sebuah pusat zakat yang baru siap dibina di melaka
Sedikit pendapat untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat mengenai satu isu yang dibincangkan di majalah i bulan ini. Sebenarnya, yang lebih menarik untuk saya membelinya adalah tajuk utamanya ‘ mengenali hakikat Tasawuf’ oleh Dr.Yusuf Al-Qaradhawi. Namun, terdapat satu artikel ringkas hasil tulisan seorang pensyarah undang-undang UIAM, Abd.Aziz Bari mengenai imej Islam yang kian menyerlah di Negara kita yang amat terkesan untuk dibaca. Bunyinya seakan pelik kerana apa yang saya nampak, lebih banyak masalah yang timbul disebabkan orang Islam itu sendiri sehingga menyebabkan Islam dipandang rendah oleh penganut agama lain.
Jikalau kita melihat di akhbar, majalah, juga siaran di TV, seperti 999, 360, Edisi Siasat, dan F.B.A , terlalu banyak cerita yang memaparkan masalah jenayah dan perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh majoritinya mereka yang beragama Islam. Sebagai contohnya, kes penangkapan sumbang mahram di hotel-hotel, serbuan di pusat pelacuran yang pelacur-pelacurnya adalah orang Islam, penyeludupan dadah, kes rogol, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah yang mana rata-ratanya dimonopoli oleh orang Islam. Ada juga isu-isu salah faham antara ahli-ahli agama ini dikecoh-kecohkan di media. Mempertikaikan kelayakan dan pendapat sesetengah ahli agama tidak membina gambaran yang baik tentang perpaduan yang terdapat dalam ajaran Islam.
Kebanyakan kita tidak sedar, dengan memaparkan dan menyebarkan berita-berita sebegini, kita telah menghidangkan imej Islam yang negatif kepada penganut agama lain. Saya faham bahawa ini adalah satu realiti yang berlaku, tetapi jika isu-isu sebegini lebih ditonjolkan kepada penganut agama lain daripada mendedahkan gambaran ajaran-ajaran Islam yang sebenar, bagaimana kita hendak membina keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam yang bersih dan terhormat nilai moralnya.
Sebenarnya, dalam tidak sedar, sensiviti tentang Islam semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Kalau kita ingin melihat dari segi pendidikan, sudah banyak sekolah agama serta maahad tahfiz yang ditubuhkan untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan ilmu agama. Tidak ketinggalan juga kemunculan buku-buku, majalah-majalah yang berorientasikan Islami di pasaran semakin menjadi pilihan masyarakat. Juga badan-badan kebajikan Islam yang kian aktif melaksanakan program amal untuk membantu masyarakat turut bertambah. Apa yang menyedihkan, perkara ini kurang didedahkan kepada masyarakat umum( saya tak nafikan ada namun kurang). Andailah hakikat-hakikat sebegini kerap dipaparkan di media massa, Islam mampu bertapak di hati sesiapa sahaja terutama mereka yang sudah mula berjinak-jinak mendekati Islam.
Mungkin pendapat saya ini ada salahnya, cuma bagi saya usaha untuk memurnikan kembali gambaran tentang ajaran-ajaran Islam harus lebih ditekankan. Biarlah hal-hal yang buruk yang dilakukan oleh orang Islam, kita selesaikan secara saksama tanpa mengecohkannya di media massa. Yang penting, tunjukkanlah teladan-teladan yang baik yang mampu membina kembali imej Islam sebagai risalah dari langit.
P/s : elok juga kalau disebarkan tentang peningkatan jumlah mereka yang memohon untuk memeluk Islam daripada menumpukan perhatian pada isu murtad sahaja. Ianya juga penting namun, yang dikhuatirkan adalah ia boleh menakutkan orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

1 Pendapat:
اسلام عليكم ورحمة الله
nurul...penulis yg amat memberi inspirasi.dlm beragama tntu byk liku2nya.ujian terus terukir semenjak lbh seribu thn yg lalu dan ukiran itu terus terkumpul mnjadi juadah kita umt akhir zaman ini.berhati2lah dlm menyampaikan warisan ini.jarum yg halus semakin halus.antara hitam dan putih adalah benang yg tiada.ingatlah bahawa Allah itu maha memberi lagi maha mengetahui.hakikat adalah rahsia Allah.makrifat adalah ilmu utk dicari.dakwah adalah rantai tugasan.jgn mati pd kita...tp jgn terlalu mengharap pd apapun.murnikan hatimu dik.hati itu patut terus kpd allah sehingga keduanya adalah SATU.... kawan lama-Al-haqir al-faqir syekh abu faidh-Muhammad as-Syazuli
Post a Comment