CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 27, 2007

CINTA YANG LAGI SATU !



“Ya Allah, kurniakan aku cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, serta amalan-amalan yang membawa aku kepada cintaMu”


Andai benar kau ingin dicintai oleh lelaki dan perempuan soleh maka tautkanlah cintamu pada Allah, pastinya sebaik-baik teman hidup Allah hadiahkan padamu.


Bukan kepakaran saya untuk berbicara tentang cinta, apatahlagi cinta manusia. Namun fitrah insan yang Allah telah tuliskan dalam setiap perjalanan hidup anak Adam bahawa kita akan bercinta! Percayalah. Apa salahnya dengan cinta, kerana melalui cintalah, setiap pasangan akan ikhlas dalam memberi komitmen membentuk rumah tangga yang diberkati. Melahirkan zuriat yang menjadi penyejuk hati seterusnya membesar menjadi permata buat agama. Andai sudah sirna cinta antara kita, sanggupkah lagi kita untuk mengharungi segala jerih payah bersama? Andai si isteri lumpuh tidak berdaya berkhidmat untuk suami, adakah seorang suami itu sanggup menyediakan makanan, memandikan, menghiburkan si isteri yang hanya mampu tersenyum di perbaringan? Atau pantas mencari isteri lain kerana tidak sanggup melalui kesusahan hidup? Semuanya kerana cinta. Namun, biarlah kita tinggalkan sebentar cinta ini, kerana andai cinta yang lagi satu ini kita belum selesai, bagaimana mungkin kita akan dianugerahkan pasangan hidup yang tulus mencintai kita kerana agama.

Mungkin tulisan saya kali ini lebih bersifat kerohanian yang saya cuba jalinkan dengan tazkiyyatun nafsi atau pembersihan jiwa. Tidak ramai antara kita yang berminat untuk meminjamkan mata bagi bermuhasabah sebentar melalui apa yang saya cuba titipkan kepada sahabat semua. Moga Allah sentiasa menyertai kalian.

Cintailah Allah !cintakan Allah! cinta Allah!

Bagaimana rasanya apabila kita sudah mabuk dalam cinta Allah? Subhanallah, saya bukanlah Rabiatul Adawiyah, yang segala curah rindu dendam serta kehangatan cinta hanya dpersembahkan kepada kekasihnya, Allah. Saya percaya setiap antara kita pernah merasai saat di mana terasa tangan Allah datang membelai kita dengan penuh kasih dan cinta. Mana tidaknya, saat kita sangat dan terlalu haus dahaga di tanah gersang dengan matahari sejengkal, Allah jiruskan air dingin menghambat segala bahang. Cintanya Allah pada kita! Waktu itu, pastinya basah mata kita mengucap syukur yang tak putus-putus. Khusyuk dalam solat bertambah-bertambah apabila mengingat segala perhatian Allah terhadap kita. Ya Allah, jangan tingaglkan aku!

Begitulah apa yang kita rasakan apabila Allah mengabulkan setiap permintaan dan harapan kita. Saat itu kita asyik dan leka bercinta dengan Allah. Hingga hilang sabarnya menanti saat masuknya waktu solat untuk mencurah segala rasa di hati. Rasa suka, rasa rindu, rasa duka, rasa resah. Segalanya ingin diadukan pada Allah. Siapa lagi yang lebih memahami hati ini melainkan Dia. Dia yang lebih layak untuk kita jadikan tempat bergantung harap. Segalanya adalah Dia. Apabila setiap gerak geri, kita hubungkan hati dengan Allah bagai terasa diri ini diperhati, dilindungi, dijagai dan disertai. Tidak cukup hanya dengan ini, mati rasanya hati tanpa melodi ayat-ayat Al-Qur’an menyiram segala resah gelisah. Bertadabbur hanyut dalam makna-maknanya cukup menghidupkan kembali iman yang hampir kandas. Cukuplah hanya pada Allah kita sembahkan cinta ini. Sudah menjadi lumrah, permintaan orang yang disayangi pastinya bersusah payah kita tunaikan. Begitu juga Allah. Andai Dia merasai cinta kita, mintalah padaNya. Mintalah agar dianugerahkan seorang pencinta yang juga mencintaiNya. Terlalu mudah bagi Allah!

4 Pendapat:

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

huhu pepatah cina antara lain bermaksud "hanya orang yang makan teratai itu mampu menghayati kenakan teratai itu" =)

danialle said...

kenapa ya cinta yg satu lg ni sukar utk dipahatkan dlm hati? kejap timbul kejap tggelam. inikah ujian?

NuRizZ said...

hurm,selalunya yang teristimewa itulah yang sukar untuk kita dapat, tapi tidak mustahil! caranya, harus bersunnguh2 untuk mendapat cinta yang lagi satu ini.insyaAllah, selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah kepada kita.

Anonymous said...

indah kan kata2 ttg mencintai allah.. nah.. allah sentiasa beri ujian pada hambanya.. rujuk surah rum ayat satu."apakah manusia mengira mrk d biarkan tatkala mereka berkata'kami beriman'dan mereka tidak diuji" inilah nanti ujian yang terhebat hinggakan kita terpaksa berlawan dengan diri sendiri..terpaksa meninggalkan atau mengenepikan cinta lain hanya untuk membuktikan cinta kita kpd allah itu sejati. cinta allah punya puncaknya.namun mampukah kita untuk sampai ke kaki bukit cinta itu?layakkah kita menyintainya?-dari hamba lemah,hina,papa cinta..muhammad