SAMPLE SAHAJA!
INTRO : SAYA KEMBALIKAN ENTRI INI KERANA PERISTIWA BERIKUT MASIH LAGI BERLELUASA. JUGA DISEBABKAN KEKANGAN MASA DAN TANGGUGJAWAB YANG TIDAK MEMBERI KESEMPATAN UNTUK MENYEDIAKAN ENTRI BARU. KADANG-KADANG ADA PERKARA YANG KITA PERLU LAKUKANNYA BERULANG-ULANG KERANA MANUSIA TIDAK CUKUP DENGAN SATU AMARAN.
Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.
Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :
“ comelnya awak”
“ geramnye..cantik”
“ aduhai, lawanya mata”
Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.
Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!
Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.
Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian
4 Pendapat:
Sekarang dengan penggunaan Photoshop, orang pun boleh modify sesebuah gambar untuk menyebarkan fitnah terhadap orang lain... Kalau nak letak gambar, seelok-eloknya gambar dalam kumpulan atau gambar yang tidak fokus pada muka (gambar jauh). Saya tak upload gambar saya tapi kawan-kawan saya yang gi uploadkan gambar saya. Aiyaa...
a good respond towards the enviroment!
Asslamualaikum dan salam perkenalan,
Terima Kasih kerana memberi input melalui artikel ini.Selepas membaca artikel ini saya turut bertanya kepada diri , apekah tujuan saya mengupload gambar di friendster dengan sewenang-wenangnya dan ternyata jawapan saya adalah seperti yang saudari huraikan.
Walaubagaimanapun ada beberapa ayat saudari yang saya kurang berpuas hati(saya menulis disini hanye dari pandangan dan logik akal, saya tidak banyak ilmu agama untuk memperkukuhkan hujah saya)
"Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!"
Bagi saya, jangan terlalu mudah mengeluarkan permintaan sedemikian rupe. Saya tidak nafikan si pemakai niqab ini memalukan saudara-saudara yang lain. Tapi cuba lihat dari konteks yang berbeza .Sekiranya sahabat anda adalah kaki botol dan beragama islam, ini juga memalukan saudara-saudaranya, tapi bolehkah kita senang2 berkate "kau ni memalukan islam sahaja, ko keluarlah dari agama suci ini".Bolehkah?. Konsepnya sama seperti niqab cuma skala murtad itu lebih besar.
Dan sekali lagi saya bersetuju bahawa fungsi niqab itu mungkin telah hilang sama sekali tetapi sapakah kita untuk menentukan bahawa niqab itu benar2 tidak memberi walau sekelumit perlindungan kepada si pemakainya walaupon perangainya sedikit buruk.
Bagi fikiran saya yang masih cetek ilmu ini, sekurang-kurang si pemakai niqab itu terbuka hatinya untuk menyempurnakan satu syariat yakni memakai hijab dari langsung tidak membuatnya. Ya, Hari ini niqab tidak lagi mampu melindungi si pemakai dari noda dunia tetapi jgn kita burukkan lagi dunia ini dengan menyuruh sesiapa yang masih ingin meletakkan maruah di friendster, bukaklah niqabmu kerana bagi saya ini permintaan yang senang2 dibuat tanpa terlebih dahulu memandang dari aspek, sudut, consequence dan konteks yang berbeza.
Hanya dari pandangan hamba Allah yang masih perlu banyak belajar.
Wassalam
Salam...
Ukhti, ana copy di blog ana ya..
Ana akan letak link anti sekali.
Masalahnya ana tidak begitu pandai menyusun bicara sehingga boleh mengesankan hati mereka yang membaca. Dengan artikel anti insyaAllah boleh..
Jazakillah khairan kathira,
Post a Comment