CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 12, 2008

KALAU BUKAN KERANA...

antara syariatullah dan sunnatullah
ia tak mungkin dipisahkan

“Maaf, saya tak dapat pergilah, nak kena tolong kakak kat rumah, lagipun sekarang ni pecah rumah.maaf ya, tolong kirim salam kat kak aisyah k.”

Sahabat saya reply. Alahai, nak ajak siapa lagi ya.

Setelah beberapa sahabat yang saya sms, akhirnya seorang uhkti menyatakan persetujuannya untuk sama-sama ke tamrin kefahaman Islam. Syukur Illahi. Kalau diikut rasa malas dan sakit saya yang tidak menentu, saya tidak perlu bersusah payah menaiki teksi, kemudian naik komuter selama sejam, kemudian tukar pula menaiki putra di KL Sentral ke stesen Damai untuk ke Surau Ansar. Tambah pula dengan keadaan hujan lebat yang lebih membataskan pergerakan saya.

Izzah, ingat..nak dapat yang berharga, perlu pijak duri-duri, perlu berhempas melawan ombak, perlu puas menghukum diri dengan keletihan dan kesakitan. Itu motivasi saya apabila ada syaitan yang memujuk-mujuk agar bermanja diri merehatkan tubuh di rumah. Sesekali watak Fahri dalam Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman terlayar-layar dalam ingatan ketika dia mahu talaqi bersama Syeikh Utsman. Apabila membaca biar ada amalnya bukan?

“Hey, kau kan baru habis exam, tengok kawan-kawan kau, dah seronok rehat-rehat tengok TV, tidur tak bangun-bangun”.kerja siapa lagi kalau bukan syaitan!

Sebelum berangkat, saya teragak-agak sama ada ingin membawa ubat bersama atau tidak. Erm, Cuma 2 malam. Tak perlu rasanya. Alhamdulillah, apabila sampai di stesen Damai, saya dijemput seorang ukhti dengan kereta. Itupun kerana hujan. Jika tidak, dia tidak perlu bersusah payah menjemput saya. Lagi puas berjalan kerana lagi bertambah sebab saya untuk berasa letih. Pelik bukan mengapa begini ayat saya?

Tiada sebab untuk saya berkata letih sekiranya saya belum puas meletihkan diri dengan tulang 4 kerat saya.

Seperti yang saya sangka, sakit saya mula menjadi, saya semakin sukar untuk bangun dan bergerak. Apabila ingin menoleh, bagai terasa otak di dalam berlaga dengan tempurung kepala. Sakit kepala makin menyengat bagai dihurung tebuan..Tumpuan saya pada slot malam itu hampir terganggu. Ya Allah, aku ke sini ingin menuntut ilmuMu, maka redakanlah sakitku agar aku dapat apa yan aku inginkan. Itu saja doa saya. mungkin kerana saya berasak-asak dalam tren tadi dan banyak bergerak mengundang migraine kembali. Memang ini satu kelemahan fizikal saya.

Mujur ada sahabat-sahabat yang berselang-seli mengurut saya. Kasihan mereka. Kerana saya mereka perlu membuang masa mengurut saya. Sedangkan lebih banyak ibadah khusus yang mungkin mereka rancang untuk diri mereka. Tambah pula esok harus bangun sepertiga malam untuk meraih tahajud. Kami diberi beberapa potong ayat untuk kami hayati sebelum tahajud esok. Mudah-mudahan, hati akan bersama dalam sujud tahajud dengan memahami maksud-maksud ayat yang akan dibacakan.

Esoknya, sekali lagi saya berasa iri kerana tidak dapat menyertai akhawat untuk riadhah. Saya masih tidak dapat bergerak banyak, cuma hanya mampu duduk di kerusi melihat mereka bermain satu game yang unik. Mungkin! Jika dulu kita kenali dengan baling selipar tetapi game yang ini lebih kurang sahaja. Cumanya satu grup harus menjadi HAMAS, satu lagi harus menjadi Zionis.

Grup HAMAS perlu mendirikan semula kayu-kayu yang dirobohkan supaya dapat berdiri elok, erm, ibaratnya seperti mendirikan Masjid Aqsa. Manakala grup Zionis perlu menyerang grup HAMAS bagi menghalang mereka daripada membina ‘masjid’ tersebut. Yang menariknya lagi, setiap ahli grup dibeberikan bungkusan air kosong sebagai bom. Siapa yang kena harus quit dari perang! Basah habis pakaian akhwat semua!

Hampir tertawa juga saya melihat akhwat yang bersungguh memainkan watak mereka. Yang zionis memang Zionis. Degil dan cuba mencari helah. Tak kalah juga yang HAMAS tanpa peduli akan serangan Zionis bersemangat membina ‘masjid’. Saya kerjanya melihat dan menjaga laptop untuk memutarkan lagu jihad untuk lebih menghidupkan suasana. Jadilah, tak dapat rasa nak berjihad di palestin, jihad dalam game pun masih mampu menjentik semangat kami untuk memburu syahid. Mana tau satu hari nanti!

Slot tarbiyyah dari Ustaz Emran lebih menghidupkan hati saya. Munkgin sakit kepala saya tidak begitu menjadi-jadi, cuma sesekali ia memberi isyarat akan menyerang kembali. Terasa rohani saya benar-benar terisi setelah lama kosong selama menjamu hati dengan ilmu-ilmu dunia. Inilah masanya untuk saya santapkan rohani yang gersang dengan nur. Datanglah cahaya, menetaplah cahaya, kerana hati ini memang untuk cahaya!

“izzah, tiada soalan ke? Dok senyum saja dari tadi..camna nak jadi lawyer kalau dok senyum ja masuk court nanti?” ustaz menegur selepas habis ceramah.

Aish, macam mana ustaz tahu saya senyum..urmm..kebetulan saya sebenarnya sedang mengatur ayat untuk bertanya tetapi buntu nak mengeluarkan kata. Ustaz kemudian beralih pada ukhti yang lain. Kemudian kembali balik bertanya saya mengharap pertanyaan daripada saya. Saya cuba. Berbelit juga saya mengatur kata.aish..

“ni yang payah ni kalau bagi lawyer cakap, memang susahla ana nak jawab, pusing sana-pusing sini”. Akhawat yang lain ada yang tertawa.

Itulah ustaz, pantang kalau suruh saya bercakap, takut terpanjang cakapnya nanti.hehe. Setelah selesai Zohor, kami berpindah ke tingkat atas masjid untuk 2 slot terakhir. Mungkin slot ini lebih realistic di mana inilah masanya untuk kami meluah rasa dan masalah yang membeku dalam hati kepada murabbi. Macam-macam rupanya masalah akhawat ini di sebalik ketenangan dan senyuman mereka. Dari masalah keluarga sehinggalah masalah jodoh, kami sama-sama kongsi. Saya sendiri entah mengapa menjadi kaku untuk meluah rasa. Namun ada seorang ukhti yamg mengetahui dilemma saya dan cuba bertanya bagi pihak dia sekaligus diri saya. Syukran ukhti.

Agak membantu, tetapi hati saya masih belum terbuka untuk memikirkanya dengan lebih lanjut. Syukran Mak Cik Zah. Jika ada masa ana akan terus hati ke hati dengan mak cik. Mungkin saya masih berasa segan untuk berkongsi hal peribadi secara terang-terangan.

Jam 5, tamrin berakhir. Rancangnya mahu ke bookfair di PWTC, tetapi saya harus membatalkannya dengan sahabat saya kerana kesihatan yang kurang elok. Saya becadang untuk bermalam di rumah adik di UM dan akan ke PWTC esoknya. Maafkan ana enti..ana akut lebih menyusahkan enti kalau kita terus ke bookfair nanti. ana tak sihat dan kali ini ana kalah dengan penyakit letih. Untuk memujuk hatinya, saya memberinya buku yang saya bawa bersama untuk bacaannya di rumah. Boleh kan enti?

Di rumah adik, saya tidak lama dapat bersembang dengan adik, saya terlena awal sambil mengulang membaaca Ayat-Ayat Cinta. Walaupun sudah bebarapa kali membacanya, saya terpanggil-panggil untuk mengutip semangat fahri agar hidup dalam jiwa saya agar saya tak mudah kalah dengan pujukan hati untuk bermalas-malasan.

Esok harinya, kepala saya lebih segar. Saya mengatur list buku-buku yang ingin dibeli. Saya buka dompet. Erm, macam perlu tekan duit lagi ni. Tak mengapalah, berbelanja lebih sikit untuk ilmu, tak rugi mana pun. Terbayang-bayang nanti akan sebuah mini library yang akan saya khaskan apabila saya sudah punya rumah sendiri. Maka dari sekarang saya harus berulat buku. Tapi jangan sekadar ulat, biar ulat yang mampu memberi benang.

“ kamu tahu mana buku ni, memang ada promosi kat luar ke?” Tanya cashier gerai Galeri Ilmu pada saya. Mungkin dia hairan apabila melihat saya membeli buku pertama Ustaz Hasrizal sebanyak 4 buah yang baru saja keluar di pasaran

“ saya membacanya di blog, lagi pun ni ada kawan yang pesan, ramai yang kata best” sekadar saya membalas. Sementara menunggu adik, saya duduk membelek-belek buku Ustaz Hasrizal yang lebih dikenali dengan Saifulislam ini,ya judulnya.. aku terima nikahnya..

Satu muka ke satu muka, ke satu muka ke satu muka, saya jadi ghairah untuk meneruskannya. Lama-lama tumpuan saya berangkai dari satu bab ke satu bab yang tak mungkin saya hentikan.. Saya telah bertemu dengan selera saya! Bukan sekadar cerita cinta dan nikah, bahkan ia merangkul seluruh generasi hamba di muka bumi untuk menjadi manusia agar hidup untuk memberi.

Sebuah tulisan yang ditulis oleh hati bukan sekadar pena. Sebuah tulisan yang menyedarkan saya bahawa hidup bukan untuk hak tetapi tanggungjawabyang harus dipenuhi. Sebuah sentuhan seorang suami, ayah juga seorang anak mengatur hikmah untuk direnung oleh mereka yang berakal. Syukran ustaz. Memang sewajarnya ceramah-ceramah ustaz di UIA wajib saya hadiri. Saifulislam, bukan sekadar memberi, tetapi mengesankan!

“akak, buku ni!”.

Saya hampir terjerit gembira. Satu lagi buku tulisan Zainab Ghazali iaitu Hari-hari Dalam Hidupku sudah lama saya cari untuk milikinya sendiri. Buat pembakar semangat saya untuk terus hidup dalam dakwah dan tarbiyyah, untuk saya nyalakan sumbu-sumbu mujahadah nafsi dalam diri, bagi booster saya untuk lebih berani bertindak kerana benar.

Juga saya bertemu dengan buku dari Indonesia, ‘nikmatnya pacaran setelah nikah’, buat menghapus dan mengontangkan keteringinan saya untuk bercinta sebelum bernikah. Juga menjadi bahan untuk saya memimpin mutarabbiyah agar menjauhi penyakit cinta ana-enti yang mengajak kita untuk menderhakai Allah.

Alhamdulillah. Sempat juga saya membeli buku Faisal Tehrani untuk menambah koleksi, juga buku terbaru Fauziah Ashari pesanan daripada sahabat saya. Beruntung lagi saya apabila saya terus dapat bersemuka dengan kedua-dua penulis ini. Cumnaya agak tak terjawab saya apabila Faisal Tehrani bertanya, mengapa dah lama sepi tak nampak karya saya di media? urmm..tiada jawapan! kalau sibuk, banyak manusia lain yang lebih sibuk. Begitulah, kadang-kadang ada perkara yang tiada jawapannya. Ia hanya berlaku dan ya lah hanya berlaku!

Untuk adik-adik, saya lebih memilih untuk membeli buku-buku latihan pelajaran mereka dan CD Muhammad Utusan terakhir , sebuah animasi mendidik jiwa buat mereka. Harap-harapnya, mereka lebih cepat mengingati sirah Rasulullah melalui animasi sebegini. Itulah sunatullah kanak-kanak, akan lebih tertarik jika medium pengajaran lebih berwarna dan bergerak dengan latar dialog yang mudah difahami. Mungkin ini yang harus dipraktikkan dalam sistem pendidikan Negara kita?

Erm..saya hentikan di sini dahulu. Idea-idea lain sudah beratur menanti giliran. Inilah akibatnya apabila sudah habis exam..banyak isu yang berputar memohon untuk diketengahkan. Mungkin selepas ini saya akan buat entri khas tentang pengisian tamrin yang saya hadiri. Ia memang perlu, semoga terjawab di akhirat akan apa yang saya lakukan dengan ilmu yang diperolehi. Ini nikmat yang harus dikongsi bukan harus disimpan menjadi pekasam lantas hilang dikikis dosa.. urmm…

4 Pendapat:

Anonymous said...

salam..nti, jelesnya ana..mane nk dpt jgk buku tu ni..agaknya dia pasarkn ke seluruh negeri tk??nk suh adik ana tlg beli..anyway teruskan usaha nti membaca buku-buku yg mcm tu..ana pun bleh dpt rasa kesannya apbila kita mmbaca buku2 yg mmg dpt manaikkn semangat kita utk berjuang demi agama...teruskan ye...
salam dari perantauan..

p/s:jaga kesihatan elok2..pastu br bleh berjuang dgn sepenuh kekuatan..semuanya dtg darinya..

"sakit yg wlwpun terkena duri itu pun menghapuskn dosa-dosa kecil"

Raihan Mustafa KamaL said...

Ai buku sampai 4. Tak leh tahan..huhuhu. Jangan lupa bagi orang tu baca. Hope ada perubahan.

Miss_Nie said...

salam. saya suka baca blog akak...teruskan perjuangan...didoakan moga sihat selalu...amin...

NuRizZ said...

assalamu'alaikum,

saya baru balik dr melaka, pergi ziarah sdra di sana. kebetulan sepupu bru balik dari umrah. buat sepupu sya, syukran atas pemberian dr tanah suci.

to nurilahi,
tu ana tak tau..ana pun nak tambah beli lagi satu ni.rasanya boleh try cri kat mph ke or pustaka mukmin ke.tak pun nt p blog saifulislam n leave msg tny pasal jualan buku 2.

erm, insyaAllah, ana akan jga kesihatan..tapi puaskan kalau kita sakit ketika berada jalanNya. Puas lagi kalau kita terus mati di JalanNya..urmm..

to rehan,
huhu, insyaAllah, nanti if jumpa ceq bagila ea. selamat bertalaqi di syria nnti.rajin2 hantar kabo ye..=)

to nurul insani,
thanx dik, bleh kenalkan diri dik..insyaAllah, tulisan yang biasa2 je..harapnya berbekas di hati pembaca. jom sama2 memberi!