CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 29, 2007

PEGUAM? APA BURUKNYA?

Percaya atau tidak, cubalah anda bertanya kepada 100 orang tentang pendapat mereka mengenai kerja sebagai seorang peguam. Pastinya 97 orang daripada mereka akan menjawab :

“Peguam? Kotorla kerja tu, sebelah kaki dah janji masuk neraka”. Lebih kurang maksudnya kerja sebagai peguam ini tidak elok dan ada saham neraka di akhirat kelak! Teruk sangatkah menjadi peguam ini?

Sejak 3,4 hari ini saya sering diajukan beberapa persoalan tentang kerjaya sebagai peguam oleh beberapa orang. Kebetulan semalam saya menaiki teksi dan tiba-tiba pemandu teksi itu (pak cik) bertanya di mana saya studi dan dia terus meneka yang saya mengambil jurusan undang-undang. Pelik tapi memang tepat. Bila saya mengiakan pantas dia mengatakan “ kerja peguam ni tak baik dik..”

Mulanya saya mendiamkan diri kerana berfikir adakah saya dapat memahamkan pak cik itu dalam masa yang singkat begini. Namun saya cuba memberi respon sebagai menjawab penyataannya. Akhirnya dia diam dan bersetuju dengan beberapa hujah saya walaupun nampak kurang puas hati.

….barangsiapa di antara kamu yang menunaikan hajat saudara kamu yang lain, maka Allah akan menunaikan hajatnya kelak, dan barangsiapa yang membantu mengeluarkan saudaranya daripada kesusahan hidupnya maka Allah akan mengeluarkan dirinya daripada kesusahan di akhirat kelak…
-Mafhum hadith-

Sebelum saya teruskan tulisan saya, saya suka andai anda dapat merenung maksud di sebalik hadis di atas. Di sinilah letaknya peranan seorang peguam! Membantu menunaikan permintaan insan lain yang memerlukan pertolongan dan membawa mereka untuk keluar daripada kesusahan hidup. Tidakkah ia selari dengan tuntutan Rasulullah melalui hadis di atas.
Saya ingin membawa anda supaya lebih dekat mendalami peranan seorang peguam mahkamah syariah terutama dalam kes-kes yang berkaitan kekeluargaan. Peranan seorang peguam adalah memberi hak kepada yang berhak dan membantu mereka yang dicabuli haknya. Cuba anda fikirkan:

1) Jika seorang isteri yang ditinggalkan suami lebih daripada 4bulan, tanpa nafkah zahir dan batin,siapakah yang membantu memberi hak kepada si isteri setelah dibiarkan tergantung tak bertali?

2) Jika seorang isteri kerap dipukul dan didera suami, kepada siapa lagi yang mereka wajar mengadu daripada terus dibelasah si suami?

3) Jika seorang pasangan itu bercerai dan bertelingkah untuk merebut anak, tidakkah peguam hadir untuk membantu menyelesaikan masalah?

4) Andai seorang isteri pertama diabaikan setelah suami berkahwin lain, adakah wajar dibiarkan mereka ini mengemis hidup sedangkan mereka punya hak ke atas suami sendiri?

5) Andai anak-beranak kematian waris dan bertelagah sesama sendiri merebut harta pusaka, adakah kita wajar membiarkannya sehingga boleh berbunuhan tanpa hadirnya seorang peguam untuk menjadi orang tengah menyelesaikannya?

Bukan semua peguam yang gilakan duit bila mendapat kes. Bukan juga semua peguam yang gilakan nama apabila menang kes. Ada antara peguam yang memilih kerjaya ini kerana kemurnian tugasnya membantu mereka yang teraniaya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Kalau anda hendak tahu, pensyarah saya juga adalah seorang peguam mahkamah syariah. Dia mangatakan kadang-kadang tidak dapat duit pun daripada klien apabila mengendalikan kes (kerana ada juga klien daripada golongan kurang mampu).Bagi mereka niat mereka adalah menjadi pendengar, pembantu serta penyelesai masalah antara pihak yang terlibat. Terutama apabila dalam kes rumahtangga yang retak menanti belah. Sedaya mungkin mereka akan cuba membantu.

Jadi, andai selepas ini ada di antara saudara kita yang bercita-cita untuk menjadi peguam, janganlah terlalu pesimis dengan memberi pandangan buruk pada kerjaya ini. Inilah kerjaya yang mulia kerana kita diberi peluang membantu masyarakat .Saya boleh analogikan, asal hukum memakan daging adalah halal, namun ia menjadi haram apabila memakan daging kurban yang dijual atau secara mudahnya memakan daging yang tidak disembelih secara islam. Maka, apa yang saya boleh katakan adalah andai kerja semulia ustaz atau pendakwah itu disalahguna, pastinya kerja itu menjadi buruk juga .

P/s : untuk kawan-kawan yang sejurusan, ayuh kita teruskan perjuangan di lapangan ilmu undang-undang kerana di luar sana masih ramai yang memerlukan pertolongan kita. Pasanglah niat yang baik supaya dipermudahkan perjalanan pembelajaran kita, mudah-mudahan ia merupakan jihad di jalan Allah.

8 Pendapat:

Raihan Mustafa KamaL said...

Aku sokong Ko Izzah.

Jika benar undang-undang itu salah, x salah jika kita yg menjadi antara org2 yg membetulkannya.

Jika benar undang2 islam x digunapakai langsung di malaysia..x salah jika kita yg menjadi antara org yg mengubahkanya..walaupun sedikit.ia pasti memberi kesan juga.

Jika benar undang2 itu satu kos yg salah, apakah jurusan2 laen hanya ada pro nya saja.

Jika benar siapa yg terlibat sama sbg peguam bela itu dituduh bersubahat, di mana keadilan seseorg tatkala dirinya didakwa.

Jika benar peguam hanya memikirkan duit sahaja, apakah tidak wujud pekerjaan laen yang lebih kurang sama aje?

Jika benar undang2 islam tidak diguna pakai sepenuhnya, apakah kita tidak boleh jadi antara org2 yg mengusulkannya dan menggerakkannya?

Azree MH said...

"ercaya atau tidak, cubalah anda bertanya kepada 100 orang tentang pendapat mereka mengenai kerja sebagai seorang peguam. Pastinya 97 orang daripada mereka akan menjawab"

Komen untuk ayat di atas: Harap jangan main reka ayat sahaja. Kalau betul tentulah tidak wujud langsung kos law di semua universiti di Malaysia.

Kalau ingin buat ayat yang sedap, kena fikir adakah ia betul2 fakta atau sekadar rekaan.

lailatulmawardah said...

azree MH,
syukran jazakallah atas teguran. mungkin kerana cuba menarik perhatian pembaca, saya terlepas pandang.
insyaAllah saya akan perbaikinya.
hifzakallah.

Aini Murni said...

Pada pendapat akak...

Only whose know about law, knows the beauty of laws...

orang yang tak belajar law tu, cuma nampak bayang-bayang aje. Sbb tu dia kata macam2...

-Kak Aini-

Anonymous said...

SALAM...SAYA MMG MNYOKONG APE YANG DIKATAKAN..RAMAI YANG MNGGAP BAHAWA KEERJAYA PEGUAM INI..KOTOR SELALU TERLIBAT NGAN PILITIK WANG...SAMPAIKAN SAYA YANG MINAT NAK JACI PEGUAM TERPKSA BERFIKIR 2/3 KALI TAPI SAYA TAHU MINAT SAYA TAK BOLEH NAK DHAPUSKAN..SAYA MMG MINAT UNTUK MMBELA ORANG YG TIDAK BERSALAH..KERJAYA PEGUAM TIDAK SALAH CUME BILA KITA DAH MNYALAH GUNAKAN KERJAYA INI ITU YANG SALAH..SAYA TTP MAHU JADI PEGUAM..

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

牛肉麵不加蔥yaya said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Anonymous said...

sy pn slh sorg pelajar jurusan asasi undg2..sy skong ape yg akak ckp 2...rmai cikgu yg xstju sy amik bdang ne sbb ckgu2 bmbg sy tidak ckup msa b'sama kluarga dan plbgai faktor lain..cikgu2 pn ada ckp yg rmai pelajar jrusan ini b'alih ke bdang lain...tp,sy xhiraukan semua tu sebab ini memang cita2 sy dr kecil dan mengapa sy perlu sia2kan peluang yg ada?sy xkisah org kg sy kutuk bidang ne,yg pnting sy buat kerana allah dan kerana tuntutan fardhu kifayah.sy adalah org pertama dlm kg itu yg mengambil jurusan undg2..