CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 13, 2008

MAAF! LAGI-LAGI KISAH INI.


Maaf jika kalian semua dapati saya menulis tentang ini. Lagi-lagi kisah begini. Saya hanya mahu kogsi, mahu luah, mahu menjentik hati kalian agar bersama-sama merasai apa yang saya lalui. Jika kalian tahu, bagi penulis itu, pembacalah adalah segala-galanya. Apatahlagi pembaca yang mahu berkongsi pandangan.

Begini ceritanya.

Saya diundang ke majlis berbuka puasa yang agak ‘grand’ bersama pegawai-pegawai kelas atasan. Dianjurkan oleh sebuah badan yang membawa misi yang islamik, membuat kerja-kerja yang islamik, dan menyebar ilmu-ilmu ukhrawi. Ya, mudah-mudahan. Saya memilih untuk menjadikan badan ini sebagai sebuah platform untuk saya menggiatkan lagi kerja-kerja dakwah. Ya, mereka menawarkan itu pada saya.

Majlis bermula. Seorang akhi mengalunkan ayat-ayat Allah yang terlalu suci untuk dicemari, terlalu mulia untuk direndahi. Dengan gemersik taranum yang menyentuh hati, ayat itu mengajak untuk kita berpuasa supaya taqwa itu bercambah dalam diri. Berpuasalah hamba-hambaKu, moga kamu menjadi orang yang muttaqin. Ah, gelaran apa yang lagi kita inginkan? Muttaqin di mata Allah!

Tidak cukup itu, pihak majlis mendedahkan misi dan aktivitinya yang sarat dengan citra-citra dakwah, yang membawa mesej keislaman yang membuatkan saya rasa beruntung berada di sini. ( hanya waktu itu saja yang saya rasakan). Disuguh lagi dengan ucapan-ucapan pemimpinnya yang memperjelaskan fungsi dan matlamat badan tersebut supaya mata dan telinga yang hadir berasa percaya dan yakin untuk teruslah bersama mereka untuk sama merealisasikan matlamat yang tercatat dalam buku tetamu di atas meja.

Inilah baru tiba kisahnya.
Kisah yang sebenarnya membuatkan saya tidak lalu untuk menulis kerana saya harus bayangkan kembali perisitiwa ‘ngeri’ ini. Ia berlaku ketika majlis tersebut. Lagi setengah jam mahu berbuka rasanya. Slide show di skrin tertulis ‘signature dance’. Saya dan sahabat menoleh.

“ dance?”

entah, biar betul?”

“ releks, releks, kot-kotla gimik ” Saja mahu memujuk hati. Mungkin gimik rasanya, Ramadhan macam ini, tak kanlah hendak buat kerja-kerja buruk macam ini.

Ah, tidak sampai sejarak dua nafas. Saya menoleh ke atas pentas apabila muzik rancak mula membingit telinga. Ala-ala disco begitu. Kemudian beberapa susuk tubuh manusia yang terdiri daripada beberapa lelaki dan perempuan terkedek-kedek berlari di atas pentas. Kemudian berhenti. Seiring lagu, dan gelek yang terhinjut-hinjut, terkinja-kinja seperti sesak nafas, segerombolan mereka membuat tarian. Dengan pakaian yang ketat lagi sendat mempersembahkan sebuah tarian ‘jelek’ zaman jahiliyyah. Mungkin tepat lagi zaman Firaun.( maafkan saya kerana harus perincikan gaya persembahkan mereka kerana saya mahu beritahu bahawa ini bukan persembahan biasa)

Saya dan sahabat berpandangan. Dahi sudah kerut sejuta mencantumkan kening. Telinga saya sudah kebas. Mata ini lagi-lagilah mahu tersembul. Saya lihat jam, sekejap lagi mahu berbuka. Jika boleh dilihat hati sudah rentung agaknya kerana api marah sudah membakar. Saya tidak senang duduk. Saya mengitari reaksi hadirin. Mungkin saya tidak dapat selami apa gelojak hati mereka. Tetapi semua nampaknya seakan redha. Saya percaya ada juga yang tidak redha dalam hati. Ah, dalam hati, apa ingat Islam itu boleh sampai kepada kita kalau para sahabat asyik redha dalam hati tengok benda jahil depan mata.

Saya buntu. Dalam keadaan begitu apakah mungkin saya bangun dan melaung ketidakpuasan hati agar mereka berhentikan segera tarian jelek itu. Ah, ‘Izzah! Kenapa masih tidak kuat? Kenapa masih takut? Saya jadi terlalu marah dengan diri. Mana semangat untuk tegakkan yang benar. Sungguh! Saya mengutuki hati. Mata saya liar mencari di mana PA system pentas yang boleh membuatkan saya menyelinap dan matikan segala fungsi PA ketika itu. Saya tidak dapat idea. Saya melihat sahabat saya telah bangun meninggalkan kerusinya. Saya tahu benar, dia telah tidak sanggup menghadap kebatilan depan mata. Saya menurutinya. Mungkin kami boleh lakukan sesuatu.

“ Iz?” Dia hilang kata apabila saya memandangnya. Saya menggenggam telapak tangannya.

“ Akak, apa ni? Tak faham! Bukan kita datang majlis berbuka puasa ke? Ke salah majlis or salah hari kita ni?” Saya melampias kebingungan yang berserabut dalam kepala.

Matanya telah merah bergenang air mata. Tahukah kalian, di dalam dewan yang berprestij itu ada berapa ramai lelaki yang berkopiah, bersongkok, ah, juga ada yang berjubah. Lagaknya macam syeikh-syeikh besar. Ada juga muslimat yang bertudung besar menonton acara jahiliyyah di depan mata. Tidak kurang yang saya kenal aktif membuat kerja-kerja dakwah di luar. Apa yang mereka lakukan di situ? Lagi-lagi saya harapkan para jemaah lelaki. Entah mengapa saya sudah hilang langsung hormat pada ‘jemaah’ ini apabila hanya tahu jadi patung batu. Aduhai, maafkan saya, mana kelakian yang dibanggakan?

“ cukuplah kalau Umar atau Abu Bakar yang ada dalam dewan ni, pasti mereka pantas menghunus pedang kerana terlalu ghirah dengan Islam. Ini tarian yang menghina Ramadhan, yang layaknya dilakukan oleh mereka yang nak jatuhkan Islam. Ni siapa mereka yang di atas pentas itu? Bertudung lagi semuanya!”

Saya tidak dapat lagi menjaga ayat. Ini bukan tempatnya untuk menjadi sopan mengatur ayat. Ya Allah, apa yang ingin kau uji sekarang ini? Keberanian akukah? Aku sedang gagal sekarang. Saya menarik lengan sahabat saya menuju ke pintu masuk dewan. Di situ ada sekumpulan komiti program. Mungkin kami boleh cuba yang ini dahulu. Kami menghampiri salah seorang mereka. Ya, kami nyatakan rasa tidak puas hati dan meminta mereka supaya memberi arahan untuk matikan saja tarian itu.

“ Entah, kami pun terkejut. Masa rehearsal kami tak datang tengok.” Balasnya.

Huh, ini bukan alasannya tidak tengok rehearsal. Masa hendak approve program lagi perlu semak betul-betul tentative program. Bukan ‘pakai’ approve sahaja. Kalau sudah dalam tentative itu letak signature dance’, perlu tanya dulu apa jenis dance itu.( kalau hendak ikutkan, kalau sudah ada word ‘dance’ itu, awal-awal lagi haramkan saja persembahan itu). Kalau pula hanya sebut persembahan saja dalam kertas kerja, tiada spesifikasi, perlu tanya dulu, apa jenis persembahan.
Jika belum ada perancangan, perlu follow up sampai ke lubang cacing supaya tiada benda yang pelik-pelik muncul ketika waktu kejadian. Ini perkara basic bagi mereka yang suka berprogram. Entah mengapa saya perlu ajarkan di sini. Pokoknya, saya mahu ingatkan, bukannya kita tidak tahu. Kadang-kadang perangai endah tak endah itu yang menjadi punca.

“ akak, boleh tak minta siapa-siapa komiti yang boleh hentikan sekarang persembahan ni. Nanti burukkan nama badan ini juga nanti.”

“ dah bos tak kata apa-apa pun.” Itu jawabnya.

Kami rasakan bagai mahu pitam. Sudah berbinar-binar mata. Mujur lagi masih bernyawa. Dalam pada itu, segerombolan mereka di atas pentas masih terlompat-lompat melenggok lentok tubuh. Bayangkan berapa lama mereka menjamukan mata-mata dan hati-hati orang yang berpuasa dengan tarian mereka. Setelah itu, tahu apa yang kami terpandang pada sekumpulan komiti itu tadi? Datang salah seorang daripada mereka dari hadapan pentas mendekati mereka dan membuat aksi gelek pula dan sekumpulan mereka pun ketawa terkekeh-kekeh meraikan penghinaan ke atas sebuah bulan yang bernama Ramadhan yang telah Allah janjikan sebagai sebaik-baik bulan.

Apa yang kami berdua boleh lakukan? Kami melangkah dengan tangisan hati yang merintih supaya Allah mengampunkan kami atas kelemahan kami yang tidak dapat hapuskan kebatilan. Kami telah ‘relakan’ Islam dicemar begitu biar dalam keterpaksaan yang Allah saja yang tahu. Kami tidak mahu beralasan ini sahajalah usaha kami. Maafkan kami Rasulullah, umatmu masih lemah meneruskan perjuangan yang sungguh-sungguh kau perjuangkan.

p/s : Mungkin antara pembaca yang merasakan saya seolah-olah menggemburkan ‘amal’ yang saya lakukan. Percayalah, saya mengerah untuk mencari cara penulisan yang dapat memikat pembaca agar dapat menyelami mesej yang ingin saya sampaikan. Tidak lebih daripada itu.

14 Pendapat:

mohad said...

salam... apa khabar....

Anonymous said...

salam anti..dasyatnya..biar btul mcm tu jadinya..Ya Allah apa la nk jadi skrg..klau jemaah yg bawak msg agama ini pun dah smpai tahap mcm ni, mmg tkde harapan ummah nk bgn...mana hilangnya nilai syahadah yg setiap hari diucap time solat??hanya sekadar lafaz mainan di mulut ke??? panas + sedih btul hati ana bila baca.cuba anti try selidik perkara sbnrnye..

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam

entahla enti..
ini bukan badan jemaah cuma badan rasmi yang bawa kerja-kerja kepimpinan yang islamik.

salah diri ana. selama 21 tahun hidup ni, satu kekuatan pun tak wujud lagi.Ana yakin sahabat2 y dalam dewan tu juga merasakan perkara yang sama. dan kami seolah-olah kaku tak dapat buat apa-apa.adakah belum cukup ghirah lagi pada agama. mungkin. mungkin benar salah diri sendiri.

ana kena cari jalan.

Anonymous said...

Salam kak izzah,
dayah ni,
blog akak best la..

ramadhan kareem.

Ummu Mujahid said...

salam..geramnya dengaq..melampau sunggoh.. xhormat bulan Ramadhan langsung..

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamulaikum,

Its been a while since I last met you (and I seem to recall you telling me something of the order of not wanting to see me. This will mean that I am an old acquaintance). But that is irrelevant, I suppose.

It is certainly interesting, the way things are going in the Muslim community as of now. And yet, the jahiliyyah period, which we all disdain seem to have escaped the attention of our scholarly studies. And yet, in the jahiliyyah, our fears and biases are rooted. It is in the jahiliyyah that we come to understand what is acceptable and what is not.

Hence, perhaps it would be good if we but study what is it in the jahiliyyah that was so very repulsive that stuck into our subconsciousness, and study how to adapt these to the current condition known as modernity.

Some ideas of modern times certainly can be seen during the jahiliyyah; excessive individualism, cultural and religious pluralism, etc. Perhaps then, in order to comprehend and deal with the current situation, a symptom of which you mention in your entry, we need to study the jahiliyyah, the period of zero time, in a scholarly fashion before we start to dissect the reasons why things are the way things are.

This isn't so much of a comment than a suggestion. Since I am nowhere near as proficient as you are in matters regarding religion, it is perhaps better if someone like you to undertake such things.

Wallahua'lam

p/s: btw, Ustaz Wan is kinda pissed cuz our batch rarely see him. Perhaps it is a good thing to see him.

Anonymous said...

assalamualaikum...
sedih je ana baca cerita anti...dan lg sedih bila ana kenangkan diri kita org islam yg makin lama makin ramai yg hancur...byk yg sedar atau tak dah buat kemungkaran...dan bg yg ghirah dia kuat x mampu nak buat apa2...
skrg ni rasanya di mana2 pun kita xkan dpt lari dr melihat benda mungkar dpn mata...

Anonymous said...

salam k.iz... jom iktikaf mlm ni...

NuRizZ said...

assalamu'alaikum semua.

ramadhan kareem. semakin menjauh sekarang ramadhan akan meninggalkan kita. mudah-mudahan tuntutan kuliyah tidak menghalang kita mengumpul ibadah.

ukhti syuhada',akhi imran,dan ana abdullah.

InsyaAllah, orang seperti kalian akan menggegar bumi dengan kalimah Allah. Yang penting, jangan berhenti berdakwah. cari hikmah dan minta Allah supaya tidak putuskan semangat kita menyeru manusia.

apa yang saya ceritakan ini adalah satu petanda bahawa, kita masih belum bergerak. jika sudah bergerak pun, harus lebih agresif.

Ramadhan ini, ayuh cari bekal puat para da'ei supaya lebih berkesan menyampai dakwah. ingatan sangat buat diri saya. apa yang amalan berbaki sekarang? ayuh kejar iktikaf! jangan manjakan diri bersedap-sedap di katil. masjid sudah melebarkan hamparan untuk para perindu lailatul qadar melampias rindu buat Tuhan.

Allah janjikan bahawa sepuluh malam terakhir ini adalah pembebasan daripada api neraka. ayuh, bebaskan diri kita segera!

iktikaf..iktikaf..jumpa di masjid ya ukhti.

Admin said...

salamualaikum..izzah boleh email akak tak..apa nama badan ni..

Just wanna know ..if they all ada connection with us.

Hanun said...

Sedih...halal dan haram dicampuraduk...:-(

yusufharun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

aslmkm...
ukhty..jika tiada yg mulakan tuk berani tampil tuk menghentikan kemaksiatan..,maka kemaksiatan itu akan terus bersambung dan bersambung....
bersuaralah..tuk memulakannya...insyaallah..akan ada yg mengikuti..wlu ada yg memusuhi...demi allah..biarlah manusia xsuka kita...

Unknown said...

Masya-Allah.. Minta dijauhkan dari bala..

Mostly memiliki iman yang tahap ketiga je r.. Sekadar membenci dalam hati..

isk..