CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, December 29, 2008

.....LEBIH DARI DADAH!




Cinta itu macam dadah.

Saya ketap-ketap bibir. Sebulan lebih saya membiarkan weblog saya ketandusan. Setiap kali saya ingin mula menaip, hati saya jadi tepu. Tidak tahu mahu mula dari mana. Sebulan lebih saya rasakan seperti beraksi dalam sebuah teater. Atau seperti watak novel yang diadaptasikan ke dalam filem.

Cinta itu macam dadah.
Sekali ambil rasa macam ketagih sangat.
Sekali hilang rasa macam nak mati.

“ ukhti, ibunya minta aku nikahi dia. Mana mungkin ukhti, aku baru saja menikah sebulan yang lepas.”

Mata saya membesar. Apa sekarang saya sedang berhadapan dengan seorang Fahri? Saya minta diulangi kata. Mohonnya saya tersilap dengar.

“ benar ukhti, dia sudah tiga hari tidak makan, tidak minum, hatta tidak solat. Hanya dia menyebut-nyebut nama saya dan terus-terusan menangis.”

Khali. Saya sepi. Udara tiba-tiba vakum. Kalau boleh saya tidak mahu terlibat. Tetapi kerana kisah mereka ini hanya saya ketahuinya, apakah saya perlu mengendahkan. Saya mahu kepastian. Tidak lama, saya menghubungi ibu teman saya. Suaranya lemah dalam getar yang sangat saya mengerti. Dihulurkan telefon kepada teman saya yang terlantar.

Benar! Hanya dengar suara sendu mengulang-ulang nama akh tersebut. Saya jadi bingung. Sampai beginikah! Ibunya berbicara telus dengan saya. Satu permintaan yang maha berat yang pernah saya terima. Bahkan lebih berat dari meratakan gunung!

“ nak, pujuklah dia supaya menikahi anak saya. Makcik sudah cuba tenangkannya, tetapi masih juga begini. Sampai makcik juga berendam air mata dan tidak lalu makan. Tolong nak, makcik mohon.”

Mata saya basah. Sepertinya suara ibu saya yang merayu-rayu begini. Saya angguk. Memberi harapan semampu kudrat saya. Cuma, saya tetap mengingatkan makcik bahawa jodoh segalanya di tangan Tuhan. Kalau kita usaha macam mana pun, tetapi sekiranya telah Allah berikan jodoh yang lain, apalah daya saya menghalangnya.

Setelah itu jari saya hampir mendail nombor akh tersebut. Pantaskah untuk saya memujuknya sebagai memenuhi permintaan si ibu? Ini penyakit cinta! Apakah ubatnya juga hanya cinta? Bukan saya mengelak pernikahan ini berlaku. Ini soal hati. Hati seorang wanita yang baru benar dinikahi, tetapi harus berkongsi kasih saat mula menyemai cinta buat si suami. Saya pejam-pejam mata. Andailah itu saya. Saya terduduk. Jiwa saya bagaikan meluruh.

'izzah, mungkin punya cara yang lain. Bertafakkurlah dahulu.

Saya melangkah ke biliknya. Hanya kelihatan susuk tubuh yang kelayuan. Mata yang kehitaman sembap bekas rendaman air mata. Seluruh tubuhnya kelihatan tidak terurus. Ukhti, hanya kerana cintakah kau jadi begini ukhti. Bukan lagi sedih yang meraja di hati, tetapi rasa kesal dan marah mula menusuk-nusuk menghindar simpati. Saya kenalinya sebagai seorang pengamal agama. Yang sangat menjaga keterampilan seorang muslimah. Kadang-kadang bicara agamanya berbekas di hati. Tetapi, beginikah cinta menghumban ‘penganutnya’ sehingga hilang kewarasan?

Cinta benar-benar dadah. Ia membunuh!

“ Awak siapa…”

Berkerut kening saya. Saya kan temannya yang akrab. Apa sudah jadi ini. Suatu perkembangan yang amat memilukan. Hilang ingatankah?

“ Saya nak abang…nak abang….tolong, nak abang..” Seiring air mata membasahi bantal yang mengalasi kepalanya.

Saya memberikan taujih. Ukhti, bangunlah ukhti. Kepada siapakah ukhti berkorban sehingga ukhti gadaikan prinsip ukhti. Hanya kepada manusia. Kepada seorang lelaki yang tidak memberi apa-apa pada ukhti. Apa ukhti tidak redha dengan Allah? Allah telah tentukan dia dengan orang lain. Dengan orang lain ukhti. Dia dengan bahagianya meneruskan hidupnya dengan isterinya. Dan ukhti? Apa yang ukhti dapat? Membunuh diri kerana cinta yang paling rendah nilainya. Apalagi yang ukhti ingin korbankan? Cukuplah ukhti. Ukhti masih punya hidup yang menanti. Memusnahkan diri kerana cinta seperti menghumban diri ke dalam minyak panas yang mendidih lalu menghaguskan seluruh jasad ukhti.

Sakit ukhti. Terlalu perit.

Matanya terkebil-kebil. Kadang-kadang hanya memandang lama ke satu sudut. Linangan air mata kembali mengalir. Lebat dan lebih lebat.

“ nak abang..nak abang…”

Seakan suara rengekan anak kecil yang meminta-minta. Ini bukan dirinya lagi. Saya capai al-qur’an ke halaman surah Thaha. Kepalanya saya riba dan ubunnya diusap lembut. Ya, Allah, andai Umar telah kau lunakkan dengan ayat-ayat ini, apalah kiranya, lunakkanlah hatinya untuk menerima segala takdir hidupnya.

saya pimpinnya untuk berwudhu’. Segalanya saya harus ajarkan semula. Mengimamkannya solat seperti memandu anak yang belum baligh mendirikan solat. Sebaknya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tuhan, apakah ini cinta ajarkan manusia? Sehingga rukun utama seorang islam itu langsung tergadaikan?

Cinta macam dadah. Menghancurkan! Meranapkan!

Hanya sesuap dua, saya hentikan suapan. Nasi berterabur di atas katil. Air matanya terus menjujuh turun.Nafas saya berat.

Saya capai handphone.

“ akhi, fikirkanlah untuk nikahi dia.”

18 Pendapat:

Syada said...

subhanaallah..
sunnguh cinta manusia itu seperti ubat lali yg bisa merosakkan. semoga Allah kentalkan hati kita..

izz. akak dh berjaya buat blog.alhmdulilah.xtahulah izz masih igt pada akak atau x.semoga ikatan ukhwah ini makin indah..
~kak sha: KONSIS ZT~

Syada said...

subhanaallah..
sunnguh cinta manusia itu seperti ubat lali yg bisa merosakkan. semoga Allah kentalkan hati kita..

izz. akak dh berjaya buat blog.alhmdulilah.xtahulah izz masih igt pada akak atau x.semoga ikatan ukhwah ini makin indah..
~kak sha: KONSIS ZT~

Syada said...

subhanaallah..
sunnguh cinta manusia itu seperti ubat lali yg bisa merosakkan. semoga Allah kentalkan hati kita..

izz. akak dh berjaya buat blog.alhmdulilah.xtahulah izz masih igt pada akak atau x.semoga ikatan ukhwah ini makin indah..
~kak sha: KONSIS ZT~

Anonymous said...

tiada istilah full-time da'ie...

juga tiada part-time student...

islam tidak mengajar part-time dan full time...

bagaimana mahu full time berdakwah klau pencarian thaqafah dan makrifah dijadikan part-time...

apa isi dan modal bagi pendakwah?

ALLAHu a'alam bissowab...

NuRizZ said...

to k.sha

iz ingat sangat la akak
ye ke..alhamdulillah
now jom dakwah melalui tulisan.
hehe..

Apapun cerita yang iz tulis ni is a true story. baru saja selesai 2, 3 hari lepas. endingnya agak menyedihkan. nanti iz sambung cerita balik. tapi, it is the most precious experience dat i ever face.

see you in UIA ya.

to elfe_eye:

jazakallah.
teguran yang baik. perhaps it would be nicer if I put it in this way rite? :

FULL TIME DAEI AND PART TIME STUDENT (",)

Actually, there's history behind this proverb.

anyway, thanks.

Jolynn said...

Assalamu'alaiki ukhti Izzah. Tak sangka memang betul rupanya pengalaman ukhti Izzah ini. Tak sangla bahawa ini tidak berlaku dalam filem sahaja. Tak sangka juga cinta manusia boleh membinasakan... Kenapa ya? =(

La haula wala quwwata illa billah...

Jolynn said...

Katakanlah akhi tu nikahi dia, adakah sakitnya akan sembuh? Hmm... Adakan dia akan ingat semula kepada Allah lepas akhi itu nikahi dia?

Hmm... Agak kejam soalan saya...

NuRizZ said...

to adelita,

terima kasih sebab concern dengan perkembangan cerita akak.

Allah sengaja pertemukan akak dengan pengalaman begini. mungkin sebagai amaran untuk kita jangan cuba-cuba mengenal cinta 'haram' seorang manusia.

sekuat mana seorang itu agamanya, inilah cinta yang dapat menghancurkan sekelip mata aqidahnya. bahaya!

akak bersyukur. Allah sedang mentarbiyyah akak. sedang mendidik akak. Dia memberi cerita pada akak untuk akak memberi cerita pada orang. bukan cerita kosong. tetapi cerita sebuah cinta yang perlu dijauhi.

tiada jika lagi untuk sementara ini. buat masa sekarang, tiada pernikahan 'kedua' akan berlaku.Alhamdulillah, setiap penyakit ada ubatnya bukan. penyakit jiwa itu ubatnya Tuhan. hanya perlu sabar untuk menyentuh ruang hatinya dengan simbahan cinta Tuhan.

Alhamdulillah, kawan akak tu semakin pulih. lebih dari 50%. cuma sekarang akak perlu banyak bersamanya. beri semangat jika mampu.

"jika Allah mengkehendaki, tiada apa yang dapat menghalangnya"

=)

Anonymous said...

Assalamu'alaiki ukhti Izzah.
menangis saya baca kisah tersebut. cukup sayu. btul kata ukhti, cinta itu ibarat dadah. bisa membinasakan.

Saya sungguh tak sangka, begitu sekali gadis itu memuja cinta "akh" tersebut.sampai lupa kpd yg lbh berhak. moga Allah bersama`y dan kuatkn hati`y utk truskn hidup.

Ingatkan dgn pernikahan "akh" tersebut yg bru sgt berlangsung, bisa membahgiakan`y, tp yg lain jd`y. sungguh la, kalau Allah nk menguji, mcm-mcam cara`y. sesungguh`y kta perlu bersangka
baik dgn Allah. Mgkn apa yg b`laku ada hikmah`y. Hya Allah yg tahu....

Anonymous said...

Ya, stiap yg b'laku pasti ada hikmah yg t'sirat di sebaliknya. At least,kita dh dpt satu pengajaran yg b'harga drpd kejadian ni. Jgn memuja manusia lbih drpd kita memuja Yg Maha Esa. Cinta manusia tu takkan ke mana krn ia akan luput juga akhirnya. Lbih baik kita dpt.kan cinta yg mmg t'jamin akan kekal slmanya. Cinta Yg Maha Pencipta. Anyway, smga ukhti t'sbut sembuh spt sblmnya. Tiada apa yg b'nilai pd cinta seorg llki. Hanya manis bibir b'bicara, menabur janji2 palsu kpd Hawa. Tak usahlah diburu cinta seorg llki yg blum tentu bisa melunaskan sgla tanggungjawabnya dgn smpurna. Hanya akan menambah luka & duka yg sedia ada. Mgkin masih ada jln lain slain mengahwini akh t'sbut. Smga dipermudahkan sgla urusan.

Jolynn said...

Alhamdulillah kerana sahabat ukhti semakin pulih. Semoga Allah melindungi kita semua supaya tak lagha dengan cinta haram sebelum nikah.

Anonymous said...

bismillah..
semua berlalu begitu saja.aku bagaikan hidup dlm tulisan seorang manusia.namun cinta pada manusia tu hanyalah berhala yg tlah lama ku tinggalkan...semuanya akan berlalu..waktu berlari begitu cepat,hingga aku hampir terjatuh xmampu mengejarnya.ALHAMDULILLAH...orang yg nk dadah, jangan berikan dadah...
percayalah..semuanya ALLAH takdirkan agar kita mengadu kepadaNYA...DIA yg MAHA MENGETAHUI..

Anonymous said...

terkadang...
diri terlalu terlena dgn perasaan sendiri..
aku terlalu benci kata2 cinta sblm menikah..terlalu..
"terbangkita dari mimpiku..berulangkali ku tempuhi mimpi yg sama.berulang kali dada ini berdebar keras saat dijalan..pengantin itu...ya ALLAH..hindari aku dari fitnah hati..

Atiqah Talib said...

salam ukhwah..
allahuakbar, inilah salah satu bahana cinta yg gagal mengikut lunas-lunas agama..
semoga jadi pedoman buat semua..
kpd ukhti izzah.. teruskan berjuang..
sbg da'ie Islam..
=)

NuRizZ said...

assalamu'alaikum

baru berpeluang untuk membalas komen sahabat semua.

jazakumullah atas luahan rasa dan pandangan sahabat-sahabat tentang entri kali ini.

apabila Allah hilangkan sesuatu, Dia akan gantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik. percayalah!

inilah apa yang ana rasakan. apabila Allah telah hilangkan cinta seorang manusia, Allah mahu gantikan dengan cintaNya yang tidak terbandingkan.

setelah itu, jgn khuatir, Dia nanti akan hadiahkan pula kepada kita cinta seorang manusia yang dia cintai sebagai pelengkap fitrah insani.

tiada yang mengecewakan. tiada yang melukakan. tiada yang menjerihkan.

beralihlah kita sekarang pada sebuah cerita cinta yang lebih menggegarkan jiwa. yang bisa kita asyik dalam melalui jejak seorang khalifah menemui Si Pemilik Cinta.

All da best!

Anonymous said...

salam ukhti
ana sangat risau apbl bace artikle ni.
ana risau perjalanan hidup ana akn hampir same ngan watak wanita dlm criter ni.
how ukhti?
tok ana lupekn die yg bergelar lelaki..
ana sgt memerlukan supporter
jzk

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam

jazakillah ukhti kerana mahu menilai kisah yang bukan saya suka-suka ceritakan.

ukhti, beringatlah sebelum terlajak. cinta. apabila kita sudah mula terjatuh di dalamnya, percayalah kita akan susah untuk bangun semula. andai kita berjaya keluar daripadanya sekalipun, saki baki maksiat yang kita lakukan pasti membekas lagi.

namun ukhti, tidak ramai yang mahu keluar daripada cinta sebegini. apabila sudah asyik, sudah sebati dengan jiwa. bayangkan, bagaimana mahu pisahkan semua yang membahagiakan kita?? melainkan keimanan ukhti mampu bersungguh mengatasi keinginan nafsu yang cukup kuat ini.

apa yang ini katakan, peritnya menerima takdir Allah bahawa jika nanti ukhti tiada jodoh dengannya lebih perit daripada ukhti meninggalkannya sekarang.yakinlah, apabila kita lakukan pengorbanan itu sematanya untuk Allah, pasti Dia akan gantikan sesuatu yang lebih baik daripadanya.

katakanlah ukhti, siapakah yang telah menetapkan seorang lelaki yang bakal Allah hadiahkan buat ukhti sebagai seorang suami? adakah dengan usaha ukhti memilih jalan yang tidak diiktirafnya ukhti akan memperoleh jodoh yang ukhti inginkan?
tidak! pastinya tidak!

ana juga sedang menasihati diri dengan apa yang ana tuliskan. ana yakin, dan terlalu yakin. di sana, di luh mahfuz, telah Allah tuliskan pada daun takdir suatu nama, suatu susuk, suatu wajah yang mungkin kita tidak sangkakan sebagai lelaki yang akan kita persembahkan segala ketaatan dan milik diri.

" cinta..apabila waktu dan takdir bersatu..cinta pasti menyatu.."

QalbunNur said...

salam alaiykh...
teragis citer nie mcm..baca cerpen pula..tapi nie la hakikat hidup manisia..terjErumus kedalam dadah cinta memberi kesakitan pada diri sendiri..
semoga ALLAH sentiasa, memberi kekuatan buat sahabat anti..
dan citer nie memberi kekuatan buat diri ana tuk lebih kuat dan sentiasa muhasabah diri...
semoga hati nie tidak luluh dan rapuh pada cinta nafsu yg bukan pada haknya...
insyaALLAH...