CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 10, 2008

Jalan-jalan cari WANITA


Baru tadi saya terserempak dengan dua makhluk aneh berbadan manusia di bawah rimbun pokok. Yang seorang bertudung. Seorang lagi berambut bersusuk lelaki.

“wanita! Wanita!” kawan saya menunjuk ke arah dua makhluk aneh itu.

“ alamak, stok habis la..takpe-takpe malam ni kita buat”. Saya sedikit mengeluh. Misi malam tersebut tak menjadi.

*********************************
Mungkin sahabat-sahabat semua tertanya-tanya, apa kerja saya dan kawan-kawan dengan ‘wanita-wanita’ itu? inilah saya ingin perkenalkan kepada anda semua, misi ‘ jalan-jalan cari wanita’. Stok yang saya maksudkan pula adalah ‘ dari wanita untuk wanita’. Jom saya ajar!

BAHAN-BAHAN

1 Batang pen
1 helai kertas (kecil sedikit dari A4)
2/3 Perenggan kata-kata berupa nasihat.( secukup rasa)

Begini. Caranya begitu mudah. Anda tidak perlu mengerah suara. Cukup menggerakkan tangan menulis tidak sampai 10 minit, dan menggerakkan tangan menghulur kertas tidak sampai 10 saat. Untuk apa? Hendak tulis apa?

Untuk mereka yang berhati iman, semestinya iman tidak selesa melihat maksiat menjamu hati. Tetapi,banyaknya hati-hati kita ini setakat tidak redha dalam hati. Bagi kita, kalau tidak mampu hendak tegur guna tangan dan mulut, benci dalam hati itu pun sudah dikira iman. Aish, tak kan hendak pegang title selemah-lemah iman itu sampai dijemput izrael?

Jadi, sebagai manusia yang pantang mencari alasan, pastinya otaknya ligat mencari sebab untuk tetap berdakwah. Bukan mencari sebab untuk takut berdakwah. Alhamdulillah, saya menemui satu cara yang saya fikir agak kreatif untuk ‘menahi munkar’ melalui seorang sahabat yang sangat-sangat saya kagumi fikrah dakwahnya. Mungkin kita ingin menegur pasangan-pasangan maktuwe dan paktuwe yang busy dating, ataupun, gerombolan wanita yang busy buat tayangan baju ala-ala baju budak tadika. Tetapi kerana tidak yakin dan takut akan respon mereka ini, anda batalkan niat anda.

Oleh itu, saya Cuma menyediakan cadangan untuk anda. anda tulislah kata-kata nasihat yang betul-betul lahir dari hati anda. tidak perlu terlalu banyak berdalil. Yang penting hikmah melalui tulisan anda itu tertusuk ke hati mereka. Awas! Jangan cuba-cuba taip! Tulislah dengan tulisan tangan kerana ia melambangkan kejujuran dan keikhlasan anda untuk menasihati. Awas! Jangan guna ayat-ayat mencaci dan kasar! Kata-kata pujian pada awalnya dan kelembutan dalam menasihati itu yang nabi ajarkan pada kita.

Erm.. di sini saya datangkan contoh ‘surat’ yang pernah saya tulis. Mungkin bukan ini adalah yang terbaik. Saya bahagikan audien saya kepada dua kelompok. Pertama, kelompok yang seperti-seperti ‘ustaz dan ustazah’ ( yang saya sudah yakin yang mereka belum berkahwin), manakala kelompok kedua adalah orang-orang ‘biasa’. Harus diingat, tahap penggunaan bahasa dan ayat harus diselaraskan dengan latar belakang audiens, jika tidak mesej kita tidak tersampai kepada mereka.

*********************************
Assalamu’alaikum saudari..

Maaf menganggu waktu sdri. Sebenarnya dari tadi saya asyik memandang sdri. Alhamdulillah, saya lihat sdri memang cantik bertudung litup,dan berbaju kurung. Kurniaan Allah yang Maha Sempurna juga menghadiahkan wajah yang sempurna cantiknya buat sdri. Semuanya lengkap untuk menjadi seorang muslimah. Bahkan sdri jauh lebih sopan pakainya dari wanita-wanita di sekeliling sdri yang berpakaian singkat lagi ketat. Itulah istimewanya sdri.(“,)

Sdri pernah dengar kata-kata ini :

“ jadilah kamu seperti mutiara yang di dasar lautan, biar ia jauh ke dasar dan tertutup tiram, namun nilainya tiadalah tandingan, usah kamu jadi seperti batu di jalanan,begitu murah dan mudah dipijak-pikak orang-orang tanpa sebarang nilai ”

Begitulah letaknya harga seorang muslimah sdri. Prinsip kita, kita bukanlah murah dan mudah untuk didekati mana-mana lelaki. Prinsip kita, kita adalah mawar yang awas dilingkari duri. Namun, jika sekarang sdri sedang bersama lelaki yang jelas-jelas bukan suami sdri, di mana letaknya lagi nilai diri sdri? Haruskah dipersamakan seperti batu tadi?

Saya yakin sdri bukanlah seperti itu. Sdri,apabila menjadi wanita, jadilah mahal untuk lelaki, apabila menjadi wanita, jadilah sombong untuk lelaki, apabila jadi wanita, jadilah yang susah untuk lelaki, kerana itu adalah taraf kita. Yang terpelihara dari yang murah dan mudah.

Sekadar itu sdri. Kerana saya sayangkan sdri yang sama-sama memegang title muslimah, saya mengajak sdri agar jauhilah bicara-bicara fitnah yang akan menimpa sdri. Mata-mata yang melihat keadaan sdri berdua dengan lelaki, sedikit sebanyak akan mengurangkan maruah diri sdri. Sedangkan maruah itu adalah permata seorang wanita. Sdri,maaf jika ada keterlanjuran kata.

-Dari wanita untuk wanita-

( kemudian,lipatkan kertas tersebut, dan bergeraklah mencari ‘wanita’ yang dimaksudkan. Dengan lafaz bismillah, anda hanya perlu tegur dan bagi salam dan hulurkan ‘surat’ tersebut. Kemudian meminta diri. hanya itu!)

********************************
Sekali lagi, sekadar contoh. Ini juga seperti yang diminta oleh sahabat-sahabat KONSIS yang meminta saya untuk memberikan sample. Alhamdulillah, setakat beberapa pasangan yang pernah saya lakukan, ada yang selepas itu terus ‘bersurai’ dari ‘meeting’ penting tadi. Ada pasangan yang mengenali saya, mengirim mesej ucapan terima kasih atas ‘surat’ tersebut.

Bukanlah saya hendak membangga-bangga diri. Hanya ingin membuktikan kepada anda semua, jangan terlalu pesimis dalam buat kerja dakwah. Jika Umar yang bergudang dosanya ketika jahilyyahnya dahulu boleh menjadi semulia khalifah Islam, adakah mustahil untuk seorang manusia yang belum lagi ‘terlalu’ berdosa’ untuk berubah kepada yang lebih baik?

Yakinlah dengan niat kita. Jika bukan sekarang perubahannya, insyAllah, suatu masa, nasihat kita akan menjadi ‘turning point’ baginya untuk berubah.

Yang penting setelah itu, kita banyak-banyak berdoa agar Allah membuka hati mereka ini. Itu sahaja tinggal usaha yang terakhir.

Cubalah dahulu!


P/S : Tidak perlu rasanya untuk memberi kepada pasangannya yang lelaki, kerana kita bermisikan untuk mengislahkan wanita dahulu . Namun, jika anda adalah lelaki, dan anda fikir ianya sesuai untuk berdakwah kepadanya dengan cara ini, amatlah dialu-alukan.

11 Pendapat:

Anonymous said...

salam alayk..senior ana di ipba dulu ada yg pernah buat mcm tu. Ana dgr cite dari org la..Walahualam apa yg dia tulis dlm tu tp berkesan la kat org yg diberikn itu.heboh jugak cara yg dia buat tu tp ana kagum ngan dia sbb org lain pun just bley tegur dlm hati je..btulla ckp anti smpai bile nk tegur ngan hati je..

As said...

Izzah, keifa hall..lama sangat tak ketemu.. :)

Misi ini, pernah kami pihak muhibbah team buat di matrik uia dulu. Alhamdulillah semakin berkurangan selepas itu.

Moga usaha2 dakwah berterusan di mana2 sahaja secara berkumpulan atau berseorangan.

Moga segala urusan dipermudahakn, ameen.. :)

asy syufak, mumkin, biizniLLah

NuRizZ said...

wa'alaikumsalam
alhamdulillah..sihat tapi la sihat sgt..musim demam kot.
dtambah pula byk komitmen y menuntut tenaga dan masa..tp tu semua amanah y harus ditunaikan

insyaAllah, bnyk cara lagi nak berdakwah.tapi amat penting sebelum kita nak berdakwah, harus pastikan kita sendiri dpt jadi cntoh pada orang. ye lah, kadang 2 kita sendiri y lakukan. ingatan untuk diri saya juga..

(",)

Anonymous said...

Satu soalan:

Bagaimana hendak tahu dengan pasti, bahawa pasangan itu adalah bukan suami isteri atau sekurang-kurangnya, bukan mahram?

sHi said...

hurm..agree wit u. membuatkan sHi terpikir, takkan sampai malaikat Izrail nak cabut nyawa pun, still nak pegang dgn cegah mungkar dlm hati je kot..u r rite. i need to be better in this. cara anda ini akan ku lakukan insyaAllah selepas masuk UM tuk final year nanti. jazakillah~

NuRizZ said...

assalamu'alaikum buat aidi khalid.

memang agak sukar kita hendak tahu pasangan itu bukan mahram atau tidak. saya sendiri pada mulanya agak ragu-ragu.

cumanya, untuk misi saya ini saya mulakan dengan mancari kawan2 saya yang saya tahu mereka bukan mahram tetapi berdating. selalunya memang jumpa.

selebihnya, saya minta Allah gerakkan hati saya jika benar-benar mereka bukan mahram. insyaAllah, niat yang baik selalunya diidringi pertolongan Allah.

setakat ini, saya belum lagi tersalah teka apabila melihat merek a terus bersurai menerima surat daripada saya.

jika betul suami isteri, pastinya mereka tidak mengendahkan surat tersebut. insyaAllah, daripada cara mereka berdating pun kita dapat hidu, tiadanya silah yang halal antara mereka.

wallahu'alam, hanya ini yang saya dapat membantu. afwan.

NuRizZ said...

assalamu'alaikum ukhti shi

alhamdulillah, jom kita terus bergerak. yang penting sangat adalah niat kita. nak bersihkan bumi ni dari segala macam unsur jahiliyyah.nak teruskan kerja Rasulullah.

dalam masa yang sama, dapat jadi tamparan kpda kita agar tidak terlbat dengan cara hidup jahiliyyah begini.

insyaAllah.

Anonymous said...

assalamu3alaykum wbt..

sangat kreatif. :)

semoga dipermudahkan segalanya, enshaAllah..

_______________

btw, salam ziarah dan perkenalan dari Jordan :)

jemputlah ke blog saya.

salam3alayk. ^^,

Anonymous said...

mungkin boleh kongsi jika ada, dari lelaki untuk lelaki...

=)

nampaknya kena mulakan menulis... kurangkan menulis dalam blog buat kerja banyak yang berkesan di dunia offline, dunia sebenar

Anonymous said...

satu soalan,
bagaimana jika enpunya diri itu sudah terlalu memegang idea-idea liberal,seperti "couple itu hanya sekadar kawan, tak lebih dari itu," apa yang lebih sesuai dilakukan??

NuRizZ said...

wa'alaikumsala sdr fakhrul.

Percayalah, org y claim bhw couple tu hanya sekadar kawan, sebenarnya dia mahu 'elak-elak' sahaja.

hatta, berkawan dgn lelaki atau bukan muhrim itu pun boleh menjadi haram sekiranya batas2nya dilanggar.

apa yang boleh dilakukan?

saya anjurkan spy sdr risik2 dulu sejauh mana hubungan couple mrk y dikatakan kawan.

sekiranya, ianya melebihi batas ( semestinya sdh terlebih bts sekiranya bercouple) di sinilah sdr cuba dekati individu tersebut dgn ingatan punca-punca kpd penzinaan. jadikan pendekatan itu lebih praktikal.

mungkin dgn cara surat y saya tulis. kerana surat saya ni umum. bukan sahaja utk mrk y bercouple bahkan, apa shj kemungkaran y mahu kita tegur. sama juga spt masalah y sdr nyatakan. penjelasan tntng peringkat2 ke arah zina boleh ditulis dgn cantik dalam surat.

tetapi, jika kaedah ini dirasakan tidak sesuai, video2 tentang ikhtilat y mula-mulanya ringan dan akkhirnya keterlaluan, mungkin sedikit sebanyak apabila diberikan kepada individu tersebut, dapat juga menjentik peribadinya.

sekadar cadangan sahaja.
wallahu'alam.