CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 17, 2008

PROFILE SYUHADA'

( Pembukaan tamrin dengan profail syuhada'. sebuah kisah benar yang ditulis oleh Zainab Al-Ghazali sebelum beliau syahid. InsyaAllah, kalian boleh dapatkan novelnya, Hari-hari Dalam Hidupku untuk lebih menelusuri fikrah dan perjuangan hidup As-Shahidah Zainab Al-Ghazali. Berikut saya cuma qoute beberapa siri penyeksaan yang dialami beliau sepanjang dipenjarakan. Bukan setakat apa yang saya tulis di sini, bahkan banyak penyiksaan yang lebih dahsyat daripada ini.)

**********************************

“ aku melihat satu rombongan unta. Setiap unta-unta itu membawa hudj ( tempat duduk) yang seakan-akan dibuat daripada nur. Di setiap hujd itu duduk empat orang lelaki dengan wajah yang bersinar-sinar. Rombongan perjalanan unta itu panjang dan tidak terhingga banyaknya. Aku merasakan seolah-olah aku berdiri di belakang seorang lelaki yang besar dan perkasa, yang mengepalai rombongan perjalanan ini. Hatiku meragui, apakah itu Rasulullah s.a.w?

“ Engkau benar, Zainab. Kau bersama Muhammad, hamba Allah dan RasulNya,” jawab Baginda secara tiba-tiba.

“saya! Ya Rasulullah, apakah betul saya bersama Muhammad, hamba Allah dan RasulNya,” tanyaku kehairanan.

“Kamu hai Zainab, hai bint Ghazali betul-betul bersama Muhammad, hamba Allah, dan RasulNya.

***************************************

“ kemudian dia keluar. Tidak lama kemudian dia kembali bersama Sofwat Ar-robbi dan seorang askar, lalu mereka mencampakku ke lantai dengan kejamnya. Aku tidak sedar bagaimana mereka mengikat tangan dan menggantungku di atas sebatang kayu, tidak ubah seperti tukang sembelih. Aku disebat dengan ganasnya oleh tukang-tukang sebat yang terlatih sudah melakukan kejahatan semacam ini.

“ aku dapati diriku berlumuran darah. Aku mengetuk pintu untuk meminta pertolongan supaya mereka memberiku sesuatu untuk menahan darah yang keluar bercucuran. Aku meminta supaya dipanggilkan doctor tetapi jawapannya adalah maki hamun.”

“ Ya Allah, Ya Allah,” sedang tongkat-tongkat sebatan seolah-olah mengoyak-ngoyak dagingku.alangkah peritnya. Hati dan perasaanku hanya bergantung pada Allah sehinggalah aku tidak sedarkan diri. Aku terbaring seperti mayat yang terdampar di atas bumi”

“ tidak! tidak! Mana Tuhanmu? Panggilllah dia untuk melepaskan kamu dari tanganku. Cuba kau panggil Jamal Abdul Naseer, kau akan lihat apa yang terjadi,” teriak Shams Badran.

************************************

“ pintu penjara air dibuka. Aku lihat di belakang pintu itu ada penahan air daripada besi yang tingginya lebih semeter. Sofwat menyuruh aku membuka pakaian dan melompat ke penahan air itu. Aku terpegun oleh rasa ketakutan dan tidak sanggup bergerak walau selangkah.”

“ aku sama sekali tidak akan membuka pakaianku”

“ kau mesti turun ke dalam air itu dengan memakai sehelai pakaian sahaja."

“ aku akan koyak-koyakkan jilbab itu”

“ kamu sekarang berada di neraka jahannam Jamal Abdul naseer. Bila kau memanggil Tuhan, tiada seorang pun akan menolongmu, tetapi jika kau memanggil Jamal Abdul Naseer! Pintu syurga akan terbuka buatmu. Itulah syurga Jamal Abdul Naseer. Faham?

***********************************

“ lantas dia memberikan tugas kepada dua orang askar itu. mereka diarahkan untuk melakukan perkara yang paling keji, durjana dan sungguh memalukan iaitu merogolku.

“awas, jangan cuba menghampiri aku walaupun selangkah! Kalau kamu hampiri, aku akan bunuh! Kubunuh! Kubunuh! Faham tak? Kataku dengan segala kekuatan yang dikurniakan Allah kepadaku.

Walaupun begitu dia tetap menghampiriku dengan bebrapa langkah. Tanpa disedari, kedua tanganku mencekik lehernya dan aku memekik sekuat hati, “ Bismillah, Allahu Akbar.” Aku menggigit lehernya dengan sekuat-kuatnya. Tiba-tiba dia terlepas dari genggamanku dan jatuh terjelepok di tapak kakiku dalam keadaan tidak berdaya.

****************************************

“ Bilik no24 adalah penjara yang ditengahnya terdapat api yang menyala-nyala. Setiap sudutnya ada empat orang askar yang berdiri dengan tangan masing-masing memegang tongkat seperti lidah ular yang akan mematuk.

“ Seorang askar mengait aku dengan tongkatnya dan memerintahkan aku supaya pergi di tepi api yang sedang marak itu. Apabila aku mendekati api yang sedang marak itu, aku dikawal oleh askar yang kedua. Api itu terus berkobar-kobar mengeluarkan bahangnya. Lidahnya seoalah-olah menjilat tubuhku. Lebih kurang 2jam aku berada dalam bahangan api. Kedua-dua deraan itu benar-benar menyeksa jiwaku…sungguh perit sekali..

“ Aku melihat dua orang jurugambar dengan kamera masing-masing. Mereka menyuruhku meletakkan betis di atas betis dan meletakkan sebatang rokok di mulutku untuk diambil gambar.

“ Mustahil aku memegang rokok! Tidak di tanganku atau di mulutku!" Jawabku.

Lantas mereka mengajukan pistol di belakang dan di kepalaku sambil mengugutku supaya memegang rokok, tetapi aku tetap menolak. Aku mengucap dua kalimah syahadah.

“ buatlah sesuka hatimu. Aku tidak akan menurut perintahmu,” kataku lagi.

*******************************************

“ kamu dikatakan hendak membunuh Jamal Abdul Naseer bukan?” katanya lagi.

“ orang yang sibuk dengan dakwah kepada agama Allah dan untuk mengembalikan umat islam kepada kehidupan kemanusiaan tidak memperdulikan perkara yang remeh-temeh seperti ini. Suatu hari nanti, apabila umat Islam kembali kepada agamanya dan bangkit semula kepada hakikat hidup yang sebenarnya, perkara sebegini akan berakhir. Secara natural, umat akan meninggalkan arus terkutuk yang menyembah syaitan dalam berbagai bentuk dan menyesatkan ini. Arus tersebut telah menghanyutkan umat ini seperti buih-buih dibawa banjir,” jawabku.

*******************************************

Aku bertanya kepada ikhwan tentang hukuman yang telah dijatuhkan kepada Sayyid Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan Ikhwanul Muslimin yang lain.

“ mereka adalah para syuhada’ fi sabilillah,” jawab mereka.

Fahamlah aku bahawa semuanya dihukum gantung

“ wahai tuhanku, terimalah jihad kami di jalan daulah Islam yang akan melaksanakan hukum al-Qur’an dan As-Sunnah InsyaAllah. Doaku penuh mengharap.

“ bagaimana kamu ya ukhti Zainab?”

***************************************

3 Pendapat:

Unknown said...

salam, subhanallah...

betapa peritnya penderitaan beliau...
apalah kiranya cabaran yang kita hadapi untuk memperjuangkan dakwah berbanding beliau...

NuRizZ said...

wa'alaikumussalam

insyaAllah, buku-buku macam ni harus jadi bacaan wajib kita. buat booster untuk naikkan semangat kita untuk lebih istiqamah dalam jalan dakwah yang kita pilih.

semangat ikhwan muslimin belum tertanding lagi dengan kita. sepatutnya kita harus menjadi penerus perjuangan mereka.biar nanti apabila dibangkitkan kelak kita berada sebaris dengan mereka dengan cahaya seorang mujadid dan syuhada'

Allahu Akbar.

Bashir IbnDzul said...

ada lagi jual ke buku ni? ana ada jumpa buku ni kat rumah, mak ana pinjam kat perpustakaan..