CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 22, 2009

KISAH MANUSIA 'GELENG'



Tangan yang menghulur itu terpalit lekatan-lekatan hitam. Kedut kulit tangannya menterjemahkan kelewatan usianya yang menanti masa. Namun sebatang tubuh yang sungguh kusut itu masih menapak di sekitar gerai-gerai makan. Sekali sekala tangannya menepis-nepis rambut kerintingnya yang serabut itu daripada menutupi matanya. dari meja ke meja, dirinya bagaikan anjing yang dihalau saat tangan menghulur meminta belas. Tiadakah barang sebutir nasi dapat melalui kerongkongnya.

“ Ah, takde-takde. Orang tengah makan ni.”


Pemuda, mungkin dalam usia lewat 20an itu mencemuh sementara mulutnya lahap menelan nasi lemak ayam. Ternganga-nganga seperti setahun tidak makan. Pengemis tua itu mengalih arahnya. Menganguk-ngangguk membuat muka ‘ sebek’ memohon belas andai ada. Tangan kirinya mengusap perutnya yang beralas baju T kusamnya.masih gagal. Oleh kerana pengunjung gerai di situ sudah menyedari bahawa mereka akan menjadi ‘mangsa’ si pengemis ini, maka bersedialah mereka untuk menjadi pura-pura buta dan tuli. Tak dengar-tak dengar. Sayangnya kalau duit melayang bagi kepada seorang pengemis hina begitu. Bukan senang hendak cari duit untuk makan. Mungkin itu kata-kata harapan untuk memujuk hati-hati sang kedekut. Semuanya untuk mulut dan perut sendiri.

Ada sepasang mata yang mengekori. Mampirlah hai si pengemis. Rezekimu dari Allah ada di sini. Nasi di meja tidak terusik. Hanyalah mahu memerhatikan arah si pengemis agar dia dapat menjejakinya. Sepasang mata itu masih menanti. Mahu menapak terus, hatinya bagai tidak kuat untuk menebar sedekah di khalayak. Mampirlah segera hai pengemis. Hampir kesemua meja yang dihampirinya, hanya manusia geleng yang dijumpainya. Manusia mati hati, dan buta hati. Manusia sampai hati melihat manusia hampir mati. Sudahlah hai pengemis, mereka mungkin juga pengemis sepertimu. Baru sahaja tabung ‘pengampu sedekah’ mereka hari itu penuh sehingga membuatkan mereka gila mahu makan. Anggap sahaja mereka begitu. Secara haknya memang begitu. Mereka semua pengemis sepertimu. Yang terlalu sukar mendapat rezeki sehingga takut ‘wang sedekah’ mereka berkurang untuk stok akan datang. Cuma mereka beruntung lebih sedikit daripadamu. Punya kereta, rumah dan pakaian.

“ Adik, jom ikut abang.”

Sepasang mata itu tidak keruan. Si pengemis terus-terusan di buat seperti anjing. Tangannya masih belum terisi dengan apa-apa. Lihat di atas meja, beg tangan Gucci, dan jam tangan Montblanch. Meminta daripada manusia geleng lagi miskin jiwa, memang itulah habuannya.

“ Abang nak pi mana?” Si adik terpaksa melepaskan cebisan kepak ayam yang tersangkut di rahang giginya. Gocoh benar abangnya menyambar tangannya.

“ Tu, nampak tu? Yang pak cik tua tu.”


Si abang menghulur telunjuk ke arah si pengemis. Si adik mengangguk-angguk. Kepala yang tidak gatal digaru.

“ Ni, ambil ni. Bagi kat pak cik tua tu ya.lepas tu adik ambil arah yang lain untuk mai ke sini balik.”

Si abang menggenggam tangan adiknya. Mudah-mudahan cukup untuk si pengemis. Si adik melangkah menghampiri si pengemis yang tersandar di tiang lampu melihat jika ada mata-mata yang mahu memanggil dirinya. Sepantas kilat, si adik menegur si pengemis menjabat tangan dengan berisikan sedikit ‘rezeki’. Bukan sedekah, tetapi itulah rezeki milik si pengemis yang Allah hantarkan melalui manusia lain. Ambillah, jangan rasa diri itu dibelas dan janganlah rasa rendah diri kerana harus menagih simpati. Itulah bahagianmu yang ada dalam jagaanku.

Subhanallah!

si pengemis bercucur air mata. Wajah mendungnya bagai diterangi cemerlang cahaya purnama. Dia lantas mendekati si penjual nasi yang hanyut sebentar melayan manusia geleng gopoh mengisi perut-perut mereka. dengan hidangan nasi berlauk ayam goreng rempah, si pengemis girang menghadap bahagian rezekinya hari itu.sempat lagi dia menadah tangan sambil matanya memejam rapat sebelum rezeki itu dinikmati. Entah apa yang didoakannya. Hai pengemis, tidaklah engkau harus menjadi seperti ini jika ada yang mahu peduli denganmu. Jikalau si kaya tidak terusan-terusan kaya, dan si miskin terusan-terusan papa. Jikalau wangmu tidak terus berlegar-legar di kalangan si kaya sehingga kau harus terkinja-kinja menagih simpati si kaya.

“ Adik nampakkan apa yang pak cik tua tu buat? Lepas adik bagi duit pa cik terus beli makan kan?”

Muka si adik tergambar kepuasan yang tidak pernah dirasainya.

“ Seronok tak tengok orang lain seronok?”

Angguk-angguk.penuh senyuman. Hai adik, itulah kepuasan! Puas kerana dapat memberi. Puas kerana melihat orang tersenyum gembira.

“ Jangan risau bagi duit kat orang. Nanti Allah ganti 10 kali ganda duit yang adik bagi tu. Tak nak?”

“ Nak abang!” tangan si abang mengusap-usap kepala si adik. Mengertilah hai adik, jadilah tangan yang memberi. Itulah kepuasan yang tidak dapat dibeli.


EPILOG :

Kisah benar bukan rekaan. Dari mana mahu mencari punca? Punca kenapa ramai yang menjadi manusia geleng saat tangan mahu menghulur. Tetapi sungguh mengangguk saat menjadi tangan yang menerima. Sungguh hairan!

3 Pendapat:

Ar-Rijal said...

salam..

saudari..terus terang,saya tidak mampu untuk mengulas dengan mendalam tentang ini.Hati terasa begitu sayu dan seakan masuk ke dalam jiwa tentang apa yg diceritakan.dan pastinya saya yakin,kisah itu adalah pengalaman benar.mungkin datang dari diri anda atau orang lain.

Mudahnya,social unjustice dan macam-macam lagi ketidakadilan hanya dan cuma hanya boleh diselesaikan dengan Islam.

contohnya,kita hanya menganggap zakat itu sebagai satu bayaran ritual.Tapi sebenarnya zakat itu adalah satu bentuk ekspresi kesamaan Islam dalam aspek harta dan pendapatan

kalaulah 5 rukun Islam itu sebagai tiang.maka Islam itu tidak lengkap dengan tiang nya yang 5 sahaja.Jangan disangka bangunan itu lengkap hanya dengan tiang.sama macam KLCC tak kan lengkap kalau hanya dengan ceracak konkrit sahaja.Dan pastinya Dr mahathir x kan berbangga memanggil KLCC sebagai KLCC kalau ianya hanyalah ceracak konkrit.

Maka bangunan yg bertiang sahaja itu ada perlu dindingnya.ada perlu atapnya.ada perlu tingkapnya.dan macam2 lagi untuk membentuk bangunan Islam yg sempurna.Yang layak dipanggil bangunan yg lengkap dan gah..Maka dindingnya adalah sedkah dan beramal.dan atapnya mungkin sekali jihad untuk iqamatuddeen.Syeikh saeed Hawwa ada menerangkan konsep ini dalam kitab nya Al-Islam jilid 1.

tapi,sayangnya ramai sekali tidak memahami konsep Islam dengan benar dan betul.Islam itu tidak diletak pada hati.tidak diletak pada amalan dalam kehidupan.cuma diambil sebagai ritual dan celup2 sahaja.

dan benar sekali sabda Rasul yg menyatakan bahwa ummat akhir zaman ini diserang penyakit wahan.cintakan dunia dan takutkan mati.cintakan dunia itu bukan sekadar cinta.tetapi menjadikan dunia itu tandingan cinta kepada Allah.

p/s:saudari,cerita itu benar2 membawa impak ke dalam hati.Kita selalu melihat kesusahan.saudari sudah sampai ke sarawak?disini sahaja keadaan ketidakadilan sosial lebih lagi menyedihkan.tetapi mereka bukan jenis bangsa yg meminta2.Negara kita kaya.khusunya sarawak ini.Tetapi kekayaan itu tidak kita rasa bersama.Sayang sekali.Ini hasilnya bilamana sistem yang kita pegangi cumalah saduran dan celupan Islam.Maka tugas yang nyata adalah membina kelompok2 yg memegang Islam sebagai kehidupan.bukan setakat hukum2 dan peraturan.bukan setakat semangat membina khalifah.tetapi benar2 dilaksanakan dalam bentuk peribadi.peribadi muslim.peribadi daie.peribadi jamaie sampailah ke peribadi qiyadi.dan bilamana ummat itu terbina barulah sistem Islam itu boleh dibina.bukan hanya pada kertas dan peraturan..

sayangnya,ummat itu belum wujud lagi.kita cuma ada orang Islam.bukan ummat Islam

semoga bermanfaat.

Tajul Rijal Annuar

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam
biar dari siapa pun pengalamannya, saya yakin, ia dilalui oleh ramai orang.

bercakap tentang agama dengan masyarakat sekarang, seperti yang saya pernah ulang-ulangkan, tidak lagi memberi kesan.kerana terbantutnya saraf common sense yang menjadi ciri seorang manusia sebelum dia layak bergelar manusia.

kita kehilangan itu. kehilangan common sense yang sepatutnya menjadi basis untuk menguji sensitivity manusia. sepatutnya hanya dari common sense, manusia sudah boleh 'hidup' sebelum agama memperkenalkan dalil-dalilnya. kerana Islam itu hadir dengan logik dan dalil.

komen sdra sangat terkait punca yang saya inginkan. saya sudah sampai ke bumi sarawak. Pengembaraan selama 8 hari pasti belum cukup untuk saya menjustifikasi pemerhatian saya. tetapi apa yang digambarkan sdra,jujur, saya melhatnya di sana.inilah misi mihwar siyasi yang kita inginkan. pimpinan akan datang bakal membuat perubahan.

p/s : jika sdra mengikuti konsis nasional baru-baru ini, telah diperjelaskan mihwar siyasi dan hala tuju dakwah kampus.

sangat bermanfaat.
alf syukran

Ar-Rijal said...

salam...

maaf.agak kesibukan dalam masa terdekat ini.maka baru sekarang baru dapat menghadap komputer.

apa yg saudari katakan benar.tentang hal manusia sewajarnya memahami.dan hujah agama kini x lagi memberi kesan. mungkin benar dalam menghadapi jahiliah moden. tetapi,kita rujuk kembali sirah Rasulullah.kenapa?kerna pada sirah Raasul itu bukanlah cerita2.tetapi panduan2.tidak ada seorang pemimpin pun dalam dunia ini yang mengalami sebegitu banyak peristiwa yang besar dalam hidupnya seperti Muhammad s.a.w. ini kerana Allah mahu menjadikan hidup Rasul itu sbgai panduan untuk kita.sbgai "hudan".. ketika zaman jahiliah tersebut,mereka menghadapi kepincangan masyarakat yang amat dahsyat dan teruk.anak yatim dijual dan dihambakan.orang miskin juga dihambakan.beza kaya dan miskin sangat besar.orang berkedudukan menjadi penzalim. lihat jahiliah moden kini?ada beza kah?sama sahaja.sbilangan pemimpin menzalim rakyat.negara kaya tetapi kemakmuran tidak sama rata sungguh pun sudah lebih 50 tahun kita merdeka. banyak yg kita boleh lihat.cuma tidak ada,perhambaan secara terang-terangan seperti zaman dahulu kala. maka lihat sekali lagi.jahiliah moden dan jahiliah lampau.beza nya yg paling sukar hanya adalah memahamkan Islam pada Muslim. yang lain nya sama. maka kalau dilihat kembali,bukan lah hujah agama tidak mampu membentuk manusia kini.tetapi hujah agama yang salah.Rasul pada waktu awal Islam,baginda hanya bawakan kalimah tauhid.kenapa?kerana pada dua kalimah shahadah yg membawa pengertian tauhid itu letaknya pemahaman yg benar selayaknya bagaimana seorang Muslim itu harus bersikap. Dan lihat lagi,baginda tidak lah menyuruh terus menghapuskan perhambaan seawal penyebaran Islam.Yang dibawa hanya pemahaman akidah yg jelas. kalau dah jelas kefahaman,maka tak kan terjadi jahiliah yg kita lohat sekarang. masalahnya hujah agama yg dilontarkan lebih kepada bentuk hukum dan dalil2.tetapi bukan pada kefahaman.Islam itu datang dengan kefahaman.bukan hanya pada pengetahuan.ada beza antara tahu dan faham. dengan kefahamn itu menyebabkan seseorang mengubah dirinya.dan saya juga,jujur,pernah mengalami nya dalam konteks kejahiliahan berbeza. maka apa yg kita harus bawakan bukanlah dalil hukum hakam dan lain2 lagi.tetapi kefahaman yg jelas pada akidah.pada Islam itu sendiri.barulah hukum2 dan lain2 boleh diterima oleh mereka. kalau mereka tak faham,itulah sebabnya,hudud ditolak.ekonomi Islam diambil separuh2.dan macam2 lagi bntuk Islam celup2 sikit2 yg dapat diihat.. ............................ saya tidak terlibat dengan konsis nasional.sayang tak dapat terlibat..tetapi,sy punya pndgn sndiri tntg hal2 siyasi dan gerakan dakwah kampus.mungkin terkait dengan sedikit pengalaman di sini. semoga bermanfaat.