ADUHAI HELIZA!
Saya sebenarnya agak terpanggil untuk merakamkan rasa keterharuan dan tahniah saya kepada salah seorang penyanyi kecil molek Akademi Fantasia, Heliza . Ya, tahniah untuk persembahan yang tak tersangka-sangka boleh dilakukan oleh wanita bertudung!Inilah muslimah! Semua Boleh!
Sebetulnya,saya ini bukanlah peminat setia AF. Cuma untuk konsert minggu lepas saya ‘terajak’ dengan penampilan Heliza pada malam konsert tersebut.
‘uish,malam ni nampak macam sopan sedikit pakaian dia. (tudung litupla sedikit daripada minggu-minggu lepas dengan hanya membalut kepala). Ha,ni mesti dapat lagu ala-ala nasyid ke Islamic sedikit nih’
Namun,saya terpaku di hadapan televisyen melihat aksi Heliza di atas pentas. Terangguk-terangguk dia menyanyikan lagu Kesal yang pernah dipopularkan oleh Ella. Terlompat-lompat ke hadapan ke belakang,ke kiri dan ke kanan,meraikan rentak ‘rock’ yang dilagukannya dengan suara serak-serak basah menjerit ala-ala Ella. Cayalah Heliza! Sehinggalah tamat persembahan,saya masih tak berkedip mata memandang ketaksuban dan kesungguhan Heliza meyakinkan semua peminat yang dia juga mampu menjadi seperti Ratu Rock Malaya. Wanita bertudung yang versatile!Kini tiba masa untuk dihentam dan dikritik.
Saya hanya quote beberapa komen pengkritik yang saya rasakan agak ‘pelik’(Lebih-lebih kurang begini bunyinya)
“macam ini la rock bertudung! (ini komen daripada salah seorang pengkritik lelaki Islam)
“cayalah muslimah!,ni la original rock! (ini pula komen daripada seorang pengkritik wanita bertudung)
“Heliza,kalau awak nyanyi lagu rock ,lagu rock pun boleh jadi suci.Satu lagi,rock rock jugak Heliza,tapi kita p masjid jugak” (komen mantap daripada seorang pengkritik Islam jemputan)
“terima kasih-terima kasih” balas heliza dengan seulas senyuman kepuasan dengan 4lampu biru yang diberikan oleh kesemua pengkritik. Bersorak gembira semua penonton.
Niat saya bukanlah untuk mengata atau memalukan mana-mana pihak. Cuma atas rasa tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang penjajahan pemikiran Barat yang bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Andai wanita bertudung dikatakan selayaknya menyanyikan lagu-lagu rock,apakah yang dapat kita simpukan lagi? Melainkan inilah fahaman Liberalisme yang cuba disuntik di kalangan remaja. Lihatlah,sudah berapa banyak rancangan reality TV yang muncul menyerang akidah dan akhlak remaja-remaja Islam dan diraikan pula kemunculan rancangan-rancangan sebegini. Adakah generasi sebegini yang negara ingin lahirkan untuk menerajui pimpinan akan datang? Atau ,menanti musnahnya pemerintahan negara sepertimana yang berlaku ketika pemerintahan Kamal Attartuk di Turki dahulu?Kembalilah pada sejarah..
p/s: berhibur tak salah,tapi biarlah yang mendidik jiwa
1 Pendapat:
ya!!.. kamal attartuk..keruntuhan kerajaan islam..
islam hebat hingga x termampu rom yang kukuh mengalahkannya dengan kegagahan yg x terkira tentera rom.byk lagi negara yg berjaya muslim berkat bantuan allah subhanahu wataala.di mana keberkatan itu kini?nafsu manusia di dalam diri.batalion pereng x mampu menangani tentera muslim..namun muslim tewas dengan diri sendiri.wanita...diperalatkan untuk itu...akhirnya runtuh semangat gerun musuh terhadap islam.teringat cerita seorang kawan.'seekor anak harimau yg tersesat dipelihara sekumpulan kambing hingga akhirnya harimau tadi menyangka dirinya kambing..makan rumput.setiap hari dijadikan alat melepas geram puak kambng..disepak,dihina,dibuli..satu hari datang sekumpulan harimau liar yg kasihan padanya.dia belajar menjadi harimau sejati'..siapakah sebenarnya 'harimau'itu kini?jgn mudah melihat belang kita sangka dialah penyelamat.kerana kuda belang juga sekadar makananharimau belang..muhammad..
Post a Comment