“ Amin, Amin dah 10 tahun, jadi Amin dah kena sembahyang, tak boleh tinggal-tinggal lagi tau. Kalau Amin sembahyang, nanti boleh masuk syurga”
Atau
“Amin, Amin dah 10tahun, jadi Amin kena sembahyang , tak boleh tinggal-tinggal lagi tau. Kalau Amin tak sembahyang, nanti masuk neraka, kena bakar dengan api panas”
Ini adalah contoh ayat saranan yang juga boleh dikatakan arahan yang diberikan oleh seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Cuba anda fikirkan, ayat yang mana yang akan memberikan kesan kepada anaknya untuk menunaikan sembahyang?
TAKUT ITU SIFAT MANUSIA
Secara fitrahnya, manusia biasanya takut jika dirinya diancam dengan bermacam-macam kesusahan dan kemalangan. Lantas perasaan takut itu akan mendorong mereka untuk lebih berwaspada agar tidak ditimpa bahaya atau kecelakaan yang dimaksudkan. Berbanding dengan jika diingatkan dengan nikmat-nikmat serta ganjaran yang dijanjikan, manusia selalunya agak kurang terdorong untuk melakukannya kerana bagi mereka, mereka masih punya pilihan untuk tidak melakukannya.
Apa yang ingin saya kaitkan adalah bagaimana Al-Quran mengajar kita untuk menjadi seorang pendidik. Jadi, kita perlu melihat bagaimana cara Allah mendidik kita melalui Al-Quran. Jika anda perhatikan setelitinya susunan ayat-ayat Al-Quran dalam setiap surah, anda akan dapati ayat-ayat yang berupa ancaman kepada manusia didahulukan daripada ayat-ayat yang berupa nikmat Allah kepada hambanya yang taat. Hal ini kerana, Allah mengetahui bahawa manusia biasanya lebih sensitive apabila menerima ancaman dengan hadirnya perasaan takut akan azab dan siksanya.
CONTOH 1: SURAH AN-NABA’
Kemudian diikuti:
"sungguh, orang yang bertakwa mendapat kemenangan.Iaitu kebun-kebun dan buah anggur.Dan gadis-gadis yang sedap sebaya.Dan gelas-gelas yang penuh berisi minuman.Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta”(31-35)
CONTOH 2: SURAH AZ-ZUMAR
“Dikatakan kepada mereka: Masuklah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya.maka neraka jahanam itulah seburuk-buruk tempat kembali bagi orang-orang yang menyombongkan diri.”-72-
Kemudian diikuti:
“Dan orang-orang yang bertakwa pada Tuhannya,dihantar ke dalam syurga berombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke syurga dan pintu-pintunya telah dibukakan,penjaga-penjaganya berkata kepada mereka: kesejahteraan keatasmu, berbahagialah kamu!masuklah kamu dan kekallah di dalamnya” -73-
Begitulah juga apa yang terdapat dalam surah At-Tatfif, surah At-Takwir, surah An-Nazi’at, dan beberapa surah yang lain yang menggunakan kaedah yang sama. Saya mencadangkan, apabila anda membaca Al-Qur’an ,bacalah bersama tafsirnya. Di situ anda akan dapat melihat hikmah cara ayat-ayat Al-Qur’an diturunkan. Kesimpulannya, untuk situasi yang saya letakkan di atas, biasanya seorang anak akan menunaikan sembahyang apabila diingatkan dengan ancaman yang menakutkan berbanding diingatkan dengan nikmat syurga itu.Cubalah lakukan!
Maka,pada pendapat saya, ikutilah cara Allah mendidik kita melalui Al-Qur’an untuk kita mengamalkannya ketika mendidik orang lain. InsyaAllah. Semoga Berjaya!-
P/S: Mungkin perkataan mendidik yang saya gunakan lebih bermaksud kepada memberi peringatan atau pun tazkirah kepada orang lain.
4 Pendapat:
hmm, satu perkara yg sy xperasan plak. sy igtkan dlm quran byk sebut ttg nikmat dulu kemudian baru azab. terbalik rupanya ye.
tp dlm realiti, kita tetap kena tgk situasi dan golongan sasaran kita juga kan?
saya mula menyedarinya pun ketika dalam usrah yang membincangkan hikmah Al-Qur'an.
benar kata saudara/i,kita harus melihat golongan sasaran ketika menyampaikan dakwah kerana penerimaan untuk setiap umur,latar pendidikan dan suasana adalah berbeza.
"jika kita menolong agama Allah, maka akan dipermudahkan jalannya,yang penting adalah sabar" (",)
Belum dapat memberikan sebarang komen. Kena mengkaji dulu.
Takut-takut ada contoh lain yang sebaliknya. :D
mungkin boleh jadi ada contoh yang sebaliknya.namun, setiap sesuatu yang berbeza itu mesti ada hikmah yang terselindung. =)
Post a Comment