CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 17, 2009

RESEPI DAKWAH V RESEPI BER'SUAMI'


Rindu. Sungguh rindu untuk menulis. Saya mencuri waktu menyelinap di celah-celah persiapan melepaskan Ramadhan dan menyambut Syawal. Pelbagai rasa berbaur. Yang pasti terlalu berat mahu menghantarnya pulang ke pangkuan PEMILIKNYA. Andai mungkin kita ketemu lagi…Mahu sekali!

Bukan ini tema penulisan saya kali ini. Sepanjang mengemudi bahtera Ramadhan, ada beberapa ‘pertemuan’ yang sangat istimewa untuk disajikan. Tetapi saya mahu memilih yang ini dahulu. Ia pasti bukan sebuah penemuan tapi sesuatu yang perlu difikirkan, dan saya baru terfikir-fikir. Bermula hanya dengan sesesi perbualan dan ia telah menghantar saya ke sebuah ta’amul yang maha dalam.

RESEPI DAKWAH V RESEPI JADI ISTERI

“ Kalau kamu tak percaya, cubalah duduk-duduk dengan ukhti kita yang dah kahwin, cuba dengar apa resepi mereka.” Seperti yakin sahaja dia mencabar saya. Kening saya bersatu. Kerut di dahi makin jelas.

“ Resepi apa?” Saya tidak mahu lagi membenarkan kerana belum pernah mengalaminya. Apatahlagi, ramai kalangan teman yang bersama saya belum lagi mahu berbaitul muslim. Sebabnya? Hanya kami yang memahaminya.

“ Dah hilang suara dakwah, dah pergi semangat jihad yang dulu dikobar-kobarkan. Yang tinggal resepi lauk pauk, resepi hias rumah, resepi jaga anak dan kadang-kadang sampai perkara ringan-ringan menjadi bahan duduk-duduk sahaja.” Dia menyambung. Keruh kaca matanya melambangkan ketidak puasan hati. runsing barangkali. Makin berbaitul muslim makin menghilang. Makin sirna semangat dakwah.

Beginikah? Atau hanya satu telahan semata-mata. Ada sahaja yang saya kenal, lagi sudah berpasangan, lagi ligat kerja dakwah. Tapi iyalah, dua tiga pasangan sahaja yang baru saya kenal. Saya cuba-cuba merisik ‘keadaan’ ukhti yang sudah kahwin. Kalau dulu tidaklah berminat untuk ‘menyibuk’ mengetahui perkembangan dakwah mereka yang telah berumah tangga. Tetapi kerana mahukan keyakinan, saya membuka langkah. Bermula daripada menyeluruhi beberapa weblog teman-teman daeiah yang telah berumah tangga, saya seakan menemukan jawapan, walaupun ia tidak semestinya tepat. Kalaulah ianya kebetulan, tetapi kebetulan yang begitu kena dengan ‘research’ saya.

Ta’ajub! Dari hiasan nuansa dakwah dan semangat jihad yang dulu menghiasi blognya, sekarang hanya tinggal kisah-kisah diari hidupnya bersama sang suami dan anak. Kadang-kadang hal berupa ‘acara’ rumah tangga yang tidak perlu dikongsikan juga mahu dipertonjolkan di entri-entri di blog. Kalau dulu blognya menjadi rujukan kisah para sahabat, kitab fiqh, maqalah dakwah..dan kini tergantikan dengan wajah-wajah comel para bayi kelahirannya mengikut pertukaran wajah bayinya setiap bulan. Apakah kematangan seorang manusia semakin berkurang seiring pertambahan umur dan pertukaran status. Hairan.

Pasti kalian bertanya, syadidnya saya? Salahkah nak kisah pasal suami atau anak? Itukan memang kerja orang perempuan?

Katakanlah. “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu,isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberi keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.”(at-Taubah:24)

TIDAK SALAH! TETAPI JANGAN JADI LEBIH KAMU CINTAI.

Siapa kata apabila menjadi ukhti, tinggalkan sahaja suami dan anak-anak tunggang terbalik di rumah. Yang si isteri atau si ibu sibuk keluar dakwah sana sini sampai tidak jenguk rumah. Makan minum entah ke mana. Dengan hujah, Surah Taubah :24 memberi pembelaan! Siapa kata? Dan juga sebaliknya, tidak salah kalau si ukhti mahu memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada rumah tangga kerana cintanya kepada keluarganya, tetapi..menjadi fitnah apabila mereka lebih-lebih diutamakan daripada ALLAH, RASUL, DAN JIHAD. Apa sudah berlaku di depan mata, suami menjadi alasan untuk menolak tawaran dakwah. Anak-anak menjadi asbab menguzurkan diri daripada amal dakwah, tetapi masa yang terluang boleh pula bercerita atau bersembang-sembang sana sini akan resepi-resepi dunia yang hukumnya ‘HARUS’ sahaja.

Pokok pangkalnya? Barangkali nikmat dakwah dan jihad itu telah beransur hilang. Ruh Khadijah, Aisyah, Nusaibah, dan Khansa’ sudah lenyap sepertimana pernah dikagumi si ukhti sebelum bernikah. Jika inilah yang dikhuatirkan oleh para ukhti bergelar aktivis, barulah saya memahami mengapa ada di antara ukhti yang apabila ditanya tentang nikah :

“ Saya akan bernikah, sampailah saya merasakan terpaksa bernikah..”

Hanyalah kerana keterpaksaan itu tidak akan sampai membuatkan kita jadi asyik bersuami dan beranak. Bukan kerana tidak ikhlas, tetapi terlalu runsing andainya nikmat berada di saff para nabi dan syuhada’ terkorban kerana ia dilarikan oleh kelekaan berumah tangga. Ia sungguh menyalahi surah taubah : 24. Saya sendiri tidak tahu mahu mula berfikir dari mana. Tidak semua yang akan menyokong pemikiran saya ini kerana ia mungkin berat bagi mereka yang memilih yang ringan dalam jalan hidupnya. Mungkin juga akan menuduh saya akan menjadi bakal isteri yang ‘nusyuz’ kepada sang suami lantaran mahu terus berada di saff hadapan dalam perjuangan menegakkan haq dan batil. Dan mungkin juga ada yang membayangkan, kasihanlah bakal anak-anaknya nanti punya ibu yang lebih mengutamakan dakwah dari keluarga.

DI SINILAH..

Saya sudah punya role model yang telah Allah berkahi keluarganya dengan keberadaannya memenuhi saff hadapan perjuangan dakwah. Di sinilah permulaan dalam menentukan siapa dia sang suami yang akan meredhakan pemergian isterinya mendekati para wanita di luar untuk diperkenalkan Islam kepada mereka. Di sinilah, siapakah lelaki yang harus dipilih supaya dialah yang mahu memahami bahawa isterinya juga dimiliki oleh Allah, Rasul dan agamaNya, bukan hak suami yang mutlak. Di sinilah, para ukhti yang merancang untuk terus maju sebagai pendukung agama ini, perlu berwaspada dalam menjalinkan pernikahan , kerana para aktivis yang memahami bahawa pernikahan adalah pelancar dakwah akan bermaharkan keizinan bakal suami untuk terus melajukan langkah dakwahnya ke hadapan biarpun telah berkeluarga!

Buat para suami, bakal suami, para ikhwan aktivis dakwah, kalian pasti memahami fungsi kalian dalam sebuah baitul muslim. Tidaklah para ukhti ini mahu melangkah ke sebuah marhalah dakwah yang seterusnya iaitu baitul muslim melainkan mahu sekali melangkah sebaris dengan kalian dalam menyempurnakan tugas ini. Bawalah isterimu bersama untuk terus menikmati jalan yang pernah para Rasul melaluinya. Semoga kita sama-sama dianugerahkan syurgaNya..

11 Pendapat:

aRju As-SiddiQaH said...

Salam'alaik ya ukhti..
Salam ziarah salam ukhuwah..

Membaca post entri ukhti yang ini,saya teringat pasa kisah Hassan Al-Banna...dimana ketika anaknya sakit,isterinya bertanya;

"adakah kamu akan keluar sedangkan anakmu sakit?"

"Umat di luar sana lebih memerlukan saya.",jawab Hassan Al-Bannna.

(WALLAHU'ALAM)*maaf jk terdapat kesilapan dialog,sy menulis hny berdasarkan ingtan.

Baitulmuslim seharusnya menjadi pemangkin bagi perjuangan da'ei2..bukan suatu yang menghalang.

Wassalam.

faqir said...

Allah selalu menguji apa yg telah kita perkatakan, jadi berhati-hatilah kerana ayat 3 surah AsSoff, semoga kita tidak termasuk dlm golongan sebegitu.. nauzubillahiminzalik

syazmina said...

Salam...
Redho dengan anugerahnya dan sentiasa bersyukur...Alhamdulillah, akak dipertemukan dengan seorang suami yang sentiasa mengingatkan alam kekal kita(akhirat) setelah 8 tahun membesarkan anak2 tanpa suami.

Sajida said...

Salam. Mungkin link ada kaitan dgn entri izzah kali ini. :)

http://ummuhusna99.blogspot.com/2009/07/seharum-kasihmu.html

zahrana said...

salam. apakah kita dibiarkan mengaku beriman sedang kita tidak di uji...ringkas firman Allah dalam jilid sucinya.

beratnya istilah nikah dan cinta bagi akhawat yang memahami pengertiannya. inilah antara sebab kenapa solat istikharah sangat dititik beratkan dalam memilih jodoh.

sang suami, selepas kita dimaharkan merekalah akidah kita. ditangan mereka para akhawat mempercayakan iman dan jalan dakwah yang kita gagahi.

wallahu3alam.

Anonymous said...

hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Wallahu a'lam

NuRizZ said...

Assalamu'alaikum

kalau dilihat dari segi perkembangan komen entri ini di sini mahu di chtbox, nampaknya ada 2 pandangan.

setuju dan tidak setuju. walaupun komentar disampaikan dalam konotosi dalil.

tidak mencukupi apa yang saya tulis untuk disampaikan maksud yang disebaliknya. setiap sesuatu hukum pasti ada kaedah am dan pengecualian. dan penegcualian ini adalah kadang-kadang risau untuk diketengahkan kerana ramai sekali yang kerap menyalah gunakan sebuah rukhsah.

sesuatu yang sangat saya hargai apabila ada pembaca yang personally menghubungi saya untuk sebuah penjelasan tentang apa yang saya maksudkan dengan tulisan saya kali ini.

saya berkenan menurunkan beberapa persoalan yang diterjahkan kepada saya

1) apa awak pandang bahawa seorang tu bukanlah seorang daei apabila jadi isteri di rumah?

2) apa ukuran keaktifan dalam sebuah organisasi dakwah diukur dengan kehadiran mereka ke acara tarbawi?

3) apa surutnya kehadiran para akhwat yang baitul muslim tanda kurangnya fikrah?

4) apa akhlak atau kebaikan yang terbentuk pada diri seseorang hanya melalui penyertaannya dalam sebuah jemaah dakwah dan tarbiyah?

......dan sebagainya.

tidak sulit jawapan yang saya mahu berikan. bahkan kesemua itulah telah beratur utk saya limpahkan apabila ditanya begini.setelah lebih kurang 2 jam pertemuan, dia hilang kata. mungkin agak memeranjatkan apabila perbincangan seakan memberi tanda negatif pada tulisan saya.

hanyalah satu nasihat : HIDUP INI TERLALU SUBJEKTIF.ISLAM BUKAN PUNYA SATU CARA. DAN CARA YANG TERBAIK ADALAH DENGAN BUAT APA YANG TERBAIK WALAU DI MANA KITA BERADA DAN SIAPA PUN KITA.

antamuSlim said...

kerana cinta

wildan said...

hal itu hal yg wajar..
bukankah "semakin tinggi ilmu dan kedekatan seseorang kpd ALLAH, maka akan semakin berat ujian untuknya?"

ujian yg brkeluarga jauh lebih berat..ujian keimanan dan ketaatan..

tidak sama ujian untuk seorang nabi dgn seorang hamba..seorang berilmu dgn seorang yg bodoh..seorang ahli ilmu dgn ahli ibadah..

dugaan dan ujian yg ALLAH berikan itu berbeda...yg pasti sesuai dgn kemampuan mereka..

"semakin seseorang itu berusaha dekat kpd ALLAH..maka iblis akan semakin brusaha menjauhkannya.."

apa pun yang terjadi..tetapkan dihati.."la ilaha illa ALLAH.."

ummukhadijah said...

salam. setuju sekali.
ya ukhti, mungkin ini adalah cabaran dakwah masa kini.
salah satu cara mengatasinya adalah dengan mencari pasangan yang cintanya kepada Islam dan dakwah sama juga kepada cinta untuk melengkapkan separuh lagi imannya.

mahu ditambah sedikit, bukan sahaja peranan dalam pemilihan calon, tetapi juga peranan seorang sahabt yang rapat dan nampak akan perubahan sahabtnya yang lain untuk turut sama mengingatkan, dan mengajak kembali tika merasakan sahabatnya yang lain semakin jauh dan alpa. islam itu nan indah kan, penuh nasihat dan peringatan, kerana Sang Pencipta tahu manusia itu sifatnya alpa dan mudah termakan dengan pujuk rayu dunia

'Ala kulli hal ya ukhti, ingin menyeru diri sendiri dan juga yang lain untuk tidak berputus asa dan tetap sentiasa mendoakan sahabat yang lain agar terus istiqamah di medan ini. mudaha-mudahan, jika kita mengingatkan mereka di kala mereka lupa ini, nanti Allah akan mengirimkan kita seorang sahabt yang akan mengingatkan kita bila kita juga lupa. Allahu akbar!!!

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

tak mahu ana kOmen berdegar2...cuma entri ini betul2 berpijak dibumi nyata...

sebelum nikah, smgtnya mmg membakar, boleh katakan apa saja, yakin akan diri mampu terus membelah badai...tp ramainya yang liang lintuk diulit bayu rumah tangga...ramai sekali yg tersungkur..ramai sekali!

mOga kita yang menyedari ini tidak ikut tersungkur, tetapi sama2 buktikan yang berumah tangga itu menjadikan dakwah semakin laju seribu tapak kehadapan...insyaAllah