CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 17, 2010

ANEH!!

Bukan masanya lagi kita bertolak ansur! Bukan waktunya lagi mahu berdiplomasi! Sudah lama kita terlalu mahu menjaga hubungan, akhirnya ditelan juga mentah-mentah. Fahamkah anda maksud kata-kata ini? Ini bukan isu Negara Palestin, yang kini telah mendapat perhatian seluruh dunia, tetapi ini isu Negara kita, perundangan Negara yang melibatkan kedudukan agama Islam di Malaysia semakin dicabar!

14 Mei 2010, Sabtu baru-baru ini, akhbar Utusan Malaysia di muka hadapan telah membuatkan mata terpaku, seakan jam saat di seluruh dunia berhenti berdetik apabila terpandangkan satu tajuk aneh “ WANITA BUKAN ISLAM DIBENARKAN MENJADI PEGUAM SYARIE’. Berikut adalah fakta kes rentetan daripada tajuk akhbar tersebut.Seorang graduan Diploma in Syariah Legal Practice (DSLP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,2004, Victoria Jayaselee telah memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan satu perintah mandamus terhadap MAIWP ( Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan) untuk mengenepikan keputusan MAIWP menolak permohonannya untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan. Semenjak dari tahun 2004, dia telah membuat beberapa permohonan tetapi kesemuanya ditolak oleh MAIWP termasuk permohonannya yang terbaru ini.

Namun begitu, Hakim Mohd Zawawi memutuskan agar keputusan MAIWP itu dipersoalkan dan diteliti semula untuk meluluskan permohonan seorang yang bukan Islam untuk menjadi peguam syarie. Ini merupakan satu kekeliruan yang maha besar yang dilakukan oleh mahkamah apabila mengabaikan beberapa peruntukan undang-undang negeri yang menyebut secara jelas syarat utama menjadi peguam syarie adalah ISLAM. Di sini saya tidak berhajat untuk mengupas secara terperinci kes tersebut dari sudut akademik perundangan, namun apa yang lebih muhim adalah ia pastinya berkaitan dengan kedudukan Islam dan perundangannya di Malaysia semakin terancam. Mereka, waima Yahudi atau Nasrani tidak pernah akan redha kepada kita selagi mana kita tidak mengikuti jalan mereka. Rantaian agenda mereka untuk melenyapkan Islam kini telah mula merebak ke dalam system perundangan Islam Negara kita.

Apa yang akan berlaku sekiranya permohonannya diluluskan mahkamah dan MAIWP dengan penuh berat hati menerima permohonannya? Kita akan melihat kepincangan sistem Mahkamah Syariah apabila kes-kes yang berkaitan dengan hokum syara’ dihujahkan oleh seseorang yang tidak mempercayai sumber kepada hujahnya iaitu Al-Qur’an dan Sunnah. Diputar belitkan, dipermudahkan, diremehkan dan disalah ertikan sehingga yang salah dikatakan benar dan yang benar dikatakan salah. Kita juga mengakui kepetahan mereka terutama golongan berbangsa india dan singh mempunyai satu kemahiran berhujah yang meyakinkan dan atas kelebihan ini, tidak mustahil mereka akan berjaya mengenepikan hak-hak syara’ demi mengutamakan hak-hak logik mereka.

Saya percaya, dendam mereka kepada beberapa keputusan Mahkamah Syariah yang tidak memihak kepada mereka terutama dalam kes salah satu pasangan bukan Islam memeluk Islam itulah puncanya. Seringkali isu ini berbangkit apabila pasangannya yang masih bukan Islam menuntut harta pusaka, harta sepencarian, hak penjagaan anak dan pernah juga beberapa kes tentang menuntut jenazah untuk dikuburkan secara bukan Islam. Sungguhpun keputusan mahkamah telah jelas, mereka tidak pernah putus asa untuk menyusun perancangan demi perancangan sehinggalah agenda mereka untuk menembus ke dalam sistem mahkamah syariah untuk beraksi sebagai peguam kini seakan berjaya!

Namun, sebagai seorang Islam, kita amat yakin, Allah akan terus membela dan melindungi agamaNya daripada dipersendakan kaum kafir. Saya percaya, hal ini berlaku dengan kehendak Allah dan izinNya. Dia mahu melihat ghirah kita, izzah kita, sensitiviti kita dalam mengangkat agamaNya apabila ada musuh yang mahu menjatuhkannya. Inilah ujian yang dirancang oleh Allah untuk menyaring kita sebagai pejuang agamaNya. Siapa dahulu yang akan bertindak? Siapa dahulu yang akan merancang? Dan siapa dahulu yang mahu berkorban untukNya?
“ KALAU BUKAN KITA, SIAPA?”

Oleh :
Nurul ‘Izzah Zainol
Pelajar Undang-undang UIAM
Tahun 4

4 Pendapat:

Anonymous said...

Sy sokong pndgn saudari.jika kita biarkan org bkn Islam menjadi peguam syarie, bmana mahu memartabatkan hukum ALLAH sedangkan peguam itu sendiri tidak sudi mengakui ketauhidan ALLAH...Bangunlah wahai org ISLAM!!Kembali berjuang!!!!

cetusanminda said...

salam saudari.

saudari punya point yang jelas.dalam situasi ini saya sokong iaitu dimana situasi perundangan malaysia kini yang mengasingkan undang-undang yg ada.

tetapi saya ada satu persoalan..jika,katakanlah jika satu hari nanti malaysia telah secara penuh menjadikan hukum Islam sebagai undang2,ketika itu bagaimana dengan yang bukan muslim?siapa akan menjadi pembela mereka sebagai peguam jika ada seorang muslim yang menzalimi mereka? dan kezaliman itu pula mungkin terkait dengan undang2 Islam yg berkait dgn hal yg amat spesifik contohnya perwarisan,nikah dsb yg scara teknikal nya perlukan seorang "peguam syariah".merujuk kepada sirah, suatu ketika ada juga perbicaraan antara saidina Ali vs seorang yahudi dalam kes mencuri baju besi.tetapi kes itu masing2 menjadi pembela bagi diri masing2.

saya cuma melontarkan persoalan untuk kita bincangkan bersama :)

Anonymous said...

assalamualaikum,

sekiranya 'cetusanminda' adalah seorang muslim maka soalan itu tak perlu dipersoalkan krn islam amat mempertahankan kafir zimmi.iaitu org yg menolak Allah sebagai tuhan tapi bernaung di bawah kerajaan islam.

laila said...

Masyallah.... saya tidak berpeluang untuk mengikuti sepenuhnya berita ini. Bagaimana keputusan pada masa ini, adakah berpihak kepada yang batin atau yang batil?? semuga Allah masih sayangkan kita dan menyelamatkan kita daripada orang-orang yang zalim.. amin