Hampir sebulan atau lebih sebulan mungkin saya tidak ‘mengisi’ apa-apa yang baru di blog saya. Lantaran hambatan ‘final exam’ semester akhir tahun dua, saya mengasingkan diri sebentar. Cadangnya, seusai kertas akhir peperiksaan, saya mahu turunkan beberapa cerita di sini. Namun rezeki lain sudah memanggil iaitu menjadi guru sekolah menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Amin. Setelah menjalani trauma
“ ingatlah jika kamu letih membuat kebaikan, keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal. Dan jika kamu letih membuat kejahatan, keletihan itu juga akan pergi dan kejahatan itu akan kekal, maka pilihlah yang mana menguntungkan dirimu"
Itulah motivasi. ‘Penyindir’ saat badan memujuk untuk berehat-rehat.
Tujuan saya menulis kali ini bukan sebarang sebab.
Baiklah. Maafkan saya terlebih dahulu sekiranya ada bahasa yang agak tidak enak. Tetapi yang tidak enak itu kadang-kadang lebih menembus jiwa. Harapnya!
SOLEH, SOLEH..TETAPI…
….sayangnya. Tinggal wajah putih bersih berhias janggut sejemput. Bahkan sering dijemput menjadi imam
Sayangnya! Suatu hari yang merubah pandangan saya. Yang membuatkan saya terus sangsi. Banyak benar yang macam buah atau bunga.
Begini.
Suasana dalam tren agak sesak. Mujur ada satu tempat duduk untuk saya redakan kelenguhan kaki. Namun, hanya sejarak dua nafas, saya terpandangkan seorang mak cik tua, meliar-liar matanya memohon belas daripada penumpang yang berdekatan dengannya. Kalian, tidak jauh dari situ ada seorang pemuda. Katakan sahaja saya mengenalinya seperti yang saya gambarkan di atas. Saya terlalu percaya dia bukan seorang yang buta.
Mak cik tadi seperti memohon agama si pemuda untuk bersuara. Belaslah hai pemuda seperti belasnya Nabimu menyuap makanan kepada lelaki Yahudi itu. Sayangnya kalian! Saya tidak segan untuk mengatakan urat-urat ‘kelakian’ jelas di tangannya. Saya tidak juga segan untuk mengatakan buah halqum juga jelas terbonjol di kerongkongnya. Itu tandanya kelakian yang harus dibuktikan bahawa si Adam lebih kuat daripada si Hawa. Sayangnya kalian! Mak cik tadi masih sahaja berdiri melurut-lurut kakinya yang sudah lenguh. Si pemuda enak-enak bersandar menyimpan tenaga mungkin untuk turun ke
Saya tidak tahan.
“ Hai pemuda, tanggalkan sahaja kopiahmu yang menjadi syiar Islam.” Jerit hati saya seperti mahu saja dia dengari. Apakah belum memadai agama yang ada dalam dirimu untuk melonjak belas dalam jiwamu untuk seorang tua. Itu adab yang mudah yang telah pun Nabi ajarkan kita. Sayangmya!
Kalian tahu, waktu itu seorang muslimah bangun menghulur tempatnya kepada mak cik tersebut. Sungguhpun tempat duduknya agak jauh dari si pemuda. Apa yang lebih menyedihkan, buku-buku yang dikendong si muslimah hampir saja terjatuh saat dia menyeimbangkan dirinya berdiri di celah-celah sesak manusia. Ah, apa sangat yang ada pada si muslimah jika melihat zahir dirinya. Kekuatannya digagahkan jua demi akhlak seorang Islam. Saya tergeleng-geleng melihat pemuda yang masih lagi macam patung. Wajah solehnya sudah beransur hilang dari pandangan saya. Tahulah saya, mengapa peduli benar Islam mengajarkan manusia untuk berakhlak. Hanyalah kerana satu kecacatan akhlak itu, terpalitlah segala ‘ketokohan’ yang susah-susah ditonjolkan!
Kalian, mengapa peristiwa remeh ini perlu saya ceritakan. Ya, sangat remeh. Tapi kerana yang remeh inilah membuatkan saya menjadi kurang ‘percaya’ pada ‘ warna luar’ buah dan bunga lagi. Hairan. Sungguh airan. Perkara asas dalam berakhlak masih juga gagal dikuasai si soleh. Perkara asas yang boleh saja difikir ikut common sense atau fitrahnya perasan manusia untuk memberi belas rupa-rupanya masih jauh ketinggalan untuk diamalkan oleh si soleh. Kalian mungkin mengatakan, ini baru satu pemadangan yang saya temui. Tidak bolehlah saya terlalu prejudis untuk menilai si soleh.
Kalian. Saya mahu katakan. Ini bukan, satu, dua, tiga atau empat kali. Tetapi ini terlalulah berkalli-kali saya bertemu dengan si soleh yang pelik begini. Beginilah, saya memandang ini dengan dua punca yang mengakibatkan gejala ‘kurang sensitiviti’ dan kegagalan saraf ‘ common sense’ ini semakin merebak.
TIDAK TAHU KENAPA JADI SOLEH.
Itu yang pertama. Jadi soleh maksudnya jadi baik. Jadi baik itu boleh terjadi dengan sendirinya kerana iman yang membentuk diri untuk menjadi baik. Jadi baik itu juga boleh juga terjadi dengan merancang diri untuk nampak baik tetapi tidak selaras dengan iman yang menipis. Hasilnya, keluarlah kosmetik pemuda Islam yang hanya kelihatan soleh pada luarnya, tetapi dalamnya masih tidak lepas SIRIM ALLAH. Itulah produk-produk pemuda juga pemudi yang banyak terwujud pada zaman ini. Sangat membimbangkan!
DEGIL TAMBAH TIDAK MAHU BERADAB
Ini yang kedua. Saya katakan tidak MAHU beradab bukannya tidak TAHU beradab. Kalian, kalaulah kita ditanya tentang sifat belas Rasulullah, wallahi ya akhi, sejam pun tidak cukup untuk kita datangkan peristiwa-peristiwa belas baginda. Bagi yang menang award penghafaz dalil, berlimpah-limpah nas diberikan. antaranya:
“ man la yarham wala yurham!"
( sesiapa yang tidak mengasihi maka tidak akan dikasihi)
Tahniah! Saya sangat kagum kerana saya bukanlah yang banyak berdalil.Tetapi apabila dihadapkan dengan peristiwa yang sedang merayu belas kita, berapa ramai yang lekas menyahut. Banyaknya yang degil tambah tidak mahu beradab.Tahu, Islam suruh bagi belas. Tahu, Nabi pun memberi belas tetapi hati ini rasa tak mahu hendak memberi belas. Hati masih degil hendak menghulur belas. Lebih-lebih belaskan diri sendiri.
Kenapa kalian?? Itulah yang saya katakan, semuanya tergantung kepada imanmu. Iman mana yang tinggi sanggup membelakangi sikap Nabi. Iman mana yang semakin menebal sanggup mencemar Islam dengan akhlak yang endah tidak endah ini. Iman mana yang menggunung menghilang deria sensitivitinya untuk mengasihi manusia lain. Iman mana? Melainkan iman yang makin menipis dan akhirnya menjadi habuk diterbangkan angin. Ya, hati saya tertampar-tampar. Persoalan ini saya utamakan buat diri saya terlebih dahulu.
Sahabat sekelian. Tulisan ini bukan semata saya tujukan kepada lelaki soleh. Buat para muslimah, kalian juga bertanggungjawab memberi akhlak pada khalayak. Cumanya, ya cumanya, saya punya sebab kerana difokuskan kepada lelaki soleh. Kerana pada kalianlah imam yang kami adalah makmumnya. Pada kalianlah kami mengambil contoh dan mengharap teladan seperti Baginda sungguh-sungguh memberi teladan. Andai imam yang kami wajib taati sudah hilang ‘ketokohannya’ hanya pada seremeh-remeh perkara, apatahlagi untuk memimpin keluarga dan dunia nantinya.
wallahu'alam. Moga ada sesuatu untuk kalian rasakan..
15 Pendapat:
salam..
benar pelik.saya terbaca komen anda di blog wadi qurra'..
seperti yg dikatakan.kita seringkali melihat dengan pndgn mata manusia dan pndgn mata manusia itu seringkali menipu.
ingin diberikan analogi,kita pandang cantiknya mawar tetapi tidak lihat ada duri pada mawar. saya seorang pelajar purba(sy belajar geology dan mengkaji batu purba).ada sjnis mineral di dalam lab geology yg seakan2 emas.orang biasa melihatnya mungkin anggapnya emas..tetapi seorang geology tahu yg itu bukan emas kerana menyedari komposisi mineral didalamnya itu.saya tidak mnyamakan geologist dgn Tuhan tetapi konsepnya tentang melihat itu ada disitu.simptom2 atau tanda2 kesolehan itu dilihat pada diri seseorang(sbgaimana orng biasa melihat simptom pada batu yg disngka sbgai emas) dan mata kita hnya melihat simptom kesolehannya..tetapi Allah sahaja yang dapat melihat kesolehan seseorang..
tetapi daripada tanda kesolehan itu juga menunjukkan yg seseorang itu seorang yg soleh.tetapi mcm yg berlaku di pandangan mata saudari,kadangkala kes2 yg berbeza situasinya tidak sama.sprti juga kes2 mahkamah mngkin skali ada kes sblmnya sama maka kita boleh ambil sbgai rujukan (doctrine of precedent:kalau x silap saya) tetapi ada juga kes2 yg situasinya berlainan..maka ia akn jadi kes yg bru..(benarkah?sy cuma ambil legal framework satu semester)
maka disini,jika memandang,x semestinya apa yg kita pandang akan menjadi benar seperti apa yg kita inginkn ..looks can be deceiving...
pandangan mata itu selalu menipu dan pandgan Allah itu yg paling benar..
kepada lelaki "soleh" .. jika kita adalah pendokong da`wah..kita membawa trademark Islam.kita adalah duta Islam itu sendiri di zaman Islam ini asing dalam ummatnya..kalaulah duta sesebuah negara melakukan onar atau setidaknya akhlaknya tidak menggambarkan ketinggian pekerti ,barangkali peperangan boleh berlaku..anda adalah seorang duta Islam,maka fikirkanlah apa akan berlaku kiranya perilaku anda menunjukkan sebaliknya dan tidak setinggi pekerti Islam yg sibuk pemimpin kita laung2 kan?..
maka berakhlak lah kepada manusia berpandukan bagaimana kita berakhlak kepada ALLAH.kalau kita rasa malu kepada Allah dengan dosa kita,kita malu kepada Allah dengan sikap kita,sewajarnya kita jadikan itu pegangan diri seharian.jadikan ianya sebagai sikap kehidupan...bukan hanya di atas tikar sejadah merintih di malam hari atau ketika menjadi imam solat atau pemberi ceramah sedangkan di siang hari atau di waktu lainnya kita menjadi orang yg berbeza pegangannya dan tidak sama dengan apa yang kita bersikap terhadap Allah..
sangat bermanfaat tulisan anda.rasa terketuk jiwa dan hati untuk dibuka memeperbaiki diri.jazakallah khair kathir.
salam..
salam 'alayk...
kalau ini wacana ukhti, maka ana tidak sesekali mahu menidakkannya...malah akan ana benarkan dgn sebenar benarnya!...inilah soleh yg dtgnya dr nafsu...solehnya kerana mengikut nafsu mahu org kata, ah solehnya dia!...wallahu'alam...
apa pun, peristiwa yg dilalui itu, mmg benar hakikatnya byk yg begitu, malah lebih teruk pun boleh dilihat...semoga Allah memberi hidayahNya kepada semua...
tp jgn sesekali atas peristiwa yg berlaku...meletakkan semuanya begitu, sebolehnye hindari prejudis dan su'uzzhon...semoga Allah memberikan kekuatan kita melihat dgn mata hati...
Salam and peace to you, mu ukhti.
Well, I guess we can never judge a book by its cover. Hurm... I also have a lot to fix about my akhlak. I'm ok with my friends but I'm a different person with my family. I tend to stay away from them and not talk to them.
What a terrible Muslimah I am. But I'd rather lock myself in my room than to make both them and me feel even more hurt.
=(
salamullah alaik..
luahan hati..
cukup baik, smoga smakin banyak yg sedar n terbangun dgn pukulan ini..
pukulan yg tepat mengenai hati n wajah..
-soleh..apakah mungkin trlihat dari pakaian..??kopiah?
-jubah..kopiah..serban..purdah..semua itu hanyalah hiasan..,hanyalah topeng...smoga kita semua mampu keluar n melepaskn topeng kita.
"mungkin lelaki itu pening, n xleh bangun..smoga allah menyembuhknnya.."
mungkin dia berbuat salah dlm hal ini..tp tidak bermakna dia adalah seorang yg tidak berakhlak...smoga allah menetapkannya dlm islam n iman..
assalamu'alaikum.
komen yang cukup membangkitkan daripada sahabat semua. alhamdulillah. sama-sama kita neutralkan pandangan yang mungkin kurang tepat.
ana menerima sepenuhnya bahawa jangan membuat penilaian ke atas seseorang dengan satu, dua peristiwa yang kita lihat. mungkin setiap individu punya alasan sendiri utk uzurkan dari 'azimah' yang sepatutnya. seperti yang disebutkan wildan. juga anjuran utk husnuzzon sangat-sangat dituntut untuk menjaga hati. seperti mana yang disebut akh zul.
jazakumullah.
cuma, tulisan ana lebih-lebih lagi untuk memukul rasa bagi sesiapa yang tidak mempunyai uzur, dan walau mempunyai uzur sekalipun, hukum 'azimah' sangat-sangat dialu-alukan dalam mengatasi uzur tersebut. insyaAllah, akan terbalas oleh Allah. tambah pula bagi kaum Adam, subhanallah, ana memandang bagi antum punya kekuatan yang mampu mengatasi keuzuran. buktikanlah sepertimana kekuatan para tentera badar dan perang besar yang lain yang berlaku ketika Ramadhan, apakah para sahabat menuntut uzur.
lihat saja baginda bagaimana mengikat perut dengan batu saat menanti perang lantaran kelaparan. subahanallah, antum semua. inilah contoh! inilah teladan yang nabi ajarkan. sekarang, ayuh kita 'qiyas'kan kepada situasi 'uzur' yang dimaksudkan zaman sekarang. adakah sehingga tahap ketika perang?
kepada cetusan minda,
ana sangat-sangat kagum 'pendekatan' yang sdra bawa. sangat mengena.analogi yang baik yang belum lagi diperkenalkan. suka sekali untuk ana aplikasikan dalam penulisan ana.
doctrine of precedent. ada kaitannya dengan stare decisis. keputusan mahkamah yang lama akan binding keputusan mahkamah yang baru sekiranya keputusan itu diputuskan oleh mahkamah yang lebih competent atau sama level. namun, dalam situasi ini, sdra mungkin mahu melihat dari sudut fakta dan ratio sesuatu kes supaya peristiwa kes yang lepas dapat diaplikasi kepada kes yang baru.
kaitan akademik yang sangat bagus dengan entri ana kali ini. maksudnya untuk membuat apa-apa judgement atau penghakiman ke atas akhlak individu berdasarkan kes atau peristiwa kesalahan akhlak yang lepas haruslah mempunyai latarbelakang fakta dan ratio yang sama.
menarik!
*azimah : mengutamakan hukun asal daripada menggunakan rukhsah. contoh : anda dibenarkan berbuka sekiranya nada bermusafir. itu adalah rukhsah. azimahnya adalah, selagi mana anda mampu dan masih boleh tahan dengan kesabaran yang maksimum untuk tidak berbuka, itu sangat-sangat baik di mata Allah.( boleh lebih rujuk kepada kitab usul fiqh, abdul kareem zaidan)
apa yang berlaku di sekitar kita adalah sbg ibrah buat mereka yang mahu berfikir :)
heppu hols
Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Doakan agar kelemahan itu dibaiki sampai menjadi kekuatannya.
ya, itulah doanya buat sahabat semua. buat diri sendiri yang lebih-lebih lagi punya kelemahan, sangat-sangat didoakan semoga ada kekuatan untuk menyirnakan kelemahan itu.
sekadar tulisan yang mahu membidik rasa pada hati sendiri juga mahu mencubit rasa sahabat semua.
mudah-mudahan.
salam...
hidup ana belum pn suku abad, tp pengalaman 2/3 x terserempak dgn insan2 soleh dan solehah yg pelik sudah cukup memberi gambaran betapa iman yang luhur e2 pasti akan terpancar pd akhlak pemilikny... paling tidak pn pada pertuturan.
tapi siapa kita untuk menilai sama ada orang e2 soleh/tidak, beriman/tidak,berakhlak/tidak. yang terlihat pada mata kasar...sekadar e2lah saja, dan sekadar itulah penilaian kita...
Wallahu'Alam....
masya-Allah...hebatnya tulisan-tulisan saudari dalam blog ni...pertama kali baca, kagum dengan bahasa dan isinya..memang masuk dalam hati..alhamdulillah
salam perjuangan.
jazakallah khair kathir melawat blog saya.komen anda telah saya jawab.benar,pemuda yang diingini itu perlu ada sebagai penggerak ummat ini.
bnyak ku dapat
time kaseh
ku bnagga jadi laki
teringat kisah satu hari membawa beg yang sarat dan berat di dalam komuter mahu pulang ke rumah. Manusia penuh sesak dan berhimpitan. Tolak menolak untuk memasuki perut komuter yang membusung ramainya manusia. Diri dihimpit dan terhimpit di celahan lelaki-lelaki pelbagai warna, saiz dan rupa. Air mata dah tak tertahan mengalir sedihnya. Jangan kata yang soleh. Yang bernama lelaki melayu pun buat-buat tak tahu. Yang berbangsa asing pula menghulur laluan menguakkan jalan.
Aduhai..
salam...
Buat mukmin/mukminah(umum) yang bukan sekadar muslim/muslimah...Husnu zhan tu meliputi konsep dan situasi yang luas...Husnu zhan yang dianjurkn adalah lebih kpd 1 tindakan menjaga hati daripada timbulnya sebarang perasaan benci atau jengkel terhadap individu...Jadi seeloknya yang harus dijengkelkan bukanlah 'individu yang melakukan' tapi perbuatan yang dilakukan sebab 'yang melakukan' tu tak akan sesekali lari daripada kesilapan kerana dia juga salah seorang yang bergelar 'nasia'...Bile yang dijengkelkan tu 'yang melakukan' maka yang melihat tu dah melakukan 'bias' dengan hanya memandang situasi dengan kaca mata sendiri...bukan dari hati 'yang melakukan'...Ketuk hati tanya iman sebelum 'yang memandang' melabel seseorang tu dengan sangkaan sendiri...sebab bile terlabel tentang seseorang tu dalam hati,maka jangan sesekali mengatakan hati ini sentiasa cuba ber'husnu zhan'...
jzakallah atas teguran. ada yang benar. tetapi sdr harus melihat yang lebih tersirat apa yang ingin saya sampaikan. pemikiran seorang Islam itu harus menembus apa yang tidak dapat dilihat. inilah method saya utk memperingatkan hai lelaki, agar perhatikanlah tingkah kalian yang sepatunya lebih melindungi bukan dilindungi.
semoga mendapat kefahaman.
Post a Comment