CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 12, 2007

KHUTBAH NIKAH


Salam bertemu kembali setelah dua minggu saya menyepi. Bukan sengaja membiarkan laman ini tandus, namun kerana beberapa urusan kekeluargaan yang menuntut saya untuk berpergian. Sepanjang tempoh ini, saya sempat bermusafir ke negeri selatan semenanjung Malaysia, Johor kemudian ke Melaka . Tidak banyak kisah yang dapat saya kongsikan dengan anda di Johor, apa yang boleh saya katakan ianya adalah sebuah bandar untuk shopping. Memang sesuai untuk orang perempuan! Cuma ada sesuatu yang lebih menarik untuk saya sajikan kepada teman semua ketika di Melaka. Ya, khutbah nikah!

Tidak keterlaluan rasanya andai saya ingin mengatakan yang ini adalah pertama kali saya mendengar khutbah nikah dengan penuh teliti yang dibaca jelas oleh seorang imam masjid ketika majlis akad nikah. Sedikit terusik juga hati ini dengan isi kandungannya. Lebih kurang begini bunyinya ( mungkin ada di antara teman semua yang pernah mendengarnya)

Dengan basmallah dan selawat ke atas nabi, majlis yang penuh barakah ini bermula.
Saya hanya quote beberapa baris yang saya rasakan cukup memberi kesan di hati.

Sabda nabi SAW, “ solat 2 rakaat seseorang yang beristeri adalah 70 rakaat lebih baik daripada seorang yang bujang.”(status hadithnya saya kurang jelas)

“ sesungguhnya pernikahan itu adalah sebahagian daripada sunnahku,Maka barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukanlah dari golonganku”-mafhum hadith-

“sejahtera ke atas kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk menutup jalan makskiat.- mafhum hadith-

" Dan kahwinkanlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepadamereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas ( rahmatNya danlimpah kurniaNya ), lagi Maha Mengetahui. " Q.S An-Nuur : Ayat 32

Setelah mendengar keseluruhan isi khutbah nikah itu, secara jujurnya saya dapat rasakan, betapa hebatnya hikmah orang yang bernikah berbanding mereka yang hidup bujang. Betapa Islam memuliakan mereka yang memilh jalan pernikahan daripada mereka yang masih terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji. Allah telah menyediakan jalan yang paling mudah utuk menghalalkan cinta sepasang anak Adam, sepertimana yang terdapat dalam hadith bahawa sebaik-baik percintaan adalah percintaan selepas pernikahan. Bukannya Allah tidak mengerti rasa rindu hambanya, rasa kasih yang tumbuh buat insan lain, rasa resah dan duka yang menjerut hati , di mana saat itu kita sebenarya memerlukan seseorang untuk menjadi bahu tempat kita menangis, mendengar jeritan hati untuk kembalikan semangat untuk terus hidup. Lantas Allah menciptakan kita seorang kekasih , moga dengan hubungan kita dengan kekasih itu membuahkan ketenteraman, dan dengan itu Allah menganugerahkan jalan pernikahan. Bercintalah kamu keranaNya.

Namun mengapa masih ramai yang ragu untuk memilih jalan ini andai sudah ada kemampuan? Satu fenomena yang masih saya tidak faham, andai seorang anak itu meminta untuk bernikah awal, ramai ibu bapa yang tidak setuju, katanya masih muda dan tumpukan sahaja pada study, namun tidak mengapa pula jika anaknya habiskan kredit bergayut di telefon, dan keluar berdua-duaan tanpa sebarang ikatan pernikahan. Inilah yang berlaku dalam masyarakat, yang baik dipandang jelek, namun yang buruk itu pula dikatakan tidak mengapa.

4 Pendapat:

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

kalau dah tau banyak hikmahnye cepat2 ler~

Azree Hanifiah said...

Kalau dari segi kewangan, alasan2 kaki gayut telefon tu memang boleh dipertikaikan.

Bayangkan seminggu sahaja sudah RM30 bergayut. Kalau sebulan RM100 paling minimum. Itu baru seorang. yang pasangannya pula kita darabkan dengan dua sahaja. Jadi, sebulan=RM200.

Kalau setahun, mungkin mencecah RM2000. haih, RM2000 tu kalau nak buat kenduri kecil2an sudah cukup bagus. Lepas tu, dah kahwin tak perlu gayut lagi. Bukan ke jimat tu.

p/s: Tapi kredit cek sebulan pun tak sampai RM30. Tapi memang ramai kawan2 yang kaki gayut sebulan sampai RM200 seorang.

NuRizZ said...

a'ah. itu kalau tgk bab gayut shj, belum lagi yang jenis asyik keluar dating, tak kan nak buat tak tahu shj pda pasangan,makan pun kena tanggung jugak( belum suami isteri lagi 2),kalau bawak p kedai mamak, jatuh standard pula nanti.

hurm,inila ragam org zaman sekarang, bila dah kawin hutang merata sebab duit dah bnyak habiskan sebelum kahwin. padahal, bnyak lagi tanggungjawab yang menanti selepas kahwin.

wallahua'lam

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

huh ape lagi..selalu!!