CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 1, 2008

SANGGA BUAT NUR




KIRMIZI SENJA

Khabarkan aku senja,
Andai semilir itu
Menghembus narwastu rindu
Andai samudera itu
Menjirus laksa cinta
Dan syukur itu kembali
Dari daerah tahajjud
Buat aku,
Yang khali dalam ada
Yang nyali dalam duga

Khabarkan aku senja
Buat aku
Seorang musafir
Rebah menyulam rasa


-nurizz-

Saya kesip-kesip mata yang sudah mulai memerah. Mengantuk. Sejak 3hari bermula semester 3, baru malam ini mata saya benar-benar mahu menyerah. Jika tidak, hampir tiga hari saya tidak dapat tidur langsung. Mungkin kerana pindah tempat baru, jadi badan ini masih kurang selesa menyesuaikan diri.

Handphone saya vibrate. Mesej. Saya lihat jam 12.15 pagi. Siapa ya?

“ Iz, dah tido?”. Baru tadi terfikir-fikir hendak mesej dia. Tangguhkan dulu kata hati saya

“ belum, kenapa Nur?”. Hanya sekadar. Mata sudah pujuk-pujuk untuk dipejam.

“ Iz, tolong nur, berat sangat ujian yang Allah bagi ni, kadang-kadang Nur rasa lemah semangat”.

“ apa dia Nur, ceritalah eh, Iz cuba tolong.”Saya menyusun beberapa telahan. Harapnya tiadalah yang berat sangat.

“ Nur kena dismiss”.

Buku di tangan terlepas. Saya terus bangun dan membuka mata seluas-luasnya melihat mesej tadi. Harapnya mata saya yang ralat. Baki kredit. RM3.55. Mahu mesej bagai tak patut. Nur mungkin mengharapkan suara saya mententeramkan jiwanya. Hari ini, sahabat saya sangat memerlukan saya, mungkin nantinya saya. Saya buat supersaver satu jam. Cukup rasanya.

Lambat dan bergetar salamnya. Saya layan dahulu sedihnya yang memberat. Memang berat juga saya dengar. Daripada ceritanya dia tidak dapat daftar semester 3. Kemudian usahanya ke pejabat Admission and Record untuk merayu untuk dimasukkan kembali ke UIA gagal. Akhirnya, dia mengalah dengan mengemas kembali barang-barangnya untuk berpindah dari UIA. Semuanya kerana pointer keputusan peperiksaan yang lalu membuatkannya harus mengangkat kaki.

Di sini saya harus menjadi sahabat. Yang menguatkan bukan melemahkan. Saya harus nyatakan yang jujur lagi benar. Saya tahu tidak mudah menenangkan hati yang galau begini. Siapa yang tidak sedih kena dismiss. Senang cerita, harus berhenti belajar setelah berhempas pulas melayakkan diri ke university. Begitu sahaja. Selama sejam saya bermain dengan emosinya, saya cuba tiupkan semangatnya yang hanya tinggal bara merah agar terus membakar jadi api. Hikmah itu jika kita ikhlas. Tuhanlah menilai saya.

APABILA MAHU BATU MENJADI KUAT, MAKA BAKARLAH IA DENGAN API HINGGA AMPUH TAK TERPECAH, BEGITU JUGA DENGAN MANUSIA, JIKA MAHU MENJADI KUAT, HARUS DIBAKAR DENGAN SERIBU UJIAN AGAR TAK MUDAH MENYERAH DENGAN CABARAN.

BERLAGAKLAH MACAM AHLI SUFI.

Nur, ada dua perkara yang nur harus lihat apabila diuji begini. Pertama, ujian ini sebagai amaran atas cacatnya hubungan kita dengan Allah dan ujian untuk menilai sejauh mana Nur dapat bertahan melepasi test untuk orang-orang beriman. Nur, kadang-kadang kita harus menjadi ahli sufi. Apabila hanya selipar yang dipakai terputus, lekas-lekas dia berbalik merenung, apakah tadi aku lakukan kesalahan sehingga ditegur begini? Cepat-cepat dia beristighfar memohon belas Allah. Begitu sekali hatinya sensitif dengan dosa-dosanya.

Lihat bagaimana hatinya terlalu erat hubungnya dengan Allah. Jika kita bagaimana, kalaulah kita kemalangan pun belum tentu kita seperti ahli sufi. Banyaknya yang mengeluh menyalahkan takdir. Engkau tak adil ya Allah. Kenapa aku? Apa salah aku? Bongkak bukan jika begini akhlaknya dengan Allah.

Lalu Nur, dengan rasa jujur yang melimpah-limpah, kenangkan dosa-dosa yang mungkin Nur lakukan. Tak usah beritahu Iz. Nur sendiri yang cakap dengan hati, kemudian berhubunglah dengan Allah sepertinya ahli sufi. Nah, Allah sudah hadiahkan Nur taubat,ambillah. Berjanjilah dengan Allah yang Nur akan berubah sesungguh-sungguhnya. Mintak lagi Allah kuatkan hati Nur untuk berubah. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ayat yang setiap permulaan pekerjaan Allah syaratkan jika mahu amalan itu berpahala. Lihat, betapa utamanya sifat Allah yang pengasih lagi penyayang!

“APABILA ALLAH TIDAK BERI APA YANG KITA INGINKAN, ALLAH BERI APA YANG KITA PERLUKAN. HE KNOWS BETTER”

SALAHKAN DIRI NUR..

Itu part yang pertama Nur. Sekarang Iz cadangkan Nur check pula kelemahan diri dan punca-punca kegagalan Nur. Di sini Nur perlu jujur lagi. Jika mahu lebih praktikal, ambil kertas dan pen, kemudian senaraikan semua perkara tersebut. Sebenarnya Nur, tiada siapa yang tidak pandai. Apatahlagi apabila kita sudah terpilih sebagai orang yang berjaya belajar sampai ke peringkat ijazah.

Cumanya, kadang-kadang kita ini terbawa-bawa sifat awal remaja ketika di sekolah menengah. Tidak serius, bergantung pada orang lain, malas-malas, manja-manja, gelojoh dan sebagainya. Ini benar Nur. Semua orang merasakannya ketika memasuki peringkat awal dewasa. Bagi yang bijak memilih suasana untuknya mengikis sikap-sikap tadi dan membangunkan diri dengan ciri-ciri kedewasaan, semestinya dia akan lebih berjaya dalam mencari dewasa.

Nur, nothing happen without reason. Mungkin sebab Nur kurang disiplin dalam studi. Ada jadual tetapi tidak memberi komitmen sepenuhnya pada jadual studi. Mungkin juga Nur banyak terlibat dengan program sehingga abaikan studi. Jangan kata pula aktif berprogram itu penghalangnya, tetapi sikap kita yang tidak tahu hendak mengutamakan yang mana lebih utama itu besar silapnya. Atau Nur kurang aktif dalam kelas atau banyak bertangguh kerja.

Biasanya kita ini, apabila di dalam kelas gagal untuk memahami apa yang diajar, kita malu hendak bertanya. Tiada masalah. Mungkin kita ini sifat malunya sudah tahap giga. Tetapi, selepas itu harus terus bekejar jumpa lecturer personally. Ha, tiada siapa dengan Nur. Kalau malu lagi..hmm. Sekarang ini, tinggal Nur hendak cedok semua ilmu lecturer itu. Yang kusut cepat-cepat leraikan, yang bingung lekas-lekas perjelaskan. Bonus lagi untuk Nur kalau lecturer semakin senang dengan Nur.

Percayalah Nur, apabila orang bertanya tentang apa yang kita sampaikan, semestinya dia mendengar apa yang berbuih-buih kita bercakap tadi. Begitulah bagaimana seorang pensyarah rasa dihargai. Katakanlah nur tersalah jawab dalam peperiksaan, apakah sebagai seorang manusia apabila dia sudah senang dengan seseorang dia tidak akan tertarik untuk membantu orang itu?

Begitu juga pensyarah, ciri kemanusiaan yang merupakan sunnatullah itu akan terangsang untuk mengasihi dengan memberi belas kepada orang disukai. Mengakukan? InsyaAllah, kerana pensyarah menilai kesungguhan Nur untuk memahami, maka di situlah hadirnya bonus untuk Nur, bukan markah kasihan ya.

“APABILA KITA BERJAYA, ITU ADALAH DARI ALLAH, TETAPI JIKA KITA GAGAL ITU ADALAH KERANA DIRI SENDIRI”

MENGALAH BUKAN BERERTI KALAH

Andai kata Nur sudah buat sehabis baik dan beberapa kali mencuba, dan Nur rasa undang-undang bukanlah tempat Nur, di sinilah mengalah bukan bererti kalah. Ada banyak jenis manusia nur dalam dia mengolah masa depannya. Pertama, ada yang sangat minat tetapi keupayaannya dalam menterjemahkan minatnya adalah rendah setelah seribu percubaan.

Kedua, ada yang minat dan keupayaannya menterjemahkan minatnya tinggi, tetapi terhalang dengan sikap-sikap negatif sehingga menyebabkannya gagal. Ketiga, ada yang tidaklah minat sangat, tetapi keupayaannya untuk survive tinggi atau senang cerita he is gifted. Dan terakhir, ada yang tidak minat dan memang tidak mampu hendak survive kerana dorongan rasa tidak minat tersebut.

Jika Nur yang jenis yang kedua, di situ Nur perlu membuat hijrah yang luar biasa terutama dalam study habit. Harus all out 100% dalam menggandakan usaha. Ini adalah salah diri Nur sendiri kerana menganugerahkan kegagalan buat Nur. Tetapi jika Nur jenis yang pertama, ini baru ceritanya. Adakala kita harus akur, kita bukanlah lemah apabila kita gagal memiliki sesuatu apa yang kita inginkan, bahkan kita adalah lebih kuat apabila kita dapat menerima kenyataan bahawa sesuatu itu bukanlah milik kita.

Maka, carilah tempat lain untuk kita membina kekuatan kita. Bukan kita mengalah Nur, tetapi kita harus bijak dalam mengatur masa depan. Harus agresif mencari peluang untuk kita memberi untung pada diri. Mungkin di sini Iz ingin berterus terang untuk Nur tukar jurusan yang mungkin lebih menepati selera upaya diri Nur.

Mungkin selepas itu, Nur akan menemui Nur adalah jenis yang ketiga, atau lebih baik lagi Nur sudah menjadi minat dengan jurusan tersebut dan sekaligus terserlah potensi Nur untuk berjaya di situ. Kerja Tuhan, siapa tahu. Pokoknya, Nur jangan takut mencuba, tetapi harus selepas Nur menganalisa lebih dan kurangnya jurusan tersebut selari dengan plan hidup Nur.

“ KADANGKALA ALLAH HILANGKAN MENTARI, KEMUDIAN DIA DATANGKAN GURUH..PUAS KITA MENCARI DI MANA MENTARI KITA, RUPA-RUPANYA ALLAH HENDAK HADIAHKAN KITA DENGAN PELANGI INDAH..SABARLAH WAHAI INSAN, ADA KEMANISAN SETELAH SERIBU KEPAHITAN.”

Akhirnya Nur, sekadar ini Iz mampu memberi. Jika Hassan AlBanna mengatakan bahawa serendah-rendah ukhwahfillah itu adalah berlapang dada dengan sahabatnya dan setinggi-tinggi ukhwah itu adalah sifat ithsar, iaitu mengutamakan sahabatnya daripada dirinya, khabarkan pada Iz dalam masalah Nur begini, harus bagaimana Iz mampu mencapai setinggi-tinggi ukhwah antara kita. Tidak cukup sejam itu Iz rasakan.

Maafkan Iz..Doa Iz selalu ada buat Nur juga sahabat-sahabat lain yang terlalu hidup dalam hati ini..

P/S : Nur bukanlah nama sebenar tetapi wataknya benar. Kepada ‘Nur’ yang sebenar, tujuan tulisan ini adalah untuk motivasi buat mereka yang diuji seperti ‘Nur’. Untuk Fatyn yang menanti sambungan entri muwassofat, maaf ya, akak tangguhkan dulu selepas KONSIS. Rasanya seperti ada keperluan untuk akak dahulukan entri yang ini.

6 Pendapat:

Anonymous said...

salam...
blog ni kdg2 beri 1 kekuatan pd sy dlm meneruskan perjuangan...kdg2 sy leka dgn hidup,leka n abaikan study...dlm jiwa,rasa gundah selalu bertandang...rasa marah pd diri sntiasa hadir...rasa syukur seolah2 xpernah dipanjatkan,na'uzubillah...jiwa ini terlalu dambakan ketenangan dan nur dari Allah...jiwa ini perlu disuntik n dibakar...kdg2,sy rasakan penyuntik n pembakar tu tiada bersama sy...dpt sy rasakan bahgia insan bergelar 'nur' tu mendapat shbt bernama 'iz' yg terlalu jujur n kasih pd shbt...kekuatan tu seolah2 dpt meresap jauh kedlm jiwa ini,thanx n syukur pd Ilahi...insyaAllah mg2 Allah berkati kalian...

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam rindu ilahi,
SYUKRAN.

saya juga bukannya seorang yang begitu kuat. tulisan yang saya tulis ini adalah sanggat buat saya juga.

begitulah, apabila bercakap atau menasihati sangat mudah, tetapi apabila diri sendiri yang rasa, subhanallah, maha hebat ujian yang dirasakan.

sesungguhnya dengan kata-kata dan nasihat yang kita pernah berikan pada orang itu yang akan menjadi tamparan pada diri kita balik. di sini saya meletakkan diri saya.

insyaAllah.

ingatlah, apabila kita menerima ujian tandanya Allah sentiasa memerhatikan kita. ianya mungkin tidak mudah dibayangkan bagaimana kita diperhatikan. tetapi, anggaplah Dia hidup dalam darah kita.

semoga tabah ya.!

Anonymous said...

Subhanallah..tersentuh hati mbaca entri yang ini..
buat tazkirah pada diri untuk sambung pengajian lepas ni..
dan untuk 'nur' dalam kisah ni,sy kagum dgn kekuatan dlm dirimu yg Allah maha tahu sehingga Dia beri ujian sbgini.. sy turut mdoakan agar diberi quwwah yang luar biasa untuk mhadapi segala tribulasi..yang mana Dia lah sumber quwwah itu~ teruskan meminta..dan terus meminta..
kerna percayalah pd janjiNya, Fa Inna Ma'al 'usri Yusra..
usikum wa iyyaya, inshaAllah..
ttg entri muwassofat tu,takpe kak izzah..utamakan yang lebih utama..:) doakan kite jugaaak..

NuRizZ said...

2 fatyn,

insyaAllah akak tengah dok rangka entri untuk muwassofat. nak tulis kene kreatif takut orang bosan. tambah pula tajuk tu agak berat dan serius.

sekarang ni agak buzy dengan kelas dan kerja2 luar. jadi, agak kesuntukanmasa nak update. maaf ya jika lambat k.

uhibki fillah ukhti!

Anonymous said...

assalamua'alaikum

APABILA MAHU BATU MENJADI KUAT, MAKA BAKARLAH IA DENGAN API HINGGA AMPUH TAK TERPECAH, BEGITU JUGA DENGAN MANUSIA, JIKA MAHU MENJADI KUAT, HARUS DIBAKAR DENGAN SERIBU UJIAN AGAR TAK MUDAH MENYERAH DENGAN CABARAN.

ana sagt suka entri ini...sbb ana pun ada masalah..terima kasih pada kekuatan yang diberi..
kekuatan dirimu mampu memberikan sinar kekuatan pada diriku jua..
smoga ukhuwah hingga ke syurga..
ana syg nti (jujur ni....:-) )..

Anonymous said...

assalamua'alaikum

APABILA MAHU BATU MENJADI KUAT, MAKA BAKARLAH IA DENGAN API HINGGA AMPUH TAK TERPECAH, BEGITU JUGA DENGAN MANUSIA, JIKA MAHU MENJADI KUAT, HARUS DIBAKAR DENGAN SERIBU UJIAN AGAR TAK MUDAH MENYERAH DENGAN CABARAN.

ana sagt suka entri ini...sbb ana pun ada masalah..terima kasih pada kekuatan yang diberi..
kekuatan dirimu mampu memberikan sinar kekuatan pada diriku jua..
smoga ukhuwah hingga ke syurga..
ana syg nti (jujur ni....:-) )..