CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 26, 2008

BILA ISTERI MENGIDAM DELIMA..


Lazuardi langit tidak dapat menenangkan hati si suami. Melihat isteri tercinta dalam sakit terbaring di atas katil. Semestinya ia bukan sakit yang begitu merisaukan tetapi cukuplah kerana cinta yang menggunung buat si isteri, hanya kerana sakit yang sedikit sudah mampu menggundahkan hati si suami mencari penawarnya.

“ habibi..ana teringin hendak makan delima..ana kempunan sangat rasa ni..” suara isteri lemah perlahan.

Suami memandang mata redup si isteri yang meminta belas. Kemudian mata si suami bergenang. Namun ditahannya agar ia tidak merawankan lagi hati isteri yang amat dicintainya. Bukan si isteri tidak mengerti kesempitan hidup mereka, tetapi keteringinannya sudah tidak dapat dibendung lagi. suami menyeluk saku dan mengira tabungannya. Demi isteri, harusku cari kerja yang lebih.

Ya Allah, permudahkanlah aku memenuhi hajat isteriku yang sudah banyak membantuku dalam menyeru agamamu. Apatahlagi dia adalah anak kepada Kekasihmu. Tidaklah sampai hatiku melukai hatinya kerana amat kukhuatir andai aku melukai Kekasihmu.

Esoknya, subuh-subuh metah si suami sudah ke pasar. Mencari kerja tambah jika ada. Cukuplah untuk membeli walau sebelah delima untuk si isteri. Alhamdulillah, dengan bayaran upah menjual di pasar, dapatlah si suami membeli sebiji delima. Tidak dapat terbayangkan girangnya hati suami melayari wajah isterinya yang tersenyum manis ketika dia menghulurkan delima buat si isteri. Jarak rumah yang hanya sejengkal dari pasar terasa bagai berbatu-batu jauhnya untuk bertemu si isteri.

Tiba-tiba dia terhenti. Langkahnya mati seketika melihatkan seorang pak cik tua yang kusut pakainya. Rambut dan janggutnya yang berserabut tidak bercukur menambahkan keadaan daif si pak cik. Pada tangannya terdapat sebuah bekas yang ditadahnya mengemis belas dari pengunjung pasar. Kelihatan juga sekeping roti yang sudah hitam-hitam di tangan kirinya menanti untuk dijamah.

“ tuan, tuan..saya terlalu lapar.” getar suara Pak Cik itu menghibakan hatinya.

Antara isteri di rumah yang sangat mengidamkan delima di tangannya dan seorang pak cik yang akan dibiarkan menjamah roti yang hanya layaknya untuk dijamah ulat. Suara hati mula bertingkah, antara iman dan nafsu. Antara aula dan utama.

Duhai hati yang lembut jiwanya, yakinkah kamu akan balasan jika kamu infak? Yakinkah kamu akan janji Allah yang menguntungkan jika kamu bersedekah?

Kerana itu, si suami melangkah pulang. Agak lambat jalannya kerana mencari jawapan untuk diberikan kepada si isteri. Setelah sahaja sampai di muka pintu, hatinya menjadi sedih. Bukan kerana menyesal kerana sedekahnya sebentar tadi, sedih kerana dia tidak dapat menunaikan hajat isterinya.

“ habibi dah pulang..delimanya ada habibi?” Si isteri seperti yakin bahwa suaminya akan membawakannya delima.

Tidak lekang senyum si isteri menyambut suami tercinta. Namun, dengan segenap kekuatan, si suami membalas senyum bagi mengurangkan gulananya hati. Ah, semestinya ia tidak sampai hati mengecewakan si isteri. Tetapi bagaimana?

Renungan antara mereka terganggu dengan bunyi ketukan pintu. Si suami agak hairan kerana jarang mereka menerima kunjungan ketika waktu matahari memanah begini. Sama-sama mereka menjungkitkan bahu. Suami berjalan menyambut tetamu yang tidak diduga.

“ ahlan, ahlan ya Salman! Jarang benar enta ke sini waktu-waktu begini. Ada apa yang ana boleh bantu?” Suami berjabat tangan menghulur salam.

Dilihat wajah Salman cemerlang dengan cahaya ketenangan. Tambah pula, sedari tadi, tidak lekang-lekang bibirnya mengukir senyum semanis gula buat sahabatnya. Apa gerangan berita yang molek yang dibawa Salman ketika ini?

“ sahabatku, ini untuk enta dan isteri.” Salman menghulur sedulang delima yang mengandungi Sembilan biji semuanya.

“ ah, enta jangan bergurau, jika ianya untuk ana, pastinya sepuluh semuanya.” Sahabatnya begitu yakin membalas.

“ Wah, kenapa enta cakap begitu? Memang sembilan semuanya enta.” Salman bersungguh menduga. Sedikit-sebanyak hatinya agak tergugat.

“ Salman, Allah sudah katakan, setiap satu pemberian akan digandakan sepuluh bukan?” Kali ini Salman terperangkap. Lalu dikeluarkan sebiji delima yang sengaja dibawa sorok ke dalam lengan bajunya.

Apabila Salman sudah kembali, si suami segera mendapatkan isterinya dengan membawa sedulang delima sebagai hadiah daripada sedekahnya tadi. Sememangnya dia tidak menduga begitu langsung sekali Allah mengotakan janjiNya. Bahkan dia tidaklah mengharapkan sebanyak itu ganjarannya biarpun dia yakin benar bahawa Allah tidak akan berbohong.

“ perumpamaan bagi orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui” – (albaqarah:261)

Untuk sahabat semua, kisah ini benar-benar berlaku ketika zaman sahabat. Anda tahu siapa pasangan suami isteri ini? Suaminya seorang khalifah dan isterinya adalah puteri Rasulullah.

Renung-renungkan sejauh mana reaksi kita apabila melihat pengemis. Bukannya suruh disedekahkan sampai satu juta, wang kertas seringgit pun rasakan bagaikan seberat gunung untuk disedekahkan. Bahkan, hendak keluar berkeping-keping duit menonton wayang, beli CD filem terbaru, membeli belah di Mid Valley, bagai ringan pula duit-duit itu semua terbang. wallahu'alam. Peringatan untuk diri saya juga. (,")

6 Pendapat:

sHi said...

salam perjuangan

subhanallah..best btul dpt bc kisah Saidina Ali & Saidatina Fatimah ni.
Allah beri cash pahala tu..trus dapat ganjarannya di dunia kan.bila dpt tanda ayat dalam surah Baqarah ayat 261 ni dlm tafsir Quran sHi, trus smangat berkobar-kobar tuk menginfakkan harta ke jalan Allah.syukran jazilan~

* sHi dapat blog ni dari blog Badrul Aini. silalah lawat blog saya yer =)

NuRizZ said...

salam perjuangan sdri shi..

tambah kenalanlah ana ni..alhamdulillah. ini cerita time zaman khalifah..kalau shi nak tahu, naqibah ana sendiri mengalami perkara yang sama bila dia infak. kira Allah memang bagi cash sepuluh kali. subhanallah. semua ini hadiah Allah untuk orang2 beriman..

ayuh, sama-samalah kita.
kalau boleh, ana teringin nak kenal terus dengan shi.mungkin kita boleh terus berhubung melalui emel ana or ym.

zinnera_111@yahoo.com
(,")

As said...

Selalu baca cerita nih, tapi kali nih version berbeza :)

Izzah, lama tak jumpa

Anonymous said...

ini pun pertama kali ana baca version lain. sebelum ini, fatimah mengidam epal, dan satu biji yg tak ada tu sudah dimakan fatimaah. wallahua'lam

NuRizZ said...
This comment has been removed by the author.
NuRizZ said...

Assalamu'alaikum

As, bila nak datang gombak? rindu jugak. erm, memang biasa kita jumpa versi berbeza dalam kisah para sahabat. cumanya elemen pengajaran masih dikekalkan dan pertambahan y ada tidak sampai memburukkan sahabat.tambah pula tiada dalil y qat'i mengisahkan tentang para sahabat.

sebenarnya saya convert cerita ini ke dalam bentuk cerpen pendek. supaya menarik sedikit orang nak baca. tetapi masih mengekalkan kisah sebenar dan pengajaran y nak disampaikan.

wallahu'alam.
kepada pelawat y ada versi lain, bolehla kongsikan bersama ya=)