar berlaku ikhlas dengan Allah, dan pelihara hubungan dengan Allah dahulu kerana ia sekaligus menjadi manifestasi kepada hubungan sesama manusia. Suka saya analogikan, andai anda sudah banyak memberi pada seseorang lantas diri anda tidak lebih dicintainya, adakah adil namanya? Begitu juga Allah, berapa banyak pemberian yang diberikanNnya? Cukup sahaja kalau kita bayangkan sekiranya kita hilang hanya satu ibu jari. Boleh kita bekerja menggunakan tangan? Walau ingin memegang sebuah buku kita tidak mampu.

Jadi, kenapa perlu berpaling tadah mencintai yang lain?

BIARLAH DALAM MEMBERI

Seorang ustaz mengarahkan kami agar menyenaraikan 10 faedah yang kami dapat daripada pokok kelapa. Boleh dikatakan hampir kesemua yang hadir mampu menyenaraikan bahkan ada yang memberikannya lebih. Kemudian diarahkannya pula untuk menyeneraikan 10 faedah yang dapat diperoleh daripada diri kami untuk orang lain. Sungguh, paling banyak yang dapat ditulis adalah 2 sahaja. Maka, lebih baik membesarkan pokok kelapa daripada membesarkan seorang manusia yang berakal tetapi tidak dapat menyumbang apa-apa. Begitu katanya. Tersentak juga saya.

Lantas, saya mula berfikir-fikir, andai ditakdirkan saya meninggal dunia sebentar lagi, adakah saya punya saham di dunia untuk meringankan azab saya di kubur nanti. Adakah pemergian saya akan tidak dikisahkan orang kerana hidupnya saya tanpa memberi kesan kepada orang lain. Lantas sia-sia sahajalah menjadi manusia. Saya harus memberi pada orang. bukan untuk puji-pujian tetapi kubur saya nanti, siapa yang akan kisah, saya, saya yang harus menghadapinya. Bagaimana pula, di masyhar nanti,amal apa yang saya dapat persembahkan untuk membeli syurga Allah? anda juga tidak akan kisahkan saya andai saya tergulut-gulut mendengar penghakiman dari Allah.

Jadi, pilihlah cara bagaimana anda dapat memberi kepada orang. Menulis adalah suatu medan yang saya rasakan cukup baik untuk menjadi saham kita di akhirat nanti. Sekurang-kurangnya, ini satu cara kita untuk memberi kepada masyarakat dengan ilmu-ilmu yang ada. Selagi mana ilmu kita dibaca, selagi itu Allah mengambil kira sumbangan kita pada orang lain. Namun, jika anda seorang yang lebih berkemampuan, tidak kira dari segi wang, bakat, dan kedudukan, kesemua itu adalah kelebihan yang Allah kurniakan sebagai tanggungjawab. Bukan kemuliaan untuk bermegah-megah.

p/s : jangan mengharap kita sempurna segala, berilah ruang untuk terima kesalahan dan belajar daripada kesalahan kerana ia lebih membentuk peribadi. Ramadhan Kareem.

Saturday, September 22, 2007

DAPAT SUAMI TAPI 'HILANG' BAPA

Ketika hari pernikahan salah seorang saudara terdekat. Satu contoh pernikahan yang mendapat restu keluarga dan jelas kelihatan wajah-wajah ceria menerima ahli baru dalam dalam keluarga mereka. tidakah ini yang kita semua harapkan?


Sekilas pandang pada tajuk entri di atas, ia seakan teka-teki yang dijual-jual orang .Namun, Jika anda prihatin pada laporan akhbar selasa lalu, ayat ini saya quote daripada ulasan Mufti Johor mengenai satu isu tentang wali pernikahan. Aduhai, Bagaimana pula nikah boleh hilang bapa?


NIKAHLAH TANPA RESTU

Saya memandang ini sebagai satu isu yang biasa. Satu penyataan yang klise dalam bab munakahat. Jika Selasa lalu, Jabatan Agama Islam Perlis mewartakan satu enakmen kekeluargaan yang baru mengenai wanita masih boleh bernikah walaupun tidak berwalikan bapa sendiri (bapa masih hidup), sebetulnya ini bukanlah satu enakmen yang baru, tetapi enakmen ini sudah diperkenalkan di kebanyakan negeri sebelum ini. Cuma ‘orang agama’ di sana tidak menghebah-hebahkan kepada orang awam bagi mengurangkan galakkan terhadap pernikahan tanpa wali.

Kemungkinan akan berlaku salah faham terhadap rukhsah yang dibenarkan dalam Islam tentang syarat-syarat wali kerana tidak semua yang memahaminya. Terutama dalam darurat menggunakan wali hakim sekiranya bapa menolak untuk mewalikan anaknya. Kesannya, mereka akan mengambil mudah dengan menolak peranan wali mujbir dan memilih wali hakim semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki pilihan.


ISLAM: BOLEH TAPI…

Islam tidak menolak tentang kelayakan wali hakim untuk mewalikan satu pernikahan sekiranya seorang bapa itu menolak untuk mewalikan anaknya tanpa sebab yang munasabah. Suka saya tekankan tanpa sebab yang munasabah. Hukum ini terdapat dalam dalil- dalil syariah yang dipersetujui oleh semua Fuqaha’. Namun perlu dilihat, tertib kelayakan wali hakim adalah pilihan yang terakhir sekali dalam senarai wali. Ini bermakna, pihak perempuan harus berusaha sehabisnya untuk mendapat persetujuan walinya yang lebih layak untuk menikahkannya.

Bukan sengaja Allah meletakkan hukum sebegini. Inilah kelebihan undang-undang Allah yang diturunkan untuk menjaga hubungan kekeluargaan dan mengelakkan sebarang perpecahan. Hak seorang bapa perlu diutamakan kerana pengorbannya dalam mengetuai keluarga dan bersuasah payah mencari nafkah kepada anak-anak. Tidak dapat dibayangkan bukan, apabila seorang anak sanggup membelakangkan seorang bapa dalam hal yang besar seperti pernikahan. Satu berita yang sepatutnya disambut gembira oleh seorang bapa namun ia berubah menjadi kekecewaan apatahlagi ia boleh membawa kepada permusuhan.


NIKAH: BUKAN SEKADAR CINTA

Ada yang memilih untuk bernikah kerana untuk menghalalkan cinta. Ada juga yang memilih untuk bernikah sekadar untuk melampiaskan nafsu yang tertahan. Ada yang bernikah untuk memenuhi sunnah nabi. Kesemua tujuan tersebut adalah benar dan memang ini antara tujuan pernikahan.

Cuma ada di antara kita yang gagal untuk melihat hikmah pernikahan dari segi hubungan persaudaraan. Apabila dua hati diijab kabulkan, ia bukan sahaja ikatan hati antara dua insan tetapi ikatan hati saudara-saudara seakidah daripada kedua-dua belah pihak. Dari sinilah, wujudnya perkenalan dan kemudian mencambahkan kasih sayang antara dua buah keluarga yang hanya diikat cukup dengan satu lafaz. Teringat pula saya pada pesan nenek dahulu :

“nurul, kalau berkahwin nanti, bukan berkahwin dengan suami saja, kena kahwin sekali dengan keluarga dia”

Lebih kurang begini maksudnya. Biarlah keluarga kedua-dua belah pihak suka dan senang dengan bakal pasangan. Bukan apa, apabila berhimpun sekeluarga nanti, biarlah wujudnya kemesraan sehingga kita rasakan keluarga mertua adalah seperti keluarga sendiri. Tidakkah ini membantu pembentukan rumah tangga yang bahagia kerana mendapat restu dan sokongan kedua-dua belah keluarga.


RESTU V ZINA

Namun, sejauh mana peranan wali mujbir ini diutamakan sehingga keengganannya untuk mewalikan anak sendiri boleh membuka kepada pintu maksiat ataupun bahaya-bahaya yang lain. Contohnya, pasangan yang menghadapi kesusahan untuk mendapatkan restu wali , mereka akhirnya terlanjur dalam hubungan sehingga melahirkan keturunan yang tidak diiktiraf tarafnya. Atau ada di antara wanita yang kecewa kerana enggan dinikahkan dengan lelaki pilihan, mereka akhirnya memilih jalan yang paling bahaya iaitu dengan membunuh diri. Sedangkan, tujuan hukum syariah adalah untuk melindungi sesuatu keturunan dan menghalang perkara-perkara yang membinasakan.

Atau, Islam lebih mengutamakan hubungan darah antara bapa dan anak. Lantas, seorang anak perempuan wajib menurut kehendak bapanya dalam soal pernikahan kerana melihat kepada kepentingan keluarga adalah lebih perlu diutamakan berbanding kemungkinan akan berlaku perzinaan?


UTAMA YANG UTAMA

Saya bukanlah seorang mujtahid untuk menentukan hukum. Tetapi saya melihat ini adalah satu keindahan hukum Islam yang fleksibel. Tiada hukum yang tetap dalam permasalahan sebegini. Kita bebas untuk menentukan hukum selagi mana kita melihat setiap keputusan yang diambil adalah bertepatan dengan Maqasid Syariah( objektif syariah) . ini bermakna setiap ijtihad yang dilakukan, perlulah dilihat samada ia mampu melindungi hak seseorang dari segi kehidupan, keturunan, agama, harta, dan intelek.

Cuma sebagai pendapat peribadi, sekiranya seseorang perempuan itu sudah ada pilihan hati dan berhajat untuk bernikah dengannya, sebaik mungkin cuba dahulu untuk memujuk wali. Sekiranya wali masih enggan atas beberapa sebab, saya cenderung untuk lebih mengutamakan pilihan wali kerana saya amat percaya, restu ibu bapa itu yang menentukan kebahagiaan seorang anak.

Untuk berlaku adil, toleransi haruslah juga datang daripada pihak ibu bapa. Andai pilihan anak perempuannya itu sudah cukup syarat untuk menjadi seorang suami, saya fikir, tidak perlu lagi untuk merumitkan hubungan anak-anak. Membina masjid itu kan satu ibadah yang disunnahkan. Apatahlagi, ia dapat menutup pintu maksiat yang masih terdedah bagi mereka yang masih tidak berkahwin walaupun ianya maksiat hati. Fikir-fikirkan.

Monday, September 17, 2007

CERITA-CERITA RAMADHAN


Alhamdulillah, kali saya ada cerita yang ingin saya kongsi dengan sahabat semua. Cerita yang berlaku sepanjang hari ketika saya di kuliah pada hari yang lalu. InsyaAllah, saya fikir ada sesuatu saya dapat pelajari daripadanya.

CERITA 1

Dalam kuliah pengajian ayat-ayat hukum , pensyarah saya ada menghidangkan sebuah kisah yang agak menarik untuk saya hamparkan. Kisahnya begini.

Tersebut suatu kisah pada zaman Rasulullah dahulu bahawa seorang sahabat nabi sedang bertarung dengan sakaratul maut dan para sahabat yang lain langsung mengelilinginya untuk mengajarkannya syahadah. Hampir banyak kali juga mereka membisikkan syahadah ke telinganya, namun apa yang keluar dari mulutnya adalah 3 ayat yang amat menimbulkan tanda tanya kepada mereka.

Dengan sesak dada yang turun naik, sahabat tersebut menyebut “…kalaulah jauh…kemudian disusuli pula,…kalaulah sempurna….dan kemudian..kalaulah baru…”

Lantas apabila mendengar ulangan ayat ini, mereka lantas bertemu Rasulullah. Maka berkata Rasulullah, Tahukah kamu apa yang sedang berlaku? Kesemua mereka menggeleng. “ sesungguhnya, ketika hayatnya dahulu pernah dia mendukung seorang tua yang tidak berdaya ke masjid. Kemudian, pernah juga dia memberi makan satu-satunya sekeping roti kepada seorang pengemis fakir miskin. Suatu hari juga, dia pernah memberikan satu-satunya baju yang dia ada kepada seorang hamba yang kesejukan.

Maka, ketika di ambang sakaratul maut, telah ditayangkan segala amalannya dan bayangan syurga yang terhias sangat indah. Inilah dialognya apabila melihat amalan-amalannya. “ Ya Allah, hanya dekat sahaja aku mendukung orang tua itu, sudah kau hadiahkan istana yang tak terbayang indahnya,kalaulah jauh…” Apabila ditebarkan pula amalannya yang satu lagi, “Ya Allah, hanya sedikit sahaja roti yang aku berikan dan tidak cukup pula aku rasakan, kalaulah sempurna…” Kemudian, dibentangkan amalan yang seterusnya, “ Ya Allah, baju yang aku berikan adalah bajuku yang lusuh lama, kalaulah ianya baru, agaknya bagaimana keindahan istana yang akan kau hadiahkan padaku.”

Maka, tahulah sahabat-sahabat Rasulullah itu bahawa sahabat tersebut adalah bakal penghuni syurga. Maka sedarlah mereka, Allah Maha Pemurah. Walaupun amalan yang dirasakan sedikit sahaja nilainya, Allah akan membalasnya dengan nikmatnya yang tidak terbayang oleh kita. Sesungguhnya, ketika kita menghadapi sakaratul maut, Allah akan membentangkan segala amalan kita. Adakah kita mahu mengakhiri hidup kita dengan tayangan amalan kita yang menjijikkan dan bayangan neraka yang menggerunkan?

Kesimpulannya, saya seru sahabat-sahabat sekalian agar sama-sama kita bekerja yang maaruf, dan menolong mereka yang memerlukan dengan sekadar kemampuan kita. Apatahlagi kita kini berada dalam daerah yang penuh barakah dan rahmat daripada Allah. Ayuh, kita kutip sebanyak mutiara yang tertebar yang Allah hidangkan untuk kita.


CERITA 2

Setelah habis kuliah, saya lihat seorang sahabat saya keseorang sedang menangis. Punca sebenarnya saya tidak tahu, cuma apabila ditanya rakannya yang lain, dikatakan dia kecewa kerana gagal mendapat apa yang dia inginkan. Lebih kurang begitu cerita mereka.

Saya cuba juga untuk memberi sedikt motivasi atau sedikit kekuatan padanya. Saya menghampirinya.

“ Azwaa, boleh tunjukkan iz bintang di langit” Azwaa memandang saya.

“ Mana boleh Nampak, siang..” Saya tersenyum memandangnya. Betul.

“ Jadi, macam mana nak Nampak bintang-bintang tu?”

“ Erm, kenela tunngu malam, langit gelap baru boleh nampak” sekadar dengan intonasi yang masih lemah Azwaa membalas.

“ A’ah, betul. Kalau macam tu, kegagalan dan kejayaan juga ibarat bintang di langit yang gelap. Kejayaan adalah bintang yang bersinar sedang kegagalan adalah langit yang pekat gelap. Maka, kejayaan hanya akan terserlah apabila adanya kegagalan ,macam bintang tu, kan ia akan nampak kalau langit tu gelap”. Kami berdua berpaling merenung langit yang garang mencerah.

Saya lihat ada segaris senyum semanis gula terukir di wajahnya. Sahabat, siapa yang tidak pernah gagal? Saya juga seorang yang pernah gagal. Orang kata, kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Belum ada lagi formula yang mengatakan kegagalan akan berakhir dengan kegagalan. Betul bukan? Yang banyak terbukti adalah kegagalan akan berakhir dengan kejayaan yang cukup bermakna jika kita sama-sama bangkit!

Sunday, September 9, 2007

DI JALAN DAKWAH AKU BERNIKAH!


Untuk sahabat yang bertanya, saya persembahkan makalah ini untuk motivasi rohani. Sungguh, terlalu ada ibrah untuk kita serapkan ke dalam hati. Maka, layaknya biarlah buku ini berbicara..


Dalam tadarrus nurani
kukirim tinta cinta ke langit tujuh
merisik rahsia Tuhan
menjilid kitab percintaan

Tuhan
dalam sujud tertunduk
labuhkan rindu dendamku
pada dermaga perkasihan
yang tercipta untuk seorang Adam
moga bertemu dalam rentang
sejadah pernikahan.
p/s : buku ini agak susah untuk dapat di Malaysia kerana dibawa khas dari Indonesia. Andai ada yang berminat boleh private saya bagi yang mengenali.

Friday, August 31, 2007

KALAU BUKAN KITA, SIAPA?


Sedari tadi saya seakan lekas gelisah melihat jarum minit seperti cepat bergerak. Barangkali tidak sabar untuk bersatu bersama jarum jam lantas membawa satu signifikasi agung pada tanah ini. Ya, kita semua tahu dan kita semua maklum bahawa tanah ini sudah setengah abad mengemudi bahtera merdeka tanpa sebarang penjajahan fizikal. Sengaja saya masukkan perkataan ‘fizikal’ ini. Mahu sahaja saya katakan ramai, dan amat bersepah penghuni tanah ini yang hilang faham akan erti sebenar kebebasan dan kemerdekaan yang mereka banggakan. (sekadar apa yang saya lihat dan tahu)

50 tahun merdeka! Kerana itu saya buncah, kerana itu hati saya merusuh. Oh Tuhan, moga detik ini saya tidak akan lupa bersyukur,bersyukur dan terus bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang menjadi hadiah terunggul untuk seorang yang punya sifat kemanusiaan. Jika malam ini adalah saat bebas untuk ‘islamic couple’ yang asyik bertukar-tukar sms konon-konon berbaur nasihat kemerdekaan diselit-selit sedikit bunyi-bunyi Islam, sedang yang terangsang adalah maksiat hati, mujurlah saya akhirnya merdeka daripada semua helah syaitan itu. Lantas, terima kasih kepada dirinya yang membawa saya ke arah ini.jujur.

Jika malam ini adalah saat bebas bagi pasangan kekasih berlingkar tangan memeluk pinggang sambil tersengih-sengih melihat percikan bunga api di langit , bangga teramat saya rasakan kerana hingga sekarang saya merdeka jauh daripada serangan iblis itu. Jika malam ini adalah saat bebas untuk anak-anak muda berpeleseran di sekitar Kuala Lumpur, menjerit-jerit konon inilah semangat kebangsaan mereka, sungguh! Saya amat katarsis kerana sekali lagi Tuhan merdekakan saya daripada menjadi hantu di jalanan sedangkan yang wajib adalah bermunajat mengirim rasa keterharuan pada Tuhan kerana menghadiahkan kita kemerdekaan.

Bukan saya tidak gembira, namun untuk apa saya gembira melihat semua itu di mata saya? Sedang saya sendiri berasa malu untuk gembira kerana tidak mampu memikul tugas daripada Tuhan. Bukan juga saya mementingkan diri sendiri kerana ingin merdeka seorang diri, namun berapa ramai yang MAHU faham erti dan maksud sebenar kemerdekaan? Yang mereka tahu, “ merdekalah tu kalau si British dan Jepun dah xde lagi”.

Oh, atau saya yang terlupa, merdeka itu maksudnya bebas berpakaian, hingga singkat biar nampak pusat berkulat. Atau mungkin saya terlupa lagi merdeka itu maksudnya bebas berhibur, hingga khusyuk terlompat-lompat meraikan rentak Barat. Oh ya, merdeka itu ertinya bebas memilih cara hidup, cukuplah Islam pada nama. Paling-paling, lepas kena siksa dalam neraka itu, akhirnya ke syurga juga. Apa mereka fikir, api neraka macam api pemetik api untuk cucuh daun rokok? Sedangkan andai sebesar lubang jarum serpihan api neraka jatuh ke bumi, bisa merentungkan seisi alam yang ada.

Inilah merdeka dalam penjajahan. Inilah merdeka dalam penaklukan. Yang merdeka adalah diri bukan hati dan akal. Sedang fikiran sudah lama dijajah Barat. Sedang hati sudah ditakluk penjahat. Kata mereka, orang melayu Islam ini mudah lupa, atau senang leka. Suguh sahaja pakaian berlubang-lubang sana-sini ini, hidang sahaja muzik-muzik syaitan ini. Media mereka itu, jangan lupa tayang yang ‘pelik-pelik’ biar terjuling mata mereka. Lambakkan dengan aksi-aksi ghairah biar otak mereka jadi dungu macam lembu. Sedang lembu pun tahu untuk tidak terjun lumpur.

Oh Tuhan, saya bukan ingin mengutuk atau menghina, tapi darah ini sudah bergelegak ingin meletus ketika melihat kerenah orang Islam sendiri. Ingin memaki hamun, bukan itu ajaran Rasulullah. Hikmah dan teladan itu rahsia keberkesanan dakwah Baginda. Andai Rasulullah ada, pasti sudah menangis Baginda melihat umatnya apatahlagi jika pelaku itu adalah seorang ‘ustaz’ dan ‘ustazah’. Aduhai, inilah kesannya apabila nikmat hidayah yang telah ditarik Allah. Naudzubillah, merdekakan saya, bebaskan saya daripada kemungkinan yang mengerikan ini.

Justeru, saya bukanlah seorang yang warak, jauh sekali yang tinggi imannya, dan saya bukan juga yang begudang-gudang ilmunya. Sekadar rasa manusiawi yang diberi Tuhan, saya hamparkan luahan rasa saya di laman ini. Andai ada ibrah yang dapat diambil, itu adalah ilham Tuhan. Namun andai ada keterlanjuran kata, itulah kekurangan seorang manusia selemah saya. Teguran sahabat-sahabat adalah pengingat kepada saya. Mudah-mudahan Allah mengampunkan saya.

P/S : bagi anda yang sudah ada pada jalanNya, peliharalah hidayah Allah ini kerana sudah ramai sahabat kita yang telah karam. Inilah tugas kita, menjadi pengingat kepada mereka sekadar kemampuan.Kalau tidak kita, siapa?