CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, November 7, 2009

MASIH DALAM SELIMUT??

Kenyataan Media

Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM

Ahad, 1 November 2009

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-

  • Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.

  • Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah. Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.

  • Kami turut merasa MUSYKIL dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.

  • Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.

  • Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.

  • Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.

  • Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.

Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.

Ditandatangani oleh :

……………t.t..………………….

MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP

Presiden

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-

  1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
  2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
  3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)
  4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
  5. Yayasan Jenderami
  6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
  7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
  9. Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
  10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  11. Yayasan Paksi Kedah
  12. Persatuan Ulamak Kedah
  13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
  15. Institut Pengajian Tradisional Islam
  16. Khalifah Institut.
- ihsan dari
http://peguamsyarie.org/?p=1249

- Persoalan yang MAHA BESAR? APA YANG DIMAKSUDKAN PGSM " SECARA PERIBADI & " TERTUTUP". Sampai bila rakyat yang mahukan haknya dalam menilai yang mana betul atau salah kalau PGSM mahukan hal yang telah diketahui umum masih mahu dibincang dalam selimut. Hal tangkap menangkap, cekup mencekup, masuk berita dan akhbar bukan lagi hal 'suami isteri'.

Inilah masalahnya orang atas. apabila rakyat respon itu dan ini dipersalahkan, tetapi kalian sendiri terlalu ekslusif dalam menjelaskan PROSES kebenaran.

3 Pendapat:

cetusanminda said...

salam.

sudah lama x singgah pada laman ilmu ini.

hal dr asri cuma perkara biasa.perkara lazim. sudah Allah katakan dalam Quran dalam pelbagai peristiwa.peristiwa pemuda kahfi.peristiwa ashabul ukhdud.dan semua yang lain.

semuanya adalah manifestasi atas hakikat jalan dakwah.hakikat jalan kebenaran.

Bila kita ingin mahu membawa Islam yg benar.Yang kembali kepada originaliti nya.Yang tiada amalan bid'ah yang pelik.Maka dituduh nya wahhabi.dikatakan wahhabi itu cetusan ibn qayyim dan ibn taimiyyah.sedangkan ibn qayyim dan ibn taimiyyah sudah lama pergi sebelum Muhammad bin Wahhab memulakan idealisme beliau.

fanatisme pada mazhab juga berbahaya rupanya.sedangkan mazhab itu adalah school of thought yg cuma mengajarkan fiqh ibadah.tidak pula stiap mazhab itu menyembah Tuhan berbeza.malah inti ajaran semuanya sama.bahkan paling penting sebenarnya adalah menjaga ummat dari perpecahan.

pelik.pelik.

teruskan menulis.

Salam.

wildan said...

salam..
tiada perjuangan yg mudah..kt malaysia masih "hanya" dicekup/ditangkap..diindonesia dulu ramai rakan2 kita yg dihilangkan begitu saja..yg akhir2nya diketahui sahabat2 itu telah tiada..

sudah hampir tiba masanya pemuda2 itu bergerak..sudah hampir tiba masanya mujahid2/dah2 muda yg bergerak..menentukan dan meluruskan masa depan...

cetusanminda said...

Salam.

Saya berbesar hati atas kesudian saudari untuk membantu.Jujurnya,saya benar -benar perlukan nasihat dalam memulakan novel ini.Saya cuma pernah menulis puisi dan ada yang diterbitkan dalam majalah.Tetapi untuk menulis cerpen,belum pernah dilakukan.

Banyak sebenarnya ingin dipelajari.Contohnya bagaimana untuk menulis manuskrip dan proposal dan bagaimana untuk menulis novel.

Saya sudah memulakan babpermulaan cerita ini sahaja.

Jalan ceritanya adalah kisah seorang pemuda yang berada dalam keadaan yang jahiliah sehingga dia mendapat kesedaran.Perubahan berlaku 180 darjah.Dia ingin bawa perubahan tetapi dilabel sebagai ekstrimis dan pelampau kerana sekularisme masih kuat bertapak di minda masayarakat. Dan akhirnya dia mati kerana mempertahankan apa yang dia percayai.

Sebenarnya tujuan ini ditulis bukanlah sebagai novel tetapi penerangan tentang fiqh dakwah,hakikat jalan dakwah dan kesedaran Islam (wa'yul Islami) serta meletakkan Islam di jalan yang benar dan betul.

Dan saya berharap sebenarnya novel ini sesuai untuk semua. Tujuan yang besar adalah untuk membawakan kesedaran kepada ummat tentang Islam itu bukanlah agama tetapi adalah sebuah manual kehidupan.Ibadah itu bukan hanya solat,tetapi setiap derap langkah dan nafas yang dihembus adalah manifestasi ubudiah hamba kepada pencipta.

Saya harap kalau ada cadangan ,boleh dilanjutkan.

Salam.

ps:afwan atas kelewatan membalas.Dalam bahang peperiksaan sekarang.