CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, December 16, 2007

KERANA SYAHADAH AKU DAE'I




“ duhai sahabat, aku rindukan gerak bibirmu yang basah dengan kalam yang penuh peringatan, aku rindukan wajahmu yang bersih dan tenang yang mengingatkan aku kepada wajah ahli-ahli syurga, dan aku mengimpikan agar kita bisa berpimpinan menelusuri jalan dakwah dan tarbiyyah sehinggalah nafas yang terakhir "


EPILOG


“ saf petang nanti kita ada usrah, jangan lupa datang ya” pesan saya ketika terserempak safiya di café mahallah.

“ erm, tengoklah, ana macam banyak sikit kerja hari ni, apa-apa nanti ana inform enti balik”.
Risau juga saya kerana takut-takut saf tidak lagi datang usrah kali ini. Hampir tiga kali dia tidak hadir usrah dan setiap kali itu saya terserempaknya di café mahallah duduk-duduk bersembang dengan kawan-kawannya ketika perjalanan saya ke masjid untuk ke usrah.

Saya pujuk-ujuk hati bersangka baik. Mungkin lepas itu dia punya tugasan penting untuk disiapkan. Namun sebagai saudara seusrah, ikatan akidah yang ada ,sedikit sebanyak menjentik hati saya tentang perubahan sahabt ini. Safiya, bukan orang biasa. Alhamdulillah, latarbelakang agamanya cukup mantap. Pernah diasuh dan terdidik di sebuah sekolah agama yang terkenal dengan melahirkan pelajar-pelajar aktif berdakwah. Apatahlagi dengan penampilannya bertudung litup dan dia jugalah yang mula mengajak saya beusrah. Katanya tarbiyyah ini macam nasi, sehari tak makan tak senang perut.

Safiya!

Hinggalah suatu hari..

“ iz, ana nak keluar usrah, ni bukan tempat ana “ gemuruh darah saya mendengarnya dan saya berusaha mencari secebis ketenangan agar amarah saya tidak menguasai emosi.


TARBIYYAH DAN FUTUR

Tulisan kali ini adalah berdasarkan catatan pengalaman. Lama juga saya mengambil masa untuk menulis tentang tarbiyyah dan futur ini kerana ingin mencari hikmah yang sesuai bagi menasihati sahabt-sahabt yang sudah tergelincir daripada jalan tabiyyah, futur. Jika anda pernah berusrah, munkin anda pernah melalui situasi di atas atau pernah mendengarnya.
futurkah kita?
AWAS JIKA KITA SUDAH MENGALAMI PETANDA-PETANDA DI BAWAH!

1) Seorang sahabat mengirim mesej mengajak kita ke suatu ceramah agama atau penyampaian tazkirah, namun kita tidak mengendahkannya kerana malas ataupun dirasakan tidak penting. peliknya, kita lebih suka hadiri gathering ataupun perjumpaan yang duduk sembang-sembang,ketawa-ketawa. Lebih-lebih lagi bila berikhtilat lelaki dan perempuan.

2) Kita diajak untuk bersama-sama qiamullail berjemaah di masjid. Namun kita berasa teramat berat dan memilih untuk bersedap-sedap di atas katil.

3) Kita diajak untuk menyertai usrah dan menghulurkan bantuan dalam aktiviti dakwah, namun kita beralasan dengan banyak komitmen lain seperti study atau ‘bisnes’ yang seakanlebih menguntungkan kita.

4) Seorang sahabat mengajak kita berpuasa esok namun kita beralasan nanti sakit perut dan susah hendak study. Tetapi sebenarnya, hati ini terlalu taksub hendak makan.

5) Jika dahulu kitalah yang mengimarahkan surau dan masjid, tetapi sekarang hendak berdiri dalam satu saf untuk berjemaah sudah terasa liat untuk melakukannya. Apatahlagi suka-suka pula solat dihujung-hujung waktu kerana dapat terus tunggu waktu solat yang seterusnya

6) Jika dahulu dalam sehari kita rajin membaca al-qur’an, paling kurang satu muka. Namun lama-lama kita sudah asyik dengan buku-buku 'sampingan', komik dan main games, itukan lebih menyeronokkan kita daripada menghadap al-qur’an.

7) Apabila orang menasihati kita atau bercakap sikit tentang bab agama, kita sudah berasa mual dan tidak enak. mulanya tidak mahu jadi jumud sangat, biar nampak selamba asalkan perkara yang wajib dalam agama kita masih buat. Sudah yakinkah dengan hanya amalan wajib kita dapat masuk syurga Allah?

8) Kehidupan kita semakin tidak terurus dan menjadi lagha. Terlalu banyak ketawa dan senda gurau yang berlebihan . Jarang sekali kita mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat menasihati sahabat-sahabat.

9) apabila kita dirisik cinta si dia, kita mula menjadi lemah kerana melayan si dia. Tidak kiralah mesej mahupun telefon. Hingga nikmat ukhuwah dengan sahabat sendiri terasa pahit tetapi ukwah dengan si dia kita labelkan inilah ukhwah fillah. Cinta islamik ini saudara!

10) Kita sudah mula berasa malas dan tidak serius dalam pelajaran. Tutorial dan assignment sering diambil remeh dan hati terasa berat untuk mengulangkaji pelajaran. Kemudian, sudah mula berfikir bagaimana dapat ponteng kelas.

KEMBALILAH SAHABAT..

Kita bukanlah malaikat yang sentiasa tetap level imannya. Saya juga pernah goyah dengan ujian-ujian dunia. Namun, jika kita terus memilih untuk terus futur dan tidak mahu berubah, tiada siapa yang dapat membantu diri kita lagi.
" Ingatlah, selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah kepada kita "

p/s : tidak salah jika kita ingin berdunia-dunia sedikit, namun janganlah kita jauh terus daripada 'berakhirat-akhirat'

12 Pendapat:

Anonymous said...

peringatan bagi yang leka..

Anonymous said...

bismillahirrahmanirrahim.
satu masa kita rasa terlalu sangat ingin beribadat. kita pun beribadat seolah2 malaikat beritahu ajal kita petang esok. lusa kita telah seolah2 kenyang dengan ibadat yang sehari dua kita buat. ingatlah bahawa rasa puas beribadat juga kadang kala tipuan agar kita rasa cukup. nantinya kita x beribadah lagi. bila kita terasa kita jauh dengan ibadat, terus saja lakukan apa jua ibadat yang boleh. biar apa pun halangan yang di depan mata.malu dengan kawan ke,takut ria' ke apa ke..tu suma syaitan cucuk biar kita x buat trus.memang itu sifat nafsu. kena selalu sebat dia.nanti bila dia dah x sakit, dia buat hal lagi. bila dia lupa, kita perlu terus ingatkan. nafsuni nak tekan x boleh tekan terus. nanti dia meletup. tapi pun x boleh biar terus. nanti dia jadi gemuk. biar dia rasa manis buah sket.tapi jangan biar dia naik tocang. tu sedikit resepi nak tarbiah hati..

NuRiZz said...

syukran.
analogi tarbiyah hati yang hebat.
apa pun, bila hati seperti rasa seperti jauh dari Allah, bawalah hati pulang kembali ke tempatnya. dalam surah Ar-Ra'du ada disebut

" ingatlah dengan mengingati Allah, maka hati akan menjadi tenang"

dalam surah at-ataubah juga Allah telah mengingatkan
"...mereka telah melupakan Allah maka Allah pun melupakan mereka "

nauzubillah, bila kita terus dan terus jauh kerana kerasnya hati, sedikit cahaya pun tidak mahu lut melainkan kita cari kembali cahaya itu.

Allah maha penyayang, tapi dalam masa yang sama Allah juga maha pengazab. apabila kedua-dua sifat Allah ini kita jadikan ingatan, insyaAllah kita dapat menjadi muslim yang ideal!

Azree MH said...

Erm. Boleh bagi maksud futur secara mudah?


Kes Pertama

Andailah ada seseorang ni... Memang tidak pernah puasa sunat. Kalau ada pun, sekali sebulan. Adakah dia dianggap futur kalau dia menolak ajakan seorang kawan untuk berpuasa pada keesokan harinya?


Kes kedua

Andailah ada seorang kawan yang memang jarang solat di masjid. Tetapi tidak pernah dia tinggal solat walau satu waktu pun. Sedangkan ada seorang kawan, nampak macam kerap solat di masjid. Tetapi selalu juga terlajak subuh. Yang mana satu futur?


Kes ketiga
Andailah ada seorang kawan ni, dia bukanlah tidak berminat dengar tazkirah. Tetapi tiap kali dia pergi masjid, satu apa pun dia tidak faham sebab tok guru tu banyak sangat guna perkataan arab. Jadi, dia rasa mual dan jemu. Adakah dia futur?



Erm... Jadi mohon dijelaskan lagi maksud futur tu semudah yang mungkin. Mungkin ada yang belum faham. =)

tamu baru said...

assalamu'alaikum ukhti.. ana baru je lewat blog enti.. alhamdulillah, isi2nya menyedarkan.. semoga Allah SWT memelihara para dai'e dari gejala keciciran ini. Jazakillah atas entri yg menarik.

NuRiZz said...

secara mudahnya saya fokuskan entri kali ini buat mereka yang berada dalam jalan tarbiyyah. mungkin boleh juga dikatakan mereka yang mengikuti usrah dan mereka yang faham tentang tuntutan dakwah.

jadi futur di sini adalah mereka yang tergelincir dari jalan tarbiyyah dan dakwah.

tujuan entri kali ini bukanlah untuk melabelkan siapa2 yang futur. cumanya lebih kepada ingin menjentik hati sahabat2 agar bermuhasabah diri sendiri.

kita sahaja yang kenal diri kita yang dulu. jika dirasakan diri kita sekarang jauh dari tarbiyyah, bawalah diri kembali kepada tempatnya.

siapa yang tidak mahu Allah menarik kembali hidayahnya, berusahalah untuk menjaga hidayah itu dengan apa cara sekalipun. jangan mudah beralasan itu dan ini. rahmat Allah untuk hambaNya mendekatiNya terlalu luas untuk kita. cuma nak atau tak nak sahaja.

harap menjawab soalan sdra.

wallahu'alam.

nurizz said...

maaf atas keterlanjuran kata dan bahasa. mohon teguran sahabat2 jika ada.

aseefah

cha.. said...

erm..
sebenarnya..
aku yg belajar arab ni pun
tak paham futur tu apa
huhu

afiqawe said...

Salam.

Good article.

tiada copyright kan?
Mohon kebenaran...
Boleh ke kalau nak copy entry ni utk sebaran umum?

& saya nak edit sket (ganti 'ana-enta' kpd 'saya-awak') utk bagi bacaan ramai org, terutamanya kepada yg terlibat dalam proses ini.

apa pun saya link kpd blog ini.

jzkk.
wassalam.

anonymous said...

salam..setuju sgt dgn anonymous 2...bimbangnye ngan diri ni...bagi ana, wlwpun kite rase mls, tp kene pakse diri jgk..klau tk sia-sia hidayah yg Allah bagi..tkt jauh dari cintaNya..

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

牛肉麵不加蔥yaya said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社