CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 28, 2007

AF'AL QUR'AN

Ribuan kemaafan kerana lama membiarkan blog ini tanpa update. sebetulnya saya ingin menulis entri yang agak sempurna, namun kerana terlalu banyak workload dan komitmen tugasan luar menyebabkan saya harus menangguhkan masa untuk menulis.
Tetapi, saya ambil waktu yang sekejap ini sementara menunggu lecture yang seterusnya untuk berkongsi sedikit perkara yang baru saya pelajari..(ermm, mungkin saya yang baru tahu rasanya). Sekurang-kurangnya, tidaklah lama blog ini sepi.(",)
Anda pernah dengar tentang Af'al Qur'an?
Mungkin kita pernah mengalami 'state of agony' ataupun dilemma ketika hendak membuat apa-apa keputusan. apatahlagi, kita dihadapkan dengan pilihan yang kita rasakan kedua-duanya ada kebaikan dan bermanfaat pada kita. Tetapi, di sebalik kedua-dua pilihan kita, sebenarnya ada yang terbaik di antaranya. jadi, bagaimana kita dapat melihat dan memilih yang terbaik?
Jom Af'al Qur'an !
Misalnya pada suatu hari anda diajak oleh kawan anda untuk menghadiri satu gathering alumni sekolah, tetapi, anda dalam dilemma untuk menyertainya ataupun tidak disebabkan anda ada komitmen lain.
Jika ini yang anda rasakan, ambilah Al-Qur'an yang bertafsir dan bacalah 3 kali Al-Fatihah secara tartil sebelum membuka Al-Qur'an tersebut. Setelah itu, terus sahaja buka mana-mana muka surat dan pandanglah sekali lalu pada ayat-ayat kedua-dua muka surat yang anda buka. Kemudian amati dan renungilah terjemahan ayat-ayat tersebut. Sementara itu, letaklah tangan di dada supaya Allah datangkan ilham kepada kita untuk kita membuat keputusan.
Sekiranya ayat-ayat yang kita baca itu banyak menceritakan ancaman dan azab Allah, adalah lebih baik untuk anda tidak sertai gathering tersebut. Namun, sekiranya ayat-ayat yang anda baca itu banyak menceritakan nikmat-nikmat dan sesuatu yang baik-baik, mungkin ada baiknya untuk anda menyertainya. Segalanya telah tertulis dalam pengetahuan Allah.
Cara ini saya pelajarinya daripada seorang kawan di Darul Qur'an dan katanya juga, ramai kawannya di sana mengamalkan cara ini ketika ingin membuat apa-apa keputusan untuk perkara-perkara yang ringan. Beliau juga meyakinkan saya yang cara ini amat membantu kerana selagi mana kita bergantung kepada Allah, selagi itu Allah akan membantu kita.
p/s : ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu, jika anda tidak yakin dengannya, terpulanglah pada pertimbangan masing-masing. Saya juga mengamalkannya dan saya dapat rasakan sesuatu yang baik daripadanya.

11 Pendapat:

Anonymous said...

assalamualaikum,
menarik.. sya ada gak amalkan cam tu. bukan tu je tapi kalau kita susah hati atau apa pun masalah tentang hati malah jasad gak.cam ne pun sya x tau la tu nama dia af'al qur'an sebab sya buat berdasarkan gerak hati.bih kurang semenjak 7-8 thn dlu.
sebenarnya sebalik perbuatan ni ada syarah yang panjang.
..Faqir ilallah..

NuRiZz said...

wa'alaikumsalam

owh, ini pun kawan yang bagitau sbb mmg hidupnya bnyk dilemmanya. rasa nak yang itu tapi nak yang ini jugak. dengan cara macam ni sekurang-kurangnya kita lebih yakin dengan setiap tindakan atau keputusan yang kita bakal buat.

erm, kalau sudi bolehla tlg syarahkan pasal perbuatan ni. saya belum tahu scr detail.

jazakallah.

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum WBT.

Itukah fungsi al-Quran?

Ikutilah sunnah nabi. Jika sudah dilema sebegitu, solatlah istikharah, mohonlah doa kpd Allah.

Tiada kaitan lembaran al-Quran yang dibuka, atau ayat yang dibaca dengan sesuai atau tidak sesuau keputusan. Mohonlah petunjuk Allah

NuRiZz said...

wa'alailkumsalam

saya tidaklah mengenepikan solat istikharah.bahkan itu lebih afdal dilakukan. cumanya af'al qur'an merupakan salah satu cara lain untuk mohon petunjuk Allah.

pernah dengar solat istikharah maal awabin? selepas solat itu disunat juga baca al-waqiah dan selepas itu juga ada yang menagmalkan af'al Al-Qur'an.

selagi mana kebergantungan kita pada Allah, tidak mungkin Allah akan menyombongi kita. yakinlah dengan setiap amalan kita lakukan semata-mata mengharapkan petunjukNya.

wallahu'alam.

masri said...
This comment has been removed by the author.
Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

ya ukhti,

boleh saudari terangkan solat istikharah maa; awwabin yg ukhti sebutkan itu. bgmana tatacaranya, dan dr mana asal usulnya krn sepengetahuan saya tntg solat istikharah yg nabi saw ajarkan, tiada praktis sebegitu. mungkin saya tidak menemui sumber hadithnya, boleh ukhti bantu mencari asal usul solat itu?

dan saya ingin quotekan sdikit drpd apa yg ukhti tuliskan dlm posting ini n apa pula pandangan saya

-Jika ini yang anda rasakan, ambilah Al-Qur'an yang bertafsir dan bacalah 3 kali Al-Fatihah secara tartil sebelum membuka Al-Qur'an tersebut. Setelah itu, terus sahaja buka mana-mana muka surat dan pandanglah sekali lalu pada ayat-ayat kedua-dua muka surat yang anda buka. Kemudian amati dan renungilah terjemahan ayat-ayat tersebut. Sementara itu, letaklah tangan di dada supaya Allah datangkan ilham kepada kita untuk kita membuat keputusan.
Sekiranya ayat-ayat yang kita baca itu banyak menceritakan ancaman dan azab Allah, adalah lebih baik untuk anda tidak sertai gathering tersebut. Namun, sekiranya ayat-ayat yang anda baca itu banyak menceritakan nikmat-nikmat dan sesuatu yang baik-baik, mungkin ada baiknya untuk anda menyertainya. Segalanya telah tertulis dalam pengetahuan Allah.-

1) saya boleh menerima sekiranya al-quran itu kita baca utk menenangkan hati n bila hati sudah tenang maka mudah utk membuat keputusan. jika ini alasannya tidak sukar diterima.

2) akan ttp melihatkan kpd apa yg ukhti tuliskan, yg saya fahami sekiranya bila kita membukar lembaran al-quran itu n ayat2 yg muncul ialah ayat2 azab, maka ia petanda tidak elok meneruskan sesuatu yg kita nak itu n begitu lah jika sebaliknya. di sinilah muncul ketidaksetujuan saya.

Apa kaitan ayat2 ini dgn segala tindak tanduk yg perlu kita lakukan.

Kita lihat kembali bgmana yg Nabi saw lakukan apabila mahu membuat sesuatu keputusan, ataupun apabila org dtg mengadu kpdnya, apakah nabi saw mengarahkan mrk melakukan sebgmana yg tertulis di atas. sekadar pengetahuan saya tiada? jika ukhti ada menemui sumbernya mungkin patut dikongsi spy saya dpt berlapang dada dgn apa yg saudari tuliskan di sini.

kedua ia sudah mula melibatkan hal2 yg ghaib2, sdgkan jika mahu bertanya kpd org yg mengaku mengetahui imu2 ghaib turut dilarang keras. Apakah al-Quran ini sumber utk memberitahu kita hal2 yg ghaib yg tak Allah beritakan kpd manusia? Jika hal2 ghaib2 yg berkaitan jin, saitan, syurga neraka yg mmg wujud dlm al-quran, maka mmg patutlah dirujuk kpd al-quran. Tapi jika melihat kpd situasi yg ukhti nukilkan ia tiada kaitan langsung dgn fungsi al-Quran. Bahkan sepengetahuan saya ia bukanlah praktis Rasulullah saw dan para shbt. Para shbt ra bukanlah manusia yg xpernah dirundung masalah atau dilema, akan ttp pabile mrk dirundung masalah atau dilema, apakah ini yg mrk praktiskan sdgkan mrklah umat yg paling memahami al-quran, mrk melihat situasi di mana ayat2 al-quran diturunkan, akan ttp saya tidak menemui pula mrk mempraktiskan hal ini dgn al-quran.

maka cukuplah dgn solat istikharah dan doa kpd Allah.

wallahu'alam wslm wbt

Anonymous said...

assalamualaikum warahmatullah..

ila akhil karim abu usamah,

1st komen saudara..memang tu lah antara guna alqur'an dan byk lagi cara guna alquran yang ana yakin anta x tau atau sengaja buat2 x tau atau jugak menolak untuk tau..hati2 dgn pertanyaan sinis cam tu.sebab bagi saudara tu sinis tapi haikatnya mampu menggugat aqidah.

sunnah nabi plak..bukankah saudara pernah baca atau dengar hadith khutbah wida'? Qala sallallahu alaihi wasallam"taraktu fikum amraini in tamasaktum bihima lan tadhillu abada. alquran wa sunnati"au kama qal. nah.. yg tu guna kitab Barnaba ke?

bukan ke dah mintak petunjuk allah tu.. maksudnya macam ni."ya Allah, sekiranya perkara ini baik untuk ku gerakkanlah tanganku membuka lembaran y byk menceritakan nikmat2 mu".dan meletakkan tangan ke dada tu ertinya semoga allah bri hidayah petunjuk kepada hati kita melaksanakan apa yang sebaiknya menurut kehendak Allah.tu pergantungan kpd Allah la tu.semoga allah datangkan ilham.itulah kaitan ayat yang dibaca dengan apa yang dipilih nanti.tu kan doa kpd Allah.sambil minta kpd Allah kita buat ibadah sekali dan dalam ibadah tu Allah tunjukkan jalan yang baik.lebih baik cari ilham sambil baca quran daripada cari ilham kat kedai makan.

nak komen plak pasal komen kedua saudara..
solat istikharah maal awabin..tu menggabungkan 2 solat sunnat dlm 1..nak tau lebih lagi dalami kitab 'wajiz fi usulil fiqh' mesti belum baca lagi ni.cume suka2 nak komen lah nak mintak dalil lah.usul fiqh x lepas lagi..

zaman saidina nabi dlu kalau sahabat ada masalah dan bertanya kepada saidina nabi, sadina nabi terus bagi jawapan..saidina nabi juga ada mengajarkan berdoa kan?antaranya "Allahummahdina fi man hadait..ilal akhr.."

asri as-Syazuli al-Maki

nurilahi said...

Assalamualaikum...sy prnh mengalami perkara yg ukhti izzah kita katakn..tp pd masa itu tdk sy ktahui nama dia af'al quran..dan ini sy sertakn keratan cerita yg sy postkn dlm blog sy..sy teringt akn keratan cerita ini apbla terbaca mengenai af'al quran ini..harap bleh membantu...

Kesedihan Sahabat

Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.” Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana . Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144)..

sy harap ini dpt mmbantu..insyaAllah...

wallahualam

nurilahi said...

p/s: bleh ke blog sy utk membaca cerita ini spenunhya...tajuknya: detik terakhir insan mulia...
wassalam..

Anonymous said...

assaamualaikum..

kpd nurillahi..nama yang amat hebat,penuh 1001 rahsia tersembunyi di sebalik nama.

sebenarnya bukan itu shj kisah bersangkutan af'al quran.. satu hadith musalsah yang menyebut ttg seorang sahabat yang datang mengadu kpd saidina nabi salallahu alahi wasallam.kata sahabat tersebut "ya rasulullah! syakautu 'aini":-wahai rasululah mata aku sakit- kemudian rasulullah menyuruh dia memandang kpd alquran.

kita tahu zaman rasulullah x ada mushaf macam zama kita sekarang,tapi dulu kan ayat2 alquran ditulis atas kulit2 dan sebagainya. musyhaf alquran tu sebenarnya bid'ah yang di buat oleh amirul mukminin.di sini kita katakan ada bid'ah hasanah dan bid'ah dhalalah.siapa yang benar2 berfahaman menolak bid'ah hasanah, maka mrk sebenarnya x menerima alquran dalam bentuk musfhaf.perlu hafal alquran sepenuhnya.ataupun mereka seolah2 mengatakan"aku ahli neraka kerana aku melakukan perkara bid'ah. ini kerana nabi muhammad pernah bersabda (kullu bid'atin dhalalah wakullu dhalalatu finnar).

kita qiaskan cara ini dengan af'al quran yang ukhti izzah katakan.apa pendapat saudara abu usamah mohd masri bin mohd ramli?tentu menolak bukan?sya ingin bertanya sejauh mana ahli salafiyah wahabiah berpegang dengan hukum yang mereka pegang?hukum kamera,haram..di madinah ramai yang akan marah kalau kita mengambi gambar.tapi tidak di mekah.akan tetapi pernahkan saudara melihat gambarorg bersembahyang di masjid nabawi?mazhab apa yang merekaguna?mazhab 'ikut suka mereka' atau salafiah wahabiah?kalaumereka sendiri boleh bermain2 dengan huum mereka sediri,untuk apa kita berpegang dengan mazhab yang lemah imam2nya?

sya tertanya2 apakah pegangan yang digunakan oleh saudara abu?apakah dia sefahaman dengan astora jabat yang satu ketika menyangkal 'menjampi air menggunakan ayat alquran?'
...faqir ilallah...

NuRiZz said...

terima kasih kpd sahabat2 y memberi pendapat dan hujah.

alhamdulillah, perkongsian ilmu kalian sgt berguna. saya semestinya amat kekurangan ilmu agama dan masih lagi belajar. mohon sangat ilmu sahabt2 dpt dikongsikan.