CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 25, 2008

DaRI waNIta unTUk WAniTA


wahai permata antara kaca
lihatlah panorama dunia
wanita bagaikan hilang rasa malunya
maruah yang menjadi maharnya
tergadai sia tiada berharga


di manakan budinya, di manakah akhlaknya
sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
santun tiada lagi, nafsu memimpin diri
kehormatan diri tidak peduli


wanita..
mari menginsafi kepada asal fitrah kejadianmu
diciptakan untuk dihormati
sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
kembali kepadaNya
kembali kepada RasulNya
pasti dihadirkan taufik hidayahNya


wanita..
kembalilah ke arah kemuliaan
contohi peribadi ummul mukminin
Rasulullah dijadikan suami
tertawan kerana keluhuran pekerti
bukan kerana harta dan nama
tetapi kerana budi yang disanjungi


wanita..
perhiasan dunia
bagai kilau permata antara kaca
sayangnya makin pudar cahayanya
hingga tiada beza antaranya..



lagu : Dilema, Hijjaz.



wahai wanita, jika kalian bukanlah saudara seakidah saya, secebis kepeduliaan pun tidak saya berikan kepada kalian. jika saya bukanlah wanita seperti kalian, tidaklah perlu saya bertarung dengan hati beristighfar melihat pakaian kalian yang mengaibkan, melihat lenggok manja kalian encemar diri kepada lelaki jalanan. Sayangnya..mengapa menjadi mudah dan murah untuk lelaki, bukan lagi seperti mawar yang menanti sang kumbang mujahid bahkan menjadi mawar yang terbang mencari kumbang tanpa rasa sedikit malu..



Sungguh! jika bukan kerana Allah menghidupkan saya untuk mencegah yang mungkar, tidaklah saya kisah perihal kalian yang semakin hilang malu dan maruah diri. Andailah akhirnya saya dijanjikan syurga, tidaklah perlu saya takut andainya saya dicampak ke dalam neraka kerana keredhaan saya melihat maksiat tapi saya hanya berdiam diri.



Melihat tangisan seorang sahabat kerana kegagalannya untuk menegur dan menasihat wanita yang hilang sudah harga diri, saya lebih berasa teramat malu dengannya kerana betapa lembut hatinya memikirkan masalah umat. Sedangkan saya? Betapa kesedihan yang tergambar daripada wajahnya mengingatkan saya sebagai seseorang di bumi Allah. Bukan sekadar binatang ternakan yang digambarkan Allah terhadap mereka yang hidup tanpa tujuan.



Bangkitlah para Daei, sebarkanlah nasihat, terbitkanlah sensitiviti untuk memperbaiki umat kerana kalian bukan diciptakan semata-mata untuk perbaiki diri sendiri. tetapi telah diciptakan kalian dengan satu tanggungjawab yang teramat berat, sedang gunung tidak sanggup memikul amanahnya, lantas kita bersungguh menyanggupinya. Namun, di manakah kesanggupan kalian? jika hanya melihat maksiat dan meredhainya atas alasan belum cukup keberanian untuk menegur.



teruslah dan teruslah dengan kelemahan kalian jika kalian punya jawapan di hadapan Allah nanti. kerana saya seorang Islam, saya harus peduli tentang agama saya, agama kalian juga!

1 Pendapat:

Anonymous said...

" barangsiapa yg melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu cukuplah dengan lisan (nasihat) dan jika tidak mampu juga, dengan hati ( iaitu benci terhadap ma'siat tersebut) namun ia adalah selemah-lemah iman".....semoga kita diberikn kekuatan olehNya untuk menyampaikn kebenaran..insyaALLAH..terima kasih ya ukhti krn memberikn ana lebih semangat utk menegakkn kebenarn...